DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, March 31, 2011

183. Jom Doa untuk Baby Yasmin Damia Binti Aman


Mohon kengkawan yang membaca Yasin malam ini agar tolong selitkan doa buat baby Yasmin Damia yang esok baru sahaja berusia dua minggu. Yasmin Damia kini ditempatkan di ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana pelbagai komplikasi. Terima kasih semua.

klik sini untuk baca updates mengenai baby Yasmin.

Wednesday, March 30, 2011

182. Harap Jangan Terus Menghasut

kartun Upin dan Ipin lambang 1 Malaysia. foto: creativecrash.com
Sejak kecik lagi kehidupan Kjee dikelilingi oleh jiran2 pelbagai bangsa. Arwah bapak memang sengaja bawa kami tinggal dalam kelompok semua bangsa. Arwah kata kalau dari kecik kita hidup dikelilingi masyarakat pelbagai bangsa, pemikiran dan penerimaan kita kelak, apabila sudah dewasa, terhadap bangsa lain, tidaklah sempit.

Masa kecik dulu, Kjee benganglah jugak kan. Kjee rasa lebih seronok bermain dengan kawan2 Melayu. Boleh pergi menggaji bersama2. Ada satu masa dulu kami pernah tinggal di Teluk Intan atau dulu Teluk Anson. Jiran semua Melayu. Seronok dapat bermain setiap petang, permainan seperti teng-teng, batu simbang (betul ke ejaan) serta congkak.

Tetapi apabila bapak berpindah kembali ke Kuala Lumpur, kami pun hiduplah berjiran dengan Cina, India dan juga kaum Benggali. Apabila sudah bercampur dengan pelbagai bangsa ni, permainan kami di sebelah petang selalunya rounders, badminton, Police and Thieves dan jugak ikut budak2 tu ke sungai cari fighting fish. Selain itu, budak2 lelaki seusia pulak suka cari spiders. Kjee pun iku samalah. Spiders yang kami jumpa dicelah2 pokok bunga atau pokok2 lain, disimpan dalam kotak mancis.

Masa sekolah (all girls), kami juga bergaul antara satu sama lain tanpa kira kaum. Dekat sekolah menengah Kjee (Air Panas Girls School, Setapak), ada perkampungan orang benggali. (Santokh Singh pun tinggal situ. Masa balik sekolah selalu kami lalu depan rumah dia dan intai. Handsome dia masa muda!) Well, ada seorang budak Benggali sama kelas dengan Kjee. nama dia Charanjit Kaur. Bapak dia pengembala lembu kat situ. Selalu, sebelum balik rumah, Kjee akan singgah rumah Charanjit bersama kawan2 lain seperti Lily Hong dan Fatima Villanueva (budak Filipino) untuk makan capati. Her mum makes the best capatis!

foto ehsan google
Kalau Raya Cina pulak, kami akan berarak ke rumah lily Hong sebab dapat angpow dari nenek Lily. Deepavali pulak, kami akan ke rumah Malathi, juga dekat kawasan Air Panas untuk jamah muruku. Apabila Hari Raya, kawan2 Kjee akan datang rumah sebab suka makan rendang dan ketupat emak. Masa dia orang nak balik, emak mesti bekalkan kuih muih Raya untuk keluarga mereka.

Kenapa pulak Kjee sibuk mengenang kisah lampau ni hah? Sebab Kjee dah bosan dengan cerita2 kononnya kehidupan kita sekarang sudah tidak seperti dulu. Tuduh menuduh kononnya orang Cina benci orang Melayu, orang India benci orang Melayu dan macam2 lagi.

Benarkah itu semua sedang berlaku? Rumah yang Kjee tinggal sekarang ni, kami hidup pelbagai kaum. Ada Cina dan India. Dua rumah dari rumah Kjee, rumah India. Empat buah rumah dari rumah Kjee, rumah Cina. Kalau kami keluar dan nampak jiran2, kami senyum, angkat tangan atau say Hello.

Kalau Kjee pergi supermarket, bergesel punggung dengan orang Cina, India, Benggali dan lain-lain. Tidak pernah tengok dia orang tarik muka masam. Kalau dilihat Kjee naik kerusi roda ditolak oleh Unclepali, nyonya2 yang sedang pimpin anak2, cepat2 tarik anak2 suruh ke tepi. Begitu juga Aci2 yang sedang dukung anak, terus bagi laluan sambil senyum simpati lihat keadaan Kjee.

Malah, ada banyak ketika ada wanita bangsa Cina dan India yang Kjee tak kenal siap tanya Kjee sakit apa. Pernah ada seorang wanita Cina siap suruh pergi kedai sinseh yang dia pergi sebab kononnya boleh baik.

So, dimana sebenarnya berlaku keretakkan atau rift dikalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia ini? Kekadang Kjee merasakan ini hanya dakyah 'mereka yang dengki' melihat perpaduan kaum di negara ini. Dia orang tak tahu ke bahayanya menyebarkan cerita2 yang boleh memyebabkan rakyat Malaysia pelbagai kaum benci satu sama lain?

Kjee pernah lalui hidup ketika 13 Mei. Sedihnya apabila dengar cerita orang mati kena bunuh. Sebahagian besar yang mati itu tidak berdosa! Sampai ke usia ini Kjee masih ngeri apabila mendengar orang bercerita mengenai 13 Mei.

Sudahlah. Jom kita bangkit dan semaikan rasa sayang meyayangi antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain.  Jom kita hidup 1 Malaysia. Kita galakkan anak2 bergaul dengan kawan2 bangsa asing sama seperti yang pernah kita lalui dulu.

Yang nak buat kacau bilau dan terus menghasut tu, pergilah cari tempat lain untuk berteduh! Jangan  ganggu kami yang bangga jadi rakyat malaysia dan mahukan kehidupan yang aman damai!!
foto:theheartofpersuasion101.wordpress.com

181. Cendawan Shitake Berinti Ayam Kukus


Ini salah satu masakan Cina yang Kjee suka. Mudah nak buat. Boleh guna ayam ataupun udang ataupun isi ikan putih. Gambar diatas ialah shitake mushrooms yang kering. Rendam dua atau tiga jam sebelum guna. Pastu perah, buang air dia dan keringkan guna tisu dapur.

BAHAN2NYA:
10 keping cendawan kering shitake yang sama saiz (direndam)
1½  keping isi ayam bahagian dada
1 batang carrot
daun bawang
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1½ sudu tepung jagung
1 sudu besar minyak bijan
garam dan aji secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
Cendawan direndam seelok eloknya semalaman. Pastu perah airnya dan keringkan. Cincang ayam hingga lumat. Kemudian cincang carrot, bawang merah dan bawang putih. Campurkan bersama ayam. Perisakan dengan garam dan aji, minyak bijan dan tepung jagung. Hiris halus daun bawang dan campurkan sekali. Pastu ambil satu sudu bahan2 tadi dan susun atas cendawan sehingga habis semua. Letak dalam pinggan/pyrex dan kukuslah selama 20 minit atau cubit isi ayam tadi untuk tengok samada ia sudah elok masaknya. Makan dengan sos cili. Lauk ini boleh dijadikan lauk sampingan kalau masak chinese lunch atau dinner.





180. sibuk giler!

FOTO EHSAN CIK GOGGLE
Sehari suntuk semalam terbaring jer sebab kena gastric. Nampaknya hari ini dah okay so sambunglah projek menulis. Bila badan rasa dah selesa, otak pun jadi blur. Apapun, amanah harus dipikul. Minggu depan, isnya allah siap.

HAVE A NICE DAY ALL.

