DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, April 30, 2011

291. Nabil kena work hard!

Minggu ni Kjee rasa rating Nabil dah jatuh. malah Jozan pun begitu jugak. Walaupun Jozan bagus tapi ada kelemahan yang boleh diperbaiki. Walaupun Nabil, Jozan, Jambu dan Sepah dikatakan selesa untuk sampai ke final tapi persaingan semakin sengit. So...lu pikirlah sendiri!!!

290. Balas...banyak double meaning woi!!

289. Cara hentikan pengaliran keluar tenaga pakar Malaysia?

Rencana ini ditulis oleh adik bongsu Kjee, Prof Dr M. Fazilah Abdul Samad, Dekan Fakulti Bisnes dan Accountancy, Universiti Malaya dalam akhbar The Star mengenai pengaliran keluar tenaga pakar kita. Ramai graduan Malaysia yang belajar di luar negara enggan pulang berkhidmat di tanah air sendiri.

Kak jee copy paste untuk renungan semua.


Stemming the brain drain

WHEN I woke up for my morning prayers, I found my son’s message on Facebook from London. He wanted my opinion on the brain drain in Malaysia.
Apparently, they had a discussion at Malaysia Hall last Sunday on the subject and it had bugged him.
He said a number of his friends in the UK were thinking of not going home after graduating since, according to them, the lure of a better quality of life was too deep-rooted overseas.
My son said perhaps it had a lot do with our education system.
Malaysia needs to do more than just have a 1Malaysia type slogan.
If we are serious about bringing the people together, then start with the school system.
We should not have any vernacular schools or societies identified by race. I know this will definitely ruffle a lot of feathers, but think about it.
How can we achieve 1Malaysia if the children don’t grow up learning about other races? They learn not from TV programmes but from daily interaction among classmates.
I attended Chinese school in my primary years and two more years in private secondary school.
I still remember how my teachers would use stories about China, and how the eyes of the primary children would be beaming with pride whenever such stories were told.
How can we start to do the same for our primary school syllabus?
Reintroduce and rewrite our history books in the primary school syllabus and do not let them memorise numbers and dates.
Let them remember stories instead. Blend in the historical figures from all the three races. Introduce Admiral Cheng Ho as a hero and how, together with Hang Tuah, they rebuilt the Malacca Sultanate.
We should add romance in our history books by having Hang Li Po falling in love with the Malacca Sultan. Perhaps we can rope in Indian history, too.
We want a sense of belonging instilled in everyone. We want everyone to feel that their forefathers had a share in the building of the nation.
Make it the responsibility of the headmaster to recruit more non-Chinese students in Chinese schools and the funding of these schools should be based on how successful the school is in getting the right quota.
No single school should be monopolised by any one particular race. Revamp the school syllabus to incorporate the 1Malaysia context and Chinese syllabus should be incorporated into the national school syllabus. How will this help deal with our brain drain problem? Again, it is about instilling self-pride and a sense of belonging.
Most people may say it’s about money. But time and again, we see many local medical specialists remaining in the country. This is because “there is no place like home”. Both my children are studying in London but they have never talked about migrating.
Many of their best friends are Chinese and so are mine. We don’t need slogans to choose our friends.
Keep meritocracy alive. No more "preference given to Bumiputras".
We don't want this as we lose our good friends because of this word.
Who can blame the non-Bumiputras if they choose to be part of the brain drain.
What the government should do is to provide better education from pre-school onwards, cheaper food, cheaper housing and lower taxes for cars.
Focus on improving the quality of life for all citizens.
Build more parks. Increase the “Happy Index” if there is one.
Let’s build the country together and stop harbouring hopes and wishes to live in another country.
PROF DR M. FAZILAH ABDUL SAMAD,
Faculty of Business and Accountancy
Universiti Malaya.

288. Fairy Tale Wedding Kate dan William

semua gambar ehsan google








cincin pertunangan mendiang Diana
Dua billion orang (penonton tv) di seluruh dunia menyaksikan majlis perkahwinan Prince William dan Pricess Catherine semalam. Khabarnya, mengalahkan apa jua aktiviti (termasuk sukan) yang ditayangkan secara live di seluruh dunia.

Seperti mendiang Diana yang disayangi berjuta orang di seluruh dunia, nampaknya anaknya Prince William dan isterinya Kate turut mendapat limpahan kasih yang sama.

Sungguh sopan majlis perkahwinan semalam. Bermula dari wedding dress yang sopan hingga ke majlis yang tertib tanpa dipamerkan rasa kasih dan sayang yang cukup tipikal dengan Mat Salleh. Malah, kalau diperhatikan, pasangan pengantin cukup menghormati istitusi church mereka. Tiada ciuman atau berpelukan!

Rata2 mereka yang diinterview di merata2 tempat di London semalam...dari budak yang kecil kepada orang dewasa baik perempuan mahupun lelaki, teruja mahu melihat gaun Kate yang dibuat dalam penuh secrecy! Malah ketika Kate hendak masuk kereta di depan Hotel Goring pun, dia seakan dilindungi agar tidak ramai nampak gaunnya!

Pasti ramai yang kecewa melihat gaun yang cukup simple itu. Simple tetapi sophisticated! Melambangkan citarasa Kate, seorang wanita yang simple kehidupannya. Khabarnya, Kate sendiri yang minta gaunnya di design seperti itu! Tiada aksesori bergemerlapan menghiasi dadanya. Cuma anting2 berlian teardrop comel pemberian bonda tercinta.

Gaunnya juga tidak sarat barat dengan manik2 atau berlian. Aduh kalau dibandingkan dengan gaun perkahwinan sesetengah artis terkenal kita...oppps.

