petua elak rumah kena pukau |
kjee ni memang suka sangat kalau ada orang bercerita atau mahu bagi petua. Malah kjee pernah follow petua2 dalam majalah2 omputih baik dalam negeri mahupun dari luar. omputih panggil petua Tips. orang cina, india dan lain2 bangsa juga semua ada petua masing2.
belum ada lagi usaha daripada sesiapa untuk menghimpun petua2 pelbagai bangsa dalam sebuah buku. kalau ada pasti menarik kan?
oleh kerana kjee pun dah tergolong dalam senarai manusia tua, kjee sebenar tak bolehlah kata petua orang tua2. sepatutnya kjee kata petua mereka seusia denganku. hehehe
orang melayu memang ada banyak petua. kat dapur lain petua, kat bilik lain petua, kat bilik kecik lain petuanya. memang banyak dan renyah sekali kalau kita nak ikutkan semua petua mereka. kekadang petuanya meleret2 jadi pantang larang. sebab itulah anak2 muda sekarang tidak berapa gemar nak teruskan amalan berpetua ini.
selalunya bila kita cerita pasal petua, dailog klise yang akan keluar ialah...:ini petua mak aku atau ini petua nenek aku.." tapi yang dah tua cam kjee ini sekarang boleh dengan bangganya kata :"hah kau ikut lah apa yang aku cakap ni. ini petua aku!".
sayang sekali masa arwah mak masih hidup, kjee ambil sambil lewa saja petua2 yang sering diberi beliau. masuk telinga kiri keluar telinga kanan. kjee cuba dari masa ke semasa mengingat kembali semua petua2 yang berguna ini, baik dari mana kjee kutip, untuk dikongsi bersama2.
sebagai permulaan, di bawah ini kjee senaraikan beberapa petua yang boleh diikuti. tak ada paksaan.
ARWAH EMAK SELALU KATA:
kahwin boleh buat moden. gambar hiasan |
1. Kalau kau nak kahwin secara moden, mak tak kisah. Tapi kalau beranak nanti, kau mesti ikut cara lama. cara bertungku, bertangas, berurut dan paling penting makan jamu.
2. Anak2 kecik kalau kuat merengek maknanya ibu dan ayahnya akan menghadapi masalah. so untuk tidak pastikan anak2 kuat merengek berlarutan, sebaik sahaja anak menangis, cepat2 cekup dia dan pujuk sambil tekup dia dekat pada dada. apabila senja, anak2 kecil harus didukung dan jangan biarkan dia tidur atau bersendirian.
3. Jangan sesekali makan makanan lebihan anak. anak boleh makan makanan lebihan kita. ini untuk mengelak kita menurut sahaja kehendak anak.
PETUA DI DAPUR
1. Kalau mata terkena cili ketika menumbuk sambal, ada orang cepat2 ambil garam dan kemam. mak kjee pulak kata kalau mata kiri terkena cili, cepat2 cuci ibu jari kaki kanan. begitu jugak sebaliknya.
2. kalau lauk yang kita masak terlalu masin, ambil senduk, kacau lauk itu dan cepat2 cuci senduk bawah air paip. ulang cara itu sehingga lauk itu menjadi kurang masin.
3. nak elak semut masuk gula, campakkan lima enam biji cengih ke dalam bekas gula.
4. kalau kita makan terlalu banyak dan terasa kenyang hingga sesak nafas, ambil senduk, selawat dan 'kaup pada perut seakan mengaup nasi' dan kononnya buang jauh2. buatlah banyak2 kali sehingga rasa lebih selesa.
5. kalau nak elakkan terkena pukau, ambil anak lesung. anaknya diletakkan di lantai dan ibunya ditelangkupkan diatasnya (lihat gambar atas). begitu jugak dengan penyapu bulu. bahagian 'kepalanya' sentiasa disandarkan dibelakang pintu dengan kayunya dibawah. ada juga kata pelihara ikan puyu di rumah.
6. macam mana nak tanggal chewing gum dari baju? senang jer. ambil seketul ais dan sapukan pada chewing gum hingga menjadi keras. kemudian tanggalkan chewing gum itu.
7. gunting tumpul? rajin2lah gunting lalang sekeliling rumah. selain laman jadi bersih, gunting pun jadi tajam.
