Tuesday, March 15, 2011

135. tak habis habis nyusahkan orang!

ehsan mr google
tak habis habis lagi kisah keldai dadah yang berselang seli dengan kisah anak gadis dilarikan ke Lombok jadi sebahagian berita penting akhbar. isyhh boringlah. anak2 gadis melayu ni dah tak de kerja lain ker? anak2 bangsa malaysia yang lain, di usia mereka sibuk melanjutkan pelajaran atau mengejar cita.

kalau selak akhbar2 tabloid seperti harian metro ataupun kosmo, ada saja cerita2 macam ni. kjee rasa cukup meluat. bukannya anak2 melayu kita takut dan jadikannya suatu pengajaran tetapi semakin ramai seperti teruja nak turut sama.

ada sorang rakan artis yang pernah jadi keldai dadah. maaf cakaplah. bukan muda tapi dah tua bangka, dah ada cucu. berlakon pun watak sampingan jer. tetapi kerana seronok sangat melayan ayat2 power mat gelap, maka dia pun antara sedar dengan tidak menurut saja perintah kekasih gelapnya tu.

kisah ini berlaku lebih 10 tahun lalu. ramai kengkawan menasihatinya supaya jangan dilayan kerenah mat gelap, kekasih hatinya itu. awak tu dah tua. tetapi semakin dinasihat, semakin galak.berkepit siang malam, tanpa segan silu.

akhirnya, setelah beberapa bulan menjalin cinta, dia dijanji akan dibawa bercuti ke indonesia dan seterusnya ke australia. kengkawan yang rapat mengaruk. berbuih2 mulut nasihatkan dia supaya jangan percaya ayat power mat gelap. semua itu janji palsu. tapi apabila artis itu mengibas2kan tiket kapalterbang untuk mengesahkan percutiannya, senyap mulut kengkawan.

zaman itu belum popular lagi istilah keldai dadah. kengkawan hanya risau dia dijual. tapi bila difikir kembali usia artis itu, tak mungkin laku dijual. jadi pemergiannya direstu kengkawan.

sampai di indonesia, si gagak hitam tadi beritahu dia terpaksa kembali ke malaysia atas urusan bisnes yang cukup penting. dia menyuruh artis veteran tadi meneruskan perjalanan seorang diri ke australia bersama bargasinya. dia harus pulang ke malaysia 'ringan' (tanpa bargasi kerana urusannya penting). setelah ber goodbye secara mat saleh, mat hitam itu berjanji akan sambung 'bulan madu' mereka ke australia.

si artis veteran pun happy. maklumlah seumur hidup tak pernah ke luar negara. kalau berboy friendkan lelaki malaysia, hanya setakat berlibur di kelab2 dangdut kan?

sampai di australia bersama bargasi buah hati gelapnya, dia ditahan. dicaj membawa masuk sejumlah besar dadah ke australia! dihukum penjara 5 tahun. 

kengkawan di malaysia pun kelamkabut. seorang sahabat karibnya bukan hanya ke hulu ke hilir mencari bantuan wang ringgit tetapi cuba mendapatkan pihak persatuan artis dan badan kerajaan membantu. tetapi semuanya gagal membantu lepaskan artis veteran itu.

meringkuklah dia selama 5 tahun di penjara bumi kangaroo itu. buah hati gelapnya mungkin sudah menilau cari pulak mangsa lain.

sekarang artis veteran ini sudah kembali ke malaysia dan kembali berlakon. lakonan pertamanya dalam sebuah filem mendapat kutipan tertinggi filem malaysia setakat ini. dia diberi allah swt peluang kedua untuk menebus kesilapannya. kerana itulah, dia masih diterima masyarakat walaupun pernah di gelar banduan di negara orang.

ramai lagi anak melayu kita yang hidup di sebalik tirai besi di luar negara. apakah itu kerana kelalaian atau kebodohan sendiri? tak mungkin mereka tidak tahu. saban hari akhbar ada siarkan cerita2 mengenai keldai dadah tapi masih ada yang mahu melakukannya.

apabila terperangkap, mulalah menyusahkan keluarga yang tak tahu apa benda. isyhh keluarga tak tahu apa benda? mustahil tak sedar kot. kalau anak kita yang tiada sumber kewangan yang kukuh tiba2 kata nak pergi luar negara bercuti, tidakkah itu menimbulkan sebarang kecurigaan? atau keluarga tumpang bangga dan boleh hebuh satu kampung anak dapat peluang pergi luar negara.