Tuesday, March 29, 2011

179. Kena serangan gastrik lagi!

gambar2 ehsan google 



Lama dah tak kena gastric. Kali terakhir sebulan sebelum bulan puasa yang lepas. Punyalah Kjee risau masa tu. Siang malam doa minta Allah swt hindarkan penyakit itu menyerang di bulan Ramadhan.

Pelakon Haji Wazata Zain yang membaca keluhan Kjee di facebook, antar mesej untuk beritahu beliau akan panjatkan doa serta buat solat hajat agar Kjee boleh dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Ramai juga frens di FB yang turut mengaminkan doa Haji Wazata.

Tahun lepas, di bulan Ramadhan, Kjee mencipta sejarah sendiri apabila berjaya puasa selama 30 hari! Kjee menitiskan airmata di hari terakhir umat Islam berbuka puasa. Sepanjang bulan Puasa, Kjee sihat. Tiada langsung serangan gastric.

Tapi semalam, sebelum Asar, Kjee kena balik serangan itu. Kjee memang ada acute gastritis dan pernah menjalani pemdedahan kira kira 20 tahun lalu. Malam tadi Unclepali ajak ke hospital. Kjee enggan. Kjee takut nanti kena operate lagi.

Hari ini badan berasa cukup lemah. Dahlah nak kena cepat siapkan kerja, kena gastric pulak. Apapun dah standby ubat gastric. Kalau teruk jugak, kenalah gi spital nampaknya. Hmmm.
 



Monday, March 28, 2011

178. Billie Jean MJ


177. Szechuan Hot N Spicy Soup



Kjee selalu makan soup ni kalau restoren Chinese muslim. Tapi bahan2 yang dia orang gunakan tak sama. Selalu dia orang bubuh sayur sawi jeruk bahagian batangnya yang putih dan rangup tu. Ala sawi jeruk cina yang ada orang bubuh dalam asam pedas. Pastu dia orang guna udang.

Bagaimanapun, sawi jeruk dan udang tak der dalam fridge. So Kjee hantam sajalah bubuh apa yang ada kat rumah. Rasa dia sama jugak. Sedap dan berpeluh2 makan. Kjee bubuh cili api yang warna merah tu. Kalau resipi orginal, dia orang guna Szechuan Red Pepper Corns. Tapi jenuh dah cari tak jumpa.

Okay kita intai resipi.

BAHAN2NYA:
4 biji telur (poached)
4 ulas bawang putih diketuk
1 sudu besar udang kering
cendawan telinga tikus (direndam)
fucuk (kjee guna jenis yang keras. rendam hingga lembut)
2 biji kentang dipotong empat setiap satu
1 cube ikan bilis knorrs (boleh guna ayam atau daging)
garam
serbuk perasa
cili api ikut kepedasan
1 keping asam keping

CARA:

Poach telur. Teknik poach ialah jerang air dalam periuk. kemudian pecahkan telor masukkan perlahan2dalam air yang telah dicampur sedikit cuka. Jangan dikacau. Apabila kuning telor dah keras, keluarkan dan cepat2 bubuh dalam bekas berisi air paip. Buat sampai semua telah telah di poach.
 Tumis bawang putih guna sedikit minyak dan campakkan sekali udang kering. Kemudian bubuhlah tiga atau empat cawan air. Kjee guna dua koleh stainless steel.

Bila air mula mengelegak, masukkan kentang dan cendawan telinga tikus yang telah dikerat2. Masukkan juga fucuk dan terus biarkan ia mengelegak. Kemudian masuskkan cili api yang telah dibelah dua, cube ikan bilis dan sedikit garam dan serbuk perasa.

Bila kentang dah empuk, masukkan asam keping dan biar terus masak sambil perlahankan api. Masukkan telor dan jangan kacau. Biarkan ia mendidih perlahan. rasa. Pastu padamlah api.
 
Kalau suka boleh bubuh sohun. Tapi resipi ori tak bubuh.

176, sibuk...sibuk...sibukkk



Sunday, March 27, 2011

175. Kenapa Kjee buat blog ini

Kjee mula2 menjadi wartawan ketika usia 19 tahun. Sejak itu Kjee menulis dan terus menulis tanpa kenal penat. Kemudian apabaila pencen jadi wartawan, tangan ni masih gatal nak menulis sebab itulah Kjee membuat keputusan menulis skrip.

Kemudian pencen sekejap menulis skrip sebab otak dah kering. Lewat 2009, Unclepali kenalkan Kjee kepada Face Book. Kjee layan FB sampai 16 jam sehari. Buat kerja lain semua mencuri2 sebab sepanjang masa dihabiskan melayan FB.

Tapi anak dan suami Kjee tak kisah. Mereka tahu Kjee sudah sampai satu stage sekiranya Kjee tidak menulis, Kjee boleh jadi sasau. Boleh dikatakan dengan melayan Face Book, dunia Kjee kembali ceria.

Minat hendak menulis skrip tiba2 menjelma kembali. Kalaulah Kjee tidak didedahkan kepada facebook, Kjee rasa hidup Kjee masih dalam kemurungan yang amat dasyat. Bayangkan, daripada seorang wanita yang aktif menjalani kehidupan harian, tiba2 dalam sekelip mata tidak mampu bergerak kerana sakit lutut.

Kerja Kjee saban hari ialah selepas bangun dari tidur dan mandi, Kjee akan dipimpin ke sofa depan TV. Di situlah Kjee duduk sepanjang hari layan tv. Makan minum pun di situ. Bila malam melabuhkan tirai, Kjee dipimpin kembali ke bilik.

Kira2 setahun selepas itu, apabila kesihatan Kjee mula pulih dan boleh menapak sedikit2, Unclepali sediakan tempat khas untuk Kjee di 'pejabatnya' di satu sudut rumah kami yang sempit ini. Kjee dipujuk layari internet. Akaun FB dibuka. Kjee memberontak. Minat Kjee sudah terkubur untuk perkara2 seperti itu.

Apapun, Unclepali tidak pernah putus asa. Akhirnya, hidup Kjee berubah setelah Kjee menyedari betapa seronoknya bersembang di FB. Kjee perolehi ramai kengkawan. Ramai yang buat Kjee happy dan ada juga yang buat Kjee stress.

Setahun kemudian, Unclepali ungkit dia telah membuang masa bukak website Fauziah Samad.com tapi hingga tamat tempohnya, Kjee tidak menulis apa2. Kjee pekakkan telinga apabila dia membebel. Minat Kjee langsung tidak ke arah situ.

Entah macam mana, sambil2 melayan facebook, Kjee mula blog walking. Intai banyak blog. Dan Kjee mula merasakan FB tiada lagi challenge buat Kjee. Tiada apa lagi yang menarik sehinggakan Kjee bagitau Unclepali Kjee nak tutup akaun. Kjee tahu perasaan Unclepali. Baginya itu petanda yang tidak baik. Kjee akan kembali ke zaman kemurungan Kjee.

Ketika Kjee membuat ruangan masakan dalam FB, sambutan yang Kjee terima cukup hangat. Kjee buat banyak perancangan. Antaranya nak buat buku. Kemudian Unclepali cadangkan Kjee buka blog. Kjee tak minat sebab bukan senang nak buat blog masakan sebab dah terlalu ramai yang buat.

Unclepali beri kata2 perangsang. Bukak dulu blog. Ikut flow idea yang mendatang, kata Unclepali. Fikir punya fikir, Kjee merasakan belum ada blog orang merapu dan meluahkan isi hati. Dan Kjee mulakan sedikit demi sedikit. Tiada yang kritik. Suatu permulaan yang baik.

Sebenarnya, kenapa Kjee nak menulis dalam blog? Bak kata lirik lagu Ramli Sarip...aku menulis bukan kerna nama. Kjee pernah tanya abang Ramli Sarip kenapa dia tak ubah senikata itu kepada ..aku menyanyi bukan kerana nama. Abang Ramli tak boleh jawab ketika itu.

