Sunday, March 13, 2011

131. pilihan hati si mangga muda

aziz jaafar juga lebih muda dari normadiah. foto lookatgame.com
ramai di kalangan kawan2 kjee mendapat jodoh di kalangan anak-anak muda. ada yang lima enam tahun lebih muda dan ada yang sampai ke angka puluhan tahun. bukan nak mengata walaupun terkena pada batang hidung sendiri tetapi apa agaknya yang menarik wanita dewasa di pandangan seorang anak muda?

sejak beberapa minggu kebelakangan ini ada pulak kisah 'balas membalas pantun' antara pelakon Emma Akma dengan Rafie Husin. seorang 42 dan seorang 24. kes mereka itu hingga mengundang campur tangan emak Rafie yang angkuhnya berkata, dia tidak akan membenarkan sama sekali anaknya berkahwin dengan wanita yang dah layak digelar ibu!

wow pedihnya kata2 yang keluar dari mulut siibu tadi. kjee pun pernah melaluinya. dan kjee enggan menerima jodoh seorang lelaki yang lebih muda kerana kjee terlalu faham perasaan seorang ibu. dia tentu mahu anaknya yang masih bujang, melalui gerbang perkahwinan dengan seorang wanita yang seusia atau lebih muda.

tetapi, tidakkah ibu pelakon tadi sedar bahawa di zaman nabi sendiri pun, perkahwinan seorang wanita yang sudah ada anak dengan seorang anak teruna pernah berlaku. ataukah dia sengaja tidak mahu menerima kisah Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah as.

kjee tak nak kupas kisah nabi kita kerana kjee memang jahil dalam bab ini. sebelum kjee berkahwin dengan seorang teruna 10 tahun lalu pun dah ramai orang kahwin dengan anak teruna. ada seorang pelakon wanita veteran yang berkahwin dengan seorang budak yang sedang menunggu keputusan SPM. usia pelakon itu 50 tahun dan sudah bercucu! tetapi perkahwinan itu hanya kenal lebih kurang 2 tahun kerana suami mudanya itu terlalu cemburu!!!

walaupun aziz lebih muda tapi jodoh kekal ke akhir hayat. foto sinemamalaysia.com
kjee teringat juga satu kisah seorang wanita yang berkahwin dengan seorang anak muda yang 18 tahun lebih muda daripadanya. satu hari perempuan itu telah membawa suami barunya berkunjung ke rumah seorang teman. ayah temannya itu baru sampai dari kampung. dia senyum kepada wanita itu dan tanya mana suami awak? itu cucu ker?

malunya tidak terperi anak pakcik itu dan segera memberitahu ayahnya yang lelaki itu adalah suami wanita itu. si bapa dengan mulut tanpa insuran kata: "eh tak der yang lebih layak awak nak pilih jadi suami? macam cucu awak jer?"  of courselah biru muka wanita itu.

sekarang, anak pakcik tu, bahagia dengan perkahwinannya bersama seorang teruna yang 25 tahun lebih muda daripadanya!! malangnya, pakcik itu tidak hidup untuk menyaksikan perkahwinan anaknya dengan lelaki yang boleh dianggap sebagai 'cucu'. itulah. lain kali jaga sikit mulut ya pakcik2 dan makcik2 yang masih hidup!

korang yang suka menuduh tanpa usul periksa, ingat ada ker wanita yang sudah berusia, sengaja memilih untuk menjadikan seorang lelaki muda itu suaminya? siapa yang mahu apatah lagi dengan macam2 cerita yang didengar, kononnya lelaki muda yang kahwin isteri tua sebenarnya hanya hendak tumpang kesenangan hidup.

maaflah kjee harap jangan ada yang kecil hati dengan cerita kjee ini. mungkin suami kjee sendiri tidak suka. tetapi kjee yakin lebih daripada 50% anak muda yang berpendirian sedemikian. sebab itulah, kisah pelakon yang sekarang mahu menyaman budak yang dikatakan kekasihnya yang hari2 dipaparkan di akhbar, kjee jadikan contoh.

mula2 mereka dampingi wanita yang ada pengaruh seperti pelakon untuk mendapat akses kepada bidang seni lakon. pelakon wanita itu pun lupa diri seketika. sanggup buat apa sahaja tanpa menyedari dirinya hanya batu loncatan atau jambatan bagi si anak muda itu, meloncat atau menyeberang.

apabila sudah mengukir nama dengan berlatarbelakangkan aktres wanita tadi, dia pun angkat kaki. nak berpisah secara baik, sukar. jadi dia pun carilah alasan. alasan paling senang untuk lepas diri dari cengkaman kekasih tuanya ialah dengan merapatkan diri dengan aktres sebaya.

maka aktres tua pun mengamuklah. terus buat kenyataan hubungan sudah dinoktahkan dengan jejaka itu. amboi...maka sukalah jejaka aktor muda itu.

tapi bukan semua yang boleh terima kenyataan ditinggalkan kerana aktor itu sudah ada pilihan hati yang lebih muda dan bergetah. Dalam kes Emma Akma dan Rafie Husin (baca pancaindera, utusan malaysia 13/3), emma ugut mahu bongkar segala bukti yang mereka pernah berkasih dulu sehingga panggilan intim mereka juga disebut.