Mungkin ramai pernah tengok design gaun seperti yang dipakai oleh Kate. Nothing to shout about. Tetapi apabila dikenakan pada tubuhnya yang tinggi lampai itu, memang nampak klasik sangat. Tiaranya juga sangat simple. Baju itu tidak mempunyai train yang berjela2. Nasib baik pun sebab bridesmaids (2 bridesboy) seramai 7 orang seakan khayal dalam dunia mereka sendiri dan biarkan Kate terkapai2 menarik train gaunnya dalam beberapa insiden.

Apapun berbaloi lah tengok siaran langsung semalam walaupun ada beberapa ketika Kjee terlelap kejap depan TV. Bab akhir yang penting di balkoni Buckingham Palace tidak dapat Kjee saksikan sebab banyak urusan lain perlu dibereskan. Tapi gambar2 cukup memuaskan hati ini.

Tapi Kjee dan Unclepali tersenyum melihat William terkial2 ketika menyarungkan cincin perkahwinan mereka. Heran melihat cincin belah rotan yang nampak simple sangat. Macam cincin mainan...well mungkin dari jauh kot. Yang pasti ia dibuat oleh tukang emas Queen Elizabeth daripada seketul emas yang telah disimpan berkurun lamanya.

Harap2 William jadi King Of England. Charles?  Tak payahlah!

287. Ole2 Bagi Mereka Yang Disayangi



Kjee post lagi ole2 ini untuk mereka yang baru join geng Kjee. Sudi2kanlah balik balik 'umah' dan gantung kat mana2. Love you all.

Sejak Kjee post ole2 ini, entry ini telah mendapat 1070 page views.

Unclepali kata bila lagi nak bagi lagi post card baru. Tengah rajin nak buat lah agaknya. Tungguuuu.

286. JOZAN still leading. I like!!!

285. Terima kasih Awie!

foto: starmalaysia.blogspot

 
Sejak akhir2 ni, banyak kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Bob Lokman mengapa dia meninggalkan bidang seni dan memasuki sebuah parti yang berlandaskan Islam. Walaupun jiwa insan2 seni melonjak2 hendak meluahkan apa yang terbuku namun tiada siapa yang mahu mengecilkan hati Bob Lokman.

Anak2 seni lain sedar betapa kerdilnya mereka di dunia ini. Betapa kurangnya ilmu mereka 'berbanding dengan apa yang dimiliki dan didakwa Bob Lokman'. Namun Awie muncul mempertahankan air muka semua insan yang bergelar anak seni.

Kjee pun sebenarnya tidak berani hendak mengeluarkan kata2 sebelum ini. Hanya mungkin pernah mengeluarkan satu atau dua potong ayat yang berbunyi begini :"...dulu anak2 dan keluargamu juga hidup atas hasil sama yang kami perolehi."

Apapun, Bob Lokman bijak memainkan kata2 seperti mana dia bijak menghasilkan lirik2nya suatu ketika dhulu. Kjee copy paste berita yang disiarkan dalam akhbar Harian Metro untuk tatapan anda semua. Nak tahu selebihnya, kenalah beli Harian Metro.

Terima kasih Awie.


 

‘Bob usah hipokrit, riak’

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.
Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.
“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.

“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.
 Kita pernah sama-sama ‘cari makan’ dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,” katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Friday, April 29, 2011

284. Talam Cempedak










Bab buat kuih, Kjee ni memang tak reti. Kalau masak lauk pauk tu, bolehlah kelentong lagi. So korang jangan ketawa tengok Talam Cempedak Kjee hari ni. Ada hati jugak nak bubuhkan resipinya yer. Hehehe.

Apapun, rasanya sedap. Nadia puji. Yalah kalau dia tak puji sapa lagi nak puji kan? Asalnya anak buatlah talam durian macam Puan Nieza kita yang duduk nun jauh di Finland. Tapi semalam ada lak sapa ntah kata cempedak yang jiran Kjee bagi boleh jugak buat talam.

Kalau korang nak tahu kenapa kuih talam Kjee pucat, sebenarnya Kjee jenuh cari pewarna dalam pantry tapi tak jumpa. Pastu Kjee guna susu segar rendah lemak untuk resipi ni. Sihat sikit kan. Rasa tak lari. Cuma kalau guna santan, lebih lemak kot.

Ini kali pertama Kjee buat talam. Jap lagi lepas gi dinner nak gi cari durian pulak. Esok boleh buat talam durian dan tempoyak. Cadang nak beli satu bakul. Murah sikit kan.

Resipi untuk Talam ni, Kjee copy paste dari Puan Nieza sini yang dapat resipi Talam durian dari Chef Hanieliza, kalau Kjee tak silap.Tapi Kjee derhaka (actually tak suka guna this word) dan bubuh cempedak. Sorry yer tuan punya resipi.

TALAM CEMPEDAK

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan Durian [di lecek] (Kjee guna cempedak)

1/2 cawan gula pasir (Kjee guna gula perang)
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair (Kjee guna susu segar rendah lemak)
secubit garam
sedikit pewarna kuning (Kjee tak gua sebab tak jumpa)


CARA 
 
1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau sapukan minyak sekiranya tiada daun pisang. (Kjee guna loyak empat segi 7x7)

2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang. (Kjee masuk semua dalam blender termasuk cempedak)
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.

4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah. 

