Saturday, April 2, 2011

Snek Fucuk Dumplings

Hari ini Kjee buat snek atau kudapan untuk minum petang. Walaupun nampak jer kenit2 tapi Kjee makan lima biji dah kenyang sangat. Hari tu Kjee beli yang frozen kat Sri Ternak tapi isinya ikan. Rasa ala2 fish ball.

Jadi hari ini Kjee buat bubuh isi ayam dan udang dan carrot. Kalau tak suka bubuh udang, gunakan sepenuhnya isi ayam bahagian dada. Atau boleh buat guna ikan. Ikan apapun boleh. Kalau anak2 tak suka carrot, tak payah bubuh. Kita yang buat dia.

Mestilah rasanya lagi sedap kalau buat sendiri, kan? Banyak jugak dapat hari ini. Kalau nak simpan dalam peti ais, kukus separuh masak dulu. Pastu simpan kemas2 dalam bekas kedap udara di freezer. Nak makan baru dikukus.

Jom kita tengok resipi.

BAHAN2NYA:

1 keping isi ayam (bahagian dada)
15 ekor udang sederhana besar (ikut suka)
½ batang carrot disagat halus
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 tangkai daun bawang dimayang halus
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecik minyak bijan (optional)
garam atau sos ikan
lada hitam
2 kepung fucuk direndam sampai lembut

CARA:

1. Ayam dibuang kulitnya dan dipotong kecik2. Pastu masuk dalam blender kering dan kisar sampai halus.   Boleh guna food processor tapi tadi Kjee malas nak keluarkan. Kemudian kisar pulak udang yang telah dibuang kulitnya. Campurkan ayam kisar dan udang dan gaul sampai rata. Masukkan carrot yang telah sagat halus dan daun bawang serta minyak bijan. Gaul rata. Kemudian bubuhlah tepung jagung, serta perasa iaitu kicap/sos ikan atau garam. Kalau suka boleh bubuh sedikit msg. Gaul lagi sampai rata guna spatula. Okay paste dah siap.





2. Potong fucuk 4"x4" pelan2 takut ia koyak. Letak atas pinggan. Ambil satu sudu paste dan letak atas fucuk tadi. 











 tangan ehsan nadia. hehehe





3. Kemudian gulung.
















4. Kemaskan tepinya.















5. Susun dalam kukusan. Air mesti melegak baru dikukus.
















6. Kukus selama 25 minit atau sampai masak.










7. Makan dengan sos cili.










Related Posts:

  • 136. Vadey/masalodehpening fikir nak buat apa untuk breakfast pagi esok? hah kalau ada kacang dhal, baik cepat2 pergi rendam. nanti bolehlah buat vadey atau masalodeh. anak2 kan tak sekolah, suruh dia orang joint venture tolong. tak susah langs… Read More
  • CUCUR NASI IKAN BILIS PEDAS LETAK JAGUNG Kjee tertarik nak buat Cucur Nasi ni apabila singgah di beberapa blog masakan termasuk Dapur Tanpa Sempadan milik Adnan Ibrahim aka Mat Gebu. Ini bukan kali pertama Kjee buat. Dah tiga kali. Dan rasa-rasanya … Read More
  • TAHU BAKAR SOS PEDASkjee dah kata hari tu kalau otak dah beku tak tahu apa nak tulis atau kalau sibuk buat skrip, kjee akan masukkan entry resipi. kali ni, kjee nak bagi korang terliur dengan resipi tahu bakar. ini antara makanan favorite kjee.… Read More
  • omelete kacang panjangsudah lama betul tak buat telor dadar kacang panjang ini atau omelete kacang panjang. dulu kjee pernah makan kat satu restoren dibawah pejabat kat Taman Setiawangsa. Suaminya orang Melayu dan isterinya nyonya Singapura. na… Read More
  • MASALODEH YANG RANGGUP Buat sikit jer hari ni untuk breakfast. Sorang 3 biji. Tapi bahan-bahannya Kjee buat lebih, simpan dalam fridge. Lepas Maghrib nanti goreng lagi untuk kunyah2 tengok final Pesta Bola Merdeka… Read More

11 comments:

  1. wahh..nampak sangat sedap..kena try ni =)

    ReplyDelete
  2. kak gee.. fucuk tue tauhu yg nipis ke??

    ReplyDelete
  3. lg berselera bila npk jari2 nadia yg panjang2 n cantik 2...hehhehe

    ReplyDelete
  4. nampak sedap..
    maklong mesti try ni..

    ReplyDelete
  5. mana nak dapat fucuk tu? maksudnya k.Jee beli dekat mana yer?? kadang2 bahan2 mcm ni bukan senang nak cari, gi pasaraya jenuh mencari tak jumpa jugak, teringin nak buat, tapi sedih sebab bahan2 tak jumpa

    ReplyDelete
  6. resepi simple nampak sedap nak cuba ni.....norasmah

    ReplyDelete
  7. fucuk susah dapat? eh kan berlambak kat mana2 supermarket dan pasar.

    ReplyDelete
  8. best ni k jee. selalu dok bli yg siap jer. boleh la torai nih

    ReplyDelete
  9. kak gee sy dah beli kulit tauhu smlm... tgok la ptg kamg try buat... x pun esok ke... kalau free

    ReplyDelete