Saturday, March 26, 2011
170. Spaghetti meatballs, potato wedges dan mushroom garlic toast
Tiga resipi sekali gus. Memang kena kalau makan seiringan. Kena pulak ada fresh mushroom soup, lagi gempak. Tapi hari ni tak larat nak buat mushroom soup. Sejak siang tadi pening kepala. Agaknya panas sangat hari ini kot.
Ketiga2 menu malam ni tak pedas. Kesian Unclepali. Kalau makanan tak pedas, seleranya berkurangan. Well, nak buat camner. Suara majoriti dalam rumah nak makan ala2 westeren malam ni. Okay kita tengok resipi dulu.
GARLIC MUSHROOM TOAST
Kjee guna roti bantal untuk resipi ini. Biasanya Kjee guna french loaf atau baguette. Entahlah Kjee rasa roti bantal yang Nadia buat sedap sangat untuk menu ni.
Kjee guna garlic butter untuk resipi ini. Tumbuk empat lima ulas bawang putih hingga halus dan campurkan dalam butter. Itu jer. Kalau nak buat garlic bread, sapu atas roti dan bakar. Garlic Buter ini boleh disimpan dalam bekas dalam fridge.
BAHAN2NYA:
4 keping roti (kalau roti bantal potong 2)
4 cendawan shitake
2 ulas bawang putih
garlic butter (cara membuatnya diatas)
sedikit minyak
cheese
CARA:
Bawang putih ditumbuk kasar. Kemudian bubuh sedikit minyak dalam kuali. Masukkan cendawan yang telah dibuang batangnya yang keras dan dihiris halus. Goreng seketika dan padam api.
Sapu garlic butter atas roti dan bakar suhu 180 darjah selama 10 minit. Keluarkan dan susun cendawan diatasnya dan curahkan cheese. Bakar lagi selama 5 minit atau hingga roti garing.
BAKED POTATO WEDGES
Resipi ini penting gunakan kentang yang cepat empok. Kjee guna US Russet potatoes yang dibeli di Giant atau Tesco. Untuk breadcrumbs, Kjee kisar roti yang sudah dua atau tiga hari usianya. Kisar dalam pengisar kering.
BAHAN2NYA:
3 biji kentang russet US atau kentang yang empok
1 cawan fresh breadcrumbs
½ cawan mayonaise
cheese
CARA:
Kentang dibersihkan, ducuci dan dilap. Tidak perlu buang kulit. Kemudian dipotong menjadi 6 keping wedges.
Sapukan mayo di setiap kentang yang dibelah, (kecuali kulitnya). Lepas itu digolekkan dalam breadcrumbs. Kemudian dibakar dalam oven suhu 250 darjah selama ½ jam.
Selepas itu dikeluarkan, disusun dalam pinggan dan dicurahkan cheese.
Kjee guna serbuk cheese (lihat gambar). Kalau nak beli carilah Farhan Arbaie di facebook atau call 019-6997445.
Breadcrumbs Kjee buat sendiri. Ambil roti yang sudah berusia tiga atau empat hari. Bakar seketika dalam oven. Jangan garing sangat. Pastu dikisar dalam blender kering. Simpan dalam bekas.
SPAGHETTI MEATBALL SAUCE
Resipi kali ini sama dengan yang pernah kjee buat dulu tetapi kali ini Kjee bubuh meatballs. Kjee beli jenama Marina. Walaupun mahal sedikit tetapi mereka gunakan daging premium.
BAHAN2NYA:
400 gm daging cincang (minced beef)
1 kotak Marina meatballs
2 biji bawang besar kuning (Holland) (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
6 biji tomato (masak ranum. dimasukkan dalam air panas mengelegak. lepas 5 minit, buang kulit dan blend)
6 sudu besar tomoto puree
3 cube daging (beef cube)
3 sudu besar minyak zaiton (olive oil)
1 sudu besar lada hitam di blend halus.
1 sudu besar oregano flakes
2 bay leaf
1 packet spaghetti
CARA MEMBUATNYA:
Panaskan periuk dan tuangkan kira2 tiga sudu besar minyak zaiton. Bila minyak dah panas, masukkan bawang besar dan bawang putih dan tumis. Bila dah kekuningan, masukkan daging dan cepat2 kacau supaya daging tu sebati dengan tumisan bawang tadi. Bila daging dah mula terbit air, masukkan tomato yang telah diblend tadi. Kacau sampai rata. Masukkan air untuk sebanyak mana kuah yang dikehendaki. Kjee bubuh kira2 3 cawan. Bila dah melegak, masukkan tomato puree, beef cube, oregano flakes, bay leaf serta lada hitam. Bubuh sedikit garam dulu. Masukkan juga meat balls. Biarkan melegak dan perlahankan api.
Ikut sukalah nak nak bubuh cendawan, capsicum ataupun carrot.
Masak air panas. bila mengelegak, masukkan spaghetti dan masak kira2 10 atau 12 minit. Ikutlah arahan pada peket itu. lain jenama lain cara memasaknya. Bila dah kenyal atau omputih kata al dente, toskan di sinki dan buka paip dan cuci sampai ia sejuk. Pastu toskan hingga kering dan bubuhlah 1 sudu minyak zaiton dan gaulkan pada spaghetti supaya ia tak melekat.
Kemudian hidangkanlah. Bubuh spaghetti dalam pinggan, curahkan sos daging. Pastu taburkan parmesan cheese diatasnya.
Kalau sos dibuat dalam jumlah banyak, boleh simpan dlm bekas kecik2 dlm freezer. Bila nak makan, panaskan kuah dan celur spaghetti.
(NOTA: Jumlah tomato puree sebenarnya ikut selera masing2. Kjee guna 6 sudu sebab tomato yang dibeli tidak cukup ranum dan masam. Warnanya pun tak cukup merah. Bubuhlah 4 sudu dulu, kemudian ditambah sehingga sampai ke citarasa yang dikehendaki.)
wedges kjee simple je boli polow....nor
ReplyDeleteyang lain2 resepi tu aku boleh buat, aku cuma nak buat potato wedges cara kau ni simple dan senang.
ReplyDelete