Tuesday, March 8, 2011

119. Ya Allah, selamatkanlah wanita sedunia setiap hari!

DALAM kjee tak sihat, keluar jugak pergi brunch dengan unclepali. kemudian ke pasaraya Hero beli mana yang patut. kjee duduk dalam kereta dengar Sinar FM. barulah perasan apabila abby fana kata hari ini hari wanita sedunia.

selamat hari wanita, berulang2 kali abby umumkan di corong radio sinar fm. tapi kjee tak nak ucapkan selamat HARI wanita. kjee ingin memohon allah swt supaya SELAMATKAN SEMUA WANITA di dunia ini tidak kira di mana anda berada. kalau kita ucapkan SELAMAT HARI WANITA, hari ini sahaja mereka selamat. esok lusa kita tak tahu. kena tunggu setahun lagi, barulah datang lagi hari yang selamat tu ker?

faham ke tidak ni? ala macam biasalah...korang buat2 faham jer lah cara kjer tulis berbelit2 ni. maklumlah badan masih lemah. ingat tadi balik jer rumah dan terus tidur tapi tangan ni dah gatal tak menulis. semalam kan sehari suntuk kjee terbaring jer.

berbalik kepada topik asal iaitu hari wanita sedunia. kita harus ucapkan tahniah kepada diri kita kerana tanpa kita, tidak akan ada kemajuan di dunia ini. siapalah orang lelaki tanpa ditemani oleh seorang wanita...tak kisahlah, ibu, isteri, kakak, adik, nenek, mak sedara, aweks dan juga pompuan simpa...ooppps korang isikanlah apa yang patut di dot dot kosong tu.

kjee tak nak kongsi cerita kejayaan wanita sebab itu akan menjadi intipati semua rancangan khas untuk wanita di seluruh dunia. tapi kjee nak kongsi cerita mengenai wanita yang 'terpilih'. wanita wanita istimewa yang sudah 'dipilih' oleh allah swt diantara berjuta wanita di dunia ini. tidak kira bangsa, agama, warna kulit, rambut dan rupa.

mereka yang kjee maksudkanlah ialah wanita yang kini bertarung dengan penyakit kanser. kenapa dan mengapa kjee kata mereka insan terpilih? sebabnya mereka tahu jangka hayat mereka begitu singkat. dan selain daripada mengumpul tenaga untuk menghabiskan sisa2 kehidupan dan mengisi masa2 berkualiti bersama keluarga, mereka juga mampu mempertingkatkan amal ibadat sebagai persediaan menyambut panggilan illahi.

lima tahun lalu, kjee hampir pengsan apabila mendapat panggilan telefon dari adik bongsu kjee..."kak..aku kena breast cancer..". gelap dunia kjee. kjee menangis dan memberitahu adik kjee, kenapa dia yang dipilih dan bukan kjee yang sudah hampir expired. dia masih muda..awal empat puluhan. punya anak2 yang masih kecil. dua masih di sekolah rendah.

mulanya adik kjee juga tidak dapat menerima hakikat. lama kelamaan, setelah melalui beberapa siri kuliah agama di Bandung, Indonesia, dia kembali dengan semangat yang lebih kental. kjee tidak dapat memandang wajah dia. setiap kali mengenangkan dia, kjee menangis.

adik kjee masih selamat hingga ke hari ini walaupun dia sering diberitahu doktor, dia hanya ada peluang hidup sekian sekian tempoh. tapi tempoh itu semua sudah dilewatinya. dan kini kansernya sudah sampai ke tahap 4. tahap bahaya!

kjee pujuk diri kjee supaya tidak berterusan sedih dengan kata2:" sekurang2nya dia tahu dia akan pergi, walaupun tidak pasti masanya...yang aku ni? entah2 aku yang pergi dulu..."

walaupun ajal dan maut ketentuan allah swt tapi ramai diantara kita masih belum insaf. masih belum membuat persiapan secukupnya...secukupnya? banyak mana sebenarnya secukupnya itu? mungkin lebih tepat jika kjee kata seadanya mengikut kemampuan kita.

