Sunday, March 6, 2011

118. kenapa mesti cerai masa isteri mengandung

foto ehsan google
Bolehkah seorang isteri diceraikan ketika dia mengandung? persoalan itu selalu bermain di benak fikiran kjee apabila melihat semakin ramai orang baik artis ataupun orang biasa, diceraikan ketika mengandung. pada kjee itu adalah sesuatu tindakan yang tidak berhati perut.  melainkanlah si isteri telah melakukan dosa yang teramat besar yang tidak boleh diampunkan!

apakah dosa besar isteri yang sedang hamil yang tidak boleh diampunkan? curang? isyhh kalau dia sedang mengandung takkanlah dia nak buat onar lagi kan? ataupun si suami enggan percaya anak yang dikandung itu anak dia.

bagaimana dia nak sahkan itu? mungkin dia tidak ada di sisi isterinya selama beberapa bulan kerana tugas. kembalinya dia ke rumah didapati isterinya mengandung. hah kes seperti itu mungkin boleh dipakai. ataupun, doktor sudah siang2 sahkan yang si suami itu mandul. tentu dia terkejut beruk apabila isterinya tetiba mengandung. benih sapa kan?

tetapi boleh ke pakai cakap doktor? yang menentukan allah swt. ada orang mengandung pergi scan, doktor kata anak perempuan tapi bila keluar, anak lelaki. kjee ada pengalaman yang sama. so, siapa nak kita percaya?

tapi doktor melayu yang beragama islam sekarang mengambil jalan selamat apabila melakukan scan keatas wanita mengandung. biasanya mereka akan kata semuanya kuasa allah swt...kuasa yang mutlak. jangan percaya 100% ilmu sains moden. yalah dia tak nak lah pulak tanggung dosa semata2 melihat imej pada komputer yang digunakan untuk scan, betul tak?

berbalik kepada kes menceraikan isteri yang sedang mengandung. kjee kurang bersetuju mahkamah membenarkan talak yang dilafazkan itu sebagai sah. sepatutnya berilah kaunselling kepada suami untuk menukar keputusannya. manalah tahu apabila ternampak wajah baby yang comel dan tidak berdosa, dia akan menarik balik hasratnya.

foto ehsan google
anak adalah hasil ikatan kasih sayang suami dan isteri. tidak ada orang yang hanya mahu berkahwin tetapi tidak mahukan anak. selalu orang yang kata sedemikianlah allah swt turunkan anak berdozen2. samalah macam pasangan yang tidak bernikah tapi melakukan hubungan seperti suami isteri. mereka yang senang dapat anak berbanding pasangan yang mengharap siang dan malam.

apabila mendengar kisah bercerai ketika mengandung ini, kjee terkenang cerita arwah emak. dia pernah beritahu ada jirannya (perempuan) yang menangis siang dan malam mintak suaminya ceraikannya. alasannya kjee tak pasti. tapi dia mengaruk sampaikan suaminya takut hendak balik rumah.

kaum keluarga kedua2 belah pihak datang memujuk tetapi dia tetap berkeras tidak mahu melihat muka suaminya lagi. kerana tidak ada pilihan, si suami terpaksa menceraikannya. kemudian apabila perempuan itu selamat bersalin, tiba-tiba dia histeria apabila sedar dirinya sudah menjadi janda.

dia mengaruk siang dan malam, menangisi nasibnya dan juga nasib anak. kemudian, keluarga kedua dua belah pihak datang bersama suaminya. mereka bongkarkan cerita yang suami itu sebenarnya tidak mencerainya. itu hanya sekadar lakonan untuk mententeramkan isterinya. ramai saksi yang tampil mengiyakannya. selamat dia. punyalah seronok dia mendengar, terus berhenti mengaruk!

kata orang tua2, ini kes pembawak budak atau bawak budak. kalau ikut dunia moden sekarang doktor akan kata seorang wanita itu berkelakuan sedemikian kerana stress. mereka tidak dapat mengawal perasaan kerana perubahan hormon dalam tubuh ketika mengandung.