Sekarang lirik lagu itu betul2 kena kepada Kjee. Aku menulis bukan kerna nama. Kalau nak nama, Kjee bukanlah nak sombong mendabik dada...ramai yang dah kenal siapa Kjee. Kalau tidak kerana dulu Kjee wartawan, kerana Kjee seorang pelakon.

Blog ini pada Kjee hanya sementara. Kjee tidak bercadang wujudkan blog ini sampai bila2 kerana satu hari nanti Kjee pasti bosan. Pasti blogging ini tiada lagi challenge buat Kjee. Atau mungkin tiada lagi luahan hati Kjee untuk dikongsi bersama semua.

Apa yang Kjee merepek ni? Entahlah. Aku menulis bukan kerna nama... kerna sifat kasih pada sesama insan, dan menyatakan kasih sayangku...Kalau Kjee nak cari nama, Kjee rasa platformnya bukan di sini.

So selagi hati ini masih mahu berkata2, Kjee akan terus berblogging. Jika sudah sampai masanya, Kjee tidak akan teragak2 untuk ucapkan sayonara all.

174, Siri akhir petua

Ini adalah siri akhir petua. Kalau ada sesiapa nak bagi petua, silakan. Itu untuk entry tahun depan. Nanti kita buat lagi peraduan. Hadiah mesti lumayan. hehehe.

foto ehsan google
Tadi Kjee teringat adik Kjee yang selalu aamalkan petua ini kalau dia beli kasut baru. Dia akan gigit bahagian mana kasut yang dirasakannya akan mengigit kaki dia. Sambil dia gigit, dia akan kata...sebelum kau gigit aku, aku gigit kau dulu! Kjee rasa arwah mak yang ajar sebab arwah memang banyak petua2 cam tu. Hanya satu ingatan. Buat pada kasut baru bukan kasut yang dah lunyai tau! hehehe

Okay kita tengok petua2 kiriman kengkawan hari tu. Hari ini tiada tema khusus. Kjee namakan petua caca marba. Macam2 ada.



Pesan arwah nenek jangan pakai kain sarung dari atas ( kepala) seri muka akan hilang Dan jangan suka tengpk muka di cermin di waktu malam...( tinjau belukar ) – deena

Jangan hadiah jam masa birthday sebab ia seakan mendoakan orang tu mati cepat yakni mengingatkan dia masanya tak lama untuk hidup. Jangan basuh rambut ketika ada family member tengah travel melainkan dia dah sampai destinasi yang dituju sebab basuh rambut tu seakan membuang sial. Jangan pakai baju berwarna gelap ketika bertandang ke rumah orang yang meraikan sesuatu majlis kecuali kalau ada pengebumian. Semua petua ini adalah kepercayaan orang Cina yang saja nak sharing2kan. - saira

foto ehsan google



Ini petua dari tukang jahit baju saya yang berbangsa Cina. Masa tu saya nak ambil baju nikah dia kata ini baju jangan bagi orang dah cerai pegang nanti rumah tangga awak panas asyik mau gaduh jerr. Kalau seterika melekit susah nk mengosok mak kata gosok kan atas daun pisang terlebih dahulu insyaallah licin jerr nanti. -  Sharifah rosidah




Petua ni saya dapat masa dudok kat Kuantan tahun lepas.  Kalau tengah menggali kubur, tetiba cangkul berlaga, makna ada lagi orang yang akan menyusul (meninggal). Lagi satu petua yang saya dapat kalau pergi tengok orang meninggal, digalakkan mandi sebaik sahaja pulang rumah. Tidak digalakkan keluar ke mana2, melainkan atas sesuatu urusan yang penting bagi menghormati keluarga si mati.. (andai jarak umah si mati berdekatan)-noor haidar


anak no 2 saya selalu nangis kalau saya tak ada.  Nak ke bilik air buang air pun susah. Dia  ketuk pintu bilik air menangis macam nak rak. Satu hari tu saya pergi umah mak sedara say.  Saya nak masuk tandas, anak saya yang nombor 2 melalak nak ikut sama walaupun masa tu baru pandai merangkak. Org lain ambik dia pun tak nak. Lepas tu mak sedara bisik kat telinga saya. Katanya lepas ni buat 3 kali malam jumaat mandi lepas maghrib. Masa mandi kite berdiri pakai kain basahan letak anak antara 2 kaki kita. Mandi macam biasa selawat 3 kali. Biar air mandian kita tu kena anak kita.. Insya'Allah lepas ni anak kita tak lah nangis sangat kalau kita nak pergi mana2 walalupun ke tandas. Cuma nak ingatkan jangan lah buat masa anak kita dah besar. Elok bawah 2 tahun yang belum tau apa2. - RAFIDAH, MELAKA



 
Selepas kenduri kendara, tentu asa masalah mencuci periuk belanga terutama sekali kalau ada kerak nasi. Ada setengah orang main sental pakai sabun dengan berus dawai, Bersih memanglah bersih tapi cuba tengok. Kesian periuk belanga tu calar balar. Kalau ada kerak tebal sangat tu jirus jer dengan air kemudian jemur. Kerak tu akan kering dan tanggal sendiri – ismaliana





Kalau tercekik tulang, baca lah mentera ini,  kemudian telan nasi panas yang telah dikepal sebesar guli. “membujur lalu melintang patah’. Insya allah tulang tu akan ikut pegi dengan nasi panas tadi. Bila kita masak nasi hangit ambil beberapa tangkai cili kering letakkan diatas nasi tadi. Insya Allah bau hangit tu akan masuk dalam cili kering tadi. - norasmah

Orang kampung kalau hendak buat kenduri besar (kahwin) paling dirisaukan adalah hujan. Maka mereka mengatakan petua melemparkan seluar dalam pengantin diatas atap rumah & pasang pelita di bawah dapur (pastikan tak padam sehingga majlis berakhir) adalah petua & ikhtiar mereka selain solat hajat semoga majlis berjalan lancar. Dulu saya tak bagi mak buat sebab rasa macam mengarut tapi dalam diam mak ambik seluar dalam saya masa mandi dan buat jugak. Rahsia terbongkar selepas kenduri adik pompuan saya baru2 ni. Bila ada orang yang datang kata panas betul cuaca... "mika (loghat orang perak) lempaq spender atas bumbung ke?" Ayah senyum je...bengang jugak bila mak pecah rahsia tapi dah berlalu 9 tahun lalu. Lepas kenduri lebih kurang kul 5.30pm hujan turun lebat. Aapi pelita dah abis minyak ke mak? Itulah kata2 yg terpacul dri mulut saya. Ayah just ketawa kecil. Wallahuallam betul atau tidak atau sekadar kebetulan je. Kita hanya berusaha/berikhtiar tetapi jangan taksub sebab segala2nya dari ALLAH SWT – haiza

Gigitan lipan amat berbisa. Bukan saja kat kampung. Kawasan rumah teres pun banyak lipan. Kalau kena gigit, cepat2 bunuh lipan tersebut dan potong dua. Isi badan lipan digosok pada tempat gigitan tersebut. Boleh mengurangkan bisa sebab disedut kembali.
Gigitan penyengat amat sakit terutama yang buat sarang kat tanah. Kalau digigit, ambil tanah tempat penyengat tersebut bersarang & tampal pada tempat gigitan. Insy  Allah tak bengkak. (Ini adalah rawatan dalam keadaan terdesak. Kalau keadaan berlarutan perlu dapatkan rawatan dri klinik) –haiza