PETUA DALAM BILIK
1. Seorang anak dara jangan sesekali masuk dan duduk di katil orang yang sudah kahwin kecuali katil ibu dan ayahnya. kjee tak ingat kenapa tapi itulah pesan arwah mak dulu.
2. Jangan sesekali duduk atas bantal. kononnya akan tumbuh bisul.
3. jangan suka menyabung iaitu meniarap sambil kedua belah kaki dilipatkan ke punggung. kononnya ini akan mengundang kematian ayah dan ibu.
jangan sesekali makan makanan lebihan anak - foto googgle |
ini baru 13. kjee yakin korang senang aje nak senaraikan 10 petua yang pernah korang dengar. senaraikan dan simpan. satu hari nanti ia akan jadi rujukan berharga kepada anak2. dan mungkin korang boleh kongsi2 dengan kjee.
tapi kita hanya boleh ikut jer petua ini. jangan percaya sangat sampai jadi syirik. untuk seronok2 jer. kalau kjee ada lagi petua, lain kali kjee senaraikan lagi yer.
ADA HADIAH MENANTI MEREKA YANG DAPAT MEMBERIKAN PETUA TERBAIK. SEANDAIANYA MENGGUNAKAN STATUS ANONYMOUS, SILIA BUBUH NAMA DIHUJUNG PETUA ANDA. TERIMA KASIH
mak saya pesan kalau masa mengandung jangan dililit tengkuk dengan tuala atau pki tudung yang jenis melilit tu nanti bersalin takut anak terbelit dgn tali pusat
ReplyDeletesaya ada petua nak hilangkan bau tak kering pada baju. kalau kita basuh t-shirt dalam musim hujan, kadang2 nnt ada bau tak kering tu.masa mula pakai ok lagi tp dah kena peluh kita makin busuk. nak duduk sebelah org pun segan. rendam baju tu dalam cuka. kalau rendam malam pagi dah boleh basuh. masa basuh tu jgn letak sabun pelembut banyak2. tujuna kita nak bg wangi tapi wangian tu la yg menyebabkan bau tak best tu. basuh sekadar nak hilangkan bau cuka. biasa saya buat saya basuh baju tu dulu dgn air sampai hilang bau cuka lepas tu baru basuh mcm biasa (dgn sabun dan pelembut). zaliza
ReplyDeletebanyak betul petua lama2 terima kasih kerana berkongsi ilmu..
ReplyDeletepesan orangtua...jangan menyambut lesungbatu ke batuasah ke walah batu sungai yg guna nak gosak ketiak...nanti bila berpisah tak berjumpa lagi...pesan orangtua juga jangan tuang cuka dalam lesung batu nanti tanggal ponggong nya...pesan orangtua bila mula mengandung simpan rambut panjang...nanti bersalin boli sanggul tinggi2 untuk megelakkan masuk angin...pesan orang tua jangan letak periuk gulai atas simen takut lauk basi...pesan orangtua bila berkain basah bilas dan kibas kain sebelum sidai nanti tak lah lembik lutut bila berjalan...norasmah
ReplyDeletemasa saya bersalin..ada sedikit kes di mana uri x kuar habis, rupanya nurse cakap, rambut jangan ikat masa nk bersalin, nanti jd gitu la, uri terikat...tak boleh kuar habis...apa pon wallahualam...mgkn petua dari mak dia kot...
ReplyDeletemak mentua saya plak prnh ckp xelok kawinkn anak 2-3 org dlm thn yg sama nnt ada yg akan b'cerai berai.dia jg pesan masa mengandung jgn suka m'jahit misalnye sarung bantal.nnt ssh b'salin.tp petua yg ni mmg saya ikut.bila nk msk lemak cili api,sll ganjilkn bilangan cilinye n jgn buang kesemua tangkainye.nnt perut kita xmeragam kerna msk lomak td tdk brp pedas...(elani)
ReplyDeletewahhh byk lagi petua yg kita x tau rupa nya.. Tingat pesan arwah nenek dulu kata nya jangan pakai kain sarung dari atas ( kepala) seri muka akan hilang dan jgn suka tgk muka di cermin di waktu malam...( tinjau belukar )
ReplyDelete1. jgn tinggalkan bekas simpan beras kosong sepenuhnya. at least kena tinggalkan beberapa butir supaya tak putus rezeki nasi.