BAHAN ATAS

1 cawan tepung beras 
3 cawan santan pekat (KJee guna susu segar rendah lemak)
2 s/b tepung jagung (nieza tambah) 
1 s/k garam 

CARA

1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah 
4. Kukuskan lagi 20 minit. 
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan


Thursday, April 28, 2011

283. Selepas 30 tahun, Royal Wedding Lagi

William dan Kate di hari pertunangan - ehsan google

Mendiang Diana bersama Wlliam dan Harry - Ehsan google


sama cantik sama padan - ehsan google


 Diana yang disayangi seluruh rakyat Britain - ehsan google



Camilla wanita yang hancurkan hati Diana - ehsan google
Tiga puluh tahun lalu, pada 29 Julai ketika Kjee menyambut harijadi Kjee yang ke...eh berapa hah? Lupa lak...hehehe, Prince Charles berkahwin dengan Lady Diana yang kemudian menjadi Princess Diana. 17 tahun kemudian, pada hari jadi adik bongsu Kjee iaitu 31 August, Princess Diana maut dalam trajedi yang mengejutkan dunia.

She was the world's most loved princess. Seorang gadis ayu yang cukup bergaya. Setiap fesyen rambut dan pakaiannya menjadi ikutan semua. Ketika itu, semua nak fesyen rambut Lady Di. Dresses dia terutama sekali sehelai suit polka dot berwarna cokelat menjadi kegemaran gadis2 di seluruh pelusuk dunia.

Kemudian apabila Diana bercerai dengan Charles dan kemudiannya menjadi kekasih Doddie anak jutawan Arab Al Fayed, semua mengharapkan kedua2nya berkahwin. Dan semua wanita Islam di seluruh dunia mengharapkan perkahwinan itu bakal menjadikan Diana seorang wanita Islam.

Sayang seribu kali sayang belum sempat mereka mengumumkan hari mereka akan disatukan sebagai suami isteri, Diana dan Doddie, mati dalam satu kemalangan tragis di Paris. Banyak spekualsi mengenai kematian itu. Ada yang kata ia sengaja dirancang oleh keluarga diRaja British kerana mereka tidak mahu bonda kepada seorang bakal Raja England, memeluk agama Islam. Wallahualam.

Esok 29 April, Prince William dan Catherine Middleton a.k.a Kate, akan menjadi suami isteri dalam satu istiadat gilang gemilang. Pihak Istana Buckingham merahsiakan perbelanjaan perkahwinan William-Kate. Perkahwinan Charles-Diana dulu dikatakan menelanja belanja 18-juta pounds. Perbelanjaan perkahwinan William-Kate tidak digembar gemburkan kerana Britain kini sedang mengalami kedudukan  ekonomi yang tidak begitu stabil.

Sudah empat hari berturut2, Astro Channel menyiarkan kisah2 menuju perkahwinan penuh bersejarah itu. Masih menjadi tanda tanya siapa yang bakal menjadi Raja England selepas Queen Elizabeth. Charles dikatakan tidak layak kerana The Church Of England tidak mengiktiraf perceraian apatah lagi setelah perceraian, bakal Raja berkahwin dengan seorang janda.

Charles tidak mengejutkan rakyat Britain apabila dia berkahwin dengan Camilla Parker Bowles, janda kepada salah seorang pengawal peribadi Charles. Camilla kemudian membawa gelaran Duchess Of Cornwall. Ketika hidupnya, Diana adalah Duchess of Wales, suatu gelaran yang lebih besar.

Mengikut sejarah, King George 6, yang juga ayahnda Queen Elizabeth, sepatutnya tidak mewarisi takhta Raja England tapi dek kerana abangnya memilih untuk berkahwin dengan seorang janda, maka dia menyerahkan takhta itu kepada King George ke-6. Jadi, apakah Charles juga terpaksa melakukan yang sama?

Jika itu berlaku, maka perkahwinan William dan Kate esok akan melakar sejarah perkahwinan bakal Raja England di milinieum baru.

Esok kira-kira pukul 1 tengah hari waktu Malaysia, mereka akan walk down the aisle di WestMinster Abbey untuk disatukan sebagai suami isteri.

Lelakinya cukup kacak dengan senyuman ibunya sementara si gadis, seorang wanita kebanyakkan yang 6 bulan lebih tua daripadanya. Kate dan Williams bertemu dan menyemai kasih ketika belajar di Universiti yang sama. Pernah break off selama tiga bulan. Tetapi jodoh mereka kuat dan itu akan ditentukan esok.

282. Ikan Kukus elok untuk diet



Sejak akhir2 ni Nadia dah mula ligat diet balik. Maklumlah beberapa bulan yang lepas dia gila sangat buat roti sampaikan badan pun bagaikan ditambah yeast. So Kjee buatkanlah dia ikan kukus, taufoo kukus dan sayur2an yang hanya guna sikit minyak, rebus atau masak air.

Kjee tak pasti samada korang pernah makan ikan tongsan. Isi ikan ini putih dan elok untuk kesihatan malah dikatakan mengandungi lemak ikan Omega 3 yang cukup tinggi. Omega? Telor Omega elok tapi jam Omega? Ohhh jam tu mahallll sangat2. Kalau hilang mahu susah nak tidur malam. Hehehe melalut pulak.

Okalah berbalik kepada ikan tongsan. Ikan ni sangat disukai oleh orang Cina. Memanglah kalau benda2 yang elok untuk kesihatan, kaum Cina memang pandai. Orang Melayu main baham ikut suka tekak. Sebijik macam Kjee. Hehehe.

Hari itu ketika pergi ke Sri Ternak di Selayang, Kjee jumpa ikan ni. Kjee beli seekor. Ikan ni agak besar. Kepalanyanya sedap masak sup bubuh sawi jeruk atau sawi asin.