Cekang kuku menyakitkan. Pernah terjadi pada adik perempuan saya. Beratus habis duit pergi klinik tapi result tak baik2 juga. Ada seorang pak cik kat kampung (arwah) suruh kencing di atas ibu jari kaki yang cekang biarkan beberapa minit baru basuh. Alhamdullilah berhasil. Hingga kini tak kena lagi. Walaupun pada mulanya geli nak buat tapi terpaksa buat sebab pergi kerja kena pakai kasut bertutup penuh amat menyakitkan. Sekadar mencuba...tapi berhasil. – haiza

Ini satu petua jiran bagi. Dapat dari arwah mak dia. Kalau dikejar anjing terutama sekali anjing yang garang gilos cepat2 cakap TABBAD TYIADA... sambil tunjuk jari tunjuk kat anjing tu. Insya'Allah anjing tu terus diam dan patah balik. Jangan lak salah gunakan petua ni hehhehe.- rafidah melaka

Untuk menghilangkan rasa nak terberak...genggam tangan macam penumbuk. Tumbuk perlahan-lahan di bahagian punggung sambil berkata "Kepala di atas, kaki di bawah" berulang ulang kali..sampai hilang rasa nak terberak. – cikadakbiru

Sakit gigi/gigi berlubang / gigi ngilu - ambil seulas bawang putih, letakkan di bahagian yang sakit.(gigi or ketap kat bahagian tersebut)
* 100% mujarab sebab dah buat...
Resdung - Tumbuk tiga sudu jintan. Kemudian bungkus dalam kain putih dan hidu setiap kali sebelum tidur. Insyallah.. – my little caliph

Untuk kemaluan yang gatal2. Daun sireh juga beberapa helai daun jambu batu satukan dalam periuk rebus....bila air tu suam2 kuku gunakan untuk cebuk selepas kencing.
Daun tutup bumi selain orang makan untuk kurangkan kadar gula dalam darah ada juga orang makan untuk cegah batu karang dan bolih juga di gunakan untuk bertangas. Caranya rebus daun tutup bumi dengan sireh sampai berbau wangi. Letak periuk tu dalam mangkuk tandas dan duduk lah diatas sehingga air tu sejuk. Ini untuk perempuan saje....norasmah

Untuk petua diatas pasal gatal2 kemaluan tu, Kjee ada jugak seorang kawan beritahu. Dia kata masa dia dalam penjara dulu (hah ini citer benar), warden pompuan kat situ suruh guna ubat gigi. Tak kisahlah colgate ke darlie ker. Lepas sapu bahagian gatal, bilaslah dengan air. Tapi kalau guna ubat gigi mesti ada rasa sejuk2 kan. hehehe.



173. Ku Menulis....Bukan Kerna Nama

172. Nasi Lemak Sambal Sotong Kering

nasi lemak dijual masa meniaga dulu. rm1.20


Kali terakhir Kjee masak nasi lemak ialah pada 26/12/09. Itulah hari terakhir Kjee meniaga di Dapur Kjee, Medan Selera Anjung Melawati, Taman Melawati. Kenangan mengusik jiwa.

Tetiba semalam 26/3/2011, Kjee teringin pulak nak buat nasi lemak. Maka inilah nasi lemak yang Kjee buat for brunch tadi. Kekok betul buat sebab dah lama tak buat. Kjee tanak hingga airnya hampir kering baru Kjee kukus. Jangan tanya kenapa. Itu cara arwah mak buat. Masa meniaga dulu pun Kjee buat macam itu. Walaupun renyah tapi Kjee pegang amanah arwah mak. Katanya, kalau nak sedap buatlah macam tu.

Teringin lak nak makan nasi lemak itu dibungkus dalam daun pisang macam zaman Dapur Kjee dulu. Tapi tak sampai hati nak suruh Unclepali pergi amik daun pisang. Dai tengah sakit. Lagipun, yang terrer bungkus dia. (Lihat gambar). Kalau suruh Kjee, hasilnya jadi penyek!

Kjee buat sambal sotong sebagai iringan nasi lemak. Masa meniaga dulu tak pernah buat. Hari ini lama sikit Kjee rebus dalam pressure cooker sampai lembut giler. Best pulak tapi rasanya kurang sikitlah. Sotong kering kan elok kalau liat2 sikit kan? Ok kita tengok resipi.

NASI LEMAK

BAHAN2NYA:

2 gelas/mug beras
1 gelas/mug santan pekat
2 gelas/mug air
garam
daun pandan

CARA:

Basuh beras kemudian toskan airnya. Sukat air mengikut sukatan bekas yang digunakan untuk sukat beras. Begitu juga dengan santan. Bubuh garam dan rasa. Biarlah terasa garamnya. Masukkan daun pandan yang telah dicarik dan diikat.

Sediakan kukusan dan masak air dalam periuk kukusan.

Jerang berasa dan santan yang telah disediakan diatas dapur. Kacau supaya tidak hangus. Bila air sudah hampir kering, padamkan api dan tuangkan semua nasi tadi ke dalam kukusan. Kukus sehingga masak.


SAMBAL SOTONG KERING 

Kjee rendam sotong kering dengan ubatnya selama kira2 dua jam. Kemudian Kjee tukarkan airnya dan rendam semalaman. Pagi tadi Kjee potong2 dan rebus guna pressure cooker. Kalau tak der pressure cooker rebuslah sampai lembut. Jom tengok resipi.


BAHAN2NYA:


1 genggam cili kering direndam air panas dan dikisar
2 ekor sotong kering
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
½ keping gula melaka (yang bulat nipis.  ada orang panggil manisan)
sejemput ikan bilis dikisar
air asam jawa

CARA:

Bawang besar dan bawang putih di kisar. Kemudian kisar cili kering hingga halus. tumis bawang hingga wangi. Kemudian masuskkan cili kisar dan goreng sampai terbit minyak. Bubuh kira2 dua cawan air dan biarkan ia terus masak. Masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Biarkan hingga pekat.

Toskan dan sotong yang telah direbus dan masukkan ke dalam sambal. Teruskan masak hingga sambal pekat.






Tadi Kjee buat sambal dalam setengah kilo cili kering. Kjee sengaja buat lebih sebab nak simpan untuk buat mi goreng ataupun Penang fried Kway Teow. Apabila sudah masak, Kjee keluarkan separuh bahagian. Dalam separuh bahagian lagi, Kjee barulah masukkan sotong.

171. Petua di Dapur


foto ehsan google
 Boring ker apabila Kjee asyik post entry petua? Tak per lah kan? Kesian kengkawan yang bagi petua mereka hari tu. Nak biarkan saja, rugi pulak kan? Kalau rasa boleh amalkan, silalah.

Kali ini Kjee senaraikan petua di dapur. Kjee pun ada satu dua petua di dapur yang diturunkan oleh arwah emak.  Kalau emak makan makanan yang 'ada angin' seperti nangka, beliau akan ketuk meja cam ni. 'Hai meja...kembung kau, kembunglah perut aku!'. Lepas tu dia makanlah nangka. Herannya perut dia tak kembung. hehehe.

Itu jer Kjee ingat masa ni. Lain kali kalau ingat lagi, Kjee turunkan untuk dikongsi semua yer. Okay kita tengok senarai petua yang diberikan kengkawan hari tu.