ReplyDelete2. jgn hadiahkan org jam masa birthday sbb ia seakan mendoakan org tu mati cepat yakni mengingatkan dia masanya tak lama utk hidup.
3. jgn basuh rambut ketika ada family member tgh travel melainkan dia dah sampai destinasi yg dituju sbb basuh rambut tu seakan membuang sial.
4. jgn pakai baju berwarna gelap ketika bertandang ke rumah org yg meraikan sesuatu majlis kecuali klu ada pengebumian.
semua petua diatas adalah petua org cina yg saja nak sharing2kan. (saira)
banyak juga petua2 ni yang aku tak pernah dengar langsung, bagus juga buat article ni baru aku tahu banyak lagi petua2 selain yang aku tahu.
ReplyDeletepetua yang saya ada ialah
ReplyDelete1. kalau nak empuk kan daging contoh masak sup tulangkan kadang2 ada yang daging nya liat maka masuk kan 2 helai daun nangka x kisah lah kalau buat kari daging ke pun boleh
2. kalau masa ayam hutan daging pun biasanya liat dan kalau nak lembut dagingnya letak sedikit gula batu
3. ini petua dari tukang jahit baju saya yang berbangsa cina masa tu saya nak ambil baju nikah dia kata ini baju jangan bagi org dah cerai pegang nanti rumah tangga awak panas asyik mau gaduh jerr..kata dialah
4. petua kalau seterika melekit susah nk mengosok mak kata gosok kan atas daun pisang terlebih dahulu insyaallah licin jerr nanti.
5. orang mengandung jangan minum air sejuk jerr nanti boleh membotakan rambut si baby dalam perut sebab dia panas bila masuk ke perut dan terbakar lah rambut baby tu ..
petua n sy dpt ms dok kat kuantan thn lps...kalu tgh menggali kubur,ttiba cangkul berlaga,makna ada lagi orang yang akan menyusul (meninggal)...lagi satu petua yg saya dpt kalu g tgk orang meninggal,digalakkan mandi sebaik shj pulang umah dan tidak digalakkan keluar ke mana2,mlainkan ats sesuatu urusan yg pntg bg mhormati kluarga si mati..(andai jarak umah si mati bdekatan)-noor haidar
ReplyDelete.
Petua di dapur...setelah menyiang ikan, baru kosek beras untuk masak nasi...air kosekkan beras buat basuh ikan..selain air tidak terbuang, hanyir di tangan akan terus hilang..tak perlu guna sabun atau pewangi tangan...Dari Maznah Maz JB
ReplyDeletebaru ni ada dgr petua org kat radio selangor-klu kita basuh beras @ kacau lauk biarlah dr arah lawan pusingan jam sambil baca selawat & niatkan nama org2 yg kita syg spy hati mereka sentiasa ingatkan kita-dilah
ReplyDeletemasa saye megandung ank sulung dulu teringin nk makan ikan pari yg fresh..kebetulan ade kwn suami yg tiggal brdekatan pntai..suami pesan tolong belikan tp smpai hati de x mau belikn..bila tanye kenapa ..x mahu ckp..bila dh brsalin baru de ckp..petua org tua2 x blih beri alasan pd org mngandung dan makan ikan pari masa prgnant nnti ank sumbing...(shida sidek)
ReplyDeleteSalam KJee
ReplyDeleteAs I was growing up, I was so close to my grandma. My grandma marah sangat kalau saya memberi/menyambut anak lesung terus kepada/dari nya.... my grandma tak mau berpisah dengan saya.
As usual, when you're young... I was out to proof her wrong... tak kan-lah cara handling batu lesung will affect your future... so tak masuk akal. Plus the fact that I was so super pemalu dan penakut, kalau ada orang datang rumah, I would sembunyi dalam bilik tak keluar-keluar dah... so, the chance of leaving was almost nil.
Anyway... I did leave her.... never get to see her when she passed away.
