Kjee yakin semua rakyat malaysia turut sama sedih atas musibah yang melanda Jepun Jumaat lalu. hingga ke saat ini, kerajaan matahari terbit itu masih tidak tahu jumlah rakyat mereka yang hilang dan terkorban. tiap minit mereka menemui mayat2 bergelimpangan.
senarionya ketika tsunami melanda banda aceh 6 tahun lalu lain daripada yang sedang dialami di Jepun. ketika tsunami melanda banda aceh, ia berhenti membuat kerosakan setelah gelombang pertama yang dasyat. di Jepun, sejak Jumaat lalu, rakyat negara itu masih hidup dalam ketakutan. sekejap2 ada gempa bumi.
tidak cukup dengan itu, ketakutan meletupnya kilang nuklear yang bakal memuntahkan bahan asid berbahaya ke udara, paling ditakuti. kjee berasakan kerosakan kini mungkin lebih dasyat dari musibah hiroshima dulu.
apapun, kjee berharap kita semua panjatkan doa ke aharat allah swt supaya Jepun tidak terus dilanda musibah lebih teruk. di tika dan saat ini, usahlah kita fikir mengenai agama mereka. fikirlah di segi kemaknusiaan. agama islam sentiasa menuntut umat islam di dunia sentiasa mendoakan kesejahteraan sesiapa sahaja yang berlainan agama, ketika mereka dalam musibah yang diturunkan aoleh allah swt..
kjee cukup tersentuh melihat duta jepun ke malaysia, Masahiko Horie menitiskan air mata di sidang akhbar di kedutaan jepun semalam. klik sini.
berat mata memandang berat lagi bahu mereka memikul. apakan daya, semalam perdana menteri kita, dato seri najib tun abdul razak memberitahu, pasukan penyelamat kita tidak dapat ke Jepun untuk menghulurkan bantuan. ini adalah kerana pesawat yang bakal membawa mereka belum lagi dapat kelulusan untuk mendarat.
jom kita ramai2 berdoa untuk kesejahteraan semua rakyat Jepun. amin.
Wednesday, March 16, 2011
Home »
» 138. duta jepun ke malaysia menangis di sidang akhbar
ya kak jee,sedih dan sungguh terasa simpati atas nasib mangsa di sana ...kita doakan yg terbaik juga buat mereka.
ReplyDeletebtul k.jee..x kira agama aper,x salah klau kita doakan utk mereka atas sesama manusia..tp yg dikesali tu ader gak yg wat joke psl bencana kat jepun ni..
ReplyDeletesama2 le kita berdoa untuk kesejahteraan umat sejagat tak kira ugama dan anutan mane tahu ada rakyat fukushima itu beragama islam....norasmah
ReplyDelete