Wednesday, March 2, 2011

110. jangan ketawa...sapa ada bantal bucuk angkat tangan!!!

korang ingat senang ke nak dapat idea menulis. kjee tulis ikut mood. bukan jer untuk blog ni tapi masa kjee jadi wartawan dulu. kalau mood baik, tulislah sedap2, kalau tak asalkan siap, cukuplah. tapi kalau jari jemari sudah letak atas keyboard komputer, boleh tak sedar diri tau menulis. hehehe.

kalau mood bagus dan happy, korang perasan tak entry kjee semuanya boleh buat korang ketawa. dan begitu jugak sebaliknya. dah banyak entry kjee sejak akhir2 ni serius kan? mesti korang boring tapi itulah mood ketika itu. mood hari ni? mood hari ni okay gaklah walaupun semalam kjee trauma kenang peristiwa yang berlaku berbelas tahun lalu.

malam tadi waku kami tengah makan di gerai nasi lemak Ujang kat keramat permai, ntah macam mana tetiba kami tiga beranak berceritalah pasal kisah ini. sampai ketawa berdekah2. nasib baik tak ramai pelanggan Ujang malam tadi.

kjee ternampak seorang budak kecik tengah hisap puting. terbayang lak kjee kepada cucu seorang dato masa kjee berulang alik ke Kucing, Sarawak dulu. kjee tinggal di rumah dato ni. cucu dia ni kecik sangat. bukan kecik umur tapi kecik tubuh. umur dah dekat 3 tahun tapi tubuh dia macam budak umur 1 tahun. semua panggil dia Semut sebab dia kecik.

Semut ni, kalau terjaga jer dari tidur, terus capai puting dia yang diletakkan sebelah bantalnya. semuanya ada 6 bijik! satu dimasukkan dalam mulut, satu diselitkan dicelah bibir dengan hidungnya cara melintang, dua dipakaikan kat lehernya yang diikat pada tali lanyard handfon dan satu dalam tangan kiri dan tangan kanan. enam semuanya!!! kemana sahaja dia pergi, korang nampaklah Semut dengan puting2nya!

mula2 kjee ke rumah Dato tu, kjee terkejut melihat Semut dengan puting2 dia. hampir guling2 jugaklah kjee ketawa tapi Semut selamba jer. kalau anak2 kecik seusia dia sibuk main masak2, Semut hanya duduk berhampiran sambil bermain2 dengan puting getahnya. sekarang Semut dah hampir 25 kot usia dia. cam mana agaknya keadaan dia sekarang.

kami tiga beranak meleret2lah cerita pasal bantal busuk dan juga pasal budak2 kecil yang suka hisap ibu jari. kes hisap ibu jari ini terjadi pada adik kjee, Faridah. dari kecik lagi dia ni suka hisap ibu jari. selain hisap ibu jari, dia tak nak lekang dengan botol susunya walaupun dah umur lebih 5 tahun.

satu hari mak dah bosan dengan perangai dia asyik mintak susu sahaja. mak cari idea nak berhentikan tabiat minum susu dalam botol faridah ni. satu petang, faridah tengah bermain dengan kawan2 dia di laman. mak panggil dia kuat2 dan hulurkan botol susu. faridah tercegat. kawan2 dia ketawakan dia. sejak hari tu, dia tak pernah mintak mak buat susu lagi! malu ya amat gamaknya!!!

bab botol susu dah tak timbul, lepas tu bab dia suka hisap ibu jari pulak. sekarang ini dah jarang kita tengok budak2 hisap ibu jari. kata orang tua2, budak2 macam ni baik, tak banyak songeh dan pendiam. bapak mula bengang dengan faridah sebab tak nak buang tabiat suka hisap ibu jari. sampai kecutlah ibu jari dia hisap!!

bapak dengan emak meetinglah macam mana nak hentikan tabiat faridah ni. bapak dapat idea. bapak memang ada dakwat (cap quink) untuk pen parker dia. malam tu, masa faridah tidur, bapak catkan ibu jari faridah dengan dakwat tadi. besok pagi, apabila kami bangun tidur, mulut faridah warna biru sebab masa tidur, dia hisap ibu jari dia rupanya. kami semua ketawa.

dia mengamuk dan menangis. cepat2 dia pergi cuci ibu jari dan mulutnya. kemudian dia lap dengan towel dan sambung hisap balik. kantoi rancangan bapak sebab dia ingat apabila tengok ibu jari dan mulut dah warna biru, dia mesti takut nak hisap ibu jari dia. hehehe.

malam itu, bapak ada projek baru dengan mak. kesian si faridah. kami tidak tahu apa projek bapak. kami tak sedar bila bapak masuk bilik dan laksanakan tugasan itu. sedar2 jer kami terdengar faridah menjerit sakan!! "pahitttt!!!" dia menangis terpekik terlolong!

rupa2nya bapak sapukan jadam pada ibu jari faridah. faridah lintang pukang pergi cuci. tapi rasa pahit itu tak jugak hilang. kjee tak ingat berapa hari tapi lama jugalah ibu jari dia rasa pahit. dia suruh kjee jilat sikit. eee memang pahit sangat. itu saja yang buat faridah terus buang tabiat itu. kesian jugaklah bapak. macam2 jugak langkah lain dia buat sebelum itu termasuk guna sellotape tampal jari faridah dan macam2 lagi yang kjee tak hingat.