Kjee dan Nadia cukup suka kalau ikan tongsan ni dikukus. Unclepali kurang sikit sebab dia ni kalau ikan memilih sikit. Hanya suka ikan selar kuning, ikan cekik leher dan pelaling.

Okaylah, kita tengok resipi ikan steam ini. Boleh guna apa jer ikan. Ikan bawal putih, siakap, kerapu dan ikan merah. Ikan yang isi dia warna putih jer tau. Yang warna2 pelangi tak pernah terai lagi.

Ini cara kukus ikan cara mudah. Ada orang bubuh jeruk limau ataupun asam boi. terserahlah ikit suka dan citarasa masing2.

BAHANNYA:

1 potong ikan tongsan
2 inci halia tua 
2 ulas bawang putih
kicap cair atau sos ikan/nampla
serbuk lada hitam (Kjee guna aji shio Blackpepper)
daun ketumbar
daun bawang
cili merah (hiasan)
minyak bijan

CARA:

1. Ikan dibersihkan dan diperap seketika dengan air asam Jawa untuk hilangkan hanyirnya.
2. Lepas itu dicuci bersih dan dilumur dengan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk halus. Perapkan kira2 ½ jam dalam peti ais.
3.Panaskan air dalam periuk kukusan.
4. Keluarkan ikan dari peti ais dan tuangkan kicap cair. Sukatannya ikut suka masing2. Kalau nak masin, bubuhlah lebih sedikit. Tapi Kjee bubuh dalam dua atau tiga sudu besar sahaja.
5. Taburkan serbuk lada hitam. Kalau guna Ajishio pepper kena hati2 sebab ia sangat masin. Boleh kurangkan sos ikan atau kicap cair.
6. Kemudian kukus selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak. Pastikan air dalam kukusan cukup mendidik ketika mengkukus.
7. Setelah cukup masak, keluarkan dan titiskan sedikit minyak bijan. Taburkan daun bawang dan daun ketumbar serta cili merah yang telah dihiris halus sebagai hiasan.

Sedap dimakan ketika panas. Siapkan jugak cili api yang telah dibubuh sos ikan atau kicap cair. Sedap!


Mangga dari Pakistan dan Filipina

dari Pakistan - ehsan cik google

dari Filipina - ehsan cik google
mangga Filipina tapi macam mangga Pakistan

aduh isi mangga Filipina


Kalau cakap pasal mangga, tak sah kalau tak rasa dulu kehebatan mangga dari Filipina atau Pakistan. Kjee pernah makan mangga Filipina yang diberi oleh bekas mak mertua abang Kjee yang asal dari Brunei. Selain mangga, dia bagi jugak aiskrim mangga dan juga jeruk manis mangga.

Aduh pengsan sedapnya. Sampai ke hari ini, Kjee masih terasa kat tekak. Jeruk mangga manis dia actually bukanlah jeruk tapi dikeringkan. Kat supermarket Malaysia pun dah banyak jual. Sedap giler lah. Aiskrim mangga dia pulak boleh rasa ketul2 mangga yang segar didalamnya!

mangga Filipina yang kering
Mangga Pakistan pulak Kjee beli kat satu restoren India. Baunya punyalah harum. Nak makan pun sayang. Amik bau jer, kata Ahmad Nesfu dalam filem Tiga Abdul. Kahkahkah.

Apapun, Kjee dah google untuk korang tengok. Gambar mangga Pakistan tak banyak sangat.

280. Datin Orchid Abdullah pula kena kanser

Beberapa minggu lalu kita dikejutkan dengan berita Dato Sarimah Ahmad baru sahaja pulih dripada penyakit kanser yang dihidapinya. Pagi ini Kjee terkejut apabila membaca akhbar mStar secara online. Datin Orkid Abdullah pula sedang menderita kanser atau tumor di perut beliau.

Mungkin ramai anak2 muda sekarang tidak kenal siapa Datin Orkid Abdullah. Beliau adalah penyanyi asal lagu Penawar Rindu yang cukup pupular di tahun 70-an. Datin Orkid juga seorang pelakon dan seorang pesara guru.

Sama2lah kita doakan agar Datin Orkid segera sembuh daripada penyakit yang dialaminya, Insya Allah. Ikuti cerita yang Kjee petik dari mStar online.