aduh malunya. sudahlah tu. orang dah tak nak awak lagi tak payahlah nak bukak segala pekung di dada. ia bukan sahaja akan menjadi bahan cemuhan orang tetapi mungkin juga akan menghalang jodoh awak dengan orang lain!

emma dan rafie. foto: jomss.blogspot.com
pada kjee, kalau 'the magic is gone' dalam sesuatu hubungan, elokkan diri itu dibawa jauh untuk mengelakkan hati itu lebih hancur. senang cerita. sebenarnya kalau usia dah hampir senja, banyakkan buat kerja lain yang lebih mendatangkan faedah daripada mengejar cinta!

kan ada orang tua2 kata, kalau setelah mencapai usia 40-an, seadainya seseorang itu tidak berubah ke jalan yang lebih baik yakni ke jalan allah, itulah petanda usaha untuk mencari jalan yang lebih baik dalam hidup, agak sukar. kjee, walaupun berpegang kepada kata2 orang tua seperti itu, namun masih percaya masih tidak terlalu lambat untuk kita berubah.

kalau tidak, takkan bob lokman yang sudah melewati usia 50-an masih percaya jalan dia ke arah syurga lebih dekat sekarang. alhamdullilah. cuma kjee harap, allah swt akan terus memberikan bob laluan yang cerah dan terang menuju ke arah syurga yang diidamkannya. insya allah.

kjee tak tahu berapa kerat artis yang membaca tulisan kjee ini. saban hari kita didedahkan dengan pelbagai cerita tepi dan dalam kain mereka. mengapa mesti 'wash dirty linen in public'. tak payahlah. settlelah cara elok2.

mereka yang sudah dengar pelbagai cerita mengenai perkahwinan dengan anak muda yang lebih membawa kepada kekecewaan dan azab sengsara, janganlah risau. tidak semua anak muda itu berniat serong. allah swt memberi ruang untuk kita berfikir samada apa yang kita lakukan itu elok ataupun tidak.

buatlah solat istiqarah. kalau kjee ceritakan alamat kjee dapat sewaktu membuat solat istiqarah untuk mencari jawapan samada kjee harus berkahwin lagi, korang mesti terkejut. tapi oleh kerana kjee diamanahkan oleh suami agar tidak menceritakan, kjee tidak akan ceritakan di sini.

allah swt itu maha mengetahui!

7 comments:

  1. Kjee.. kes rafie dengan emma akma tu dah jadi meleret2... betul kata kjee.. kenapa mesti 'wash your dirty linen in public'

    Kita bercakap pun tak boleh lepas... bab jodoh pertemuan tu semua kerja ALLAH... kita tak boleh nak cakap habis... kalau ALLAH nak tunjukkan sekejap je...kan?

    ReplyDelete
  2. dalam kes ni apepun yang kita buat mesti ada jatidiri .....kekuatan dalaman dalam diri kita sendiri....muda ke tua ke itu allah dah tentukan kita umat yg cerdik pikir ....kalu kita pikir buruk....buruklah jadinya begitu lah sebalik nya ..begitu juga kasihsayang kalau kita nak semuanya sayang dah tak nak d buang2 penuh dengan tuduhan...ah tuamuda bukan jadi ukuran kasihsayang ketentuan allah kita sebagai umat bukan menyerah tapi terima seadanya yg itu jodohkita baru bahagia janji kita sayang suami sayang...norasmah

    ReplyDelete
  3. nape la bile pompuan tua kawin nga laki muda mst jadi isu?? bile laki kawin ngan pompuan muda dh sebaya cucu x penah plak org nk cite... dorg ni sume xde akal panjang bile nk ckp hal2 ni kat public la.. bile ckp tu ikut sedap mulut je.. kene kat btg hidung sndiri baru tau

    ReplyDelete
  4. Tua muda tak penting..bg yana yg penting lelaki tu harus ada pegangan agama..klu lebih tua dari kita tp xleh bg didikan agama pd kita dan insyaAllah anak2 tak jadi jugak..

    ReplyDelete
  5. jodoh bukan kehendak kita sama ada tua atau muda dah dinamakan jodoh dah tentulah Allah yang tentukan.

    benci dah nak baca tentang kes ema akma tu bukan apa nampak macam nak memalukan dia aje, masa dia tolong anak kau, kau tak bising pun tapi bila anak kau dah sihat ubat2 pun kau tak perlu beli kau tuduh pulak macam2,nampak sangat kau menggunakan dia untuk membiayai anak kau.

    ReplyDelete
  6. Betul kata KJee.. If the magic is gone dalam sesebuah perhubungan tu.. Nak tunggu apa lagi kan.. Buang karan jer.. Baik buat benda lain yang berpekdah.. Susah macam mana pun nak terima kena redha gak.. Easier said than done, but life has to go on..

    ReplyDelete
  7. dlm galexsi ari jumaat lepas rafi 2 ada komen pasal ema ni,so bg saya ema elok la tarik diri la sbb buat malu je,bak kata org dah x sudi ape lg angkat kaki la yo...

    ReplyDelete