dah lama betul tak masak cili crabs ni. selalu makan jer kat kedai2 seafood kat bagan lalang sepang, tanjung lumpur kuantan, fatty crabs pj atau di carey island. ada jer yang tak kena. tak kisahlah kan. so dua hari lepas singgah kat Hero nampaklah ketam tapi tinggal 5 ekor jer. lain semua dah kena sapu. biasalahkan, kalau tinggal hujung2 tu maknanya kes orang lain dah reject. apapun, kjee beli jugaklah sebab teringin sangat nak makan masakan cili crabs menu sendiri.
cakap terus terang, cili yang kjee guna hari ini adalah sambal kering yang kjee beli kat langkawi hari tu. ingatkan sedap, so belilah 3 bekas. tak sedap. kjee kan biasa buat sambal garing udang kering, so ingatkan samalah cam kjee buat sebab kaler dia sikit lebih kurang. nak buang sayang so kjee masukkanlah dalam resipi cili crabs ini. korang janganlah susah hati sebab resipi asal cili crabs kjee guna cili kering. sama jer rasanya. okay, kali ini kjee buat kuahnya lebih sikit sebab nak cicah dengan roti. kita tengok resipi dia.
bahan2nya:
5 ekor ketam (dibersihkan dan belah dua)
4 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia diketuk
2 sudu besar cili kering kisar (ikut suka kepedasannya)
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar hoisin sos (boleh guna sos tiram)
kicap nampla (sos ikan) atau garam secukup rasa
sedikit aji
2 butir telor ayam
daun bawang dipotong 2 inci
cara:
panaskan minyak dan goreng ketam separuh masak. tepikan. ambil minyak gorengan ketam tadi sebanyak dua sudu. tumis bawang putih dan halia yang telah diketuk sampai agak garing. kemudian masukkan cili kisar dan goreng hingga agak garing. guna api sederhana. lepas tu, tuanglah air ikut suka. kalau nak lebih kuah, bubuhlah lebih sikit tapi janganlah sampai banjir lak. masukkan sos cili dan sos sos hoisin (atau sos tiram). kacau hingga rata dan kuahnya mengelegak. kemudian bubuhlah garam atau sos ikan (nampla) secukupnya. kalau suka bubuhlah jugak pak aji yang naik motor tu. selepas itu, masukkan ketam dan golek2kan sehingga sebati kuah dan ketam. taburkan daun bawang. dan terus tuangkan dua biji telor yang telah dipukul manja dengan garfu. kacau manja2 dan terus tutup air.
kalau nak lagi pedas, sebaik sahaja api dipadam, taburkan juga cili padi yang telah dipotong kecik2. sodap kau!
selamat mencuba.

yum yum...
ReplyDeletenampak menggoda. kecur air liur ni. heheh...
ReplyDelete2 biji telur tu yg buat sedappp.... kuah jadi pekatkan.. isi ketam pun jadi sedappp sehingga menjilat jari bile makan...
ReplyDelete