Penyanyi Orchid Abdullah Terlantar Sakit Akibat Tumor
Rakan artis iaitu Datin Julie Sudiro, Aspalela Abdullah dan Datuk Sarimah Ahmad serta Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez melawat penyanyi Datin Orchid Abdullah di rumahnya di Dataran Ukay, Ampang, Rabu. - Foto RAJA FAISAL HISHAN
AMPANG: Penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah,64, yang popular dengan lagu Penawar Rindu berada dalam keadaan uzur akibat menghidap penyakit tumor yang dikenali “paraganglioma” sejak beberapa tahun lalu.
Menurut anaknya bongsunya Eenaz Mokhtar, 31, keadaan ibunya semakin kritikal selepas menjalani pembedahan di perut pada Februari tahun lalu dan mula tidak boleh bergerak beberapa bulan selepas itu.
"Selepas ibu menjalani pembedahan dia mula sukar bergerak. Doktor mengesahkan dia mengalami penyakit “paraganglioma” yang jarang berlaku di kalangan pesakit.
“Kata doktor penyakit ini hanya boleh dirawat di Hospital Putrajaya sahaja," ujarnya yang bergilir-gilir menjaga Orchid bersama-sama dua abang dan seorang kakaknya.
Tambah Eenaz doktor menasihati ibunya dibawa ke sebuah hospital di Maryland, Amerika Syarikat tetapi keadaannya tidak mengizinkan untuk bergerak jauh.
Anak bongsu Orchid, Eenaz tidak dapat menahan sebak melihat keadaan ibunya.
“Untuk membawa dia mengambil angin di luar rumah pun dia tak tahan, apatah lagi nak membawanya menaiki kapal terbang. Jadi, kami hanya melakukan rawatan tradisional seperti memberinya jus beri, sayur-sayuran dan buah-buahan,” katanya.
Terdahulu Persatuan Karyawan Malaysia bersama rakan-rakan artis turut melawat Orchid di rumahnya di Dataran Ukay di sini, Rabu
Kunjungan tersebut turut disertai Presiden persatuan itu Datuk Freddie Fernandez, Datuk Sarimah Ahmad, Julie Sudiro, Aspalela Abdullah dan Shamsudin Lamin.
Freddie serta empat artis tersebut turut menghulurkan sumbangan berupa wang tunai kepada Orchid selain mendoakan kesihatan Orchid agar cepat sembuh.
Sementara itu menurut Freddie, skim pencen Karyawan untuk artis veteran terpaksa dihentikan sementara kerana persatuan itu mengalami masalah kewangan.
Katanya, skim yang telah dianjurkan sejak enam tahun lalu itu ditangguhkan sejak enam bulan lalu untuk membolehkan pihaknya mencari semula dana.
Sebelum ini, lebih 30 artis veteran telah menerima sumbangan berupa pencen bulanan berupa wang tunai sebanyak RM500 sebulan.
"Kami akan menganjurkan beberapa aktiviti seperti pesta lawak “The Return of Pi Mai Pi Mai Tang Tu” pada Jun ini untuk mengumpul dana skim tersebut.
"Kami tahu ramai artis veteran yang mengeluh kerana tidak menerima sumbangan sebanyak RM500 sebulan seperti yang diberikan sebelum ini. Bagaimanapun kami berharap mereka bersabar," ujarnya.

Wednesday, April 27, 2011

Pulut Mangga





Hujan2 ni rajin lak Kjee buat pulut mangga ni. Selalunya lepas Asar, terus landing jap depan tv. Tapi demi tekak yang memanggil2 bila nampak mangga Black Gold yang Nadia beli tadi, hmmm apa lagi!

First thing first. Tanak pulut guna rice cooker. Cara tanak pulut cam Kjee dah tunjuk hari itu. Cuci beras pulut, bubuh air. Tak payah rendam tau. Sukat airnya setengah inci atas beras tadi dan bubuhlah sikit garam. Kalau nak bubuh dua atau tiga sudu santan pekat tu, bolehlah. Kacau dan tanak.Jangan nak menyibuk kejap2 bukak rice cooker tu. Biarkan sampai masak baru dikais2 tau!








Kjee pun capailah santan kotak nak buat sos untuk dicurah atas pulut mangga nanti. Lepas buat sos yang simple, kerjakan pulak mangga. Hmm walaupun manis tapi kurang masak sikit. Tapi tetap sedap.

Untuk sos santan tu, tadi Kjee guna ½ kotak santan, 1 sudu besar tepung jagung yang dicampur dengan kira kira ½ cawan air. Campurkan dan kacau jangan sampai tepung jagung tidak bergentel. Bubuh 2 sudu besar gula dan garam secukup rasa. Kemudian jeranglah atas api perlahan sampai pekat. Kalau terlalu pekat, bubuhlah sikit lagi air panas.

Apabila hendak hidang, bubuh pulut dalam piring. Susun mangga dan curahkan sosnya.



278. JJCM - Hidangan Kelantan di Hayaki Kopitiam

Nsi Dagang Ikan
Nasi kerabu
Kopi O Ais - rasa perfect!!!








Restoren Hayaki di Platinum Walk, Danau Kota tu rupa2nya Kopitiam. Baru perasan tadi masa tengok bil. Kjee yakin pemiliknya orang Melayu Kelantan atau Trengganu sebab makanannya sebahagian besar masakan dari sana. Sukalah Kjee tengok apabila pengunjungnya terdiri dari pelbagai bangsa. Lamalah bertahan kalau cam tu. Insya Allah.

Pada Kjee rahsia ramai pengjungnya dari pelbagai bangsa kerana makanan dia sedap. Nak kata mahal sangat pun tidak, murah pun tidak. Sedang sedang jer. Biasalah harga kat kopitiam. Cuma pekerjanya (yang lelaki), alahai lemah gemalai sangat. Rasanya bukan adik2 tapi kenapalah kerja slow motion?!!

Kjee order Kopi O Ais. Kjee jarang minum ais tapi hari ni panas. Dan apabila sampai Kopi O Ais dalam mug cute macam botol tu, Kjee puji sedap sangat tukang air tu buat! Kjee ni cerewet bukan saja bab makan tapi minuman. Kopi O Ais dia cukup2 pekat. Tak payah suruh dia buat kaw kaw!

Pernah Kjee minum kopi O yang rasa macam air sungai lepas tsunami! Kjee pernah rasa ke air sungai lepas tsunami? Isyhh mana ada peluang nak rasa...kan tsunami tak pernah sampai sini lagi. Ooopppps mulut celupar. Selisih!! Tapi, ala kalau rasa tak sedap tu, macam2lah perkataan keluar dari otak kan? Hehehe.

Kjee datang buat kali kedua (walaupun tahu risiko tiada parking), sebab makanan dia sudah lulus kali pertama Kjee datang dulu.