setelah kjee ada anak sendiri, mujur anak2 kjee tak ikut tabiat makcik dia orang tu. kjee juga takut kalau anak2 kjee ada bantal busuk. untuk elakkan itu semua, setiap kali kjee tengok bantal kecik dia orang dah mula diheret ke sana kemari, kjee cepat2 buang dan gantikan yang baru. begitu jugak dengan puting. tengok dia orang dah leka hisap dan khayal macam mat gian, kjee terus buang dan gantikan yang baru!

nasib baik nadia tak der langsung bantal busuk macam setengah2 budak tu. kjee tak ingat berapa banyak bantal yang sering berganti dalam usaha untuk mengelakkan bantal nadia dari jadi bantal bucuk!

ini ada satu kes yang lagi lucu. semalam kjee janji tak nak tulis sebab tak nak budak tu terbaca blog ni. ah tapi korang mesti tak kenal dia so, kjee rasa okaylah.

masa kjee anak dara dulu, kjee tinggal kat flat PKNS kpg baru. kami kongsi seramai 5 orang. dalam ramai2 tu, Ani (bukan nama sebenar), sering dikunjungi adik lelakinya yang bongsu dan tunggal. usia adik dia lebih kurang 3 tahun. kalau adik dia datang dari kampung, mereka tidurlah berdua. satu hari kjee dengar Ani memekik dalam biliknya. adiknya menangis. kami yang lain pun jenguklah. ntah2 ani dera adiknya. Ani tersipu2 apabila kami tanya kenapa.

akhirnya ani kata adiknya ada tabiat buruk sejak kecik. oleh kerana dia sorang jer anak lelaki, tiap malam dia tidur berkepit dengan emaknya. dan selalunya lepas minum susu badan, adik dia suka gentel2 puting mak dia!!! dah jadi kebiasaan. sampai umur 3 tahun, dia tak boleh tidur kalau tak buat yang sama. dan malam tu, bila tidur dengan kakaknya, dia merengek nak buat yang selalu dia buat dengan mak dia!!! maunya kakak dia tak memekik ketakutan. kakak dia masa tu anak dara lagi ko!!! hehehehe

okaylah. sesapa yang masih simpan bantak bucuk atau menyorok2 hisap ibu jari, maaflah ler kalau tersinggung. tulisan ini tidak bertujuan mengaibkan mereka yang masih hidup ataupun sudah mati. saja2...seronok2 jer. hehehehe.

ADA HADIAH MENANTI BEST KOMEN YER. BERITAHU PENGALAMAN BURUK/BUCUK/ANEH KORANG. SATU SET MINYAK WANGI ULTRA SECRETS MENANTI PEMENANGNYA. SATU JER PEMENANG YER.  BUBUH NAMA SELEPAS SELESAI TULIS KOMEN BAGI MEREKA YANG GUNA STATUS ANONYMOUS. TERIMA KASIH. HEHEHEHE

HADIAH MENINGKAT MENJADI TIGA SET SEBAB BANYAK KOMEN YANG MENARIK. ADA DUA YANG KJEE DAH PILIH UNTUK TERIMA HADIAH KHAS TAPI ESOK KJEE UMUMKAN TIGA2 SEKALI. KOMEN TERAKHIR PADA JAM 10 PAGI ESOK.

46 comments:

  1. kjee nor ada bantal busuk ...tapi wangi tau kita punya...satu bantal bentuk 4 segibujur tapi keras nor akan tambah kekabu setiap bulan....sampai man kata ambek je batubata tu boh sarung dah tentu keras....norasmah

    ReplyDelete
  2. hehehe sorang dah mengaku. kahkahkah

    ReplyDelete
  3. hahahhahah kelakar kan kak jee....seronok nyer kenangan lalu.....

    ReplyDelete
  4. bantal busuk takde..'bantal peluk hidup' adalah...ngeee

    ReplyDelete
  5. Kjee... anak dara saya ade bantal bucuk... puas dulu ditukar sarung...tapi lama2 melekat jugak... adoyai...

    Kes yang adik merengek nak menggentel tu tak taha...hahahah

    ReplyDelete
  6. hAHAHA...ADEHH TU YG SAYA SUKA BACA BLOG AKAK NI, AKU TGH KETAT PUN LEH GELAK...BANTAL BUCUK NI KAN HMM, NAK BAGI TAU RAHSIAA..ANAK DARA GUAA YANG BESEYY TU PUN MASIH ADA BANTAL BUCUK KALER MAROON , RENDA KALER PUTIH, TAPI KERAP LAH CUCI SARUNG DIA...SAMPAI SAYA KATA, ESOK DAH BELAKI, SEBELAH LAKI, TENGAH2 BANTAL BUCUK...HAHAHA...KEJI TAK?..

    ReplyDelete
  7. Baca kisah bantal busuk ni mengingat saya pada bantal busuk anak sulung saya. Arwah mak yang buat bantal ni semasa anak baby lagi dan dia langsung tak boleh berenggang dgn bantal busuk ni sampai dia masuk kolej pun dia bawa bersama. Bantal ni jadi bahan ejekan kawan-kawan tp ada dia kisah? Saya tanya apa keistimewaan bantal ni pada dia..dia jwb...sejuk dan lembut masa letak kat pipi. Last2 dia kahwin dan apa lagi bantal busuk kesayangan dia dibuang oleh suami dia...kesian betul...