 1. Saya ada petua nak hilangkan bau tak kering pada baju. Kalau kita basuh t-shirt dalam musim hujan, kadang2 ada bau tak kering tu. Masa mula pakai ok lagi tapi dah kena peluh kita makin busuk. Nak duduk sebelah org pun segan.  Rendam baju tu dalam cuka. Kalau rendam malam pagi dah boleh basuh. Masa basuh tu jangan letak pelembut banyak2.  Tujua  kita nak bagi wangi tapi wangian itu lah yang menyebabkan bau tak best tu. Basuh sekadar nak hilangkan bau cuka. Biasa saya buat saya basuh baju tu dulu dengan air sampai hilang bau cuka lepas tu baru basuh macam biasa (dengan sabun dan pelembut). - Zaliza

2. Pesan orang tua...jangan menyambut lesung batu ke batu asah ke walau batu sungai yang guna nak gosak ketiak...nanti bila berpisah tak berjumpa lagi. Pesan orang tua juga jangan tuang cuka dalam lesung batu nanti tanggal ponggong nya. Pesan orang tua jangan letak periuk gulai atas simen takut lauk basi. Pesan orang tua bila berkain basah bilas dan kibas kain sebelum sidai nanti tak lah lembik lutut bila berjalan. - norasmah

3. Jangan  tinggalkan bekas simpan beras kosong sepenuhnya. At least kena tinggalkan beberapa butir supaya tak putus rezeki nasi. – saira

4. Kalau nak empuk kan daging contoh masak sup tulangkan kadang2 ada yang daging nya liat maka masuk kan 2 helai daun nangka. Tak kisahlah kalau buat kari daging ke pun boleh. Kalau masa ayam hutan daging pun biasanya liat dan kalau nak lembut dagingnya letak sedikit gula batu – sharifah rosidah

5. Jangan tinggalkan sinki penuh dengan pinggan tak bercuci sebelum tidur kerana jin akan makan sisa makanan kita yang tinggal umpama kita yang bela jin. –Norasmah

6. Kalau makan ulam petai atau sambal petai, pastikan ada terung sekali. Tak kisahlah masak apa..bakar ke kari ke rebus ke...janji ada terung. Makan la terung dengan ulam petai tu jadi kencing tak berbau punye...tak caye leh cuba.  - Ena

7. Petua hilangkan pijar cili di tangan - lumurkan tapak tangan dengan garam dan gosok2 seperti mencuci tangan. Kemudian dibilas dengan air paip. – rin

foto ehsan google
8. Petua tercekik tulang. Aambil minyak masak, baca selawat 3 kali kemudian sapu pada tulang sulbi (tulang tongkeng). – Nik

9.Petua nk bersihkan kerang @ spesis sama jenis. Rendam kerang dalam air bersama cili padi, nanti dia akan nangis dan keluarkan pasir kt dalam tu...rini mamat


Saturday, March 26, 2011

170. Spaghetti meatballs, potato wedges dan mushroom garlic toast



Tiga resipi sekali gus. Memang kena kalau makan seiringan. Kena pulak ada fresh mushroom soup, lagi gempak. Tapi hari ni tak larat nak buat mushroom soup. Sejak siang tadi pening kepala. Agaknya panas sangat hari ini kot.

Ketiga2 menu malam ni tak pedas. Kesian Unclepali. Kalau makanan tak pedas, seleranya berkurangan. Well, nak buat camner. Suara majoriti dalam rumah nak makan ala2 westeren malam ni. Okay kita tengok resipi dulu.

GARLIC MUSHROOM TOAST

Kjee guna roti bantal untuk resipi ini. Biasanya Kjee guna french loaf atau baguette. Entahlah Kjee rasa roti bantal yang Nadia buat sedap sangat untuk menu ni.

Kjee guna garlic butter untuk resipi ini. Tumbuk empat lima ulas bawang putih hingga halus dan campurkan dalam butter. Itu jer. Kalau nak buat garlic bread, sapu atas roti dan bakar. Garlic Buter ini boleh disimpan dalam bekas dalam fridge.




BAHAN2NYA:

4 keping roti (kalau roti bantal potong 2)
4 cendawan shitake
2 ulas bawang putih
garlic butter (cara membuatnya diatas)
sedikit minyak
cheese

CARA:

Bawang putih ditumbuk kasar. Kemudian bubuh sedikit minyak dalam kuali. Masukkan cendawan yang telah dibuang batangnya yang keras dan dihiris halus. Goreng seketika dan padam api.

Sapu garlic butter atas roti dan bakar suhu 180 darjah selama 10 minit. Keluarkan dan susun cendawan diatasnya dan curahkan cheese. Bakar lagi selama 5 minit atau hingga roti garing.



BAKED POTATO WEDGES

Resipi ini penting gunakan kentang yang cepat empok. Kjee guna US Russet potatoes yang dibeli di Giant atau Tesco. Untuk breadcrumbs, Kjee kisar roti yang sudah dua atau tiga hari usianya. Kisar dalam pengisar kering.


BAHAN2NYA:

3 biji kentang russet US atau kentang yang empok
1 cawan fresh breadcrumbs
½ cawan mayonaise
cheese

CARA:

Kentang dibersihkan, ducuci dan dilap. Tidak perlu buang kulit. Kemudian dipotong menjadi 6 keping wedges.
Sapukan mayo di setiap kentang yang dibelah, (kecuali kulitnya). Lepas itu digolekkan dalam breadcrumbs. Kemudian dibakar dalam oven suhu 250 darjah selama ½ jam.

Selepas itu dikeluarkan, disusun dalam pinggan dan dicurahkan cheese.

Kjee guna serbuk cheese (lihat gambar). Kalau nak beli carilah Farhan Arbaie di facebook atau call 019-6997445.

Breadcrumbs Kjee buat sendiri. Ambil roti yang sudah berusia tiga atau empat hari. Bakar seketika dalam oven. Jangan garing sangat. Pastu dikisar dalam blender kering. Simpan dalam bekas.














SPAGHETTI MEATBALL SAUCE 

Resipi kali ini sama dengan yang pernah kjee buat dulu tetapi kali ini Kjee bubuh meatballs. Kjee beli jenama Marina. Walaupun mahal sedikit tetapi mereka gunakan daging premium.

BAHAN2NYA:
400 gm daging cincang (minced beef)
1 kotak Marina meatballs
2 biji bawang besar kuning (Holland) (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
6 biji tomato (masak ranum. dimasukkan dalam air panas mengelegak. lepas 5 minit, buang kulit dan blend)
6 sudu besar tomoto puree
3 cube daging (beef cube)
3 sudu besar minyak zaiton (olive oil)
1 sudu besar lada hitam di blend halus.
1 sudu besar oregano flakes
2 bay leaf
1 packet spaghetti

 CARA MEMBUATNYA:
Panaskan periuk dan tuangkan kira2 tiga sudu besar minyak zaiton. Bila minyak dah panas, masukkan bawang besar dan bawang putih dan tumis. Bila dah kekuningan, masukkan daging dan cepat2 kacau supaya daging tu sebati dengan tumisan bawang tadi. Bila daging dah mula terbit air, masukkan tomato yang telah diblend tadi. Kacau sampai rata. Masukkan air untuk sebanyak mana kuah yang dikehendaki. Kjee bubuh kira2 3 cawan. Bila dah melegak, masukkan tomato puree, beef cube, oregano flakes, bay leaf serta lada hitam. Bubuh sedikit garam dulu. Masukkan juga meat balls. Biarkan melegak dan perlahankan api.
Ikut sukalah nak nak bubuh cendawan, capsicum ataupun carrot.
Masak air panas. bila mengelegak, masukkan spaghetti dan masak kira2 10 atau 12 minit. Ikutlah arahan pada peket itu. lain jenama lain cara memasaknya. Bila dah kenyal atau omputih kata al dente, toskan di sinki dan buka paip dan cuci sampai ia sejuk. Pastu toskan hingga kering dan bubuhlah 1 sudu minyak zaiton dan gaulkan pada spaghetti supaya ia tak melekat.
Kemudian hidangkanlah. Bubuh spaghetti dalam pinggan, curahkan sos daging. Pastu taburkan parmesan cheese diatasnya.
Kalau sos dibuat dalam jumlah banyak, boleh simpan dlm bekas kecik2 dlm freezer. Bila nak makan, panaskan kuah dan celur spaghetti.