Tadi masa keluar rumah kami rancang nak pergi Pak Li Kopitiam tapi sampai Danau Kota, Kjee tanya nak makan kat Hayaki ker? Dua2 setuju. Okaylah tu kan.

Nasi Dagang dia lembut sangat. Sesuwailah untuk orang yang giginya dah tak kuat macam mokcik ni. Kjee rasa sikit Nasi Kerabu Nadia. Sedap jugak. Oklah boleh datang kali ketiga nanti.

Mesti korang tanya, Kjee ni makan2 pastu tulis dan puji2 ni, makan free ke tadi. Isyhh tak baik cakap cam tu. Kita bayar tau. Tadi bil kami adalah RM37.35 untuk 2 pinggan Nasi Dagang, 1 pinggan Nasi Kerabu dan 3 gelas air. Dua sejuk dan satu panas.

Kalau makan free, kena puji jer kan? So lebih elok bayar. Kalau tak sedap boleh titik kaw kaw! Kjee bagi 3½ bintang untuk Kopitiam Hayaki.

277. Suami Curang Isteri Cari Video Lucah?

Sudah beberapa kali Kjee nak tulis mengenai isu ini tetapi berat sangat hendak mengetuk di keyboard. Kemudian apabila membaca berita ini di The Star Online pagi ini, Kjee beranikan hati untuk menulis walaupun hingga ke saat ini Kjee tidak tahu apa yang Kjee nak tulis.

Macam2 yang terlintas di benak fikiran Kjee. Dari seorang isteri yang sanggup carikan 'perempuan lain' untuk memuaskan nafsu suaminya supaya dia tidak ditinggalkan, sehingga kerakusan sang suami 'mengerjakan pembantu rumah' ketika isteri tiada di rumah.

Kena hati2 menulis sebab blog Kjee ini bukan eksklusif kepada yang sudah berkahwin sahaja. Apapun, bacalah dulu berita yang membuat Kjee terpanggil untuk menulis entry ini.

Maaf, ia dalam bahasa Inggeris. Yang tidak tahu berbahasa Inggeris, ia mengisahkan seorang jurutera wanita di Singapura yang sanggup belajar cara2 memuaskan suaminya, melalui video porno. Kenapa? Sebab takut ditinggalkan! Mengucap panjang baca kan?

AN ENGINEER saved her marriage using the “tricks” she learned from porn films, China Press reported.
The Singaporean said she started watching porn films after reading a pornographic magazine sent by her friend from Australia eight years ago.
However, she said, she became addicted to these films about three years ago after her husband started giving her the cold shoulder.
The 32-year-old said she learned many tips sexually and emotionally in managing a relationship from the films, and saved her marriage.

Bagaimanapun, jangan ada diantara korang yang hendak ikut jejak langkah wanita Singapura itu. Entahlah. Kjee memang tak sanggup menontonnya benda2 seperti itu. Senakal2 Kjee, Kjee hanya menonton buat kali pertama ketika sarat mengandung anak sulung Kjee dulu. Ada cerita kenapa Kjee pergi menontonnya. Tak payahlah tahu yer. Hehehe.

Anyway, dua tahun lepas, Kjee ada dengar cerita suami seorang penyanyi terkenal tanahair, mula keluar 'cari makan' kerana isterinya tidak pandai melayannya di ranjang.

Aduhhh sedihnya Kjee dengar. Itulah sebenarnya alasan lelaki mahu kahwin lagi atau curang? Suami artis itu memang sudah lama dikenali sebagai lelaki yang pantang lihat wanita berdahi licin. Dan dia mudah dapat. Satu kerana dia mampu dan dua sebab dia tersangatlah good looking! Tapi isteri, yang ketika itu baru dikahwininya ketika itu, juga seorang artis yang ckup cantik dan diminati semua jejaka2 tampan dan yang sudah boroi!

Kjee tak tahu apa tips nak bagi kepada mereka yang mempunyai suami yang korang syak curang. Kjee kata syak curang sebab tidak baik menuduh sehingga kita nampak dengan mata kepala kita sendiri, kan?

Perkara ini cukup sukar hendak dibincangkan. Kalau suami sudah 'mula makan luar' tiada apa yang boleh kita lakukan cuma memanjatkan doa ke hadrat allah swt supaya pintu hati dia ditutupkan kepada 'aktiviti luarnya' itu. Kalau tak reti cara nak doa, jumpalah mereka yang lebih pandai. Carilahlah ustzah ke ustaz ker. 

Oh ya pasal kes seorang isteri yang carikan suami dia perempuan2 lain untuk puaskan nafsu suaminya yang 24jam sehari ingatkan bende tu jer, sangat menyayat hati. Kjee dapat jumpa wanita ini masa kerja sebagai wartawan di akhbar Mingguan Utara dulu.

Kerana kesian dan 'terhutang budi' kepada isterinya itu, suami itu tidak jadi menceraikan isterinya. Dan mereka masih suami isteri hingga ke hari ini. Tetapi Kjee tidak sanggup hendak bertanya isterinya samada dia masih buat kerja2 'supply pompuan' kat laki dia.

Okay itu je lah yang Kjee sanggup tulis. Have a nice day!!

276. Siti Sarah/Man Sepah Bakal dapat baby

Tak tahu kenapa Kjee suka sangat baca berita ini di Mstar pagi ini. Kjee memang tak pernah kenal secara dekat dengan Sarah mahupun suaminya. Tapi kalau Raisuddin Hamzah tu memanglan akrab. Malah pernah berlakon dibawah arahannya. Dan dia pernah arah satu skrip Kjee.

