Dari muda lagi Kjee memang minat agar2, jeli dan makanan yang sewaktu dengannya. Apa lagi sekarang dah senja...gigi dan gusi tak kuat lagi, makin sukalah. Tapi kalau beli mesti ada tak kena, manislah...keraslah. So jawapan paling senang ialah buat sendiri. Minggu lepas masa ikut nadia dan unclepali gi beli barang dapur kat seri ternak, selayang, Kjee nampak peket dadih cap happy grass. Happy sekali Kjee. Maklumlah dulu ingat susah bebenor lah nak buat dadih. Masa beli ari tu tak perasan lak ada pelbagai perisa. Nasib baik dapat cappucino yang sedap. Balik umah geng FB kata Happy Grass memang jenama yang baik. Sedap dan tahan lama. Tahan lamalah kalau penduduk umah tak habiskan. Pastu ada (lupa nama) syor tambah susu cair lagi nak bagi lemak. So tengoklah resipi yang kjee buat. Sedap giler lah.
BAHAN2NYA:
1 pekat dadih cap Happy Grass perisa jagung
1 tin jagung manis
2 tin susu cair
3 ilter air (bersamaan 6 botol kecik botol mineral)
4 sudu besar gula
secubit garam
CARA MEMBUATNYA:
Jerang 3 liter air dalam periuk besar. Masukkan 4 sudu gula. Nak manis tambah gula. Bila air melegak, masukkan dua tin susu cair. Pada peket tulis satu tin jer. Suka hati lah kalau nak ikut. Masukkan sikit garam supaya naik lemaknya. Pelahankan api dan bila campuran susu tu sudah mendidih,, adamkan api dan alihkan dari dapur. Tuangkan satu peket dadih instant ke dalam periuk tadi sambil kacau perlahan2 selama lima minit. Kemudian masukkan satu peket kecik fruit sugar yang disertakan dalam peket dadih tadi. kacau lagi. Sediakan bekas dadih (macam yang kita beli kat pasar malam) dan bubuh 1 sudu kecik jagung manis tin ke dalam bekas. tuangkan bancuhan dadih tadi ke dalam bekas. Pastu sejukkan dalam peti ais. Sedap sangat makan masa sejuk. Kalau tuang dalam bekas jeli yang besar pun boleh tapi susah masa nak potong sebab lembut sangat. Kalau ada cawan2 yang kecil ok gak. Boleh dapat 24 bekas dadih biasa yang kita beli kat pasar malam.

aku sebenarnya kurang berminat dadih-dadih ni, tapi macam biasa tengok gambar kat blog kau ni buat aku terpengaruh lak nak buat, kau ni memang lah jee pandai betul buat orang rasa macam teringin pulak nak makan.
ReplyDeleteahaaaaaa.. betul tu kak sharifah rosidah.. kakjee ni memang pandai buat orang teringin nak makan.. hehehe..
ReplyDeletehari ni.. saya dah rendam kacang merah.. n nak masak malam ni utk makan petang esok.. harini buat dadih dulu...
nana
resipi khadijah pulak cam ni:4 cawan susu tepong,2 cawan cofeemates,1/2 cawan tepung jagung,20 gm agar2,gula 3/4( drpd sekilo )...masuk sedikit air abu,sedikit garam(secubit)...1.masak agar & 2 liter air,bila dah hancur agar masukkan gula. 2.susu &cofeemates n tepong jagung d bancuh dgn air panas 2 liter(tapis), kemudian masukkan dlm agar2 td ,tambah lg 2 liter air panas,masukkan garam,masak sampai mendidih sekali mendidih saja(masukkan daun pandan utk hilangkan bau susu)ketika masak dadih....Siap blh dapat 20 cawan besar,klu cawan kecil...dpt 40 cawan(klu nak perisa ape boleh taruk.
ReplyDelete