Friday, April 1, 2011

184. Kuih Bakar Labu

acuan tembaga dah tiga generasi
bakar dulu atas dapur hingga kerak keliling
satu bancuh jadi 3 biji kuih
Kjee jarang2 buat kuih bakar labu ni. Tapi oleh kerana kecur tengok dalam wall Kongsi Resipi, Kjee buat jugaklah. Selalunya Kjee hanya buat kuih bakar daging.

Memang sedap sangat dan tak susah buat. Tapi Kjee rasa resipi asalnya terlalu manis untuk tekak Kjee. Kjee memang kureng suka sikit makanan manis walaupun Nadia kata manis resipi asalnya ni okay. Tapi dalam resipi kat bawah ni, gulanya Kjee bagi sukatan resipi asal yang telah Kjee convert ke sukatan cawan untuk memudahkan kawan2.

Resipi asal guna santan tapi Kjee guna susu cair jer. Kjee rasa lebih sihat. Kalau nak bubuh santan, terserahlah. Resipi asalnya bubuh pewarna kuning tapi Kjee tak guna sebab labu dah elok kuning. Kjee guna telor omega. Warnanya dah oren menyala. Tapi kalau rasa nak kuning lagi, bolehlah tambah. Polis sure tak tangkap.

BAHAN2NYA:

1½ cawan labu lecek (rebus dan lecek)
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1½ cawan susu cair ideal/santan pekat
4 biji telor
secubit garam
1 sudu teh vanilla
sedikit minyak sapi atau majerin

CARA:
Panaskan oven suhu 100, api atas sahaja. Pukul telor dan gula hingga kembang. Masukkan susu/santan dan kacau sampai rata. masukkan tepung. kacau hingga sebati dan masukkan labu lecek serta garam dan vanilla.
Kacau sampai sebati. Panaskan oven. Kjee guna acuan tembaga jadi masaknya cepat sikit daripada acuan biasa. letakkan acuan atas dapur, bubuh kira2 1 sudu besar minyak sapi. tunggu sampai panas kemudian tuangkan bacuhan hingga tiga suku paras acuan. Masak atas api perlahan sehingga timbul kerak di keliling acuan. Kemudian masukkan dalam oven dan bakarlah guna api atas sahaja. sebelum masuk oven kalau nak tabur sedikit bijan pun boleh tapi kjee tadi tak de stok. Bila sudah cukup garing dan masak (cara cucuk dengan lidi di tengah2 kuih), keluarkan dari oven dan keluarkan terus dari acuan. Ulang sampai habis semua bancuhan. Bancuhan ini jadi 3 biji kuih. Terima kasih kepada penyumbang resipi.

(Kali kedua Kjee buat, kjee masukkan telor, tepung, gula perang, susu, vanilla dan labu yang telah direbus dan potong dadu ke dalam blender dan Trrrrrrr sampai halus)

2 comments:

  1. nor dah buat ikut betul sukatan kjee cuma lebihkan susu dan labu....trrrrr je gan blender tak jumpa cari acuan pecah 5 tu boh je dalam loyang bako 45 menit siap sedap lemak merdu....norasmah

    ReplyDelete
  2. yang ni mesti sedap...sy penah guna labu wat cekodok je...hihi..nanti blk kg leh try kat sana...mesti seronok mak n wan saya...

    ReplyDelete