(NOTA: Jumlah tomato puree sebenarnya ikut selera masing2. Kjee guna 6 sudu sebab tomato yang dibeli tidak cukup ranum dan masam. Warnanya pun tak cukup merah. Bubuhlah 4 sudu dulu, kemudian ditambah sehingga sampai ke citarasa yang dikehendaki.)

Friday, March 25, 2011

169. Hargailah Anak Seni Kita!

Kjee ni jenis manusia yang cukup kritikal. Dan memang terkenal sejak jadi wartawan dulu sebagai seorang yang gemar 'membantai' artis.  Kjee tak pilih bulu. Kalau hari ini kau buat elok, aku tulis elok.

Ramai artis yang kecil hati dengan Kjee tetapi jauh di sudut hati, Kjee sebenarnya seorang yang cukup sayang kepada semua anak seni tanahair. Masa Kjee jadi wartawan dulu, editor Kjee, Allahyarham Sutan Shahril Lembang seringkali ingatkan Kjee, jangan sesekali anggap anak seni sebagai artis tempatan tetapi mereka adalah artis tanahair.

Justru, Kjee tidak pernah menggunakan perkataan 'tempatan' kalau nak rujuk kepada artis Malaysia. Pesan arwah, perkataan tempatan itu membuat kita meletakkan taraf artis cukup rendah. Jangan diletakkan artis luar lebih tinggi daripada artis tanahair, pesan arwah berulangkali.

Kerana itulah agaknya, Kjee jarang meletakkan artis luar lebih tinggi tarafnya daripada artis tanahair. Pada Kjee, kalau bukan kita mengiktiraf dan meletakkan anak2 seni kita di tempat yang sepatutnya, siapa lagi yang nak buat?

Kerana itulah jugak, hati Kjee sukar hendak menerima artis2 luar yang datang cari makan di negara kita. Kalau setakat buat persembahan atau konsert, Kjee rasa itu adalah perkara biasa. Tetapi kalau sudah datang sini, kemudian mendapati negara ini 'lubuk', dan berulang kali datang cari makan,  itu tidak dapat Kjee terima.

Mereka yang duduk mengawal industri seni kita sebenarnya terlalu baik. Tamu datang kita terima dengan membentangkan karpet merah. Walhal, ketibaan anak2 seni kita di negara lain tidak pernah menerima sambutan sedemikian rupa.

Kalau pergi negara mereka, lagu2 anak2 seni kita kena diubah judul, ubah senikata, ubah kulit album dan ubah segala hal. Kita kena patuh undang2 mereka.Semuanya anak seni kita turut walaupun jauh di sudut hati, mereka memberontak. Tapi apakan daya, masuk kandang kambing kenalah mengembek.

Kjee bukanlah hendak mempertikaikan kedatangan penyanyi Lubnan Maher Zain ke Malaysia. Wajahnya yang tampan, buat semua terleka. Samalah macam mana anak2 dara kita terleka melihat pekerja Mat Bangla yang wajah mirip Shah Rukh Khan atau Salman Khan.

Album Maher Zain laku. Tidak cukup dengan itu, lagu hitnya cepat2 dinyanyikan dalam Bahasa Malaysia. Wah makin galaklah peminat Malaysia. Siang malam puja Maher Zain.

Kesian artis2 Malaysia lain. Sudahlah sukar nak cari makan di negara sendiri, orang lain pulak datang dan 'kacau periuk nasi mereka'.

Selepas menempa nama dalam sekelip mata, sekarang ada pulak berita, Maher Zain mengaku Malaysia sudah menjadi 'second home' dia. Maknanya, kalau second home, selalulah dia datang sini buat konsert. Kesian artis2 kita yang tiada 'home' lain. 

Hebat sangat ke Maher Zain? Sedap sangat ke suara dia? Hebat sangat ke lagu dia dibandingkan dengan lagu2 dari genre sama yang dihasilkan penyanyi Malaysia?

Sampai bilalah kita berterusan mahu mengangkat artis luar menjadi idola dan mengenepikan anak seni tanahair, hanya Allah swt  sahaja yang tahu.

Dulu zaman artis Indon. Yang tak ada nama di sana, jadi top di sini. Sekarang tiba giliran Maher Zain. Kjee yakin selepas ini ramai lagi penyanyi Arab akan singgah sini. Seramai pelancung Arab yang dok menular di Kuala Lumpur.  Pusing kiri pelancung Arab, pusing kanan pelancung Arab.

Teringat Kjee cerita seorang teman bagaimana peniaga2 di shopping complex terkemuka Kuala Lumpur seperti Pavillion, StarHill dan sebagainya, risau apabila pelancung Arab masuk ke gedung mereka. Dah banyak kes 'shop-lifting', keluh mereka. Ada yang ditangkap sorok barangan dalam jubah!

So berhati2lah!!!
foto: melayukuhebat.blogspot

168. Petua Kecantikan


ehsan google

  Ini sebahagian daripada koleksi petua yang Kjee ambil daripada penyertaan Petua Orang Tua2 hari tu. Ada yang percaya dan ada juga yang tidak. Pepandailah korang. Yang suka ikut sila. Tiada paksaan, hanya untuk seronok2. Apapun, terima kasih semua kerana berkongsi petua. Petua yang tidak ada nama tu, adalah mereka yang guna status anonymous.

1. Arwah nenek mempunyai rambut yang lebat dan hitam walau usia hampir 80 tahun. Dulu tanya juga macam mana dia jaga rambut. Arwah just bagi tahu lepas makan cekodok @ goreng pisang @ sewaktu dengannya, minyak yng melekat pada tangan sapu pada rambut.. bila saya cakap itu petua tok ye.. Arwah bagitahu itu bukan petua tetapi amalan dia sejak dri anak dara. (HAIZA-KL)

2. Kalau nak cabut uban kat kepala, tak ada pencabut tu gunalah air kapur. Letak dekat ibu jari dan jari telunjuk..sekejap je uban tu tercabut.  (Basimah)

ehsan google
3. Petua nak kulit muka mulus - Sapu/lap dengan spender basah(sendiri punya)
Petua nak badan kurus -masukkan spender tadi dalam makanan yang anda masak...sure tak lalu makan. (Mulan Jameela)

4. petua kulit halus mulus dan ‘tuuut’ tak berbau...mandi sental dengan garam halus, buat cam lulur.  Lepas mandi memang rasa halus mulus seluruh badan.  Jimat duit tak payah pergi lulur kat spa.
‘Tuuut’ tak bau..daun sirih campur garam, ramas dalam air suam, buat cebok everytime ke toilet. Tak payah habis duit beli pencuci yang boleh keringkan ‘tuut’ tu. (suzi fauzi)

5. Penjagaan payu dara
Sapukan beberapa helai daun sirih dengan minyak kelapa. Salai menggunakan api lilin dan tekapkan ke payu
dara. Biarkan sehingga kering. ATAU sapu dan ratakan putih telur di sekeliling buah dada. Biarkan kering dengan sendirinya. Buat pada waktu sebelah malam. Bersihkan seperti biasa dan lihat perubahannya.

6. Memiliki Payudara Cantik
Ramas beberapa helai daun turi dan ambil airnya. Sapu pada buah dada setiap kali mandi atau cara paling mudah dah berkesan ambil air yang baru keluar dari paip, kemudian usapkan ke payudara dari bawah ke atas disertai dengan bacaan selawat. Anda akan merasai perubahannya.

7. Menegangkan Payudara
Sapu minyak zaitun pada daun sirih dan layurkan pada api yang sederhana. Bila panas, tekapkan pada payudara selama beberapa minit. (macam kita tuam 'bird' bayi lelaki) Buat tiga kali seminggu.