Coincidence? ...perhaps...
xoxo
Ibu saya ajar, kalau nak nasi yang kita tahan lama atau tak cepat basi, masa basuh beras, 3 kali cuci dengan tangan tapi kali keempat, jangan sentuh pun air beras dan jangan biar air di tangan jatuh dalam beras..jadi nasi lambat basi
ReplyDeleteJust nak share & sekadar renungan bersama.
ReplyDeleteNi petua mak sy,kata mak petua ni dari aruah atok dia. Misalnya ada ahli keluarga terdekat for eg, mak dan ayah atau adik beradik pergi mengerjakan haji di mekah. Kita yang di tanahair ni (bahasa mak saya, kita yang kat bawah ni, kalau mekah, dia akan refer as kat atas)kena rajin sedekah air dan makanan, insyallah family kita di atas sana, sentiasa kenyang dan tidak haus. Mcm kami sebelah sarawak ni suka makan linut atau ambuyat kata org Brunei dan Sabah, jgn sekali nak makan linut tu, takut ada yang akan tergelincir sewaktu melakukan ibadat. And jangan sekali aniayakan binatang kat bawah, takut ahli keluarga kita dianiayai kat sana.
Kedua aruah atok dan nenek sy telah mengerjakan haji pada tahun 1985 dan sepanjang mereka di sana, mak sy sentiasa bersedekah air dan makanan dengan org lain. Pada masa tu ayah masih berkerja sebgi anggota polis, so tiap2 petang khamis dan jumaat tu mak akan sediakan air sirap selasih dan buat mee gorenglah, cucur pisanglah, kuih-muih dan macam2 lagi. Mcm ada jamuan kecil lak kat quarters kami pada masa tu. Mcm tu la rutin mak sy sepanjang keduanya mengerjakan haji dulu.
Ada satu lagi kejadian aneh, tak tau dari mana lak dtg ular2 tedung ...pernah dlm 3 - 4 kali kuarters kami dikunjungi oleh tedung2 ni(smp 3 - 4 ekor sekali). Ayah sy pula ada bela seekor monyet. the first visit yg kami dpt dr tedung2 tu bila monyet tu buat satu bunyi yang jarang dia keluarkan ...(mcm bunyi alarm lak) bila mak sy jenguk kat bawah tangga, rupanya2 3 ekor ular2 tedung tu ada sekor sedang melingkar di kayu rumah monyet, yg 2 ekor tu pulak bermain2 dlm parit. Mak saya terus ke dapur dan ambik bekas garam kasar dan taburkan pada ular2 tu, serta merta kulit ular2 tu bertukar menjadi tedung & pedih sbb kulit kena garam. Pastu sy dengar mak sy seolah2 berckp dengan ular2 tu, lebih kurang begini ...baliklah kau ke tempat asalmu, aku tidak menganggu kamu, jangan kamu menganggu aku dan ahli keluargaku. Baliklah dr mana jua kau datang". Ular2 tu beredar dari situ ...mcm tak percaya lak sy...selang seminggu selepas tu ular2 ni dtg lagi...mak sy tabur garam dan ckp mcm tu lagi... lepas tu kami tidak lagi diganggu. Jiran2 kami smp ada yg tolong nak bunuh tp mak sy melarang keras, according to mak ular2 yg dtg tu adalah syaitan sbb dorang tau ahli keluarga mengerjakan haji di sana.
Sekembalinya kedua aruah nenek & atok sy, the first thing yg dorang ceritakan ialah keduanya sentiasa kenyang dan tidak haus dan dpt mejalankan ibadah dengan lancar tanpa apa2 kejadian lain. Mak tak bagitau pun cerita ttg kami diganggu ular sbb prinsip mak sy, keduanya dah selamat, nak citer apa lagi.
Ttg makan linut ini, yg ni terkena pada isteri sepupu sy, dia dan isteri mengerjakan haji a few years ago. Sewaktu mengerjakan haji tu isteri dia telah tergelincir. Mak sy pun tanye la anak2 dia, ada tak dorang makan linut pada masa tu. Anak2 dia mengaku mmg dorang ada makan. So mak sy bagitaulah ttg pantang tu.
Tp apa2pun Kjee, bagi mak itu sbg panduan shj, tak semestinya kita taksub nak percaya atau tidak,andai begitulah kehendakNYA, kita terima dgn redha.
