kjee hanya senyum sambil angkat tangan. perut dah berkeroncong maklumlah dah dekat pukul 4 petang baru nak lunch. lepas makan, apabila nak keluar, budak tu masih ada lagi. kjee pun masuk kereta. unclepali pulak ke bank berhampiran. sambil duduk sorang2 dalam kereta, tetiba kjee baru terperasan siapa budak tadi.
segala ingatan mengenai satu peristiwa ketika nadia masih belajar tadika, jelas sangat di depan mata. macam rewind tape yang dah lapuk. budak itulah yang hampir kena tembak dengan senapang gajah bapak dia! ya, pasal kjee report kat mak bapak dia, bapak dia terus balik rumah dan acukan senapang kat dia!
kjee ni bukanlah nak report tak tentu pasal tapi kalau korang berada di tempat kjee masa itu, tentu korang pun buat yang sama. kalau korang ada suami masa itu, pasti suami korang pun dah belasah dia. tapi apa boleh buat masa itu kjee ibu tunggal.
begini ceritanya. kjee selalu tinggalkan nadia di rumah jiran ni apabila kjee pergi kerja atau berlakon. nak kata jiran sebelah, tidaklah. rumahnya adalah satu lorong jauhnya dari rumah kjee. di sana nadia akan menggaji atau makcik itu ajarlah dia sikit lebih kurang membaca dan mengira.
satu malam, apabila kjee jemput nadia, dia nampak murung. kjee tanya kenapa. dia diam kemudian kata nanti balik rumah dia cerita. hati kjee tak sedap. nadia memang tak pernah bersikap macam itu. selepas mencium tangan makcik itu, nadia pun ikut kjee balik.
sampai rumah, nadia tiba2 menangis. kjee pujuk dengan baik. kjee fikirkan makcik tu pukul dia sebab dia nakal. tak kisahlah. makcik tu memang dah anggap nadia macam cucu dia. tapi nadia cerita lain. dia kata abang uda selak kain dia dan suruh nadia pegang 'anu' abang tu. kjee terkejut! habis nadia pegang ker? tak kata nadia. nadia terkejut dan menjerit. abang tu jadi takut. mana nenek masa tu? nenek gi kedai. masa tu nadia tengah buat apa? nadia tengah baca mukkadam dan abang uda tidur dekat situ. dia pakai kain pelekat jer kata nadia sambil menangis.
kjee bengang dan bingung. kalau dibiarkan takut si uda ni buat lagi. mungkin lebih dasyat. nak report polis tak sampai hati sebab makcik tu suami isteri pulak baik sangat dengan kjee. dua jam kjee bingung. akhirnya kjee telefon makcik tu suruh datang rumah kjee dengan suaminya. sebaik sahaja dengar cerita kjee, suami dia terus berlari balik rumah. makcik tu kejar sebab dia tahu suami dia panas baran. mujur tak meletup kepala anak dia.
apapun, kjee takkan lupa peristiwa itu sampai bila2. hari ini setelah 17 tahun berlalu, kjee nampak muka dia. selamba jer dia tegur kjee. nasib baik kjee hanya teringat kisah itu masa dalam kereta nak tinggalkan tempat tu. masa kejadian budak itu form five kalau kjee tak silap.
sejak dari kecil, kjee tatang nadia bagai menatang minyak penuh. kjee larikan dia semasa kecik sebab tak nak berlaku haruan makan anak. kjee sentiasa bercerita dan nasihat dia...jangan bagi sesapa baik perempuan atau lelaki menyentuh mana2 bahagian badannya. kjee ajar dia cepat2 menjerit apabila rasa tak selesa seandainya ada yang cuba sentuh dia.
baritahu mereka hanya ibu, kakak kandung dan doktor jer yang boleh sentuh mereka |
alhamdullilah bila nadia dah besar, dia taklah cepat menggatal macam budak2 seusia dia. ada yang baru berusia 12 tahun dah pandai 'buat macam2' kata nadia. kjee kata biarlah. biarlah emak bapak dia orang ajar.
pagi tadi masa baca akhbar secara online, kjee terbaca kisah 12 budak sekolah menengah di Ampang yang kena raba oleh guru disiplin. kononnya mereka tak hadir perhimpunan sebab terpaksa menghabiskan tugasan dalam kelas. 12 orang bukan sorang tau.
guru disiplin datang dengan rotan. ugut hendak merotan mereka. guru lelaki itu kemudian kata sebelum merotan dia kena periksa dulu dada tengok jantung budak2 tu 'boleh terima ker' bila kena rotan. sorang demi sorang dipegangnya pada dada. kemudian dia tukar taktik. dia kata dia kena masukkan tangan ke dalam baju sekolah mereka supaya terkena pada kulit. cara itu lebih berkesan hendak rasa denyutan jantung!
