Thursday, March 24, 2011

162. Kalau tak pass...siap kau! aku kahwinkan kau!!!!

Tahniah! - gambar ehsan google
Kjee tersenyum sorang2 dengar Sinar FM pagi ni. Dia orang bincang pasal kenangan masa dapat result SPM. Semalam kan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan. Tahniah kepada semua yang dapat keputusan cemerlang.

Dan yang tak berapa cemerlang tu tahniah jugak lah ya. Sebab SPM sekarang tak sama dengan SPM zaman dulu. Masa zaman Kjee MCE...Malaysia Certificate of Education. Susah giler beb!

Walaupun MCE seratus peratus bahasa Inggeris kecuali kertas Bahasa Malaysia dan Agama, namun Kjee merasakan SPM sekarang lebih susah. Bukan setakat SPM, seandainya Kjee duduki semula PMR (dulu LCE), gerenti Kjee gagal!

Kjee tabik spring kat budak2 sekarang sebab semuanya mempunyai mental dan fisikal yang cukup kuat untuk menghadapi baik PMR mahupun SPM. Yang tak kuat mental, fizikal dan iman lah yang jadi kaki ponteng atau lari dari sekolah.

Dulu masa Kjee meniaga, ramai budak2 sekolah yang datang tunjuk kertas peperiksaan kat Kjee. Memang susah. Apa lagi kertas BM. Aduh...kenapalah di torture budak2 sementah itu dengan soalan yang susah2. Mungkin pada budak2 tu tak susah kot sebab dia orang diajar semuanya. So kalau dah diajar, takkan tak leh buat kan? Kalau tak pass, salah siapa? Sapa suruh tak ulangkaji.

nadia ketika mendapat diploma hotel management

Nadia pun kata SPM adalah 'mimpi ngeri'. Result SPM dia tak berapa hebat. Tapi dia berjaya dengan keputusan cemerlang ketika ambil diploma dulu. Baginya belajar di IPT tidaklah stress sangat seperti belajar di sekolah menengah!

Betul ke kata2 Nadia itu. Apakah kita sebagai ibu bapa menyedarinya? Jangan susah hati kalau korang tak ambil berat sebab Kjee pun tak ambil berat langsung. Itu kesilapan Kjee yang paling besar. Mujurlah Nadia tak kecundang!

Alasan Kjee tidak mengambil berat adalah kerana sebagai ibu tunggal masa itu, Kjee terkejar ke sana kemari untuk mencari rezeki sesuap nasi. Eh betul ni...kalau jadi ibu tunggal, rezeki yang diperolehi betul2 cukup untuk sesuap nasi. Bekerja siang dan malam sehinggakan anak pun dibiarkan belajar sendirian.

Apabila dikenang balik, Kjee menyesal tak sudah. Tapi nak buat camner kan? Nadia faham keadaan Kjee masa itu. Apapun, Kjee bertuah kerana Nadia bangkit dan menebus 'kegagalannya' untuk mendapat keputusan cemerlang ketika SPM.

Kjee dulu species yang belajar hanya sebagai platform untuk dapat kerja. Tiada cita2, tiada wawasan. Sedihnya masa itu mak dan bapak tak pulak kata 'Kalau kau tak pass, aku kahwinkan kau!!' Kalau tidak kan senang. Eh sebenarnya, Kjee suka mak dan bapak tak cakap dailog power tu...kalau tidak, tentu Kjee tak masuk 'The University Of Life'. hehehe.

Di zaman Kjee dulu, ayat power Kalau tak Pass, Aku Kahwinkan kau, amat menakutkan kami. Sanggup belajar siang malam supaya pass peperiksaan. kalau tidak mesti kena kahwin. Kalau kahwin dengan pakwe yang kita suka tak per. Ada ke mak bapak ugut nak kahwinkan dengan Tok Mat duda yang jual ayam kat pasar tu. isyhhh tak rela!!

Tapi Ibu bapak sekarang dah tak berani lagi keluarkan kata2 kalau tak pass, aku kahwinkan kau kepada anak2. Budak2 sekarang memang tunggu tawaran sedemikian! Maklumlah, sekarang baru form two dah pandai couple2. Bila tiba Form three dah pandai 'ringan2'. Dan bila tiba Form 5 ..... (Ah korang fill in the blanks sendiri yer).

Tapi bukan semua anak2 remaja kita sekarang macam tu yer. Takut Kjee kalau dia orang buat demonstrasi depan rumah Kjee sambil baling telor busuk sebab marah Kjee buat statement ini.

Sebahagian besar dah tahu apa yang nak dibuat selepas SPM. Yang tak minat nak terus belajar dalam bidang akademik, Kerajaan sudah sediakan banyak kolej komuniti yang menawarkan kursus2 berkaitan minat masing2. Yang nak kejar ijazah, selain daripada IPTS, banyak juga kolej dan IPTA yang tawarkan kursus yang relevan dengan pencapaian adik2.