Mintak maaflah Kjee, panjang lak cerita sy, harap faham ye, frankly am not a good story teller.
as salam kak jee
ReplyDeleteni sye dpt dari mak sedara sye.. anak no 2 sye selalu nangis klu sye x ade.. nak ke bilik air buang air pun susah.. ketuk pintu bilik air menangis mcam nak rak..satu ari tu sye gi umah mak sedara sye ni.. sye nak masuk tandas sbb sakit perut.. apalagi anak no 2 sye ni menangis melalak nak ikut w/pun masa tu bru pandai merangkak..x senang dok dlm tandas.. org lain ambik die pun x nak.. lepas tu mak sedara bisik kat telinga sye.. katanya lepas ni wat 3x mlm jumaat mandi lepas maghrib.. masa mandi kite berdiri pakai kain basahan letak anak antara 2 kaki kita..mandi mcm biasa selawat 3 kali.. biar air mandian kite tu kena anak kite.. insya'Allah lepas ni anak kite x lah nangis sangat klu kite nak gi mana2 w/pun nak ke tandas sekalipun.. cuma nak ingatkan jgn lah wat masa anak kite dh besar.. paling ok bwh 2 thn.. yg lum tau ape2..kang x pasal2.. komen tutttt... keluar lak hehehhe.. RAFIDAH, MELAKA
Salam k.jee
ReplyDeleteni petua mak mertua saya kalau anak sedu...koyak kertas putih besar ibu jari, basahkan dgn air liur sambil tu baca "ku keredas kerakap dari jawa, hilang kau sedu, timbul kau nyawa"...hafizah
ini untuk orang dalam pantang pula PESAN ORANG TUA masa dalam pantang ni jangan banyak menangis..nanti kena angin meroyan
ReplyDeletedah tertulis dah dalam kitab terdahulu melayu ni berpantang 44 hari jadi jangan le kita memandei nak kurangkan...abiskan 44 hari tu pantang betul2...nanti turun darah kalu tahu puncanya boli ubat tak tahu itu yabg bawa maut...ikat rambut tinggi2 selitkan dengan lengkuas untuk elakkan masuk angin...kalu masuk angin tu lah puncanya angin meroyan...macam2 jadinya meroyan ni ade yg gila...makan bior banyak dan banyak kali jangan menambah...takut turun darah ada yang terjadi maut ...makan ape ynag di beri jangan cuba yang tak boli d makan kalu masuk angin ke bentan ke turun darah ke boli juga ikhtiar ubatnya...contoh nya makan putumayom je ada kuburnya ini lah yang di ceritakan olih bidan yang mengurut nor dulu...pesan ornagtua...norasmah
Asslamualaikum kak gee....
ReplyDeleteha ni saya pun ada gak petua nak kongsi ni...petua nak menjadi isteri yang solehah....
1. jangan nampakkan sesuatu yang suami x suke, bukannya x suka nampak suami...
2. bertanya kabar pasal urusan suami, bukannya khabarkan pasal suami pada org lain
3. jangan lupakan budi suami, bukannya mengingatkan suami budi sendiri
4. jangan tunjuk kesedihan sendiri, bukannya menunjuk² sesuatu yang menyedihkan suami..
5. melayani suami di meja makan, bukannya menyantau makanan suami..
ha selain tu saya ada gak petua lain...x tau lah nak kategorikan sebagai apa...terjadi waktu saya sekolah rendah dlu...ni pasal pokok durian yang saya tanam...pokok ni bila berbuah, buahnya x berapa nak lekat...ada pun x lebih biji klu sesekali berbuah...so merungutlah ngan abah...so abah pun bagilah petua...ha klu ada sape² yg ada selipar @ kasut putus yg dah banyak jasa tu jangan dibuang...ambil pastu ikat kemas² ngan tali, then blehlah gantung kat dahan pokok durian yang segan sangat nak berbuah tu....hehe mujarab tau...x lama pokok durian saya tu lebat sangat ngan buah...berbaloi dapat kasi pada jiran² utk merasa...tap tu semua kan kuasa Allah...