hari demi hari, kjee mendapat berita sahabat handai, jiran dan teman2 kepada rakan2 yang meninggal dunia kerana barah. apa yang mampu kita kata, cuma panjatkan doa agar rohnya diletakkan di sisi orang2 beriman, insya allah.

beberapa hari lalu, seorang kenalan yang turut mengidap kanser payudara menelefon kjee. dia bercerita hendak jumpa seorang ustaz yang khabarnya boleh berkongsi ayat2 buat zikir untuk panjangkan usia seorang pesakit kanser. kjee percaya akan kebesaran berzikir. adik kjee menghabiskan sebahagian hidupnya (selepas disahkan kena kanser), berulang alik ke Bandung, Indonesia untuk mendapat ilmu dari seroang ustaz di sana. setiap kali dia kembali, semangatnya semakin kuat.dia berzikir tidak kira siang, malam dan tempat.

oleh itu, kjee galakkan rakan tadi bertemu ustaz yang dikatakan itu untuk mendapat segala kekuatan melalui zikir. dan kjee bertanya kepadanya mengenai Azean Irdawati yang juga seorang pesakit kanser. katanya, kak yan sudah 120% sembuh. bukan sekadar berjalan, malah boleh berlari. alhamdullilah syukur.

rata2 mereka yang kjee temui setelah berjaya 'melawan penyakit itu' memberitahu, kekuatan dalaman penting apabila seseorang itu disahkan mengidap penyakit itu. tidak boleh susah hati atau bermurung. ia akan mempercepatkan kematian. wallahualam. hidup kena selalu ceria walaupun setelah disahkan doktor jangka hayat hidup sudah semakin singkat.

kepada wanita2 terpilih dan istimewa ini, kjee ingin ucapkan selamat dunia dan akhirat buat mereka.

dan bagi kaum wanita yang 'terselamat' daripada penyakit2 kronik, sama2lah kita panjatkan doa mudah2an allah swt selamatkan semua wanita di dunia ini, sepanjang masa dan hari! insya allah.


6 comments:

  1. dah baca....tapi sekali lagi tulisan kjee mengamit memori.....untuk semua wanita yg seangkatan dengan adik kjee nor sentiasa doakan semuga semuanya kuat semangat menempuh ujian allah .....norasmah

    ReplyDelete
  2. Insyallah, semoga Allah melindung semua wanita didunia ini & semoga Allah kuatkan iman dan semangat pada semua wanita istimewa.
    ~ surieya~

    ReplyDelete
  3. kak..
    sini saya serta kan alamat kawan blogger kami yang telah meninggal dunia tahun lepas.
    http://onebreastbouncing.blogspot.com/p/sharing-dua.html

    Dia bertarung dengan cancer hingga ke akhir hayat nya..dan dia telah menulis setiap yang berlaku selepas dia di sah kan sakit.

    Dengan dia, baru saya tau penderitaan pesakit cancer.....saya insaf..
    banyak zikir2 dia share kat situ. Walau macam mana dia derita nya dia..dia tetap tersenyum hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  4. A'kum Kak Jee,

    Semoga Allah selmatkan semua Muslimah..amin

    Kak Jee Shopping di Hero mana... Murah tak harga bandingkan Giant & Tesco

    ReplyDelete
  5. SELAMAT HARI WANITA untuk kau juga jee, takut dan insaf aku baca entry kau ni. sejarah mak dan adik beradik aku semua ada lump di payu dara tapi kesemua mereka mengesan lump itu dari awal2 lagi alhamdullilah mereka semua terlepas dari barah payu dara cuma aku dengan kakak no 2 je so far belum terasa ada lump lagi mintak dijauhkan.

    ReplyDelete
  6. kjee telah membaca blog berikut yang disyorkan oleh kak ezza@makcik blogger. http://onebouncingbreast.blogspot.com
    cukup menginsafkan. moga roh allahyarham dicucuri rahmat. alfatihah.

    ReplyDelete