dalam ketakutan, budak2 tu pun benarkan guru tu raba sambil ramas apa yang patut. bila balik rumah, mereka ceritakan kepada ibu mereka dan sekarang guru itu sudah ditahan polis kerana mencabul kehormatan!
pelik dan hairan. bukan sorang tapi 12 pelajar semuanya. takkanlah tak boleh melawan langsung!!! kalau seorang jerit, sudah cukup untuk menakutkan guru berkenaan.
apapun, apa yang kjee ingin sampaikan di sini ialah, didiklah anak2 anda macam mana kjee selalu ingatkan nadia. jangan benarkan sesiapa kecuali ibu, kakak kandung atau doktor menyentuh mereka. yang lain...waiimah bapak, abang mahupun guru baik yang lelaki ataupun perempuan tidak berhak menyentuh mereka!
didik lah dari kecik. kjee sampai tahap menakut2kan nadia supaya apa yang kjee cakap itu benar2 masuk dalam otak dia!!!
kalau kita, sebagai ibu, telah menjalankan tanggungjawab kita untuk menyedarkan mereka perihal penting ini, kjee rasa korang tak payah risau kalau anak itu ke sekolah atau kemana2. insya allah dia akan pandai menjaga dirinya kelak!
alhamdullilah dia xwat pape lebih2 kt nadia~~kecik2 lg dh pndai wat hal bkn2...takot la...
ReplyDeletealhamdullilah munie. kjee memang takut sangat dengan peristiwa itu.
ReplyDeletexdpt bygkn klu munie kt tmpat nadia....msti fobia..
ReplyDeletentahlah. agaknya masa tu dia kecik so pada dia tak ada makna apa2 kot.
ReplyDeleteBetul kak jee. anak kawan saya pun masa darjah satu dah ada kawan dia yang buat onar. suruh pegang pepet dia masa kat toilet sampaikan anak kawan saya tu terus takut nak sekolah kat situ. kawan perempuan pun tak boleh nak percaya juga sekarang ni....
ReplyDeletealong: betul along. lesbian, pengkid berkeliaran. sebab itu kjee kata jangan benarkan even cikgu perempuan sentuh! hanya ibu, kakak kandung dan doktor sahaja!! along ada anak perempuan, please didik mereka!!
ReplyDeleteSalam k.jee, memang kita sbg ibu patut mengajar anak2
ReplyDeletespt apa yg k.jee telah ajar pd Nadia berkenaan tubuh badan.
Tak kira anak lelaki mahupun perempuan. Kes begini pernah
terjadi pd anak saya, walaupun anak saya lelaki, tp apa yg
anak saya beritahu perlu di ambil kisah. Maaf saya nk kongsi
sedikit, masa tu anak saya umur 5 thn, kes nya 3 hari
berselang hari 'ANU' anak saya di pegang dan di tnya ada
berapa batu..oleh pakcik yg bawa van tadika. Spt k.jee saya
juga selalu pesan dgn anak tempat yg boleh di sentuh dan tdk
boleh oleh org lain. Kalia pertama saya ingat dia bergurau,
tp bila masuk 3 kali saya adukan pd pihak tadika, tapi
malangnya pihak tadika spt tak percaya dan menuduh
anak sy buat cerita. Pakcik van tu pulak bila kami tnya
dia kata 'kecik2 dh pandai bohong, kalau besar nk jadi
apa...' sakit betul hati. bila kami ajak semuka nk bawa anak
org tu tak mahu. Kes ni senyap begitu je memikirkan
tadika tersebut milik jiran satu taman perumahan.Saya
setuju cara k.jee ajar Nadia menjaga diri dan harap ibu2
diluar sana pun sama. (mohon maaf k.jee, panjang pula
cerita saya)
terima kasih noor. mudah2an apa yang kita lakukan ini (menyedarkan para ibu) adalah sebahagian daripada amal jariah kita!
ReplyDeletenice info kak jee....mampu memberi kesedaran ...pappp!!!!..tetiba rasa ..alamak anak aku...
ReplyDeleteSepatutnya bukan anak perempuan shj yg patut kita ingatkn..tp anak lelaki pun seharusnya diajar menghormati perempuan.....
betul hani. kita kena didik anak2 lelaki kita menghormati perempuan esp kalau dia ada kakak ataupun adik perempuan. kalau dia mahu orang lain respect adik beradik dia, semuanya harus bermula dengan diri sendiri!