dalam beberapa kes yang berlaku sekarang yang membabitkan artis (orang biasa pun ada gak yang cerai ketika hamil), perceraian mereka tidak dihebahkan sebabnya. itu hak mereka...berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul kan?

oklah mungkin si suami menceraikan isterinya kerana sebab2 yang hanya dia dan isterinya sahaja yang tahu. tetapi tidakkah si suami boleh mengawal sikit perasaannya. waiimah kalau marah tahap gaban pun, tahukah anda bahawa seseorang wanita itu ketika hamil akan melalui banyak perubahan pada dirinya. itu tidak termasuk kebimbangannya ketika hendak melalui proses melahirkan anak. kata orang tiada sakit lain yang boleh menandingi sakit hendak bersalin.

itulah orang sekarang. masa seronok bercinta,  sehari tak jumpa tidor boleh tak lena, makan boleh tak kenyang, mandi boleh tak basah, sanggup harung lautan api. tetapi apabila allah swt duga jer sikit, mengelabah dan senang menceraikan isteri yang sedang hamil. bagi kjee, lelaki yang sanggup menceraikan isterinya yang sedang hamil TANPA sesuatu sebab yang munasabah, tergolong dalam golongan mereka yang belum baligh. tidak layak hendak menjadi seorang suami!

maaflah kalau kjee keterlaluan menghukum para suami yang sedemikian. kjee rasa ramai wanta sependapat dengan kjee cuma mereka luahkan waktu mesyuarat tingkap. kjee ada blog bolehlah luahkan kat sini. wartawan hiburan pun tak berani nak siarkan cerita sebab takut kena saman.

foto ehsan google
apapun, rupa2nya ada  hukum yang menyatakan seorang isteri itu boleh diceraikan suaminya ketika dia sedang mengandung. tetapi seperti biasa, talaq akan hanya gugur setelah selamat isteri itu bersalin dan melepasi tempoh pantang. agaknya sengaja dibuat seperti itu untuk diberi ruang kepada suami menatap anak yang baru dilahirkan. dan moga2 kehadiran si kecil yang tidak berdosa itu akan membuat hati ayahnya cair. insya allah. allah swt maha mengetahui!

walaupun ada hadis yang menyatakan perceraian untuk wanita hamil itu, ada dan sah, tetapi para suami gunalah budi bicara sendiri dengan sebijak2nya. jangan jadikan anak yang bakal dilahirkan itu mangsa sebelum dia dapat melihat dunia!

kjee copy paste yang dibawah ini, dari wall kjee di FB pemberian seorang teman FB.



"Sedangkan iddah bagi wanita yang sedang hamil adalah hingga wanita itu melahirkan janin yang dikandungnya, sebagaimana firman Allah swt :
ÙˆَØ£ُÙˆْÙ„َاتُ الْØ£َØ­ْÙ…َالِ Ø£َجَÙ„ُÙ‡ُÙ†َّ Ø£َÙ† ÙŠَضَعْÙ†َ Ø­َÙ…ْÙ„َÙ‡ُÙ†َّ

Artinya : “Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya.” (QS. Ath Thalaq : 4)

24 comments:

  1. ape yg kjee tulis mengingatkan dee kisah 8 tahun yg lalu dimana bekas suami dahulu tak mengaku anak yg dee kandung adalah anak beliau.... kesudahan nya anak yg tak berdosa menjadi mangsa perceraian diusia 3 bulan...

    dan dgn kuasa Allah dr bayi hingga la skarang ( 8 tahun) wajah anak saling tak tumpah seperti wajah ayah nya... mmg sakit, sedih,tertekan derita utk tanggung semasa mengandung dlu.. :(

    ReplyDelete
  2. sorry kerana cerita kjee mengingatkan dee kepada kisah lampau. cerita yang kjee tulis ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa atau diri kjee. cuma dari pemerhatian kjee jer.

