Wednesday, March 23, 2011

157. Nasi Daging

Kira2 10 tahun lalu, Kjee dan Unclepali ke rumah Ajai dan Nurul. Ketika itu mereka masih suami isteri. Kjee ke sana sebab nak ambil foto dan interview mereka. Masa kami sampai, Nurul sibuk di dapur menyediakan Nasi Daging.

Itu kali kedua Kjee dengar menu Nasi Daging. Masa Mazuin Hamzah kahwin dengan Pengiran Sufri dulu, Nasi Daging Brunei juga dihidangkan. Kjee ingat lagi masa itu majlis resepsi di Hotel Hilton kira2 24 tahun lalu. Nasi Daging Brunei ala Briyani Gam. Lauk Daging dimasak bersama nasi.


Ahad lepas, Kjee tetiba teringat nak buat Nasi Daging. Cari resipi merata tapi buat keputusan nak masak resipi ciptaan sendiri. Nasiblah kan! Akhirnya, Kjee pun mulalah projek. Kjee planlah Nasi Daging dengan lauk sampingan dalca sayuran dan acar rampai. Unclepali kata dia nak buat sambal belacan kerisik. Mak Mertua Kjee pernah buat sambal ni makan dengan daging rebus.

Oleh kerana  memasak sorang2, sampai terjatuh Kjee dari kerusi. Demam tiga hari. Tapi projek tetap diteruskan. Kjee buat Nasi Daging ikut resipi sendiri. Main cekup apa yang ada kat dapur. Akhirnya siap masak. Unclepali dan Nadia puji sedap. Okaylah tu. Kita tengok bahan2 buat Nasi Daging.

BAHAN2NYA:

½kg daging (Kjee guna daging batang pinang)
2 mug beras (Kjee guna beras wangi…beras apapun tak kisah)
2½ mug/cawan air rebusan daging
½ mug susu cair (eveporated milk)
2 labu bawang besar (dimayan)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 inci halia (dimayang)
1 biji tomato di dadu kecik
1 kayu manis
2 bunga lawang
4 buah pelaga
1 genggam kacang gajus (optional. Sebab ada, kjee bubuhlah)
1 kiub daging knorrs
1 sudu besar Minyak sapi
Daun ketumbar buat hiasan

CARA MEMASAK:

Daging dibersihkan, buang urat dan rebus bersama sedikit garam hingga lembut. Asingkan daging. Beras dicuci dan toskan.
Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi dan sedikit majerin. Apabila sudah cair, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Pastu campakkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kacau perlahan2 seketika. Kemudian masukkan beras. Kacau perlahan2 seketika dan masukkan 2½ mug air rebusan daging.
Bila melegak, masukkan susu cair dan pecahkan satu kiub daging knorrs dan campak dalam periuk. Kacau perlahan2 lagi. Masukkan kacang gajus dan tomato didadu kecik dan perlahankan api.
Sediakan kukusan dan biarkan air kukusan mengelegak. Apabila hampir nasi hampir kering, Kjee transferkan ke kukusan yang sedang mengelegak. Kukus hingga masak. Kjee mulanya nak masak dalam rice cooker tapi mengubah fikiran di saat akhir. Kalau disambung dengan mengukus, nasinya akan cantik berderai. Jangan kacau banyak2 semasa kukus. Biarkan saja jika tidak, beras akan pecah2. Itu saja.

Hidangkan nasi yang dihiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng, hirisan daging rebus dan sambal kerisik serta acar rampai dan dalca.

DALCA

Bahan2nya:

½ cawan kacang dal di rendam semalaman  dan direbus 
1 labu besar bawang merah
3 ulas bawang putih
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 buah pelaga
2 sudu rempah kari ayam Babas
Semangkuk ayam (elok kalau guna tulang2)
1 biji kentang
1 biji carrot
1 biji terung
1 cawan santan pekat

Cara memasaknya:

Panaskan periuk dan bubuh setengah cawan minyak masak. Tumis bawang dan bahan2 tumis hingga wangi. Kemudian masukkan rempah kacau seketika dan masukkan tulang2 ayam. Kacau seketika dan tuangkan kacang dhal bersama airnya. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan sayur2 keras seperti carrot dan kentang yang telah dipotong sama besar. Apabila kentang dan carrot sudah empuk, masukkan terung, santan serta garam dan serbuk perasa.
Biarkan mendidih dan perlahankan api. Masukkan sekeping asam keping dan rasa garamnya.


