Ramai artis yang kecil hati dengan Kjee tetapi jauh di sudut hati, Kjee sebenarnya seorang yang cukup sayang kepada semua anak seni tanahair. Masa Kjee jadi wartawan dulu, editor Kjee, Allahyarham Sutan Shahril Lembang seringkali ingatkan Kjee, jangan sesekali anggap anak seni sebagai artis tempatan tetapi mereka adalah artis tanahair.
Justru, Kjee tidak pernah menggunakan perkataan 'tempatan' kalau nak rujuk kepada artis Malaysia. Pesan arwah, perkataan tempatan itu membuat kita meletakkan taraf artis cukup rendah. Jangan diletakkan artis luar lebih tinggi daripada artis tanahair, pesan arwah berulangkali.
Kerana itulah agaknya, Kjee jarang meletakkan artis luar lebih tinggi tarafnya daripada artis tanahair. Pada Kjee, kalau bukan kita mengiktiraf dan meletakkan anak2 seni kita di tempat yang sepatutnya, siapa lagi yang nak buat?
Kerana itulah jugak, hati Kjee sukar hendak menerima artis2 luar yang datang cari makan di negara kita. Kalau setakat buat persembahan atau konsert, Kjee rasa itu adalah perkara biasa. Tetapi kalau sudah datang sini, kemudian mendapati negara ini 'lubuk', dan berulang kali datang cari makan, itu tidak dapat Kjee terima.
Mereka yang duduk mengawal industri seni kita sebenarnya terlalu baik. Tamu datang kita terima dengan membentangkan karpet merah. Walhal, ketibaan anak2 seni kita di negara lain tidak pernah menerima sambutan sedemikian rupa.
Kalau pergi negara mereka, lagu2 anak2 seni kita kena diubah judul, ubah senikata, ubah kulit album dan ubah segala hal. Kita kena patuh undang2 mereka.Semuanya anak seni kita turut walaupun jauh di sudut hati, mereka memberontak. Tapi apakan daya, masuk kandang kambing kenalah mengembek.
Kjee bukanlah hendak mempertikaikan kedatangan penyanyi Lubnan Maher Zain ke Malaysia. Wajahnya yang tampan, buat semua terleka. Samalah macam mana anak2 dara kita terleka melihat pekerja Mat Bangla yang wajah mirip Shah Rukh Khan atau Salman Khan.
Album Maher Zain laku. Tidak cukup dengan itu, lagu hitnya cepat2 dinyanyikan dalam Bahasa Malaysia. Wah makin galaklah peminat Malaysia. Siang malam puja Maher Zain.
Kesian artis2 Malaysia lain. Sudahlah sukar nak cari makan di negara sendiri, orang lain pulak datang dan 'kacau periuk nasi mereka'.
Selepas menempa nama dalam sekelip mata, sekarang ada pulak berita, Maher Zain mengaku Malaysia sudah menjadi 'second home' dia. Maknanya, kalau second home, selalulah dia datang sini buat konsert. Kesian artis2 kita yang tiada 'home' lain.
Hebat sangat ke Maher Zain? Sedap sangat ke suara dia? Hebat sangat ke lagu dia dibandingkan dengan lagu2 dari genre sama yang dihasilkan penyanyi Malaysia?
Sampai bilalah kita berterusan mahu mengangkat artis luar menjadi idola dan mengenepikan anak seni tanahair, hanya Allah swt sahaja yang tahu.
Dulu zaman artis Indon. Yang tak ada nama di sana, jadi top di sini. Sekarang tiba giliran Maher Zain. Kjee yakin selepas ini ramai lagi penyanyi Arab akan singgah sini. Seramai pelancung Arab yang dok menular di Kuala Lumpur. Pusing kiri pelancung Arab, pusing kanan pelancung Arab.
Teringat Kjee cerita seorang teman bagaimana peniaga2 di shopping complex terkemuka Kuala Lumpur seperti Pavillion, StarHill dan sebagainya, risau apabila pelancung Arab masuk ke gedung mereka. Dah banyak kes 'shop-lifting', keluh mereka. Ada yang ditangkap sorok barangan dalam jubah!
So berhati2lah!!!
foto: melayukuhebat.blogspot |
pendapat saya ...maher zain adalah salah seorang pelacur ugama yang perdagangkan ugama untuk kemasyuran diri sendiri...kalau betul berdakwah melalui lagu....lepas dengar kita rasa insafkah....atau kita kata "sedapnya suara dia, sedapnya lagu dia, handsomenya dia"....lepas tu ..pegi beli cd/download lagu....tgk kat youtube...kalau pegi konsert dia...free ke?....kalau betul nak berdakwah melalui lagu..dakwah lah..charge la murah2....tetapi..tak mungkin itu berlaku...sebab itu adalah entertainment industri....yang teruknya maher zain ni....dia guna ugama dalam lagu/lirik dia.....sama la macam pak jangoat yang lain kat dunia ni.....pada sapa yang kata maher zain tu bawak unsur ketuhanan (peeerah mabuk!!)...mana lebih insaf?...lagu maher zain ke..atau lagu ramli sarip...??.....kalau dengar lagu maher zain tak lalai ke?....kalau dengar 50 kali...lalai kut...masuk neraka gak tu....so...tak yah la nak bangga sangat dengan pelacur ugama tu.....
ReplyDeletemaaf cik izah. saya terpaksa remove you. saya tidak membincangkan soal agama mahupun politik dalam entry ini. awak kena baca betul2 apa yang ingin saya kupas. please do not politicize my blog. saya penyokong kerajaan yang tegar!!!saya tidak pernah menghina atau memperkecilkan penyokong parti lain so, please keep away from doing the same! thnx a million!
ReplyDeletesya xmenyokong mana belah pihak...tapi kalu lagu&bakat hebat mmg sya sokong...tapi sya xminat maher zain w/pun dia mmbawa unsur lagu ketuhanan tapi kalu nk dbandingkn dgn lagu raihan,rabbani&ramli sarip lebih baik sya rasa dr segi kualiti drp lagu maher zain...kalu kite nk bandingkn artis a/bgsa antara byk2 lagu yg mmbawa ketuhanan sya lebih menyokong pd lagu yusuf islam atau nama lama beliau cat steven....lagu2&bakat beliau lg trserlah dr maher zain...sya hanya peminat muzik yg cuma menykong yg betul2 brbakat&mmpunyai irama lagu yg mengagumkn bkn yg hanya brsandarkn pada rupa...
ReplyDeleteyes jee bagus, biar orang tahu kita penyokong tegar kerajaan, jangan suka2 masuk blog orang cerita pasal politik. aku lebih nsuka dengar lagu2 nasyid orang kita nyanyi walaupun aku ni bukan lah alim sangat tapi semangat menyokong bangsa sendiri tetap ada dan lagunya lebih masuk ketelinga aku.
ReplyDelete