Friday, April 1, 2011

185. April Fools Day!

Add caption
foto2 ehsan Mr Google
Malunya Kjee apabila teringat zaman dolu2 dimana 1hb April adalah hari yang ditunggu2 oleh Kjee dan kengkawan yang giler2. Macam2lah dilakukan untuk mengenakan mereka di hari itu.

Kami (ketika itu wartawan di NST group), yang pakar dalam bab mengenakan kengkawan, bukan main plan lagi macam mana yang kenakan budak2 innocent. Apapun, kebanyakkan pranks tu Kjee dah tak ingat.

Tapi kalau tak silap Kjee, ibu dan ayah Joe Flizzow - Haji ishak Nengah dan Hajah Aishah Ali, berkahwin pada tarikh tersebut. Sewaktu dia orang umumkan nak kahwin pada hari itu, kami semua tak percaya. Kami syak dia orang nak kenakan kami di April Fools Day. Tapi rupa2nya tidak. Haji Ishak dan Hajah Aishah adalah wartawan di kumpulan The New Straits Times, di zaman Kjee dulu.

Cuma Kjee ingat satu prank yang Kjee kenakan pada Nadia. Ketika itu Kjee baru jer belikan motorsikal baru jenama Mosqito sekitar tahun 2005 untuk dia. Agaknya masa itu Nadia baru dapat motorsikal itu kira2 seminggu. Kjee memang tak ada rancangan nak kenakan Nadia.

Seperti biasa, Kjee bangun jam 4.30 pagi pada 1 April 2005, untuk masak sebelum ke kedai selepas subuh. Kjee turun dapur sorang2. Sebelum itu intai kat luar dan nampak motor baru Nadia di luar. Kjee pandang motor pastu tetiba dapat idea. Senyum sendirian pastu terus ke dapur. Siap kau Nadia!

Kemudian pada kira2 jam 6 pagi, Kjee dengar Nadia bukak pintu biliknya. Kjee cepat2 lari ke tangga dan jerit suruh dia cepat2 turun. Nadia pun berlari turun diikuti Unclepali yang turut terjaga dengar kecuh2.

Sampai separuh tangga, Kjee buat muka panik. Kjee cakap Nadia kenapa tak kunci gate ketika nak tidur malam tadi. Hah sekarang kan dah susah!

Nadia yang masih mamai, tanya kenapa? Kjee kata motorsikal baru dia dah dicuri orang!! Apa lagi, Nadia pun meraung sambil berlari turun tangga dan bukak pintu dengan diikuti Unclepali yang turut terkejut beruk!!

Sebaik sahaja Nadia bukak pintu, Kjee jerit APRIL FOOL!! Punyalah dia bengang. Unclepali pun marahlah berbakul2 kat Kjee kerana pagi2 buta buat lawak bodoh! Itulah bahayanya kalau dapat mama seorang pelakon kan? Kahkahkah.

Sampai ke hari ini, apabila masuk tanggal 1 April, Nadia siang2 dah bagi warning jangan nak kenakan dia. Tak der lah. Kjee kan dah tua. Tak kuasalah nak main2 bende cam tu lagi.

Apapun, April Fools Days ini bukan budaya kita. Kononnya untuk meraikan mereka yang bengap. So tak payahlah ikut yer. Tapi seronok jugak kalau kenakan kengkawan yang innocent yer. Hehehe

4 comments:

  1. hehehe memang masa zaman2 sekolah dulu hari April Fool's ni memang ngeri.. kena kalo geng2 yg brutal. rindu dgn zaman persekolahan era 80an dulu :)

    Recently: seLamat haRi laHir bUat yaNg terSayang

    ReplyDelete
  2. Akhirnya habis jugak sy bc entry kjee dr no 1 smpai yg terkini...5 hari tekun membaca tanpa jemu,sarat dgn pengisian, humor dan nasihat...teruskan menulis. wasalam. ila

    ReplyDelete
  3. Ila: Lima hari? wow! terima kasih atas kesudian membaca. setelah itu, pasti tiada lagi yang perlu awak tahu mengenai diri Kjee ni. hehehe

    ReplyDelete
  4. N3 kjee psl april fool...mengimbau kembali kenangan di alam persekolahan.skolah agak jauh.so t'paksa naik basikal.satu hari tu masa nak balik,cepat je kaki melangkah ke arah deretan basikal.nak cepat punya pasal.dah x toleh kiri kanan.letak jer beg kt belakang,kaki pun menolak tongkat basikal.pom..pom...pommmm...opocotttt.basikal saya tolak.so basikal2 yg berderet tu pun ikut jatuh sama. xcukup tanah saya lari.terkejut ya amat...saya rasa cam toreh muka xberdarah.xtau siapa punya angkara.hingga kini msh m'jadi misteri.nasib baik saya xkojol kat situ.saya jd bahan ketawa.ramai2 dorang gelakkan saya.dorang kata "April Fool"...kjee tau apa yg dorang wt kt basikal saya?.dia ikat mercun.bukan satu tau...(elani)

    ReplyDelete