kes lagi satu pasal lari ikut kekasih hati ke pulau terkenal indonesia iaitu Lombok, juga meloyakan. budak2 ini tidak bersyukur hidup di negara yang mewah dan aman. kalau tak aman makmur, kenapa ramai sangat yang berhjirah ke mari. sendiri mau ingatlah.

apabila cinta sudah pudar, barulah nak ingat mak bapak. barulah nak meraung siang malam mintak mak bapak usahakan mereka kembali ke tanahair yang makmur, maju dan mewah. masa nak pergi dulu kenapa tak buat homework dulu?

mereka ini semua menghabiskan duit rakyat dan membuat masa pihak NGO nak pergi bawak mereka balik. balik pulak tu bukan sorang tapi siap dengan anak2. ingatkan dia orang dah serik dan taubat nak mula hidup baru. rupa2nya tanpa segan silu berkata suami lombok nya akan menyusul kemudian untuk sama2 mulakan hidup di sini.

apakah ini satu taktik? apakah cara ini, suami itu akan senang menjadi rakyat malaysia? maklumlah NGO yang tolong bawak balik tu ada kaitan rapat dengan kerajaan. so selepas ini, mereka akan hubungi lagi orang kuat NGO berkenaan bantu pulak suami mereka mendapat kerakyatan malaysia.

hmmm renung2kanlah.

6 comments:

  1. semakin kita ini merasa diri teramat bijak semakin hebat dugaan Allah terhadap kita. so berfikirlah yang mudah2 saja. jauhi diri daripada keburukan yang membawa bencana. jangan langsung dekati dadah yang pastinya membawa padah. mereka yang mengalami musibahnya amat bersetuju sekali dengan hukuman gantung sampai mati kepada pengedarnya. walau ramai bijak pandai yang mempertikaikannya. kalau tak kena pada suku sakat sendiri memang boleh kata apa saja. pabila dah terkena menangis tak berlagulah jawabnya...

    ReplyDelete
  2. my opinion anak2 gadis yang dok lari ke Lombok ikut cinta hati & kemudian sengsara hidup, biarkan jer jangan dibantu. Biar mereka rasa akibat mengikut perasaan suka2 lari..

    ReplyDelete
  3. setuju sangat-sangat dengan pandangan kak gee.

    lebih menggeramkan, setiap kali mak ayah depa ni - sama ada yang jadi kaldai dadah atau kaldai keluarga mentua di lombok, meraung nak balik, NGO yang berkenaan akan tampil memberi bantuan...nak jadi hero malaya kot.

    cuba buat survey di kalangan rakyat malaysia, sure rata-rata akan menyuarakan pendapat supaya dibiarkan saja depa di sana tu.

    bila kita buat macam ni, usaha bermacam2 sampai guna ikatan kenegaraan (government to government favours), bila kena tang rakyat asing yang melakukan jenayah...haaa, kita terpaksa membalas budilah. kita akan dituntut utk lenient sebab depa dah lenient dgn rakyat kita.

    ReplyDelete
  4. bercakap pasal hal dadah dan lari ikut mat lombok memang tak akan habis sampai bila2 pun, bak kata kau jee bukan budak-budak muda je orang tua dah nak mampus dah boleh berfikir baik buruknya pu boleh terprangkap seronok sangat nak dapat duit banyak, mana ada free dlm dunia ni nak kencing pun kena bayar.

    aku tahu siapa artis yang kau tulis ni de--ma---i.tak silap aku ada kawan2 dari orang seni juga yang beritahu masaalah dia dengan SB dan seorang lagi Ringgo dari kumpulan fotograf. kesian arwah shamrin nak jumpa dia kalau dia bebas tapi tak kesampaian.

    ReplyDelete
  5. tapi kalu NGO tak tampil jadi hero malaya adale pulak suara2 yang menyumbang kata NGO ni pandei melalak je tapi tak buat keje.....salah kan gadis gatal miang ni dgn keldai2 bodoh ni kerana kasih konon d turutkan sudahnya cari juga makbapak lepas tu menyusah NGO salahkan NGO macam keldai gak buat ikut nafsu dah terjerat ha baru tahu ...kita yang d beri pikiran ni dlm kes macam ni ambil positif jangan nak salahkan NGO...jadi hero malaya kalu NGO ni tak tampil ha tunggu le yg d lombok tu merempat d negeri orang kerana kasih konon.....norasmah

    ReplyDelete
  6. hantu kak limah balik umah...jangan ler jadi hantu lagi kaedah nye yee...dah tua2 ni buat ler amal ibadat plak

    ReplyDelete