foto: budiey.com |
kjee pasti ramai yang masih ingat drama yang diarahkan oleh Tony Francis Gitom dan kemudian diambilalih oleh Wan Hussein. kisah pertukaran dua pengarah ini ada juga kaitan dengan eja.
jadi, apabila kjee terbaca kisah eja dalam utusan malaysia kononnya sejak akhir2 ini, dia sudah berubah menjadi pemarah dan sebagai, kjee tersenyum. wartawan tidak mengenali siapa eja sebenarnya, di sebalik wajahnya yang ayu dan lembut itu, eja adalah seorang wanita yang cukup tegas dan berdisiplin.
drama Rahsia Demi Rahsia (RDR) telah memperkenalkan eja kepada dunia lakonan. nama dia harum hingga ke hari ini. eja berlakon ketika usia yang agak lewat. malah, kami terkejut apabila eja dipilih membawa watak itu kerana watak itu adalah seorang budak kampung yang berusia belasan tahun. kalau tidak silap kjee ketika itu usia eja lewat dua puluhan. tapi mungkin kerana wajahnya yang lembut dan ayu dan menepati karektor dalam RDR maka dia dipilih.
kjee tak ada masalah berlakon dengan eja kerana dari awal lagi kjee tengok dia cukup komited. orangnya cukup sopan dan lemah lembut. tidak suka buang masa di lokasi penggambaran. kalau tidak memeriksa segala barang keperluannya yang dibawanya, eja akan baca skrip ataupun tidur. tak pernah menyusahkan orang.
tetapi apa yang kjee perhatikan ialah, eja ni seorang yang sangat 'berahsia'. memang kenalah dia berlakon dalam drama Rahsia Demi Rahsia! tak siapa tahu cerita peribadinya. ada seorang kawan kjee yang singgah ke lokasi penggambaran masa tu, kata dia kenal eja. dia pernah dapat jemputan kahwin eja dengan anak seorang kenamaan. yang tukang sampai pun boleh tahan jugak mulutnya. susahlah hendak dipercaya!
bagaimanapun, kjee tak berani bertanya sebab eja begitu 'secretive' mengenai peribadinya. baru sekarang kjee dapat tahu sebenarnya ketika berlakon dalam Rahsia Demi Rahsia, eja sudahpun berkahwin. yang tukang sampai cerita itu suruh kjee ingat satu peristiwa. kata teman kjee, itulah suami yang datang bersama peguam benggali itu.
cerita mengenai eja sudah berubah sikap menjadi seorang pemarah sebenarya langsung tidak mengejutkan kjee. semua pelakon dan krew RDR telah di'pinta' berjanji tidak mendedahkan rahsia di sebalik pertukaran pengarah. mungkin permintaan itu timbul sebab kjee. kjee kan dulu wartawan. so mungkin eja tidak mahu kisah itu dijadikan bahan berita. maklumlah dia tahu implikasinya kerana dia baru pertama kali berlakon.
pertukaran pengarah itu walaupun disebabkan eja tetapi sebenarnya, eja adalah artis pertama di malaysia yang berani berbuat demikian. selalunya apabila di'buli' oleh pengarah, pelakon akan diam diri kerana bimbang menjadi mangsa gam. khabarnya dari minggu pertama eja berlakon, dia telah di'buli' oleh pengarah itu (pengarah asal dan bukan yang ganti).
foto: budiey.com |
kjee pernah bertanya eja mengenai kisah dia kena buli ketika shooting di pulau besar. tetapi eja tidak berkata apa...cuma senyum. entah mana silapnya, pengarah ini asyik nak cari pasal dengan eja, tidaklah diketahui. mungkin eja bukan pelakon pilihannya, maka pengarah itu berbuat demikian, waallahualam!
satu hari sedang kjee di meja makan di ruang luar lokasi penggambaran, kjee terdengar jeritan eja yang kuat sambil menangis. kjee pun berlari masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuk pelakon. eja sedang mengemas pakaiannya. dia menjerit2 hendak pulang dan marah sangat pada pengarah hingga tahap gaban! si pengarah tu pulak, tahu pun takut. duduk di satu sudut sambil memerhatikan dari jauh. kemudian eja terus pergi ke kereta dan meninggalkan kami terpinga2.
kami semua tidak tahu apa terjadi. ada kata, eja mengamuk kerana pengarah itu telah mencarut dan memaki hamunnya. sebabnya kami kurng jelas. pengarah berkenaan selamba saja dan sambung penggambaran. kami risau sekiranya eja benar2 tidak akan kembali berlakon seperti yang dikatakannya.