8. petua ni dari arwah ayah saya,dulu masa saya budak2 kalau bagun tido je,terus tadah tangan serprti kita nak minta doa,angkat tangan tu terus sapu kemuka kita dgn cara dari dagu ke atas se bayak 3x seluruh muka kita sambil berselawat,utk awet muda hasil nya saya berumur 45 thn n still nampak muda lg,,,cubalah

ehsan ggogle
9. Petua cantikkan kulit muka.
Petua ni arwah nenek turunkan pada mak dan mak turunkan pada saya. Masa duduk kat kampung,  kecik2 dulu, mak ada bela ayam dan mak ada sediakan tempat khas untuk  ayam bertelur jadi taklah kotor telur2 tu. Petua nyer, kalau ayam tu dah bertelur, mak suruh ambil telur ayam yang baru tu dan masih terasa panas golek2 kan telur tu kat muka sambil selawat. Insyallah kulit akan cantik mak cakap. Saya dengan kakak rajin buat sejak kecik lagi. Tapi sekarang mak dah tak bela ayam lagi. Tapi kulit muka saya dengan kakak saya memang berbeza dengan adik2 lain bersih jer. Lagipun, mase adik2 membesar mak dah tak de bela ayam lagi. hehe.. (surieya sweet)



167. Grilled chicken in pita


Makanan paling ringkas dan berkhasiat. Kjee kata ringkas sebab pita tak payah buat. Kebanyakkan supermarket ada jual. Ayamnya pulak, kalau rajin, pangganglah sendiri. Kalau malas, beli je ayam panggang ayam mas atau KFC.

Dulu kjee kalau beli KFC atau ayam panggang, Kjee suka kalau ada berbaki sebab esoknya boleh buat sandwich. Carik2 jer ayam daripada tulangnya dan buatlah sandwich atau boleh sumbat dalam pita.

Tapi untuk resipi ini, Kjee panggang sendiri dada ayam. Kjee dah lama tak beli KFC sebab cara dia orang buat tu tak berapa sihat. Ayamnya digoreng (deep fried) dalam minyak yang banyak. Itu yang membuatkan ia tidak sihat. Bukan Kjee cakap, tapi doktor Kjee yang cakap. Nanti tak semena-mena kena saman lak kan. hehehe.

Oklah kita tengok cara membuat grill chicken in pita versi Kjee.

BAHAN2NYA:
2 keping isi ayam (dada) yg telah dibersihkan lemak2nya dan dicuci. kemudian dilap ngan kitchen towel atau kain bersih.
1 sudu besar madu
ajishio pepper
1 sudu minyak zaiton/minyak jagung
2 keping pita
salad
2 biji kecil lada benggala atau capsicum
1 biji bawang besar
sedikit mayonaise
sos cili

CARA MEMBUATNYA
Perap ayam bersama madu dan lada hitam ajishio selama satu jam. Biarkan di dalam peti sejuk (bukan tempat beku). Panaskan kuali ataupun grill pan kalau ada. Tuang 1 sudu minyak dan biarkan kuali benar2 panas. Pastu masukkan ayam. susun elok2, pelankan api. Api tidak boleh besar sebab ayam telah diperap dengan madu, nanti hangus..

Kemudian apabila sudah agak garing, terbalikkan dan sambung masak. Seandainya ayam terlalu tebal, hiris untuk nipiskannya. Kjee hiris setelah kedua-dua belah masak. Kemudian digoreng bahagian yang baru dihiris tadi. ayam tidak boleh setengah masak seperti daging. Pastikan ayam benar2 masak baru angkat.

Sejukkan ayam seketika di dalam pinggan. Kemudian dihiris nipis. sayur seperti salad, lada benggala/capsicum dan bawang.Kemudian ambil sekeping pita yang bulat dan potong dua. Panaskan atas kuali selama seminit sahaja. kemudian ambil pita itu dan sapukan sedikit mayonais di belah dalam pita. Susunlah ayam panggang, sayur2 dan curahkan sedikit cili sos.

Itu sahaja. Senang. Boleh juga digunakan daging burger (burger pattie). Tapi daging burger mengandungi terlalu banyak minyak. Ia tidak boleh diklasifikasi sebagai makanan sihat. Tapi bolehlah buat kalau suka.

Kalau suka, boleh juga guna daging panggang untuk resipi ini. Cara memerapnya sama. Cuma daging yang digunakan mestilah daging lembut seperti daging batang pinang. Juga boleh buat steak in pita. terserah. Sedap kalau ada iringan mushroom soup.


Thursday, March 24, 2011

166. Insya Allah dari Maher Zain

Kjee tak berapa minat mamat ni. Tapi lama kelamaan bila selalu dengar lagu ni, Insya Allah suka. Tapi liriknya yang telah dimelayukan, cukup menginsafkan.

Dadih Jagung Manis

Dari muda lagi Kjee memang minat agar2, jeli dan makanan yang sewaktu dengannya. Apa lagi sekarang dah senja...gigi dan gusi tak kuat lagi, makin sukalah. Tapi kalau beli mesti ada tak kena, manislah...keraslah. So jawapan paling senang ialah buat sendiri. Minggu lepas masa ikut nadia dan unclepali gi beli barang dapur kat seri ternak, selayang, Kjee nampak peket dadih cap happy grass. Happy sekali Kjee. Maklumlah dulu ingat susah bebenor lah nak buat dadih. Masa beli ari tu tak perasan lak ada pelbagai perisa. Nasib baik dapat cappucino yang sedap. Balik umah geng FB kata Happy Grass memang jenama yang baik. Sedap dan tahan lama. Tahan lamalah kalau penduduk umah tak habiskan. Pastu ada (lupa nama) syor tambah susu cair lagi nak bagi lemak. So tengoklah resipi yang kjee buat. Sedap giler lah.

BAHAN2NYA:
1 pekat dadih cap Happy Grass perisa jagung
1 tin jagung manis
2 tin susu cair
3 ilter air (bersamaan 6 botol kecik botol mineral)
4 sudu besar gula
secubit garam

CARA MEMBUATNYA:
Jerang 3 liter air dalam periuk besar. Masukkan 4 sudu gula. Nak manis tambah gula. Bila air melegak, masukkan dua tin susu cair. Pada peket tulis satu tin jer. Suka hati lah kalau nak ikut. Masukkan sikit garam supaya naik lemaknya. Pelahankan api dan bila campuran susu tu sudah mendidih,, adamkan api dan alihkan dari dapur. Tuangkan satu peket dadih instant ke dalam periuk tadi sambil kacau perlahan2 selama lima minit. Kemudian masukkan satu peket kecik fruit sugar yang disertakan dalam peket dadih tadi. kacau lagi. Sediakan bekas dadih (macam yang kita beli kat pasar malam) dan bubuh 1 sudu kecik jagung manis tin ke dalam bekas. tuangkan bancuhan dadih tadi ke dalam bekas. Pastu sejukkan dalam peti ais. Sedap sangat makan masa sejuk. Kalau tuang dalam bekas jeli yang besar pun boleh tapi susah masa nak potong sebab lembut sangat. Kalau ada cawan2 yang kecil ok gak. Boleh dapat 24 bekas dadih biasa yang kita beli kat pasar malam.


164. PETUA MASA MENGANDUNG DAN LEPAS BERSALIN

gambar ehsan google



Banyak petua yang Kjee terima hari itu. Nak biarkan sahaja, sayang sangat. Jenuh jugak Kjee asing2kan supaya dapat masukkan dalam entry yang berkenaan. Kali ini Petua Masa Mengandung dan selepas Bersalin.