Paling sweet apabila Shuib tanpa segan silu menangis apabila doktor mengesahkan Sarah mengandung. Inilah bayangan sebuah keluarga yang cukup bahagia! Harap2 Sarah menjaga kandungannya ketika hamil. Jangan lasak2 sangat ye. Tahniah!

Untuk semua, Kjee copy paste berita ini dari Mstar!


HIBURAN

Shuib Menangis Siti Sarah Mengandung Dua Bulan

Shuib teruja jadi ayah.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 27, sudah mengandung dua bulan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Shuib (Sepah) pada 26 Februari lalu.
Menurut Sarah, ketika menerima pengkhabaran berita tersebut, Shuib yang turut berada disisi menangis sambil memeluknya.
“Selepas hari terakhir penggambaran filem Man Sewel Datang KL, saya rasa sakit perut dan Shuib membawa saya ke klinik.
“Tetapi bila doktor buat pemeriksaan dan ujian kehamilan dan dapati saya mnegandung, Shuib tanpa rasa malu menangis dan memeluk saya,” katanya ketika ditemui pada pelancaran filem Man Sewel Datang KL, di sini, Selasa.
Tambah Sarah, suaminya itu terlalu berharap untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat ini.
“Setiap kali saya sakit perut atau loya-loya tekak, dia akan berharap saya mengandung dan kami telah buat beberapa pemeriksaan kehamilan.
“Tetapi hampa, sehingga saya nasihatkan dia jangan terlalu berharap kerana saya yang akan rasa sangat teruk jika tidak mengandung,” ujarnya.
Katanya, sejak berkahwin mereka semamangnya mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menceriakan rumah tangga.
“Saya bersyukur mengandung pada usia ini kerana saya sudah lama bersedia untuk jadi seorang ibu dan mempunyai keluarga yang lengkap.
“Malah kami merancang untuk mendapat empat orang cahaya mata,” katanya.
Sementara itu, Shuib yang berada disisinya memberitahu dia sangat terharu ketika mendapat tahu berita gembira tersebut.
“Saya yang paling gembira sehingga tak menghiraukan doktor yang berada di situ. Ketika bawa Sarah ke klinik, hati saya sudah terdetik yang dia mengandung.
“Alhamdulilah apa yang saya jangkakan betul, memang sukar untuk gambarkan perasaan saya apabila bakal melangkah ke satu fasa lain dalam hidup,” ujarnya.
Pasangan ini baru sahaja selesai penggambaran filem Man Sewel Datang KL dan berduet untuk lagu Cinta Itu Nyawasebagai lagu tema filem tersebut.
Shuib bakal melakonkan watak utama sebagai Man yang mempunyai penyakit sewel, berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur setelah melihat kejayaan rakan sekampungnya yang bekerja di ibu kota.
Sementara Sarah pula melakonkan watak salah seorang kekasih Man bernama Salbiah. Dia memiliki sebuah butik di Kuala Lumpur dan mula mengenali Man setelah terlibat dengan kes ragut
Filem terbitan Work Move Production Sdn Bhd ini turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris dan Fida Ibrahim dan dijangka ditayangkan pada November depan.

Tuesday, April 26, 2011

275. Ayam Masak Negro



 Hari imi terlaksana juga hasrat nak masak lauk Ayam Masak Hitam atau Masak Negro. Kalau sebut Negro, semua tahu warna apa kan? Ayam masak negro ini amat popular di restoren nasi kandar. Memang menjadi lauk pilihan my family.


Apapun, oleh kerana ada penghuni dalam rumah yang tengah menderita sakit gout, maka Kjee pun ubahlah guna ayam. Tapi heran jugak apabila Dr Amin kat Taman Melawati kata Unclepali boleh makan daging. Tapi jangan makan berlebihan jer kot.

Pada Kjee resipi yang diberikan oleh Kak Ida memang simple. Tak cerewet bahannya. Cuma, korang siapkan tisu sekotak sebelah korang masa mengopek bawang untuk dibuat bawang goreng. Kjee rendam bawang ros dalam air barulah Kjee start kerja membuang kulit dan mericik. Bukan ada petua apa2, cuma tak nak kulit bawang melayang2 satu dapur.

Kjee tak pula menangis tapi Nadia yang duduk sebelah menonton, pulak yang mula pedih mata. Hehehe.

Lauk ini manis dan pedas, kalau bubuh cili kering lebih. Tapi Kjee makan di restoren nasi Kandar, ianya tak lah pedas tapi Kjee mintak cili hijau sebagai ulam.

BAHAN2NYA:

6 ketul ayam (½ ekor)
2 mangkuk taufoo faa bawang yang telah dimayang
cili kering kisar (ikut kepedasan yang diperlukan)
½ botol kicap manis (Kjee guna cap kipas udang)
1 kayu manis
5 biji buah pelaga
1 bunga lawang

CARA:

1. Bawang yang telah diricik (mayang) dibuat bawang goreng. Hati2 jangan hangus nanti lauk jadi pahit. Kemudian Kjee suruh Nadia tumbuk.
2. Ayam dibersihkan dan dikasi garam dan kunyit. Goreng ¾ masak. Asingkan.
3. Tumis lada kering kisar hingga terbit minyak atau garing. Boleh guna minyak goreng bawang tadi. Masukkan tiga sekawan. Kacau2.
4. Kemudian masukkan kicap. Kacau.
5. Masukkan pula bawang goreng yang telah ditumbuk atau dikisar. Kacau sampai rata.
6. Masukkan ayam dan perlahankan api. Ratakan bahan2 tumis dengan ayam.
7. Apabila dirasakan sudah cukup mesra hubungan ayam dengan bahan tumis, tutup api dan hidangkanlah.