    ReplyDelete
  8. LOL,..Kjee ni mcm2 je, citer sal bantal busuk plak..alhamdulillah kami adik beradik tak de bantal busuk, sbb mak sy mcm Kjee la, hehehe...tp ada tu sepupu-sepupu sy masing2 bantal busuk ..ada yg dah kawin pun Kjee, masing2 masih simpan lagi bantal busuk, pernah sekali tu wife kepada sepupu lelaki sy sorokkan bantal busuk, abis satu rumah tu dia selongkar..dah jumpa tu mcm jumpa apa tah..kekkee..smp skrg wife dia tak berani nak sorok bantal busuk dia tu..hehee

    ReplyDelete
  9. kongsilah tabiat aneh, buruk dan bucuk masa kecik kat sini. yang terbaik kjee bagi hadiah satu set minyak wangi ultra secrets!!!
    kjee nak rehat jap.

    ReplyDelete
  10. haha..funny la aunty!

    But my experience is different..kekeke..

    When I was just a little kid, I love to "rub" on my mother's nighty. Because those days nighty are very soft, so before I go to sleep, I will rub her nighty between my fingers, and wait to fall asleep. Not only that, if she's sitting next to me while we watching TV, I will do that too... haha.. It gives me a sense og security, and makes me safe, I guess. =D

    Satthiya Kandi. =)

    ReplyDelete
  11. ermm...tabiat buruk..nk ceta tp cam malu jee...kotor pun ade...gigit kuku jari pastu..gigit kuku dlm mulut..pastu...selamber je msuk dlm perut...uwaaaa...arwah mak munie penah pukul tangan smapi bengkak sbb tabiat pengotor ni...lagi 1..munie suke tarik rambut mai dpn,boh dlm mulut..isap2 rambut tu...smpai drjah 3 kot tabiat tu..smpai arwah mak potong rambut pndek so dh xbleh nk tarik rmbut mai dpn lg dh....bila pikir2 blik skunk ni...
    pengotor jgk aku ni msa kecik2 dulu...tu dulu la yee...skunk dak dh kot...dh jd mak owg dh kot...hihihihi...malu2~~

    ReplyDelete
  12. Saya ada bantal busuk. Sayang sgt kat bantal tu sbb selesa sgt. Klu takde bantal tu mmg tak boleh tidur. Tp malangnya masa saya kat U dulu, mak dah bukak dan alter habis bantal busuk saya tu. Dia combinekan 2-3 biji bantal jd satu bantal. Haaaahhhh apa lagi. Bila saya balik rumah tgk bantal busuk dah takde mengamuk dan menangis. Sedihnya....huhuhuhu....

    ReplyDelete
  13. ada satu lagi citer bantal busuk ni, another cousin, masa dia kecik2 dulu, mak dia pernah cuba mcm2 nak stopkan tabiat dia tu, yg paling teruk makcik sy buat ialah, dia buang bantal bucuk anak dia tu dlm longkang besar kat belakang rumah..apa lagi budak tu tak dpt tido,tak lalu makan, nangis je..sbb tak tahan dgn semua tu, terpaksa makcik sy kutip balik dr longkang belakang tu, nasib baik ada lagi tu...mmg dicuci dan diclorox abis...siap dimasak lagi.hehehe nak ilangkan segala kuman.etc..skrg ni cousin sy sdg belajar di UTM, masih setia lagi dgn bantal bucuk dia, sy ke rumah makcik sy pada masa semasa dia cuti semester lepas, tengok dah tak serupa bantal bucuk lagi Kjee, sy tengok pun nak kembang air liur dah..keekke....kempis je..kabu2 pun dah pupus kot...hehehe

    ReplyDelete
  14. kau ni ada je tau, aku pun nak beritahu satu rahsia tapi jangan beritahu afiq mati aku nanti dia merajuk. si afiq ni hisap botol susu sampai dah sekolah darjah dua dan ada bantal busuk satu, puaslah shiqin ngan wan ejek dan sakat dia dulu dia tak peduli lama2 bila dia nak pergi sekolah sb masukan botol tu dlam beg sekolah terus dia dah tak hisap botol lagi takut malu kantoi dengan kawan2 sekolah. tapi bab bantal busuk ni dah tak tahu nak buat macamana lagi sbb dia simpan sampai sekarang, dan kalau kawan2 aku datang cepat2 dia sorokkan bantal tu dia takut orang nampak.

    ReplyDelete
  15. aduih...sakit perut kjee baca. thnx semua. thnx satthiya. tunggu sampai malam nanti. kita tengok kalau ada lagi orang komen. kalau komen, please bubuh nama dihujung komen tu yer supaya senang kjee nak umumkan sapa pemenang! hahahahahahahahaha kelakar lah korang!!

    ReplyDelete
  16. Anak lelaki saya yang kedua, tidak ada bantal busuk tapi kain busuk(kain batik saya yang di gentel2 dan di hisap masa nak tido.) Masa kecik dulu antara punca punca susah nak tido dulu ialah bila mana saya cuci kain busuk tu atau hilang entah kemana..(tersorok la tu)..