Kjee selalu ingat pesan arwah Mak yang dah berulang kali Kjee beritahu di blog ini...Kahwin boleh moden tapi bersalin biarlah ikut cara tradisional.

Terima kasih kepada semua yang menyumbang petua di bawah ini. Ramai kengkawan kita akan mendapat menafaat daripadanya. Insya Allah.

Petua2 dibawah ini adalah sumbang semua kengkawan ketika peraduan Petua Orang Tua2 baru2 ini.

    gambar ehsan google
  1. mak saya pesan kalau masa mengandung jangan dililit tengkuk dengan tuala atau pakai tudung yang jenis melilit tu nanti bersalin takut anak terbelit dgn tali pusat …norhaniza


  1. masa saya bersalin..ada sedikit kes di mana uri x kuar habis, rupanya nurse cakap,      
      rambut jangan ikat masa nak bersalin, nanti uri terikat...tak boleh kuar   
      habis...apa pon wallahualam...mungkin petua dari mak dia kot…suria


  1. orang mengandung jangan minum air sejuk nanti boleh membotakkan rambut   si baby dalam perut sebab dia panas bila masuk ke perut dan terbakar lah rambuT baby tu ..sharifah rosidah

4.      masa saye mengandung anak sulung dulu teringin nk makan ikan pari yg fresh..kebetulan ade kawan suami yang tinggal berdekatan pantai..suami pesan tolong belikan tapi sampai hati dia tak mau belikan..bila tanye kenapa ..tak mahu caakp..bila dah bersalin baru dia cakap..petua orang tua2 tak boleh beri alasan pada orang mengandung dan makan ikan pari masa pregnant nanti anak sumbing...(shida sidek)

  1.  Orang tua2 kata dalam pantan tak boleh menangis nanti kena angin meroyan. dah tertulis dah dalam kitab terdahulu melayu ni berpantang 44 hari jadi jangan le kita memandei nak kurangkan...abiskan 44 hari tu pantang betul2...nanti turun darah kaalu tahu puncanya beli ubat tak tahu itu yang bawa maut...ikat rambut tinggi2 selitkan dengan lengkuas untuk elakkan masuk angin...kalau masuk angin tu lah puncanya angin meroyan...macam2 jadinya meroyan ni ade yg gila...makan biar banyak dan banyak kali jangan menambah...takut turun darah ada yang terjadi maut ...makan ape yang di beri jangan cuba yang tak boleh di makan kalau masuk angin ke bentan ke turun darah ke boleh juga ikhtiar ubatnya...contoh nya makan putu mayom je ada kuburnya ini lah yang di ceritakan oleh bidan yang mengurut nor dulu...norasmah

  1. masa berpantang terutama yang dlm perjalanan jauh balik kampung, sanggul diikat dan dicucuk paku panjang atau bawa benda tajam (gunting) kalau bwa pisau tak pasal2 boleh jadi kes polis lak. tujuan untuk elak gangguan syaitan pada baby dan orang berpantang sebab badan 'kotor'
    dalam berpantang ibu jari kaki diikat ngan sehelai sabut kelapa utk elak bentan kalau tersepak apa2.
     kalau keguguran (dlm masa 44 hari)x blh melintasi atau berhampiran pokok cermai blh menyebabkan turun darah semula. Haiza kl

  1. untuk orang mengandung...pesan orangtua jangan makan ulam pegaga takut lekat uri kerana akar pegaga mencengkam bumi...juga jangan duduk diatas tangga..jangan jahit tutup terus bantal bayi yang baru di isi kekabu takut nak beranak susah...pesan orangtua juga buat kerja separuh jalan nanti nak beranak pun susah...norasmah

gambar ehsan google
  1. Untuk orang tengah mengandung, janagn amalkan makan nasi sejuk..untuk elak kepala baby besar dan jangan suka letak tuala di bahagian leher...org tua2 kata takut tali pusat anak nanti terbelit..wallahualam – cikadakbiru

  1. Orang mengandung jangan merasa maaknan dalam senduk, takut nanti bibir ank jadi cam bibir Negro.  
            Orang yang mengandung jangan meyapu sampah sekerat2,kalau nak sapu kena
            teruskan, takut nanti nak bersalin susah, aank nak keluar tersekat2.. 
            Orang megandung tak boleh duduk atas akar pokok, takut bersalin lekat   
             uri..(Khadijah Salim )

     10.   Petua yang mak sampaikan untuk orang lepas bersalin/dalam pantang.
             Masa nak minum jamu, ibu jari kaki kiri kepit ibu jari kaki kanan.. tangan kiri   
             ampu breast, selawat 3 kali then baru minum.
             Masa berjalan, badan tegak, langkah mesti tersusun dengan teratur, duduk pun
             kena tertib.. (kalau tak nanti, jalan berterabur, bak kata mak, mcm singapore
             penang ~ sebelah kaki ke singapore n sebelah lagi ke penang.. tak cantik)
            sayang.. muka lawa tapi jalan berterabur..
             ni petua dari mak andam yg bisik masa kawen dulu..
            
~ jangan rendam/ada air dalam lesung batu.. kena biar kering.. nanti tut-tut berair..
            ~ nana ~


163. Ikan Siakap Berlado Thai


Hari ni. for lunch Kjee masak ikan siakap berlado Thai. Apa hal lak berlado Thai? Masak berlado kan masakan Minang? Hehehe saja Kjee nak bagi rasa Asean pulak kali ini. Kjee bubuh daun limau purut yang Kjee ricik halus.

Sedap giler. Baunya harum ala2 masakan Thai. Sebab itu Kjee bubuh nama dia Ikan Sikap Berlado Thai. Kahkahkah macamlah Kjee ni kan? Cukup berselera Kjee makan dengan Unclepali. Menyesal lak buat seekor jer. Tak per kalau nak makan malam karang, buarlah lagi. Bukannya susah kan?

Selain Ikan Siakap berlado Thai ini, Kjee masak juga terung Masak Taucu. Unclepali pulak goreng ikan gelama jeruk masin. Aduh!!! Pengsan sekejap. Hehehe

So kita tengok resipi yang dah tak jadi misteri lagi sebab semua orang tau buat. Ah tak kesahlah kan?

BAHANNYA:

1 ekor ikan siakap (kira2 400gms)
4 biji cili merah
4 biji cili hijau
segenggam cili api
1 labu bawang besar
serbuk kunyit
1 asam keping
4 helai daun limau purut diricik halus
garam
serbuk perasa (optional)

CARA:

1. Ikan dibersihkan dan dipotong dua atau tiga. Bubuh serbuk kunyit dan garam dan goreng garing.
2. Tumbuk cili hijau, cili merah dan cili api. Jangan terlalu halus. Kemudian tumbuk pula sebiji bawang besar.
3. Bubuh minyak sebanyak ½ cawan ke dalam kuali dan tumis bahan2 tumbuk hingga naik minyak. Masukkan 1
    asam keping.
5. Setelah agak garing, bubuh sedikit garam dan perasa kalau suka. Masukkan juga daun limau purut yang telah
    diricik halus.
6. Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng dan dibalik2kan dalam sambal sehingga rata. Padama api dan
    hidangkan.


TERUNG MASAK TAUCU


BAHANNYA:

5 biji terung pendek
1 labu bawang besar
5 biji cili api
2 ulas bawang putih
2 sudu besar taucu
sejemput ikan bilis

CARA:

1. Terung dipotong.
2. Bawang besar dimayang bulat, bawang putih dihiris. Cili api dibelah dua.
3. Tumis bawang dan cili api serta ikan bilis. Masukkan kira2 ¾ cawan air.
4. Apabila mengelegak, masukkan terung dan masak hingga terung empuk.
5. Masukkan taucu, asam keping, garam dan sedikit gula.
6. Apabila sudah sebati rasanya padam api.