Sunday, March 6, 2011

APPLE PUFFS INTI MENTAH

baru jer balik dari melaka. ngam ngam 12 jam sampai balik rumah. keluar kul 12.30 tengah hari sampai balik kul 12.30 malam. kesian unclepali. abis nak buat camner. mula ingatkan nak tido. sampai kat pengkalan balak tetiba terkejut kat situ banyaknya chalet kecik2 milik orang melayu kita yang mengadap laut. tapi dek kenangkan anak terpaksa siapkan assignment untuk presentation hari isnin, balik lah juga. next time kami sure datang balik ke pengkalan balak dan tido there.

cam biasalah kalau kering otak, kjee bubuh jer resipi. hari ahad elok bagi resipi yang anak2 boleh belajar dan tolong mama buat. anak lelaki dan pompuan skali suruh turun padang. jangan pepandai makan makan jer. hari ahad bagi mama rehat bukan pada hari ibu saja nak suruh mereka rehat, faham!!

hah ari ni mokcik jee nak ajar buat apple puff. senang jer. tak payah nak masak inti dia. potong dadu dan campur jer ngan gula dan sedikit serbuk kayu manis. resipi orang lain kena masak tapi resipi mokcik jee tak payah masak inti dia. betul...tak tipu punya. mula2 dulu mokcik dapat resipi ini, was was gak nak buat. rupa2nya tak tipu. mokcik dapat resipi ni kat internet. pastry puff guna yang dah sedia ada, jenama kawan. ok korang follow resipi ini. sure sedap punya. money back gerenti!!

who's money? your papa and mama's money of course lah!! after you make and eat this puff, you sure love me one!! hehehe (minglish...malaysian english)

BAHAN2NYA:
1 peket puff pastri jenama kawan.
2 biji apple merah
¼ cawan gula perang/brown sugar (kalau nak manis tambah lagi)
2 sudu besar tepong gandum
1 sudu besar juice lemon
1 sudu kecik serbuk kayu manis (guna blender kering untuk blend kayu manis atau tumbuk guna lesung)
1 butir telor

CARA MEMBUATNYA:

Pastri diletak dalam suhu bilik sekurangnya 10 minit. Apple dikupas kulit dan didadu kecik2. bubuh apple dalam mangkuk dan masukkan gula, jus lemon dan serbuk kayu manis. kalau nak manis lagi tambahlah satu sudu besar gula lagi. pastu masukkan sedikit demi sikit tepung sambil kacau. letak satu sudu (agak2) campuran apple keatas sekeping pastri dan lipat dua. tekan2 dengan garfu di hujungnya supaya melekat. pastu toreh2lah di permukaannya ikut suka. lepas tu, diberus dengan telor yang telah dipukul dan dicampur dengan sedikit butter/marjerin. bakar dalam oven suhu 180 selama 20 minit.
(NOTA: MAKSUD KJEE GUNA INTI MENTAH IALAH, BIASANYA RESIPI APPLE PUFF ATAU APPLE TART GUNA INTI YANG TELAH SIAP DIMASAK. MACAM INTI ORANG BUAT TART NENAS. TAPI UNTUK RESIPI KJEE NI, INTINYA TAK PAYAH MASAK. MASAKNYA HANYA SETELAH DIMASUKKAN DALAM OVEN. TAK PAYAHLAH BUANG MASA MASAK SAMPAI DUA KALI)






7 comments:

  1. Heram nape payah benor pulak saya nak cari pastry segera jenama KAWAN nih...hagaknya sebab saya sendiri tak rajin meronda...ehhhhee...

    ReplyDelete
  2. saya pun cari tk jmpa jgk,yg ada cuma paratha segera jenama KAWAN...saya buat puff guna yg itula jd jgk...fatimah hanim

    ReplyDelete
  3. ramai juga yang kata susah nak jumpa. tapi di kl senang jer. kat carrefour, tesco, giant dan hero pun ada. kalau tak der cuba cari jenama lain.

    ReplyDelete
  4. Masa saya kecik-kecik dulu kan Kak Jee.. Saya ada tengok rancangan masakan Kuali kat TV3. Masa tu umur saya 12 tahun, darjah 6. Inti apple pie daripada rancangan Kuali tu sebijik mcm ni la..

    Teringin nak makan punya pasal, saya pun terai la buat apple pie tu. Sorang-sorang je saya tunggang terbalik kat dapur.. Dok uli pastry pie tu, tonyoh punya tonyoh nasib baik menjadi.. Hahaha Mak saya wat donno je sebab dia malas nak melayan saya.. Bila pikir-pikir balik kelakar gak budak 12 tahun beria-ia nak terai resepi baru sorang diri.. Tapi memang sedap!! Bila dah sedap tu ramai lak yang pandai bawak pinggan nak makan bersama.. Hahaha

    ReplyDelete
  5. kalau guna paratha segera jenama KAWAN pun ok, sy selalu buat guna paratha segera tu kalau susah sgt nak jumpa pastry puff KAWAN. Kalau tak de jumpa yg KAWAN tu sy gunakan paratha segera jenama KRAFT..ok jugak,,

    ReplyDelete
  6. k.jee nanti nak try la bila free...
    aida said..gelihati bila baca komen u..memang kelakar..

    ReplyDelete
  7. eh me also want to try ah, tajuk nya pun dah sedap kalau buat mesti lagi sedap. kat giant bukit tinggi senang nak cari pastry jenama kawan ni.

    ReplyDelete