    Kadang kadang yang jadik gaduh kita suami isteri pun pasak kehilangan kain busuk ni lah jugak....

    Tabiat ni sampai kah besar,,tak boleh tido kalau tak da kain ni...

    Masa dia tengah nazak dulu pun, kain busuk tu tetap ada di sisi nya...Selepas dia pergi, saya simpan kain tu tapi bila suami saya terpandang kain tu, wajah dia jadi sedih..so saya buang saja kain busuk tu...biar lah...lagi pun dah lusuh..
    5 April ni genap 4 tahun dia pergi dan kalau dia masih hidup..usia nya dah 26 tahun..
    Arwah anak saya ni meninggal kerana sakit dada..sudden death

    ReplyDelete
  17. aduih...kjee ni.citer kjee wt saya gelak smpy xhengat.nsb baik pintu smua ttp.klu x tperanjat jiran sebelah.ni kisah anak buah saya lak.masa tu dia form 5.dia nk sgt dtg KL.kebetulan cuti skolah.so saya ajak dia skali.bhimpit2 kami lam keta.dlu dr Kota Bharu ke Kl amatlah jauh.dh tu bengkang bengkok.mn kepala xpening.pastu smua nk muntah.suami t'paksa brek emergency.smua kluar.apalg t'semburlah...bila agak lega kami tgk anak buah saya elok jer tdo.xbgerak pun.saya kejutkn dia.alamak...t'kejut sebab jari lam mulut dia.suami ketawa bsr.pttlah dia xmuntah,relax jer pdhal 1st time jln jauh rupa2nye mulut dia ada penyumbat.hehe..(elani)

    ReplyDelete
  18. Kak Jee, anak sulung saya girl umur 9 tahun.Dia ni dari kecik sampai sekarang ada bantal busuk.Bila nak tidur boleh nampak muka dia'stim'masa tarik bau bantal busuk sambil hisap ibu jari tangan.
    ibu jari tangan dia sampai kecut dan kecil sikit berbanding dgn jari yang satu lg.Bila tengah malam terjaga tidur saya ingatkan bunyi tikus bedecit rupa2nya bunyi dia hisap jari.
    Ada juga saya masukan bantal dia dalam washing machine sebab dah tak tahan dengan warna dan baunya.Tengah jemur belum nak kering lg boleh dia pegi ambik kat ampaian.
    Adik2 dia pun suka menyakat dia juga.Kalo nampak bantal busuk kakak derang pegi sorok @ baling jauh2.Apalgi melalak la dia...
    Tapi dia tau malu jugak, bila ada org datang tidur kat umah @ kami ke rumah family (dia siap bawa dalam beg pakaian)..kejap2 masuk bilik...rupa2nya nak gi cium bantal busuk..
    macam2 kerenah anak2 ni kan..
    Azlinda Atan

    ReplyDelete
  19. Mohamad Salleh OthmanMarch 2, 2011 at 6:44 PM

    Hehe... Oleh kerana ada Contest utk N3 ni, tiba2 nampak banyak komen dr silent reader hr ni... T'masuk la sy jugak... :P Sy ada 6 bantal kesygan... X tau la nk kata bantal busuk ke x... Bila nk tido, 1 kat kepala, 4 kat kiri kanan n 1 buat peluk.. Kalu xde, mmg x lena tido... Tapi xde la sampai nk usung bantal tu kehulu kehilir... Hehe...

    ReplyDelete
  20. kelakar btl cite kjee dan komen2 diatas,ank saya dr kecil tk diajr dgn bantal busuk,tapi ada ank kwn saya bantal busuk tu dah tgl perca pun dibawa merata dan dicium...

    ReplyDelete
  21. Saya sebenarnya tak kisah pun anak-anak saya ni nak hisap susu dalam botol sampai bila pun sebab saya tau satu hari bila mereka malu, mereka akan berhenti. Sisulung berhenti menyusu botol masa darjah 3, kedua masa darjah 1 sebab tengok abang berhenti guna botol. Sibungsu pula masa b'day 10 tahun. Semuanya kerana malu kak jee. Bila nak menysusu, kawan datang, bila nak menyusu kawan datang. lama-lama malu, berhenti la...

    Si abang dulu ada bantal busuk. Saya heran sebab renda bantal dia selalu keras walaupun dah dicuci. Satu hari tu saya tertengok rupanya dia tuang susu dia kat atas renda tu dan tunggu susu dia kering. patut la renda dia selalu keras. Masa dia hisap susu tu, dia main-main lah dengan renda sarung bantal dia yang keras tu. Nasib baik la kak jee, sekarang ni bila semua dah besar, tak ada lagi bantal busuk dah.

    ReplyDelete
  22. Hahahaha Kak jee nak cerita best punyer saya dulu kecik takde bantal busuk tetapi bila dah meningkat remaja pulak ada bantal busuk punya lah syok sb sejuk aje sampaikan saya bertunang and kawin dan ada anak masih ada bantal busuk tu!!!
    Tapi skrg sy dah buanglah sb suami sy asyik membebel aje tdor kat tgh nak peluk isteri terpeluk bantal busuk kekekeke

    Pernah satu ketika bila saya nak ke Spore sy bawak bantal busuk sy jugak sampai kastam tu yg nak check luggage sy terbantut niat dia hahahaha bila sy deliver baby sy kat hospital pun sy bawak bantal sy sampai suami sy rasa malu ya amat ngan misi misi kat sana ;p Sy buat bodoh je kekekeke... Skrg sy dengan sendirinya buang bantal busuk tu ;p

    Nasib baiklah anak sy tak ikut perangai sy cuma dia suka selimut oren dia selimut warna lain tak nak nak yg oren juga!!!