    ReplyDelete
  3. ni cite adk saya..masa dia mengandung suami dia curang dgn perempuan lain..adk saya tk cite pd kami agknya dia malu sb kwin brcinta...tp bla dah stress sgt bru bg tau family,tp sayang ank tu smpt hidup sehari sj...lps bersalin depa brcerai..la ni dah bahgia dgn suami bru dan 4 org ank

    ReplyDelete
  4. sebenarnya lebih baik kita berundur seandainya tiada lagi 'magic' dalam kehidupan berumahtangga. lagi lama lagi susah nanti terutama sekali bila anak2 dah ramai dan kita dah tua. ini hanya pandangan kjee jer. harap maaf.

    ReplyDelete
  5. kak jee...sekadar nk kongsi apa yg saya belajar, sebenarnya talak jatuh semasa dilafazkan tak kira perempuan tu mengandung atau tidak. Yg berbeza ialah tempoh iddah.

    kalau perempuan mengandung bercerai hidup atau mati, waktu bersalin itulah tamat tempoh iddahnya (kalau bercerai masa mengandung 2 bulan, pjg la tempoh iddahnya, kalau 8 bulan, pendek la tempohnya), bukan lps pantang.kalau perempuan yg x hamil, tempoh iddah ialah 3 kali suci (bg yg ada haid) manakala yg tiada haid ialah 3 bulan. kalau bercerai mati pula, tempoh iddah 4 bulan 10 hari(ikut bulan islam).

    masa dlm iddah atau tempoh berkabung/kesedihan tu , perempuan tu x boleh berkahwin lain sbb iddah tu ialah tempoh untuk rujuk dn nak pastikan rahim perempuan tu betul2 kosong(kalau perempuan yg x hamil). kalau abis iddah, baru la perempuan boleh berkahwin lain( kalau sampai jodoh baru). kalau habis tempoh iddah tp suami isteri tu nk bersama semula...kena la nikah semula.

    ReplyDelete
  6. talak - bukan perkara boleh dibuat main2, bergurau ke sengaja ke..ttp jatuh. Begitu jgk klu lafaz talak dlm keadaan isteri mengandung.. ttp jatuh talak tp berdosa.. dan itu namanya cerai tak beradab..wallahu a'lam

    ReplyDelete
  7. ini kerja orang gila, bila tak suka je tak sabar2 terus cerai kan isteri walaupun isteri tu mengandung macam kes nora danish kesian kan, masih ramai lelaki yang tak berhati perut menyampah !.

    ReplyDelete
  8. salam jee..mmg btul tu..kesian depa yg diceraikan hidup bersama anak nya..pastu org lelaki pls tgn je ...

    ReplyDelete
  9. kjee..sy skrg nie pun suami ceraikn time mengandung..br je pregnant sebln lbey..sdey sgt rs..br je kwen 4 bln..sbbnye die de gurl lain..

    ReplyDelete
  10. Kalau dh si isteri tu sentiasa derhaka,menentang,tak menghormati dan tak menganggap si suami itu suami dia mcmmana pulak? Sbr lelaki ada hadnya tp jika sentiasa dicabar dengan perangai derhaka maka jgn pula salahkan mereka..bukankah Allah itu sebaik2 hakim???

    ReplyDelete
  11. kak, sayapn br melalui semua ini dan situasri sy skrg sy sdng mengandungkan benih dia, dh sbln kami bercerai, mula2 dlu dia amik brt tntg diri saya dan ank kami, tp stlh blaku kekecohan dr fmly dia yg tdh sy mcm2 dgn kata2 keji, skrg dia lngsg tdk pnh tnya kaba ank dlm kndungn ni, perit sgt kak, sy diuji disaat sdg mengandungkan tnda cinta kami n kedua ibu bapa sy berada di tnh suci, hnya Allah yg tau beban yg sdg sy pikul skrg ni.. (aa)

    ReplyDelete
  12. dina dh kawin 7bln atas plihan fmly..
    sblm kwin dina dh ada plihan sndri.tp dhalang..sdih kan..wlaupn dina dh kwin dgn dia n dh prgnnt 5bln,dina dgn kekasih lma ttp brhubung.dina sedar..yg dina dh kwin.tp nie soal hti.dina ada mnta dia ceraikn dina..kami mmg x serasi..selalu bgduh.kak jee rsa adkah pceraian antra kmi jln pnyelesaian..dia x pnh cntakan dina pn..tp masih xnk lpaskn dina..hmmm buntu sgt..

