shidah bersama suaminya (kanan) selepas kjee dan unclepali nikah |
Ketika kengkawan dilanda musibah, Kjee cukup sayu kalau tidak menjadi orang pertama yang pergi jenguk dan bertanya khabar. That's What Friends Are For. Kjee bukan ada harta, ada wang ringgit untuk membantu tapi kalau sekadar mendengar, mendakap dan beri sedikit masa mendengar rintihan hatinya, itu Kjee rasa sudah lebih daripada mencukupi.
Semalam Kjee ke rumah Sharifah Rosidah dan suaminya yang Kjee panggil nama singkatan dia SB. Mengeletar lutut Kjee yang baru hendak menyuap makan tengah hari Ahad lalu apabila Shidah telefon kata dia dirompak. Rasa macam nak terbang jam itu jugak pergi jumpa dia.
Minggu lepas adalah minggu yang penuh airmata buat Kjee. Mula2 Deena Sulaiman kehilangan anak kecilnya arwah Yasmin Damia. Sepanjang dua minggu lahirnya arwah ke dunia ini, hari2 Kjee tunggu khabar Deena yang tinggal di Langkawi. Kjee bukannya kenal lama dengan Deena tetapi pertama kali jumpa dia dua bulan lalu, hati Kjee cukup terpaut dengan wanita bertubuh kecil molek ini.
Kjee menangis dari jauh. Cuba kawal perasaan Kjee mengingati betapa sedihnya Deena ketika ini. Arwah Yasmin meninggal dunia genap dua minggu setelah dilahirkan. Itu Jumaat lepas.
Kemudian, Ahad, kawan baik Kjee yang Kjee anggap macam adik Kjee iaitu Sharifah Rosidah pula ditimpa musibah. Kjee kenal Shidah kira2 11 tahun lalu. Tanpa Shidah dan suaminya SB, tak pasti Kjee berkahwin dengan Unclepali. Beliau dan suami beliaulah yang menyusun segala2nya sehingga kami berjaya dinikahkah sebagai suami isteri. Mereka telah berhabis duit untuk memastikan Kjee dan Unclepali menjadi suami isteri walhal masa itu kami baru saja kenal beberapa bulan! Bukan itu sahaja, kakaknya arwah Bahyah turut menghadiahkan cincin perkahwinan buat Kjee! Al Fatihah.
bersama deena |
Semalam Shidah tidak putus2 terkilan Kjee sanggup pergi menjenguknya walaupun dalam keadaan Kjee yang tidak sihat. Sebelah siangnya, Kjee diserang gastrik yang amat dasyat hingga terlantar di sofa. Tetapi hati Kjee tetap ingat Shidah dan keluarganya. Ingin sama2 berkongsi penderitaannya.
Sebelum maghrib, Kjee call Shidah. Dia tak benarkan Kjee datang kerana tak sihat tapi Kjee tetap berkeras hendak berjumpanya. Tak henti2 dia marahkan Kjee kerana sanggup turun ke Teluk Panglima Garang, Banting dari rumah Kjee di Taman Melawati.
fija ketika Kjee kenal dia dulu |
Kjee tahu ketika kita dilanda musibah, ketika kita kesedihan, hanya kata2 serta sokongan moral kengkawan yang boleh beri kita semangat untuk teruskan kehidupan ini.
Kjee merasakan diri Kjee semakin kuat dan bersemangat apabila ramai kengkawan Kjee di alam siber yang seringkali bertanya khabar dan mendoakan kesejahteraan Kjee. Terima kasih semua.
Apapun, Kjee masih pasang niat untuk melawat seorang lagi 'adik' Kjee iaitu Mn Fija yang mengidap kanser tahap 4. Beliau tinggal di Johor Baru dan baru sahaja pulang dari mengerjakan Umrah. Kjee teringin nak jumpa Fija. Kjee harap, allah swt panjangkan umur Kjee bertemu beliau. Fija adalah bekas wartawan dan junior Kjee dalam bidang itu dulu.
terharu dan deena hargai sgt.. wlau masih dlm kesedihan tak byk skit deena bertambah semangat bila kjee dan teman2 yg lain tak jemu-jemu memberi kata semangat dan doa buat arwah yasmin.. kadang sukar utk deena trima apa yg terjadi pd deena.. :(( thanks kjee.. luv u..
ReplyDeleteThat's What Friends Are For Deena!
ReplyDeletekak jee...saya pun bharap di kelilingi sahabat2 yg sentiasa mberi semangat dan perangsang dan dalam masa yg sama semoga saya juga mampu menjadi penguat semangat utk yang lain......that's what friends are for........
ReplyDeleteTerima kasih kjee....hanya Allah swt yg dapat membalas kasihsayangmu curahkan padaku & yang lainnya.....semoga Allah limpahkan rahmat keatas dirimu sekeluarga................amin..
ReplyDelete