    ReplyDelete
  23. hehehe....best best citer bantal busuk ni..saya suke sbb saya pun dulu masa kecik mmg ada bantal busuk..mak tk marah pun.. tp 1 hari bila saya bangun tido, hidung saya terbau bau hangit terbakar.. alamak!!!bantal busukku dah terbakar terkene ubat nyamuk..huaa!!!!sedih gila..mak suruh buang bantal tu..masa buang kt tong sampah saya sayu hati tgk bantal busuk tu..saya mmg masih ingat moment2 tu sbb masa tu saya dh darjah 4.. pastu mlm tk leh tido sbb tk de bantal busuk. akhirnya bantal busuk adik saya yg muda setahun dr saya jadi mangsa. dan dia pun tk kisah..SEKARANG???hehehe...sekarang dah ber anak 3 ..dah tk de bantal busuk dah tp suka amik bantal kecik tu letak kt pipi kalau nak tido..nak tau tk apa yg best bantal busuk tu.. bila kita bangun pagi...amik bantal tu gosok2 kat muka. bestnya...sejuk. biasanya saya akan gosok dan tonyoh kat muka sampai hilang rasa sejuk tu...sekarang anak saya yg sulung suka cium kain lampin..nak nak yg dh 2 3 hari diperam. dh darjah 3 dah tp saya selalu amik basuh dan dia akan nyorokkn takut saya juumpa.. dan yg kecik sekali ada bantal bucuk..yg kadang2 umi dia tumpang sekaki..hahaha...best..

    ANGAH AMY........

    ReplyDelete
  24. Hehehe...alkisah bantal busuk ni mmg nostalgia bg adik perempuan kesayangan saya...bayangkan umur dia da 28 tahun masih tido berulit bantal busuk lg...kalau bantal tu cantik lg x apa...ni dah lar bertukar warna baunya....jangan ceritala...(hehehe)kalau balik kampung benda tu partama masuk dalam kereta dia...saya pernah sorok bantal tu...(waktu tu mmg nak menyakat diapun...)tapi tu la sian kat dia xleh tido kalau takda bantal tu...actually bantal busuk tu mak pernah nak basuh tapi dia cakap nanti bau2an dia hilang...hehehe..bayangkan bantal tu ada gambar pooh,sampaikan hidung pooh tu dah tercabutpun dia siap pinkan balik hidung pooh tu..(kelako sungguh Adikku...)pernah jugak saya ckp kat dia beli jer yang baru...dia kata xleh x sama ngan yang ada sekarang..begitulah penangan bantal busuk nie..sekarang ni dah berjangkit kat anak sulung saya pulak...kalau x der xleh nak tido...samala mcm makcik dia...hehehe...

    ReplyDelete
  25. masa kecik2 dulu (dlm sekolah rendah), selalu @ paling suka pergi kedai...bukan pantang disuruh, nak pergi..tapi selalu offer diri...masatu encik (panggilan ibu) sewa rumah 2 tingkat kat kg.simpang 4,Taiping Pk.Di kpg tu ada kedai runcit...encik pakai buku 555 (buku kecil).Cukup bulan bayar... boleh dikatakan 3@4 kali seminggu saya pergi tolong belikan keperluan dapur...so bila balik..saya tak terus kedapur tapi kebawah tangga rumah atas,saya simpan jajan(asam boi,gula2,kuaci @apa2 yg saya suka) pastu baru kepintu dapur serahkan barang2 yg dibeli pada encik...kemudian saya kembali semula ambil jajan2 tu makan bersama kawan2.. ramai yg suka saya sebab saya tak lokek(kedekut)...saya suka melihat mereka gembira...tapi satu hari saya terkantoi...bila encik nak bayar hutangnya....Alamak encik terkejut RM....banyak sangat,dia mintak rekod buku 555 dekat taukeh kedaitu ....dia tengok beli jajan lebih kurang sama dengan nilai barang2 yg dipesannya..bila disoal,saya mengaku...alasan saya encikpun rajin jugak bersedekah pada kawan2nya...encik membebel...bla bla...sayapun belah,selepas dari tarikhtu...encik sungguh lebih berhati2 bila suruh saya beli barang pakai hutang (buku 555)...Kesan dari peristiwa itu...bila saya dah punya anak2...saya lebih berhati2..takut anak2 menurun...hehehe...saya beli keperluan dapur..@ apa2 secara tunai...siap tanya berapa baki... Alhamdullillah, Allah swt beri kemampuan pada saya.... hahaha...kesian pada encik tapi itulah untungnya jadi orang tengah...Sebagai ibu (encik)dah lama ampunkan dosa saya...banyaklah kisah nakal saya masa kecil...sebabtu Allah jadikan saya anak tunggal kut...

