semalam kjee terkejut beruk melihat video klip yang dipost oleh seorang blogger politik popular papagomo. klik sini kjee tak paksa korang tengok. dosa tanggung sendiri. Blogger tu claim kata 'hero' dalam video ini orang politik. negeri mana? korang sendirilah buat andaian kalau berani tonton video ini. (HARAP MAKLUM. VIDEO INI BARU SAHAJA DIREMOVE OLEH YOU TUBE. 7.15 MALAM 16/03/2011)
bila kjee tonton video ini, kjee tersenyum sebab banyak kisah2 lama tetiba dapat di rewind oleh otak tua kjee ni. bende2 cam ni boleh lak ingat kan? hehehe tak senonoh betul.
ramai berkata, banyak kisah cinta dan asmaradana berlaku di bilik wad spital. tak kisahlah samada di wad first class atau third class. semua ada terjadi. yalah manusia ni kalau nak bercintan cintun tak kenal kelas, kasta dan rupa paras. kalau ati sudah cinta, lautan api sanggup direnangi. aduh hebatnya penangan cinta.
arwah bapak kjee pun selalu sangat dulu masuk spital sebab dia ni memang asyik ke gout jer. lagi pulak dia ada insurans...so makin galaklah dia masuk spital sebab boleh claim. kjee tak taulah bapak ada jalin cinta dengan misi atau tidak, tapi bila keluar je spital, suruh mak buat kuih sedap2 pastu gi antar kat misi di spital. mak pun buat ikut arahan bapak kerana kononnya bapak nak balas budi misi. hehehe ya lah tu!
dulu ada satu selebriti tv popular yang sama kes dengan video ni. dia tengah asmaradana dengan pakwenya tetiba bini VVIP tu masuk bilik wad. apalagi, samalah insiden tarik menarik rambut. kemudian berlaku lah gugur talak di hadapan semua yang hadir. VVIP tu lepas keluar spital buatlah persiapan nak kahwin dengan selebriti itu. siap buat kad jemputan yang lawa giler. tapi itulah, manusia hanya mampu merancang. sebaik sahaja kad diedarkan, VVIP itu menemui ajalnya.
lagi satu kes ini babitkan tuan rumah kjee. masa itu kjee tinggal dengan nadia di taman keramat, 20 tahun lalu. satu pagi, gate digoncang kuat. anak tuan rumah datang dan jerit kuat2 suruh kjee bukak gate. kemudian bila kjee bukak gate, dia kata suruh kjee cepat2 pindah!
eh budak ni giler ker? dia kata atas arahan mak dia. kjee masuk rumah dan call mak dia. kakak itu menangis bagaikan histeria dan tak boleh cakap dengan kjee. kjee pun siap2 ke rumah kakak tu.
rupa2nya dia baru je discover suaminya sudah kahwin lain. isteri muda suami dia misi di general spital KL. dah ada dua anak!!! sebab tu dia nak kjee pindah sebab dia nak duduk rumah kjee sewa tu. dia takut suami dia bagi misi tu tinggal sana!
kjee tanya camner dia tahu abang dia kahwin lain. dia pun ceritalah. setelah dia tahu suami dia kahwin lagi, dia ugut nak bunuh diri kalau suami dia tak citer kisah dia jumpa misi tu. maka terbongkarlah cerita suami dia dijaga oleh misi itu masa dia sakit dulu.
kisah dalam video ini bukanlah berkaitan misi atau jururawat tetapi kekasih yang ambil kesempatan datang semasa isteri boyfriendnya sibuk kat rumah jaga anak2.
biasanya, kalau wad first class di spital swasta, waktu lawatan tak der had. bila2 masa boleh datang asalkan tidak membuat bising.
waktu paling baik untuk aweks lawat boyfriend yang suami orang ialah pagi iaitu antara jam 8 hingga 11 pagi. lepas masa tu hingga pukul 6 petang jangan datang sebab masa itu, masa lawatan 'orang rumah'. selepas itu, datanglah dari jam 7 malam hingga subuh. takkan ada gangguan daripada isteri. yang ganggu hanya misi yang nak amik blood pressure atau bagi makan ubat.
jangan korang kata kjee ada pengalaman ni ker sebab tahu jer masa nak lawat boyfren yg sakit. eh taklah. kjee tak pernah ada boyfren laki orang. laki kita jadi boyfren orang lain adalah. kjee kan selalu gak masuk spital dolu2.
kalau hero tu tak de aweks, maka mata dia menularlah tengok misi yang muda dan lemah lembut. maklumlah mereka memang dilatih sedemikian rupa. Jari jemari dia yang halus lembut jer pegang tangan, pegang dahi laki kita. Dan yang paling bahaya kalau pesakit tak boleh bergerak. Misi lah yang melakukan segala tugas. Dari mengelap sampai menukarkan pakaian pesakit.
Nak pulak orang rumah dia garang nak mampus. Tangan pulak dah kasar. Suruh urut, dia picit sampai nak tercabut nyawa! Korang jangan ketawa…memang betul kalau tangan tu hari2 sental periuk, tenyeh lantai, gosok longkang!!
Apapun, tak eloklah kalau kes macam ini dibabitkan anak2 walaupun kekadang kjee rasa hanya anak2 jer yang boleh ajar bapak2 yang gatal. Ada ke disuruh anak2 amik video insiden mak dia tengah bantai aweks bapak dia. Buatnya masa tu, bapak dan aweks sedang dalam adegan yang intim, camner?
Isyhh…tak dapek den nak sambung lagi. Korang tak yahlah tengok video atas tu. Nanti kalau suami masuk spital, sapa nak jaga anak2 kat umah kalau korang asyik menunggu tangga kat spital takut suami kena cekup!!
Teringat dulu masa kjee masuk spital. Unclepali siap bawak comforter dan bantal golek temankan kjee. Bukan dia takut kjee kena cekup dengan jururawat lelaki atapun ada pakwe datang. Tapi dia takut tinggal sorang2 kat umah kot! hehehe
seliseh....untuk yang kena serang tobat le pakai tu bior molek sikit...untuk tok laki kalu ade skandal pun tak yah buat kat tmpat awam...untuk yang menyerang ade silapnya diri kita...apepun untuk kita jadikan pelajaran..norasmah
ReplyDeleteHehehe...kjee...saya dah tgk video tu kelmarin...teruk kena belasah perempuan tu.. tapi betullah.. kalau orang laki ni nak buat tak buat benda tak betul... kat sepital pun jadi...
ReplyDeletealamak..x sempat tengok
ReplyDeletekepochi je saya ni kan?ehhe