ReplyDeleteA very good entry! Saya selalu ajar anak2 saya benda yg sama. Baik yg anak perempuan mahupun anak lelaki. Zaman skrg ni mcm2 boleh terjadi kjee.
ReplyDeletewalaupun tak kawin lagi, tapi tetap pesan kat anak-anak buah dan sepupu yang kecil. jangan bagi sapa pun pegang kat sini, kat sana, kat depan, kat belakang. even your brothers!!
ReplyDeletejangan ikut orang yang tak kenal.
banyak sungguh la jangannya.
memang payah jaga anak zaman sekarang kan k jee. tu tak ada anak sendiri lagi tu..hehe
macamna la dia bole selamba je tegur kjee..memang muka x malu la org tu..bengong..
ReplyDeletemungkin dia ingat dah lupa kot. pelanduk boleh lupakan jerat tapi jerat tak mungkin lupakan pelanduk.
ReplyDeleteK.jee kes nie lbh kurang ngan adik julia tp x igt time tu adik julia dah tadika ke blom la....jiran gak selang 1 barisan ngan umh julia budak laki nie dah keje time tu,adik julia slalu dtg umh dier sbb mak dier ade bukak kedai runcit biase la budak² mesti la asik mengulang ke kedai je nk djadikan cite time tu mak budak nie x de kt umh tu dier suh adik julia msk ckp nk buat magic budak² mane la tau ape² kn....adik julia pun msk la pas tu dier bukak suar adik nasib baik dier x buat ape² dier tgk je pas tu bg adik julia singgit ke 2 ringgit ntah upah jgn bg tau kt org.Blk adik cite kt julia je....dier takut nk cite kt mak n ayah,x kn julia nk simpan lak rahsia budak llaki gile sex tu julia terus bg tau ngan mak ape lg mak n ayh terus serang umh budak tu.Kurang ajar btl smpai skrg adik julia igt lg peristewa itam tu.
ReplyDeleteishhhh.... nie yg sy takutkan. sy ada 3 anak dara... selalu juge pesan pada anak2.. jgn bagi sesiapa sentuh pada bdnnya...
ReplyDeletezaman skrg mcm2 blh trjadi
jee aku sampai sekarang masih ingatkan Shiqin tentang hal ni aku cakap bukan orang je adik beradik sendiri dan dgn abah pun awak kena jaga.Jangan berkemban didepan abah dan adik beradik lelaki bukan aku tak percaya dgn suami dan anak2 lelaki aku tapi setan ada dimana2 je. kebanyak kan kes rogol terjadi dikalangan orang2 yang dikenali so aku memang sentiasa ingatkan, aku galak kan dia pakai seluar jeans atau apa2 seluarlah supaya kalau dia duduk taklah nampak benda2 yang tak sepatutnya yang boleh menaikkan nafsu abang atau adiknya semasa mereka bergurau senda ataupun sedang menonton tv. Kalau nak bermanja dengan abah pun jangan sampai duduk atas peha/riba, jangan peluk2 abah, jangan duduk berkepit dengan abah masa tengok tv dan macam2 lagi lah pesanan aku, sb sampai marah dia kata 'you ingat i haruan makan anak ke?' Bila aku terangkan yang setan ada dimana2 dia faham dah tak marah aku lagi. baru dia terfikir betul juga semua yang aku buat tu dan aku bukan cemburu dengan anak sendiri aku cuma berhati2 supaya tak ada benda seperti itu terjadi dalam keluarga aku.
ReplyDeletebetul shidah...sebab tiu aku larikan nadia masa berpisah dengan bapak dia dulu. sekarang pun aku tak bagi nadia pakai tak senonoh dalam rumah bila papa dia ada. pali pun cukup sopan dalam rumah. tak pernah berlengging. apapun, eloklah simpan rasaa takut dalam hati kita sebab bak kata kau, setan ada kat mana2.
ReplyDeletekek je betul mmg patut pun kita ingatkan anak dara kita,saya pun ada pesan pada anak dara sya,jgn bagi sesiapa pun sentuh bdan kakak,x kisah lah sepupu ke pak sedara ke,walau abah sekali pun bagi tau kat emak,pesan saya beringat sebelum kena..
ReplyDeletesaya sangat suka entry ni auty.. btol..setan ada mana2 n kita tatau tahap keimanan org sekeliling kita. lagipun mencegah lbh baik dr mengubati... dulu pun sy ngan abg sulung rapat . slalu bertwpuk btampar. lpas tu mak saya pesan n tegur jangan terlalu mesra. akhirnya sy paham n lebih menjaga.. sukur, sampai sekarang pun sy jadi terbiasa menjaga pakaian dan pergaulan walaupun dgn abg2..
ReplyDelete