    ReplyDelete
  26. alamak kak jee..anak2 saya ada semua tabiat tu..jenuh jugak nak buang tabiat ni..aqilah dgnh bantal busuk dia danish plak dgn kain lampin...sekarang pegi sekolah pon masih bawak jugak.. klu x bawak! merengek x nak pegi sekolah..yang diana pulak puting dgn kain lampin dia...aduhh!! gawat nih.. nasib baik tabiat danish suka isap ibu jari dah x de..itu pon sbb ibu jari dia kena ubat nyamuk masa kat kmpg..sya pelik kenapa dia x isap ibu jari..lps tu saya tgk jari dia dah berair sbb melecur..hilangggg 1 tabiat buruk...aqilah pulak klu kita buang bantal busuk dia..dia cari 1 bantal baru pastu bkk sarungnye..jadilah bantal busuk baru...macam2 budak2 ni...:D

    ReplyDelete
  27. errr....k.jee sya xder bantal bucuk laa....kalu selimut bucuk ada ler....umur dh 30++ dh kawin pun sya masih xleh nk tggalkn selimut bucuk sya tusss....heheheeeee tah ler k.jee bila baca n3 k.jee tuss gelak sakan sya kat cni....mana xnyer ingtkn itu sume tabiat bdk kecil bila amati diri sya sndiri smpai skang xleh pisah ngan selimut bucuk sya....hahhaaaaaaa

    ReplyDelete
  28. tumpang bace je kak jee..takda kisah bntal2 busuk ni sbb saye dn anak2 memnag tak de bntal busuk.hehehehe..seronok bace pengalaman kawn2.

    ReplyDelete
  29. sayer kalau boleh memang x nak anak dara saya tu ad bantal busuk...susah sebab saya pun pernah ad bantal busuk...sebelum kawin dulu saya ad bantal bentuk love... memang dari sek rendah pegg bantal tu...tunang saya(sekarang en.asben la) bising sebb kalau balik kampung dier pun sayer bawa....hahaha.. biler da kawin saya pegnen mabuk teruk,then sayer balik kg duk ngan mak, dier x bg saya bawak bantal busuk tu balik kg....sedih sangat... sekarang bantal busuk tu saya da x heran,tp dier lak yang ganti....sayer tinggal bantal tu dulu gebu lg, sekarag da penyek dah...kan ke masalah tu...dr dulu memang saya kdg x pasan suke isap ibu jari smbil ggt kuku..mase pegnen sampai mak bising takot anak esok2 ikot mcm tu.. doalah minta jauh2kn... sebenanyer malu kalu isap jari ni... setengah2 orang tengok kotor.... tp lantak la orang... yang penting kiter tau betapa syoknyer tengok citer antu sambil isap jari ggt kuku.....janji jgn sampai air liur meleleh2 dah lahkan....ala k.jee pun ntah2 ada gak kot cume x nak bg tau jer kot....haa nak sorok lah tu....malu lah tu.... syer lar kakkkkk.. sayer x bg tahu org len punyooo..hahaha..(noraziza yahya)

    ReplyDelete
  30. eh tak der lah. kjee tak pernah ada bantak busuk. tak berkenan langsunglah tengok bantal busuk orang. betul..buat apa nak tipu. kalau ada, mesti kjee dah story kat you all. okay puas hati noraziza? hehehe

    ReplyDelete
  31. Okay...ni cerita anie pasal bantal bucuk anak dara tu...

    Masa dia kecik2 dulu... bantal tu memang tak boleh nak dipisahkan dari dia... kemana sahaja mesti bawak sebab dengan bantal bucuk tu aje dia boleh diam..

    Jadi satu malam kitorang nak pergi tengok Midnight... semua nak ikut pergi menonton...termasuk mak mertua. Jadi kenalah hangkut jugak si kecik tu... masa tu dia baru berumur 3 tahun...

    Untuk umpan dia biar tak nangis nanti... anie bawaklah bantak busuk tu... malu punya pasal ... masuk dalam beg plastik..

    Sampai kat panggung... cik abang suruh beli jajan... maklumlah ada dua orang budak kecik... jadi belilah kacang... keropok... semua sumbat dlm beg plastik tu...

    Masa lalu depan orang... semua orang pandang... sebab beg plastik tu nampak kembong. Mesti diorang agak kitorang ni bukan pi tengok wayang tapi nak melantak...hahaha...

    Sebenarnya beg tu dah separuh penuh dgn bantal bucuk... bukan jajan semata...

    Malu muka ni masa lalu kat orang ramai ... semua yang menoleh ...heheh

    ReplyDelete
  32. sy ade bantal bucuk kak jee,kaler pink kilat de bunge2 keci kaler biru,smpi skrg msh bkepit dgn bantal tu..klu balik umah mntua kat Kalng,xpnh sy lupe..klu nak blk kuching,swk pun sy hand lugage tau..dan,bntal busuk tu,btahun2 dah xbsh..last bsh dulu umur sy 21,tu pun nangis mcm pe je,mrh kat mak,tu la yg pertama dan terakhir mak brani sntuh bantal keramat tu..smpi,tunang sy,tpaksa smbunyikan bantal tu dlm beg raket tenis ayah sy,cmpak dlm bilik air..la ni sy dah de sorg anak,dan bntal busuk tu d perturunkan pd die..tp,nmpk gaya,die mcm xmnt je nak pkai bntal..huarghhhuarghhuarghh..skali skale,klu nak tdo,msh gak pki bntal tu,ttp muke,br leh tdo dgn lena..

    p/s:klu bntal busuk d basuh,bkn nyer name bntal busuk dah kan?hahahahaha..

