foto: zonartis.com |
Harapan kjee Cuma satu…janganlah pulak selepas AF9, astro berubah fikiran dan kata ‘oleh kerana sambutan yang cukup hangat untuk AF9, maka dengan ini astro mengumumkan AF10 akan menjadi yang terakhir..’ Ah sudah…pengumuman klise dan meloyakan!!
Dan akhirnya juga, setelah ramai yang ‘mengamuk’ walaupun tak sampai ke tahap buluh runcing, astro tunduk pada desakan ramai. Dalam diam mereka ke Indonesia untuk batalkan kontrak itu. Oh dah sain kontrak rupa2nya. So dah jadilah nak amik mamat tu!! Sapalah yang cerdik dan pandai sangat dalam astro yang buat pemilihan tu kan?
Tapi yang seronok sangat kjee nak tahu ialah samada keputusan itu dibuat setelah Ahmad Dhani buat onar. Beberapa hari lepas Utusan Malaysia keluar cerita dia telah mengkasari dua wartawan negara dia kerana cuba mengambil gambar isterinya yang hamil. Apakah astro bimbang pelajar2 AF9 pula akan menjadi mangsa seterusnya baran si Ahmad Dhani maka dia digugurkan atau ada lain sebab.
Kjee copy paste tulisan sahabat kjee saodah ismail dalam agendadaily.com mengenai amy search dipilih sebagai pengetua. Sebenarnya pengumuman belum lagi dibuat secara rasmi. Apapun, terima kasih astro kerana memilih amy search, karyawan muzik Malaysia yang cukup berwibawa untuk memikul tugasan ini. Cayalah astro.
Kepada amy dan aznil pula, kjee harap mereka akan bangkitkan semula kegemilangan Akademi Fantasia supaya penonton akan bercerita mengenainya rancangan terakhir ini sampai bila2. Yang pasti mesti cerita yang elok2 saja kannn.
Ikuti story Saodah ismail wartawan Agendadaily.com
BETUK KE AMY SEARCH GANTI AHMAD DHANI?
BILA Astro tidak jadi import itu penyanyi Indon sebagai Pengetua AF9, timbul pula tanda tanya, siapa yang menggantikan tempat Ahmad Dhani itu? Dari kias-kias disebut seorang ‘otai’ dalam dunia muzik….tak mungkinlah Datuk Ahmad Nawab sebab jika dilihat dari pengetua yang sudah-sudah, Astro takkan ambil imej retro.Retro hanya untuk stesen radio Sinar. Jadi otai macam Datuk Mat Nawab (maaf ye abang Mat), gerenti bukan.
Tapi dalam intaian saya, yang kerap kelihatan di Astro dalam masa terdekat ini adalah Amy Search. Khabarnya dia ke sana jumpa orang kuat Saluran Astro Ria. Kalau betul Amy, fewitttt!!
Selama ini pun Amy memang selalu jadi juri dan belum pernah lagi duduk kerusi Pengetua.
Dan, kalau benarnya telahan saya, Amy Search yang bakal jadi Pengetua AF9, kita ucap tahniah. Barulah kena. Amy pun bukan calang nama dalam industri dan kalau nak banding dengan Ahmad Dhani…alahai, macam langit dengan bumi jauhnya.Dia bukan saja bersopan, bahkan tak cakap besar, tak celupar dan tak halau wartawan macam anjing seperti yang dibuat dik si Mat Dhani tu dengan dua wartawan TV yang datang nak rakam gambar bininya hamil baru baru ni.
Bila kita jadi pengetua, kita mestilah punya cirri-ciri kepimpinan yang boleh diikut, bukan orang yang kita tengok saja, rasa macam nak belasah sebab sifat dan sikap yang angkuh dan sombong.
Dan seandainya betullah Amy Search jadi Pengetua, mesti banyak ilmu yang boleh diturunkan. Maklumlah, dia otai yang bukan saja banyak pengalaman tapi cukup matang dalam dunia muzik, merasa segala susah senang. Cuma saya harap Amy ni satu saja, teruslah jadi Amy, jangan pulak jadi ahli politik sudah!

Cuma, agak musykil di hati, berapa jutalah stesen sudah bayar pada Mat Dhani tu kerana tak jadi ambil dia. Yelah, kalau dah sain kontrak tentulah dia boleh saman kalau tak jadi….tapi yelah, segala-galanya boleh diberes dengan sekeping cek…..Astro kan banyak duit!
wow kak Jee.... Amy Search principle AF9... Pwwwweeeeewiitt!!!! ....Cayalah...
ReplyDeleteWaaaaa...bangga sehh...Amy memang layak, orang Johor lagi...kembang aku tiba2...astro tu saja menempak maut kan, macam lah bakat2 seni negara kita ni low class...sampai nak guna orang2 tanah seberang....apa2 pun kak jee juga turut hebat berkempen..tahniah untuk akak juga!!....
ReplyDeletesaya suka la kalu dia yg jadi pengetua af..best la kalu aznil yg jadi pengacaranya balik...mesti meriah masa zaman mawi dulu hehe..
ReplyDeletephewwwiiiiiiiitt!!! i loikkkee!! tahu pun astro takut bila ramai yg mengamuk dgn pemilihan mamat kontroversi tuh!! padan muka astro..syok sendiri jek!!
ReplyDeletelaku juga kritikan kita yg ala2 sambal tu ye.....cayalah anak bangsa kita masih ramai lagi yg berwibawa ada klas tersendiri...norasmah
ReplyDeletesyabas to Kak Jee & all yg kritik Astro di fb, blog, papers n etc... very kritikan membina gitu... cayalah semua...Akhirnya tak jadi Astro ambik mamat indon jadi pengetua... suara rakyat malaysia gitu, kelaz uols..
ReplyDeletebukan mat gebu je bangga aku pun tumpang bangga sbb anak johor terpilih, amy memang layak kalau bercakap lembut je walaupun dia mat rock tapi orangnya lemah lembut, pandai masak dan tak pandai meninggi diri. jangan risau dia takjadi orang lain, dia a trend setter tak perlu dia tiru style orang lain.
ReplyDeletesalam kakjee...kalo kak og jd pengetua pn ok sebab dye ihlas gan ape yg dye katekan...dye jujur insan yg mcm 2 susah nak jumpe sekarang coz rmai yg bermuka2 konon nk jage aty owang lain..tp pilihan astro tepat pilih pakcik amy sebagai pegetua...berpengalaman dlm dunie seni ni...
ReplyDelete