Tuesday, March 22, 2011

153. TAHNIAH..PEMENANG PERADUAN PETUA

Salah satu set ini milik pemenang

Entry Petua Orang Tua-tua yang kjee post pada 14 Mac lalu, sekali gus mengajak you all sumbang petua yang menarik, original dan kelakar, telah mengundang 51 penyertaan! Hebat sangat. Kjee pening kepala untuk mencari yang terbaik antara yang baik. 

Mulanya Kjee bercadang nak adakan satu hadiah sahaja tetapi oleh kerana pelbagai jenis dan corak petua yang diberikan, Kjee terpaksa bahagikannya kepada 3 kategori iaitu Original, Menarik dan Kelakar. Setiap pemenang akan menerima satu set wangian Ultra  Secret Perfumes, sama seperti pemenang dalam entry sebelum ini.

Kjee berharap semua yang menyertai peraduan ini tidak akan berkecil hati sekiranya petua mereka tidak terpilih. Hadiah ada tiga jer. Tetapi diharapkan pemilihan Kjee memuaskan hari semua. Kjee copy paste penyertaan ketiga2 pemenang tanpa menukar corak penulisan dan bahasa mereka.

Pemenang adalah seperti berikut:

KATEGORI PETUA KELAKAR

Petua ni dari arwah datuk, dia nelayan. Jd darah nelayan tu turun kpd ayah sy, cume ayah buat secare sambilan, slalunya ayah pergi menjaring ikan waktu malam atau hujung mggu, kadang2 sy pon dia bwk utk temankan dia, mase tu sy kecik lg. tp slalunya dia pg sorang. sy pernah tanye ayah, dia tak takut ke jumpe buaya? dan ayah pun bgtau petua yg bleh elakkan jumpa buaya. petuanye, letak kunyit dalam sampan,nnti buaya xnk dekat ngan sampan tu.nk tahu knape buaya xnk dekat? ayah kate buaya tu takut kena goreng ngan kunyit tu! mase sy dgr, sakit perut sy ketawa sy igt ayah bergurau jer, tp ayah ckp itulah petua yg arwah datuk turun kan pd ayah dan bile di igt2 blk, mmg sy perasan ade kunyit dalm sampan ayah..! hehe.. surieya sweet

(Kjee turut ketawa membaca petua ini. Tapi janganlah ambil ringan petua2 camni. Mungkin ada kebenaran. Wallahualam)


KATEGORI PETUA MENARIK

Meredakan dengkur sewaktu tidur - Tumbuk lumat tujuh biji buah badam. Campurkan dengan air suam dan kacau hingga sebati. Minum setiap kali sebelum tidur.
*ini mak buat kat abah, mujarab....my little caliph

(Kjee berpendapat ramai yang suka petua ini. Kjee pun suka sebab bukan sahaja Kjee berdengkur tapi Unclepali pun dah mula menjangkit. Mesti nak cuba. Hehehe)



KATEGORI ORIGINAL

waktu saya sekolah rendah dlu...ni pasal pokok durian yang saya tanam...pokok ni bila berbuah, buahnya x berapa nak lekat...ada pun x lebih biji klu sesekali berbuah...so merungutlah ngan abah...so abah pun bagilah petua...ha klu ada sape² yg ada selipar @ kasut putus yg dah banyak jasa tu jangan dibuang...ambil pastu ikat kemas² ngan tali, then blehlah gantung kat dahan pokok durian yang segan sangat nak berbuah tu....hehe mujarab tau...x lama pokok durian saya tu lebat sangat ngan buah...berbaloi dapat kasi pada jiran² utk merasa...tap tu semua kan kuasa Allah...ismaliana

(Kjee tak pernah tahu pasal petua ini. Tetapi bagi Kjee ia amat original, menarik dan kelakar. So korang semua yang ada masalah dengan pokok yang buahnya tak menjadi, cubalah. Insya Allah)  


Sedihnya, tiada siapa pun berjaya memilih ketiga2 pemenang dengan tepat. Ada yang pilih betul tetapi tidak jatuh dalam kategori yang ditetapkan. So tiada hadiah untuk peneka tepat. Selain itu, Kjee terpaksa disqualify penyertaan yang tidak meletakkan nama mereka. Mungkin terlalu leka menulis petua sampai terlupa tulis nama.

Semua pemenang diharapkan dapat berikan nama penuh serta alamat mereka di mesej box kjee di Face Book. Cepat korang bagi, cepatlah Kjee hantar. Korang dijangka menerima dalam masa dua minggu. TAHNIAH sekali lagi.




5 comments:

  1. KAK GEE...WPUN PERADUAN PETUA DAH ABIS...TP SAYA NAK BAGI PETUA NIE...PADA SAYA PERGHTUA NI SGT2 BERGUNA UTK SESIAPA YG ADA BABY...BIASA KL BABY SELSEMA DR X KAN BAGI UBAT SELSEMA...XDIGALAKKAN...NAK SAPU BALSEM PUN X BERAPA NAK ELOK UTK BABY...SO JGN RISAU
    AMIK ASAM JAWA BUBUH AYAQ N RAMAS2 BAGI CAIR SIKIT...PASTU CAMPUR BEDAK SEJUK PASTU SAPU KT KEPALA BABY SEJAM SEKALI...INSYAALLAH HINGUS AKAN MELELEH2 BILA KEPALA BABY SEJUK...ESOK NYER BAIK LER...SAYA DAPAT PETUA NIE BILA SAYA BUBUH CAMPURAN NIE UTK REDAKAN PANAS KEPALA BABY SAYA...ALIH2 ESOKNYER SELSEMA DIA DAH HILANG...WPUN PERADUA PETUA DAH ABIS(ACTUALLY SAYA X PRASAN) TP SAYA BAGI GAK PERGHTUA NIE SEBAB IA AMAT BERMANFAAT UTK BABY...TUK ORG TUA SAYA X JAMIN YER...UTK BABY INSYAALLAH MUJARAB PASAI BABY X DER RAMBUT JD SENANG NAK SAPU ASAM JAWA KT UBUN2NYER
    NURWAFIEM NUR

    ReplyDelete
  2. kjee nor ada satu pokok durian org kata durian ni durian kampung lepas 10 tahun baru berbuah tapi dah lebih dah jiran kata mandul cam nor tapi dia kesian kot kalu berbuah nor takmakan ....tapi nor selalu minta pokok tu berbuah boli kengkawan tumpang makan ...jadi nor nak ikut le petua ismaliana ni manele tahu rezeki allah....

    ReplyDelete
  3. slm kenalan kak jee

    ReplyDelete
  4. pemenang petua tu semua memang layak sbb original dan kelakar aku pun suka baca.

    ReplyDelete
  5. hello..kakjee...sajer nak testing posting...!!! 1..2..3..<3 u..~ phia

    ReplyDelete