Oleh kerana kali pertama buat, maka Kjee dapati kalau Kjee bubuh lebih sikit cili kering kisar lagi sedap. Tapi Nadia kata cili hijau banyak. Kunyahlah kalau nak pedas. Lauk ini kalau dipadankan dengan nasi jagung, dalca dan acar rampai sedap kan? Unclepali kata macam lauk kenduri.


274. Jalan2 Cari makan - Western Food @ Arima Classic




mixed grill


braised lamb shank



Tadi Kjee beri pilihan kepada Unclepali nak makan apa for dinner. Maklumlah birthday boy kan? Kjee suruh dia pilih antara Chinese Muslim Food di De Templar along MRR2 Highway, makanan Sunda Wong Solo di Jalan Raja Alang, Kpg Baru atau western di Arima Classic AU2, Taman Keramat.

Unclepali dan Nadia pilih Arima Classic, di Medan Selera AU2, Taman Keramat sebab dia tak berapa sihat dan malas drive jauh2. Entah kenapa kalau birthday salah seorang dari kami bertiga, seleranya lebih kepada makanan Barat. Tak kisahlah dimana, samada Tony Romas, Outback ataupun Arima Classic.

Agaknya sudah empat tahun kami tiga beranak mengenali Arima Classic. Kami discover secara kebetulan. Dulu kami ke medan selera di situ sebab suka makan makanan Siam di salah sebuah daripada 20 buah gerai. Kalau Kjee tak silap, gerai Tom Yom kesukaan kami ialah Kerisik.

Apabila orang tanya di mana Arima Classic, Kjee selalu kata bersempadan dengan Eon Jaya Jusco. So ramai yang fikir Arima Classic ini dalam bangunan JJ. Tapi sebenarnya di Medan Selera MPAJ di situ.

mushroom soup & garlic bread
Tekak Kjee memang cerewet kalau makan makanan Barat yang dibuat orang Melayu. Kekadang tu, makanan dia nama je gah. Tapi bila makan hampeh. Pernah Kjee makan steak di sebuah restoren di Kpg Baru yang berbentuk kapal kayu. Steak yang dihidangkan sejuk. Kjee rasa baru keluar dari peti ais (dibuat banyak2 sebab takut tak terlayan customer yang ramai) dan dibiarkan pada suhu bilik.

Kjee panggil waiter tanya kenapa steaknya sejuk. Waiter tu pandang Kjee macam Kjee ni datang ntah dari planet mana. Eh akak...inilah cara orang makan steak. Nadia cepat2 urut peha Kjee dari bawah meja. Takut Kjee hangin. Hehehe tak pernah dengar orang makan steak sejuk tau! Apapun, that's the first and last time Kjee ke sana.

Selepas itu, dah maleh nak layan orang Melayu jual makanan Barat di gerai2 sehingga Kjee terserempak dengan Arima Classic. Kali pertama singgah situ, Kjee tengok ramai orang. Arwah mak kata kalau nak tahu makanan sedap atau tidak, pergilah ke gerai yang ramai orang!

Kjee pun duduklah dengan Nadia dan Unclepali. Wah menunya ada pelbagai. Ada braised lamb shank! Isyhhh biar betul. Mana ada gerai Western Melayu yang buat braised Lamb Shank. Itu favourite kami kalau ke Secret recipe!

chicken ala classic
Kjee pun order lamb shank. Unclepali dan Nadia order apa, Kjee dah lupa. Tetapi selepas itu, kami mengunjungi Arima sekurang2nya tiga atau empat kali seminggu, Sampaikan selepas tiga bulan, dah tak larat lagi nak jamah makanan Barat!

Rupa2nya taukeh Arima Classic (gabungan nama Arie dan isterinya Ima), pernah bekerja di hotel. Isterinya seorang Chef yang belajar culinary art di UniTar (kini UniRazak) sementara Arie pula Chef hotel. Patutlah makanan dia bertaraf hotel.

Antara menunya selain Braised Lamb Shank ialah Mixed Grill, Grilled Fish Nepolita, Spaghetti Aglio Olio, Stuffed Chicken with Spinach dan banyak lagi. Selain Braised lamb Shank, Kjee juga suka Fish and Chips Arima Classic. Lain daripada yang lain. Begitu juga kalau bawak anak2, cuba order grilled sausage. I also like!!

Menu airnya pun lain dari yang lain. Ada jus Avocado, Air Selasih, Lin Chi Kang dan macam2 lagi.

Tadi Kjee makan Mixed Grill yang mengandungi pilihan ayam, daging dan lamb sementara Unclepali makan Chicken ala Classic. Nadia makan Mushroom Soup dan garlic Bread jer. Hmmm anak dara nak jaga body kan. Hehehe.
grill fish nepolita

Harganya? Jika dibandingkan dengan kali pertama Kjee datang, Lamb Shank berharga RM18 sekarang dah naik RM20. Rm2 jer beza. (Kalau dibanding dengan Secret recipe harganya RM30 selepas plus plus). Rasanya hampir sama!

Kita kena faham bahan2 semua dah naik harga. Tetapi if you pay peanuts you get monkeys. Harganya berbaloi dengan apa yang Arima hidangkan. Kjee selalu pulang dalam keadaan perut yang senak sebab mereka memang generous dari segi proportions!


Apapun, Kjee bagi 4 bintang (bagi kategori gerai) untuk Arima Classic.

Kalau mahu ke Arima Classic, alamat mereka adalah seperti berikut : No2, Medan Selera AU2 (FELDA), Taman Keramat, Selangor.
Tel: 0126679620