Saturday, April 2, 2011

188. Astro Buat lawak April Fool?

Apabila rancangan Maharaja Lawak diumumkan kemunculan pertamanya pada 1 April,  Kjee rasa ramai yang tidak sabar menunggu kemunculannya. Maklumlah 'the cream of Malaysia's commedians' akan mengambil bahagian dalam satu rancangan. Rancangan untuk memilih yang terbaik di kalangan mereka yang baik.

Walaupun dirasakan tidak ada beberapa nama yang dikatakan akan menang 'hands down', tetapi apa yang berlaku malam tadi adalah sebaliknya. Peserta 'underdogs' menguasai pentas!

Mamat Khalid yang biasanya seorang juri yang selamba atau mellow, mengeluarkan 'taringnya' di malam pertama. Dalam kelembutan, Mamat bantai. Biru muka kumpulan Jozan yang merasakan diri mereka sudah 'terbaik' dan tidak perlu melakukan persiapan!

Kata-kata 'Itu sahaja yang awak berdua boleh buat' dan 'lawak recycle' terhadap kumpulan Jozan adalah sesuatu yang langsung tidak disangka2 akan terbit daripada mulut Mamat! Ini adalah kerana Johan adalah anak didiknya menerusi filem2nya. Dan Johan cukup menyerlah dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah!

Apapun, ketegasan Mamat menampakkan suatu kelainan yang boleh diikuti dalam Maharaja Lawak!

Tidak disangka peserta seperti Balas, R2, Jambu dan Man paling menyerlah diantara 12 peserta. Nabil juga kena hati2 kerana pentas Maharaja Lawak bukanlah platform untuk dia main2.

Tetapi rasa2nya, yang paling lawak diantara lawak yang dipersembahkan ialah apabila AC Mizal mengumumkan rancangan Maharaja Lawak hanya boleh ditonton secara percuma selama 2 minggu. Selepas itu, mesti berlanggan dengan Astro Warna!

Apakah ini lawak April Fool dari Astro? Aduh! Pedih menusuk kalbu mendengar pengumuman itu. Maknanya, dua rancangan awal ini hanya sebagai 'teaser' atau untuk mengeletek penonton. Selepas penonton gian mengikutinya, semua kena bayar! Kan elok langsung jangan diberikan secara percuma!

Ini adalah kerana Astro mahu duit dari penonton menerusi SMS tetapi sebelum kita mengeluarkan duit untuk SMS. kita kena bayar untuk tonton!!. Boleh diterima dek akal?!!

Rancangan Maharaja Lawak telah mencipta sejarah dengan melakukan sedemikian. Apakah Astro fikir orang yang undi melalui sms akan mengeluarkan lagi duit untuk melanggan rancangan itu?

Mungkin ramai yang tidak perasan sejak akhir2 ini, Astro sebuah stesyen TV berbayar telah mengeluarkan iklan2. Bukan sahaja iklan2 biasa yang diselitkan di sana sini tetapi sekarang ada iklan ala2 Smart Shop yang pernah disiarkan di TV3 dulu2.

Alasan Astro, iklan hanya disiarkan untuk certain channel sahaja. Channel yang percuma!! Percuma? Habis yang kita bayar bulan2 tu apa?

Walaupun Kjee dan Nadia ketawa sampai tergolek2 tengok rancangan Maharaja lawak tadi, tetapi kami memang tidak berhasrat untuk melanggan Astro Warna atau apa sahaja channel Astro demi nak tengok rancangan Maharaja Lawak. Nadia kata kalau nak tengok, selang beberapa hari nanti, carilah kat you tube!

Tolonglah Astro..kalau nak berlawak, pilih hari lain. Bukan on April Fools Day!!

4 comments:

  1. betoi kjee tapi tak pandei nak komen le ...cuma ada lawak yang hambar macam baca buku....astro ni betoi punya buaya telan sungguh duit orang buat rancangan camni dah makan duit nak beli topup sms...nak tengok lawak bodoh pun nak kena bayor rm13 hengget semata2 nak tengok lawak je...dgn cerita ulang 31 hari tak berbalui tol le...

    ReplyDelete
  2. astro ni mmg cekik darah tul: dah la bulan2 bayar lamabt bayar ptg. cerita balik2 yg sama entah bpa x tgk hampehhh tul...nak sambung blik kena 20 henggit x puas2 cekik duit org....

    ReplyDelete
  3. betul10x...setuju sgt2...

    ReplyDelete
  4. malam ni af pulak..adoii..saye awal2 pesan kt anak2 jagn buka af..tgok chanel lain..semua keje astro nak cilok duit org..

    ReplyDelete