ha lagi satu pasal periuk belanga...ni klu kenduri kendara ar ni...terutamanya bab kerak nasi...ada setengah org men sental pakai sabun ngan berus dawai...bersih memanglah bersih...tap cube tengok..kesian periuk belangan tu calar balar...jadi lepas ni klu ada kerak tebal sangat tu jirus jer ngan air kemudian jemur...kerak tu akan kering ngan tanggal sendiri...jadi selamatlah periuk tu dari calar balar kena berus dawai tu...
ha dan lagi...petua nih mak saya selalu amalkan kat rumah...ni terutama klu ada antara ahli keluarga jatuh ker pastu kesan jatuh tu tinggalkan kesan lebam @ bengkak....campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.
petua kalu kita tercekik tulang...baca le mentera ni kemudian telan nasi panas yang telah d kepal sebesar guli bagi bola pingpong kang kata besor lak tapi saiz tu dah elok kita baca le mentera ni toknenek gak yang bagi membujur lalu melintang patah insyaallah tulang tu akan ikut pegi dengan nasi panas tadi....
ReplyDeletebila kita masak nasi hangit le pulak ambil le beberapa tangkai cili kering letakkan d atas nasi tadi insyaallah bau hangit tu akan masuk dalam cili kering tadi.....norasmah
masa kecik2 dulu byk juga kata nasihat yang kuar dari mulut orang2 tua. Dah besar ni baru dpt bezakan yg mana amalan (selalu dilakukan), petua & pantang larang.
ReplyDeleteArwah nenek seorg bidan kampung...byk ler pantang larang masa kawin, kenduri & masa berpantang.Rasanya kalu nak list 3 pages x cukup.
1) masa mengandam pengantin xleh tgk cermin nnti hilang seri masa naik pelamin
2) masa berpantang terutama yg dlm perjalanan jauh balik kg, sanggul diikat dan dicucuk paku panjang atau bawa benda tajam (gunting) kalu bwa pisau x pasal2 blh jadi kes polis lak. tujuan utk elak gangguan syaitan pada bby n org berpantang sbb bdn 'kotor'
3)dlm berpantang ibu jari kaki diikat ngan sehelai sabut kelapa utk elak bentan kalu tersepak apa2.
4) kalau keguguran (dlm masa 44 hari)x blh melintasi atau berhampiran pokok cermai blh menyebabkan turun darah semula
4) org2 kg kalau hendak buat kenduri besar (kahwin) paling dirisaukan adalah hujan. Maka mereka mengatakan petua melemparkan seluar dlm pengantin di atas atap rumah & pasang pelita di bwh dapur (pastikan x padam sehingga majlis berakhir)adalah petua & ikhtiar mereka selain solat hajat semoga majlis berjalan lancar. Dulu saya tak bagi mak buat sbb rasa mcm mengarut tapi dlm diam mak ambik seluar dalam saya msa mandi & buat jugak. Rahsia terbongkar selepas kenduri adik pompuan saya baru2 ni, bila ada org yg dtg kata panas betul cuaca. "mika (loghat org perak) lempaq spender atas bumbung ke?" Ayah senyum je...bengang gak bila mak pecah rahsia tapi dah berlalu 9 tahun lalu. Lepas kenduri lebih kurang kul 5.30pm ujan turun lebat ...api pelita dah abis minyak ke mak? Itulah kata2 yg terpacul dri mulut saya. Ayah just ketawa kecil
Wallahuallam betul atau idak atau sekadar kebetulan je. Kita hanya berusaha/berikhtiar tetapi jgn taksub sbb segala2nya dari ALLAH SWT
Petua & rawatan...
1)gigitan lipan amat berbisa. bkn saja kat kg.. kwsan rumah teres pun byk lipan..kalu kena gigit, cepat2 bunuh lipan tersebut & ptg 2. Isi bdn lipan digosok pd tpt gigitan tersebut. boleh mengurangkan bisa sbb disedut kembali.
2)gigitan penyengat amat sakit terutama yg buat sarang kat tanah. kalu digigit, ambil tanah tpt penyengat tersebut bersarang & tampal pada tpt gigitan. Insyallah x bengkak.
