foto: mStar online |
AKHIRNYA, setelah 3 bulan berpisah, Nana dan Sein kembali sebagai suami isteri. Syukur Alhamdullilah. Jarang jarang sekali artis bila bercerai, rujuk kembali. Mudah2an apa yang dilakukan Nana dan Sein, akan dikuti pasangan artis lain.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Itulah langkah yang terbaik diambil Sein dan Nana anak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad bin Mohammad Taib. Mereka lakukannya demi anak2. Dan Nana juga mengakui dia tidak dapat membendung kesunyian berjauhan dengan insan yang pernah berkongsi hidup dengannya sejak 5 tahun lalu.
So sweet. Kjee pun pernah merasai detik2 malang dalam kehidupan berumahtangga seperti yang Nana lalui. So kjee faham sangat kerinduan yang dirasai itu. Faham2 jer lah. Lima tahun Nana bangun pagi, suami ada di sisi. Segala masalah ditangani bersama. Susah senang, sakit pening, ketawa dan menangis bersama. Tetiba di suatu hari, semuanya sudah tiada.
Ketika marah meluap2, perkataan ‘kita bercerai sahajalah’ memang mudah diucapkan. Tetapi Kjee tahu sebaik sahaja perkataan itu diucapkan setelah dibisikkan ke telinga oleh syaitan dan iblis, tiba2 terbit pulak rasa menyesal. Tetapi dek kerana ego, dan kemarahan yang masih belum dapat dikontrol, maka kata2 yang dikeluarkan itu, terus dikotakan.
Ini berlaku kepada pasangan muda. Baru lima tahun melayari bahtera sebagai suami isteri. Baru dua orang anak. Semua pasti terkejut perpisahan itu boleh berlaku sebab tiada cerita samada Sein panas baran atau pernah mengasari Nana.
Apapun, sama2lah kita doakan agar peluang kedua Nana dan Sein untuk meneruskan hidup bersama anak2 tersayang, tidak akan diganggu gugat lagi.
Sein dan Nana mendirikan rumah tangga pada Julai, 2006 dan mempunyai dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, yang berusia setahun. Mudah2an rumahtangga mereka akan kekal ke akhir hayat. Insya Allah.
Satu lagi kes yang masih ‘tergantung’ ialah rumah tangga Jimmy Shanley dan Suhaila. Kes ini lagi berat. Tak sampai beberapa minggu jadi suami isteri, hubungan dilanda ribut. Harap2 ianya hanya ribut dan bukan tsunami.
foto: izzloma.com |
Semua tertanya2 apa yang terjadi. Pelbagai tohmahan dan spekulasi timbul. Namun Jimmy masih enggan mengaku kalah. Jauh di sudut hatinya, biarlah ‘perpisahan’ ini sementara sahaja. Mungkin dek kerana emosi ekoran Suhaila sudah mengandung.
Apapun, janganlah ditokok tambah cerita sehingga mengugatkan lagi hubungan dan juga perasaan Jimmy dan isterinya. Macam2 cerita yang tidak sedap didengar dan ada kalanya tidak masuk dek akal.
Fahamilah wanita mengandung kekadang mengalami kejutan yang amat besar dalam hidup. Pertukaran hormon dalam badan boleh menyebabkan perubahan perangai dan emosi yang luar biasa.
Dulu Kjee pernah menulis mengenai seorang wanita yang hari2 minta diceraikan suaminya ketika dia mengandung. Akhirnya, suaminya berpakat dengan keluarga untuk ‘menjatuhkan talak’. Sebaik sahaja anak dilahirkan, wanita itu tidak henti-henti menangis kerana kesedihan dirinya sudah menjadi janda. Nasib baik 'perceraian' itu hanya satu lakonan!
salam kak jee
ReplyDeleteSuka bile tau nana n sein ni dh berbaik semula..alhamdulillah..
Ada sorang kwn liza cam kes jimmy ni..masa tgh ngandung dulu..x suka tgk huby dia klu terbau badan suami lg la..cian gk kan..
bab2 ni takut nak sentuh sensitip le apepun sama2lah kita berdoa agar sesapa pun jangan le ambek jalan mudah.....perbincangan amat perlu untuk mengatasi masalah...umpama tarik rambut dalam tepung.....norasmah
ReplyDeletetahniah sein-nana
ReplyDeletesyukur alhamdulillah baguslah kalau dah berbaik balik, fikir2kan lah nasib anak2 yang masih kecil.
ReplyDeleteaku pun kesian dengan Jimmy diharap segala-galanya akan seperti biasa apabila isterinya bersalin nanti, tabik dengan Jimmy ni sbb sentiasa bersabar dgn kerenah orang mengandung.