Buatlah pilihan dengan bijak. Jangan sesekali terpengaruh atau diberi tekanan kursus apa yang harus diambil. Mak bapak memang suka anak2 jadi doktor, lawyer atau akauntan. Terjamin masa depan. Tetapi itukah yang dikehendaki oleh anak2? Duduk sama2 dan bincang masa depan. Tidak harus ada paksaan.

Masa Nadia nak ambil diploma dulu, Kjee sikit pun tak tahu jurusan apa yang akan diambilnya. Tetiba dia ajak Kjee dan Unclepali ikut dia ke Unitar sebab dia nak ambil kursus Hotel Management. Dia nak kerja di hotel tapi bukan di dapur tetapi di bahagian pentadbiran.

Kjee tak setuju tetapi sembunyikan kekecewaan. Tetapi adalah beberapa kerat kengkawan yang kata industri perhotelan negara memang ada potensi. So Kjee lepaskanlah dia. Result dia bagus. Daripada 27 subjek yang diambilnya, Nadia perolehi 21 A dengan CGPA 3.88.

Lepas itu, apabila nak sambung degree, dia ubah fikiran dan nak buat Degree in Islamic Banking and Finance. Satu lompatan yang cukup jauh! Yang ini Kjee betul2 setuju. Akhirnya, anak aku dah dewasa dan boleh pilih bidang yang hendak diceburinya.

The Moral Of The Story adalah :"Sokong saja apa bidang yang anak kita minati. Kalau dia suka bidang fesyen, biarkan dia amik kursus fesyen. Jangan kerana korang nak dia jadi doktor, dipaksa juga sehingga menimbulkan stress kepada anak2 di kemudian hari."


Memanglah cakap lagi senang...hehehe

11 comments:

  1. salam kak jee
    Suka topic akak pagi ni..utk peringatan pd lyza juga di masa hadapan..anak2 dh makin membesar..kdg2 terpk nk anak kita jd doktor ke atau lawyer satu hari nnt..tp anak2 skrg dh ada cita2 n impian dia sendiri..risau gk takut apa yg kita impikan x jd kenyataan..

    Tahniah kak jee kerana dpt mendidik anak k jee hingga berjaya..

    ReplyDelete
  2. salam kjee..yang paling penting ibu ibu sentiasa doakan kejayaan anak anak kita, doa itu senjata mukmin yang paling ampuh, kdg kita tgk anak yg ok ok aje tapi time exam, cemerlang abissss..rahsianya, doa makbul si ibu yang tidak putus putus untuk kejayaan anak tercinta..insyaAllah

    ReplyDelete
  3. Anak sulung saya lelaki,habis spm dia belajar engineering di kolej..say dan abah dia yang polih kan...tapi sem2 dia mintak tukar ke IT sebab tak boleh catch up dengan apa yang dia belajar tu..tapi saya tak bagi...akhir nya dia kecundang masa final exam...bila di tanya..dia marah kan saya sebab tak bagi dia tukar course yang dia minat.
    menyesal jugak saya tapi dia dapat juga kerja dalam engineering ni..gaji pun boleh tahan .

    Anak anak yang lain saya dah tak paksa ..suka hati ko lah...nampak perbezaan nya...dia suka yang dia buat..saya pun senang hati.

    tapi anak ke lima saya spm dia bagus tapi dia pilih belajar dalam bidang penulisan skrip filem di uitm walau pin masa tu dia dah dapat tawaran belajar dalam bidang arkitek.....risau saya sebab dia di kelilingi oleh orang2 filem setiap hari..adoi..baru2 ni saya dengar dia akan berlakon dalam drama masa cuti sem pendek ni....
    Abah dia tak bagi tapi nak buat camner....terpaksa izin kan dengan syarat yang ketat...

    ReplyDelete
  4. ezza: kjee rasa bagus dia juruskan minat dia kepada sesuatu yang boleh diikuti dengan baik. jangan perlekeh bidang penulisan skrip. Kjee pernah mendapat rm20,000 untuk buat skrip dalam masa sebulan! busuk2 buat skrip telefilm pun boleh dapat hingga rm4 sebulan. kalau rajin sebulan boleh buat dua skrip. itu belum skrip untuk filem lagi! kalau dia naka berlakon untuk cari duit kocek, apa salahnya asal dia tak abaikan studies dia. nadia pun bagitau kjee cuti sekolah bulan 5 ni dia nak keje ikut production drama tapi bukan berlakon. sapa nak bagi kalau dalam masa seminggu kerja boleh dapat RM700 hingga RM1000. Makan tanggung. pergi kerja dia orang datang ambik!

    ReplyDelete
  5. tahniah kepada pelajar2 yang berjaya dengan cemerlang dlm SPM. yang tidak dapat A berbaris pun tahniah juga. apa yang kita usahakan itulah yang akan menjadi milik kita. namun dunia akademik/non kini banyak pilihannya. samaada mahu atau tidak @ minat ke tidak saja. kolej2 bersepah untuk sambung pelajaran seterusnya. buatlah pilihan terbaik untuk hidup hai anak2 agar tidak menyusahkan sesiapa dlm era sgt kompetetif ini. walau kita bersetuju bhwa dunia ini hak milik semua samaada yang bijak pandai atau yang tak berapa namun ada kelebihannya di bidang lain.