(Ini adalah rawatan dlm keadaan terdesak. kalau keadaan berlarutan perlu dptkan rawatan dri klinik)
3) Kalau anak2 kecil buang2 air yang kerap. Rendam serbuk teh dgn sedikit air panas tuk hasilkan teh yg kelat. bagi ada anak2. Teh yg kelat blh bertindak memberhentikan cirit birit. Kat kg harapkan klinik kerajaan (kalau dah lewat mlm)jadi ini ikhtiar pertama dilakukan sementara dptkan rawatan susulan diklinik.Mak selalu lakukan pd adik2 dulu.Kini sya lakukan tuk anak2 sya lak. alhamdullilah ada kebenaran apa yg mak ikhtiarkan dulu..
4)Cekang kuku menyakitkan. Pernah terjadi pada adik perempuan saya. beratus habis duit pergi klinik tapi result x baik2 juga. Ada seorg pak cik kat kg (arwah) suruh kencing di atas ibu jari kaki yg cekang biarkan beberapa minit baru basuh. alhamdullilah berhasil. hingga kini x kena lagi. walaupun pada mulanya geli nak buat tapi terpaksa buat sbb pergi kerja kena pakai kasut bertutup penuh amat menyakitkan.Sekadar mencuba...tapi berhasil
Petua / amalan
1) Arwah nenek mempunyai rambut yg lebat & hitam walau usia hampir 80 tahun.Dulu tanya juga mcm mana dia jaga rambut.Arwah just bagi tahu lepas mkn cekodok @ goreng pisang @ sewaktu dgnnya, minyak yg melekat pd tgn sapu ada rambut.. bila sya ckp itu petua tok ye.. Arwah bgtahu itu bkn petua tetapi amalan dia sejak dri anak dara.
(HAIZA-KL)
as salam kak jee
ReplyDeletebila sye baca petua2 di atas teringat lak jiran sye ade citer die pernah sakit perut nak buang air ... punyalah x tahan.. nak berhenti kiri kanan kelapa sawit.. adushhh.. pusing kiri pusing kanan..x tahan..kakak die tnye nape..aku dh x tahan ni...bru kakak die teringat arwah mak die dulu ade ckp.. klu dah x tahan.. ko gulung2 baju ko lepas tu pulas sepulasnya..smbil ckp biarlah ko (t_ _ k) terpulas sekali.. kebetulan.. lepas tu rasa lega.. hehhehe. mujarab gak jiran kate...
lg satu petua jiran bg gak.. dpt dr arwah mak die.. kalau2 dikejar anjing nak2 dpt yg garang gilos tu.. cepat2 ckap TABBAD TYIADA... sambil tunjuk jari tunjuk kat anjing tu..insya'Allah anjing tu terus diam dan patah balik.. jgn lak salah gunakan petua ni hehhehe.. kang x pasal2 anjing jiran2 pun kena tempias hehhe..
lg petua utk org pompuan.. yg mak2 blehlah ajar kat anak2 pompuan dr kecil lg ni.. kate jiran sye.. kite org pompuan x baik buang air berdiri.. seeloknya menyangkung smbil jinjit kedua2 ibu jari kaki tu.. lepas tu baru lah buang air.. lepas buang air tu basuh le.. jgn lupa lak hehehe.. kemudian korang gunakan dua2 tangan urut dr atas perut turun ke ari2 (buat2 fahamlah yee)buat 3x smbil selawat.. petua ni utk elakkan perut kita org pompuan selalu kembung @ sakit perut..
sekian.. tima kasih.. RAFIDAH (MELAKA)
kalau nak cabut uban kat kepala, tak de pencabut tu gunalah air kapur, letak dekat ibu jari dan jari telunjuk..sekejap je ibat tu tercabut,...Basimah
ReplyDeleteHARAP MAKLUM. PERADUAN SUDAH DITUTUP PADA JAM 12 TENGAH HARI TADI. PENYERTAAN OLEH BASIMAH DIATAS ADALAH YANG TERAKHIR. PEMENANAG AKAN DIUMUMKAN PADA HARI ISNIN. SESIAPA YANG DAPAT MENEKA DENGAN TEPAT TIGA PEMENANG BERTUA ITU AKAN TURUT MENERIMA HADIAH YANG SAMA.
ReplyDelete1. PETUA PALING ORIGINAL
2. PETUA MENARIK
3. PETUA KELAKAR
TERIMA KASIH.