ACAR RAMPAI

1 batang carrot dimayang memanjang halus
1 biji timun dibuang bahagian dalam dan mayang memanjang
½ sudu besar biji sawi
1 labau bawang besar di belah 8
4 ulas bawang putih dibelah dua
1 biji cili merah dibuang biji dan mayang memanjang
1sudu besar cili kering kisar atau serbuk sili
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka
Garam

Cara Memasaknya:

Panaskan kuali. Bubuh dua sudu minyak. Bila sudah panas, masukkan bawang besar, bawang putih dan biji sawi. Kemudian masukkan cili kisar, gula, cuka dan garam. Goreng sampai garing pastu masukkan sayur2. Kacau sampai rata dan sayur empuk. Rasa. Kalau terlalu masam, tambah sedikit lagi gula. Itu jer.

Sewaktu hendak makan, hiris daging dan susun dalam pinggan. Unclepali buat sambal belacan dan campurkan sedikit kerisik. Jadilah ia sambal kerisek yang dimakan bersama daging ketika makan Nasi Naging bersama Dalca dan Acar Rampat.

Masa makan, Unclepali kata terasa pulak macam makan kat rumah kenduri.



8 comments:

  1. Kjee...lama dah cari resepi Nasi Daging ni..Terima kasih...

    ReplyDelete
  2. salam kenal kjee
    sy br jumpa blog kjee.best sesangat.tngh kejar prev posting.tk terkejar ni,mula2 dr dpn,pastu stat dr blakang.br sampai kt iceblended unclepali.tk sbr nk cover ni,tk terkejar rasanya..pg td buka,bab bubur kacang merah,pastu mula dr blakang,tup2..buka dpn ptg ni dah ada nasi daging...adui!!!laju bonar entrynya..

    bc blog kjee cam tonton wayang,ada sedih,ada lucu,ada serious.sy suka blog kjee,ada variari,bkn satu tema jer..tk boring.

    sy suka blog cam gini just santai,blh releasekan tensen,coz keje sy mmg tensen (ngadap org gaduh hari2)

    sy nangis bc entry bab hani mohsin,benar2 menyentuh perasaan dan buat iktibar supaya kita tk jujur dlm berkawan

    rasa cam nk lawat kjee satu hari nt n i'm so sure byk benda yg sy blh blajar dr kjee.

    klu nk masalah r.t sbg bhn skrip kjee blh contact sy.mcm2 cite belaking tabir ada..he..he..

    keep up ur good work.tulisan kjee mmg menghiburkan dan menyentuh hati pembaca.Semoga Kjee sentiasa diberikan idea dan success dlm apa jua yg kjee lakukan.

    salam sayang n semoga kjee n family sentiasa dalam keberkatanNya..Amin!!!

    normawati-

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan dan buat nasi daging ni, yang aku tahu ini masakan orang pulau pinang, nanti nak cubalah mcam sedap je.

    ReplyDelete
  4. nak kena cuba buat nie Kjee,terliur tengok..maceh yer share resipi..kalau dah buat nanti kita bgtau kjee dulu..ngeh..ngeh..ngeh...

    ReplyDelete
  5. sedapnye kjee. 1st time dgr nasi daging ni.

    ReplyDelete
  6. salam kjee..
    entah2 maklong yg kakak.. hehe
    maklong suka sangat resepi yang ada daging2 ni.. tapi maklong belum ada semangat nak masak.. sebab lambat..
    tp, nak cubalah nasi daging ni..

    ReplyDelete
  7. kak Jee, nasi daging kalau kat penang memang kena lawan ngan air asam baru mantop..haha sedap saya selalu juga buat nasi daging ni...kalau bubuh rempah kurma dlm nasi tu pun sedap juga..:)

    ReplyDelete
  8. nasi daging ni mmg pemes belah2 utara..n wajib ada air asam...
    nasi lak dimasak ngan rempah kurma...
    nyum2..

    ReplyDelete