esoknya, kami semua diarah pergi ke pejabat produser di TTDI. di situ, kami semua ditemukan dengan eja, seorang lelaki melayu dan seorang lelaki benggali. kami difahamkan kedua2nya peguam eja. peguam yang mewakili eja, meminta produser tidak membenarkan pengarah berkenaan berada 500 meter dari tempat eja berada di lokasi penggambaran. jika tidak, eja tidak akan kembali ke set! dan kami juga diarahkan oleh produser tidak bercerita mengenai peristiwa itu lagi. kami semua terkejut dengan tindakan eja.
foto: gambargambarpelik.blogspot |
eja sepatutya tidak merahsiakan apa yang telah dilakukannya. tindakan dia membawa peguam ke lokasi untuk menegakkan kebenarannya, harus diketahui oleh semua anak seni. sudah terlalu banyak insiden anak seni diperlakukan oleh pengarah ataupun produser tetapi tiada tindakan kerana masing2 mahu menjaga periuk nasi.
dalam kes terbaru, eja ada hak marah jika produksi dilambat2kan sehingga banyak menghabiskan masanya. dia ada anak kecil di rumah. kjee pasti ketika sain kontrak, eja sudah maklumkan kepada produser dan pengarah hal ini. dan mereka pasti sudah mengiyakan segala permintaannya. tetapi apabila sampai di set, lain pulak ceritanya. mahunya dia tidak mengamuk! itupun nasib baik mengamuk saja tanpa membawa peguam!!
maaf eja kerana kjee telah melanggar permintaan eja supaya tiada sesiapa boleh mencerita perihal yang berlaku di ofis produser drama RDR 15 tahun yang lalu. kjee lakukannya kali ini sebab kjee terkilan. kalau dari dulu lagi semua anak seni tahu hak mereka dan lakukan sepertimana eja lakukan, pasti kejadian seperti itu tidak akan meleret2 sampai ke hari ini!
so produser, pengarah dan juga sesiapa yang belum kenal 'wajah' sebenar eja, hati2. don't play play!!
mmang minat drama rahsia demi rahsia....pengarah yg di maksudkan pun kenal jugak sbb mase itu banyak drama arahan beliau keluar di kaca tb....
ReplyDeletebagus lah eja...dia bertegak pun popular...tak perlu give in apa...ada sesetghh artis mesti give in coz nak naik...plus eja ni ayu...natural beauty
ReplyDeleteSuka eja ni....muka natural beauty...watak muda bole jadi watak mak2 pun ble gak. Congrate eja...berani kerana benar......popular jugak...
ReplyDeletemuka eja ni mirip adik dilah... perangai nya pun sama cam eja gak setelah ape yg k jee paparkan... tindakan yg bgus eja lakukan tu....
ReplyDeleteEja ni antara a few artis yang sy kagumi lakonannya and above all respect sebab dia betul2 jaga privacy dia.
ReplyDeleteTq kak Jee ... best story ni.... Syabas Eja, kelaz,... u go girl!
ReplyDeletethanks to kjee, sy pun sekadar sesekali menonton wajah Eja di TV selama ni, miss tengok cite RDR, x penah tau siapa dia sampai le baca entry kjee ni. sy puji sikap eja, semoga dia terus berjaya dalam lakonannya dan hidupnya..zumaira
ReplyDeletenak kata suka sangat pun tak juga nak kata tak suka pun tak juga aku kat tengah2 je eja ni, tak nafikan eja memang bagus berlakon tapi aku tak suka cara dia menyorok hal2 perkahwinan ni, bila dah mengandung takut orang ingat anak luar nikah barulah hendak buat hebahan. perkahwinan adalah sesuatu yang sangat mulia, apalagi dia seorang public figure kalau tak suka jangan jadi artis lah.
ReplyDeleteSy suka lakonan Eja ni....masa RDR ditayangkan, sy baru form 2 (tahun 1999). Mmg toplah masa tu, rasa drama RTM kot, masa tu takde ASTRO lagi. Heh. Sy still ingat utk season 1, dia guna nama Sharifah Eja, heboh jugalah bila dia nafikan dia bukan Sharifah, rupanya Siti. Produksi tersilap sebab dia hanya tulis S. Eja (rasa saya ler). Tp Eja mmg berbakat....dia antara generasi baru yg bagus, tp dia tak byk berlakon, terlalu selektif. I really admire her...beauty with brain I supposed.
ReplyDelete*sorry to say, dia lagi hebat dr Fasha Sandha, Dynas or Fazura...
kjee , drama rahsia demi rahsia tu kat mne boleh tgk bali ek ? kat utube x de ponn .. kan ?? rindulah nk tgk cite tu lg .. huhuhu
ReplyDeletehehehe Kjee pun tak tahu.
ReplyDeletekt mana nk tgk cerita rdr ni ek rindu sangat ni
ReplyDeletedekat mana nk tgk cerita rahsia demi rahsia ni rindu btl la nk tgk…best gila
ReplyDelete