    ReplyDelete
  33. Ada satu cerita yg agak menarik juga utk dikongsi bersama...pernah baru2ni saya ceritakan pada anak2....mereka berempat bersama bapanya ketawa....Waktutu saya berusia 15 tahun,musim buah durian....Rumah Atah(nenek)dikuala kangsar,pk...dibelakang rumah atah ada kebun hasil tanaman toknyang...ada buah ciku,langsat,mempelam,manggis,limau purut,jambu ,buah durian dll.Boleh dikatakan kesemua pokok2tu saya dah panjat,petik & jolok buahbuahnya.Suatu petang dikebun toknyang...saya duduk bawah dangau(pondok)sambil membaca buku cerita seorang diri sementara menunggu gugurnya buah durian...angin kuat ,buah masih tak gugur...saya memang hantu buahtu...saya tak boleh tahan..lama sangat tunggu...saya terfikir sejenak...kenapa buah durian tak boleh jolok...nak tahu sangat...saya pun ambil galah joloklah buah durian yg agak rendahtu..jolok punya jolok pun tak boleh...tangkainya liat sbb tak masak lagi(masatu saya tak tahu).Bila penat,saya berhenti sekejap..tiba2 Atok saudara (sudah arwah) saya datang tanya.."awak jolok buah?" Saya cakap tak...(saya bukan nak bohong tapi saya takut)dia tak cakap apa2 tapi saya rasa dia tau...sebab dekat tangan saya ada galah..lagipun tangkai buahtu dah tersiat kulitnya jadi warna hijau.Saya cuma bertanya,kenapa buah durian tak boleh jolok @ petik?...dia diam ..mungkin malas nak layan saya...tapi bila saya bertambah matang saya dah tahu jawabannya....hingga kini cuma anak2,suami & rakan2 di blog kjee yg tahu peristiwa ini..Family kat sebelah ibu , langsung saya tak cerita...tak tahulah bila2 nanti anak2 akan buka rahsia yg bukan rahsia lagi...Sudah lebih 20 tahun saya tidak menjengah pokoktu..jika diizinkan Allah saya akan ambil foto pokoktu sebagai kenangan...

    ReplyDelete
  34. Bantal busuk hehehe...kakjee saya tk ada bantal busuk..tapi anak bujang saya ada.Umurnya dah msauk 19 tahun...masayallah kakjee colour bantalnya cantek...(bayangkanlah)....Peranh saya nk basuhanak saya cakap buat pa basuh nanyi baunya tak sedap...sekarang berjangkit lak kat adiknya yang berusaha 2 tahun...kalau nk tidur mesti cari bantal busuknya...kalau hilang mulalah meragamnya sampai tak bolah tidur,dapat cium bucu bantal pun jadilah....colour jangan cakaplah... ...(mak antal na)...nasib baik yg lain tak berjangkit ..

    ReplyDelete
  35. oh..kisah bantal busuk yea...hehehe..Kjee..selalunya tabiat nidatang sejak dari kecil lagi..tapi saya terbalik pulak..dah besar2 ( nak ngaku tua..malu..hehehe) mcm ni baru ada bantal busuk...nak kata bantal busuk..sarungnya selalu tukar, tapi saya mmg tak boleh tidur tanpa bantal ni..kadang2 saja jer biar tak bersarung..janji dapat bau. Kalau balik kampung, mesti bawak bantal ni..( kalau bercuti, tak bawaklah, hubby marah..sbb mana boleh bawak masuk hotel)Dulu masa kecik, saya mmg tak ada bantal busuk ni..tak tau kenapa..kadang2 kalau tension atau stress atau merajuk ke kt hubby..saya bercakap dgn bantal tu..meluah perasaan pd bantal tu...kalau masa tu airmata mengalir atau hingus keluar ke..tonyok jer muka kt bantal tu..hehe..
    Bantal tu bersaiz biasa tetapi lembik, bantal kekabu..saya beli kt Nilai 3..hubby cakap, bantal tu kena mandram dek mamak pakistan yg jual bantal tu..jeleslah tu...
    Nasib baik anak2 saya tak mengikut saya tapi tak taulah..besar2 nnti terikut mcm ibunya...hmm alahai..

    ReplyDelete
  36. salam..kjee.maiza nak kongsi perangai pelik maiza ni..hehe ni kira buka pekung didada la ni jom layan..
    maiza masa kecik dulu suka makan pasir dan pensel tekan punya dakwat..pelik kan..tp yg tu la dulu maiza suka buat,,ntah kenapa la maiza pun xtau nak cakap..rasa pasir ngan pensel tu sedap je pada maiza masa kecik dulu..bila dah besar2 ni teringat geli la pulak tp tu la yg maiza ingat bila kjee buka entry ni hish..tobat xmau makan pasir ngan pensel tu hehe..dulu siap beli 1 box dakwat pensel tu untuk buat makan..alahai napa la maiza citer ni..jangan lak ingat maiza tipu x caya tanya kat mak maiza hehe..dah la kang benda lain lak maiza cerita hehe.....apa2 pun best semua cerita2 kjee..maiza layan je apa2 pun hehe