    ReplyDelete
  6. walau anak sy baru 2 tahun, sy takut juga kalau terabaikan dia walaupun sekejap. setuju dgn kjee, sy sebagai ibu tunggal (ke ibu tinggal..hehee) pun sibuk fikir nak cari rezeki lebih utk besarkan si kecik ni. nothing is free nowadays. ada masanya sy terpaksa ikat perut untuk pastikan keperluan anak mencukupi. takde apa yg sy harapkan hanya doa agar kejayaan dunia akhirat bersama anak sy Amna Khadijah bt Firdaus.

    ReplyDelete
  7. Samalah kita org zaman MCE ye Kjee,hehehe..Nak share pengalaman sy sbg anak, ayah sy amat menitikberatkan pelajaran kami adik beradik, tang tu sy mmg respect, org lain tuition, sy pun tuition. tp silapnya ayah sy yg decide what I should take, since sy ni dr Art Stream(Maths sy hanya takat LCE je) masuk Form 4, masuk Art Stream n ambik Commerce instead of Maths..tang Maths sy mmg dah give up, hv tried my best even dgn pertolongan kawan2 tp mmg tak masuk ilmu Maths tu..

    So bila pass MCE, ayah suruh sy ambik Pre-Com di ITM, tp sy nak ambik Pre-SS (Stenography), ayah tak bagi, ayah kata kerja Steno ni tak bagus, jadi kuli boss je...So sy ikut je la Kjee..it was a struggline 5 months for me masa Pre-Com tu sbb masa tu ada 5 subject termasuk Maths, bila result keluar, sy gagal sbb sangkut kat Maths, so the following semester sy ambik Pre-SS with his consent, alhamdullillah dptlah DIS. He did the same thing with adik sy, mentang2lah adik sy tu Sains stream, dia suruh masuk ITM ambik accounting, adik sy turut jugak kehendak ayah w/pun dia tak minat accounting though dia pandai Maths, last2 2nd year adik sy quit n skrg keje kat bank. Cita2 dia nak ambik Art & Design pada masa tu tp ayah kata bidang tu no future ...

    Whatever it is, bersyukur sbb ayah izinkan sy belajar lagi, ikutkan kata dia, kalau sy gagal Pre-Com masa tu, dia suruh sy jadi guru, sy mmg tak minat nak jadi guru pd masa tu sbb takut kalau dihantar ke kawasan pedalaman..

    Ayah sy buat silap tp rasanya dia tak berniat pun cuma dia silap perhitungan, sy tak menyesal atas kegagalan pertama dulu, it made me stronger...

    ReplyDelete
  8. kak jee,saya sebagai ibu mmg kecewa dgn keputusan teruk anak saya....ye lah saya mmg silap saya kurang memantau pelajaranya dulu...dan anak saya pun semmgnya kurang minat belajar...selebihnya dia suka bersukan spr bolasepak,futsal,badminton....Bila tgok result dia smlm...saya balik kerja..trus dia peluk saya mtk maaf kat saya...sayu jg hati saya...2yg smlm ajak dia berbincang...keputusan saya masukkan dia ke kemahiran(IKM)...kira yg sesuai dgn result dia...yelah kl semua org dlm dunia bijak2 dan pandai2...xde lah yg bodoh ...

    ReplyDelete
  9. deknon: tahniah kerana berjaya menyelami isi hati anak awak lantas membenarkan dia menjalani kursus ikut kemahiran yang dia ada. itu lebih bagus. takkan semua anak nak jadi loyer, akauntan ataupun majistret. boringlah dunia ni kelak. carikan mereka kemahiran yang bersesuaian agar mereka mampu mencari pekerjaan yang setimpal dengan kemampuan. insya allah

    ReplyDelete
  10. aku dulu mak aku pun suka cakap macam tu bila dengar mak aku berleter tension sekejap aku, sekarang aku gunak ayat yang sama macam mak aku cakap dulu pada satu2nya adak dara kau alhamdullialh dia punya result pun 8A tapi sayang dia dapat 1B untuk biologi tapi syukur, masa wan ambik SPM tahun 2000 ribu pun lebih kurang shiqin juga alhamdulillah, tapi tahun ni afiq ambik aku rasa cuak juga sbb bapak dia spoilkan dia maklumlah anak bungsu kalau aku marah dia boleh back-up pulak aku pun tension selalu.

    result baru ni anak adik sb dapat 8A+ dan 1A, alhamdulillah, bapak budak ni pun pandai dulu dia belajar diEngland tajaan TNB dan sekarang bergelar Ir.

    ReplyDelete
  11. eh kenapa banyak salah ejaan aku ni patutnya disebut anak dara aku.

    ReplyDelete