    ReplyDelete
  13. Sama mcm kes sy.... Sy diceraikan ketika mengandung 3 bln.... Sbbnya dia ade wanita lain... Ntahla... Dgn anak2 yg masih kecil, tidak bekerja, mengandung plak... Mungkn ini dugaan utk sy.... Pening, tension semua rasa ade....

    ReplyDelete
  14. kak..maybe sebab suami isteri rasa dah tak sefahaman....dan itu jalan yg terbaik...cuma mungkin pasangan tu...sabar sekejap...sampai baby lahir kot....hm..ntah la....huhu....waaaa

    ReplyDelete
  15. saye mengandung 3bln skg dan suami lafazkan cerai mase kandungan dalam sebulan lebih tp suami tak tahu sy mngndg..so sy tak plak report kat pjbt agama...kami still sebumbung dn ade besama...jatuh x talak tu ek

    ReplyDelete
  16. saye kini mengandung 3bulan mase suami ceraikan saye kandungan saye dalam 1bln lebih melalui sms...dan suami tdk tahu yg saye mngandung...tp saye tak plak report kat pejabat agama sebab kami still hidup sebumbung n ade besama...so jatuh tak talak tersebut erk

    ReplyDelete
  17. Salam. Sila berhubung dgn pejabat agama terdekat ya.

    ReplyDelete
  18. Kjee..ntah tu btol tak simptom mwngandung...sbb sy pun slalu bila gaduh besar mintak suami lpaskan sy. Pdhl hati ni mmg utk suami je...ape je suami buat semuanya tak kena..ntah la kjee...nasib sy baek suami masih boleh bersabar dgn karenah saya...tp tak tau la di masa deoan...

    ReplyDelete
  19. bila berlaku suami tlh lafaz cerai..buatlah pengesahan lafaz cerai kt mhkamh..Hakim akn bust keputusan sama Ada jatuh or tidak talak itu,..

    ReplyDelete
  20. puan aishah...Suami mesti lafaz rujuk terlebih dahulu DLM tempoh eddah sekiranya Nak bersama..klu Suami dah lafaz cerai...

    ReplyDelete
  21. salam kjee..saya tgh mengandung 2bulan sekarang n..mood saya xberapa betul skrg n..kadang2 marah kadang2 ok..beberapa hari lepas saya bertengkar dengan suami dalam sms..saya suruh dia ceraikan saya..dan dia pon membalas sms tersebut dan menulis AKU CERAIKAN KO..adakah talak jatuh kjee..kerana saya tahu suami saya tiada niat menceraikan saya.suami amat menyayangi saya dan anak dalam kandungan saya..

    ReplyDelete
  22. Wkmsalam. Ya Allah kenapa 'cabar' suami macam tu? Segera dapatkan nasihat orang tua dan pakar agama. Kjee tidak tahu hukum hakamnya. Pergilah segera ya.

    ReplyDelete
  23. Hukumny confirm jatuh talak.. Rujuk cpt2.. Klu dh hbis tempoh idah so jalankn akad nikah bru utk kekal sbg suami n isteri..

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum kjee...saya nak tanya soalan.. saya ada istreri yang sedang mengandung..dan sebelum nei saya dapat tau bahawa.. dia pernah tdo dan terlanjur degan lelaki tersebut.. saya ingan ceraikan isteri saya... dan rujuk semula.. kerna saya takut saya telah jadi lelaki dayus... setelah menceraikan isteri saya.. saya ingin rujuk dia kembali.. bagi mengelak kan menjadi suami dayus... setahu iddah isteri saya higgalah..dia melahir kan kandungannya...semasa hendak rujuk kembali pada isteri saya.. perlukah saya pergi ke mahkamah untur rujok semula?...dan adakah saya perlu kan wali ataupun saksi semasa hendak rujuk kembali kepada isteri saya...?

    ReplyDelete