    ReplyDelete
  37. salam kjee..sronok bila baca n3 akak nih.tingat lak kat anak sulong saya lelaki,kecik2 dulu suka sgtt lah hisap puting.24 jam puting kat mulut dia je.sampai bibir terjongket hahahaa.Lagi satu tebiat dia kalu tgh senotol (isap susu dlm boto le), dia mesti nak kuis2 tepi telinga,tabiat tu sampai skg tak ilang.Kekdg dia kuis tepi telinga saya atau abah dia kalu kita dok baring sebelah dia.Sorang lagi anak sedara lelaki jugak, kecik2 dulu tak leh tinggal bantal busuknya, ke hulu ke hilir diseretnya bantal tu.SAmpai tak de kekabu lagi bantal tu tinggal kain, kaler tu tak yah citer lee..dah lebih dari kaler kelabu..kakak dia pun sama gak ada bantal busuk yg dh naik lunyai..kalau dia minum susu dlm botol, dia akan gentel ujung bantal dan cucuk-cucuk manje kat tepi mata dia (mata yg sebelah dalam).Skg dorang pun dah bujang and dare..eheh

    ReplyDelete
  38. Salam...saya ada gak bantal nak kata bantal busuk tu tak jugak...tiap2 minggu ganti sarung bantal tapi bantal tu masih anjal & sejuk jer. Org lain tak leh pakai hatta suami sendiri heheheheh. Memang best bantal tu. Pesan ngan suami & anak2 bila mama mati baru ble pakai bantal tu.....

    ReplyDelete
  39. hehe... sye pun nak kongsi citer gak...x tau lah kelakar ke tidak kan...anak sye yg no 3 tu ade tabiat..dr umur die 3 thn lg... puas sye wat mcm2 nak bg hilangkan tabiat x elok die tu...anak sye ni suka hisap bibir bwh... waa... gigi die pun dh x lawa sekarang ni... harap2 dpt hentikan tabiat die sebelum tumbuh gigi kekal..pernah tau kkjee sye sepit bibir bwh die ngan sepit baju.. menangis 1 hari... kejam ker hehhe. lepas tu sye letak ubat gamat masa die tido... die leh sedar... lap mulut die..hhehe.. pernah gak sye tampal koyok, gnting kecil memanjang... tgk pg.. die nak cabutkan...pernah sekali tu die sakit mulut @ ulser... masa tu lah bru die x hisap bibir.. tp bila dah baik.. die hisap balik... tanya kat die x malu ker kwn2 tgk... dgn selambe die kater x...huhu.. apa lg sye nk wat.. ingat nak beli jadam lah lepas ni...agak2 berkesan x...

    ReplyDelete
  40. kkjee lupa letak nama.. citer pasal hisap bibir tu.. rafidah punyer heheh

    ReplyDelete
  41. sekarang anak sulung iza (boy) dah 8 thn. masa kecik dia hisap puting. kalau nak tidur mesti hisap puting & tarik jari sape2 yg tidurkan dia utuk dihisap sama. jari2 tu akan diselit dicelah2 puting yg di hisap. kira2 abis le ke lima lima jari dia hisap. Lepas satu jari satu jari dia hisap. Mula2 pelik jugak sbb selalu dengar budak2 suka hisa ibu jari sendiri. tapi tabiat anak iza sebaliknya. Tabiat tu berakhir nov 2008 masa iza dlm pantang ank ke 2 selepas puting yg dihisap putus 2. maklumlah gg dah penuh. dia akan gigit2 puting tu hingga pecah....RAHIZA

    ReplyDelete
  42. ok penyertaan tutup di sini. terima kasih semua. jawapan akan diketahui sebelum jam 12 tengah hari. semua hebat2. hehehe

    ReplyDelete
  43. saya sampai sekarang pun ada bantal busuk kak jee ank pu ada gak he...he..n sekarang suami saya pun ada gak kah...kah...1 family ngan bantal busuk

    ReplyDelete
  44. Better late than never....

    Our cat Gummidge suka tidoq dalam laundry basket yang penuh dengan baju yang belum basuh. Bukan setakat tu saja... he will then proceed to hisap kain baju dalam tu sampai lencun...
    We tried to sembunyi basket, tutup basket... semuanya tak menjadi. Last sekali we gave-in 'cos tak sampai hati tengok dia macam nak gila cari basket.
    It was a sad day when we found Gummidge dead dekat depan pintu rumah. He was attacked by a neighbour's samseng tabby.

    xox

    ReplyDelete
  45. muna: ala citer sedih...kjee dah tak larat nak menangis cakap pasal kucing yang mati...depan rumah kjee jalan besar. dah banyak kucing kjee kena accident....

    ReplyDelete
  46. hihihihi....
    skrg umur dh 34 thun masih ade bantal buchuk lg... kalau x de bntal buchuk ni Dilah x leh tido... gelisah jer.. ank2 n suami pun dh thu. kalo mak nya x de bantal buchuk bila nk tido mesti mengamok.. huhuhu.. tngah menaiping ni pun duk menggentel bntal buchuk.. skrg ni menurun ke ank sedara plak..

    ReplyDelete