Hmm tak boring ke makan nasi goreng hari2? Mana ada hari2. Baru dua kali Kjee buat tapi dua hari berturut2 sebab tak tahu samada nak pergi meeting ke tidak hari ni. Last2 kensel lak meeting, so terpaksalah masak yang simple2 jer.
Arwah bapak Kjee boleh mengamuk kalau mak masak nasi goreng. Dia kata hanya bini malas jer masak nasi goreng? Ya ker? Marah isteri2 kat luar tu kalau suami mereka cakap macam tu. Mahu periuk belanga melayang karang. Hehehe
Apapun, untuk nasi goreng ni tak payahlah bagi resipi. Sama cam semalam except Kjee guna cili ijau, cili api dan belacan. Cara masa sama cam semalam. Pastu goreng ikan masin. Bila dah garing, dihancur2kan dan masuk dalam kuali sebelum padam api lepas memasak nasi goreng ni. Oh ya, Kjee turut bubuh sikit udang kering dan blend dengan cili dan belacan..
Yang hijau atas nasi itu adalah timun. Itulah cara memotong timun untuk Laksa Johor. Tapi masa racik haluslah sikit. Kjee suka sangat makan timun yang dipotong cara ini kalau makan nasi goreng.
Apa lagik hah? Oh ya telor dadar tu unclepali yang buat.
Kjee dear... kita pun goreng nasi untuk breakfast. Tapi kan, kita ingat nak makan nasi goreng cili padi, tapi bila cari buku resepi kita, semuanya menyorok ntah ke mana. Pengabisannya, kita belasah je masuk apa yang tercapai dek tangan. Haha... janji kita dan mak kita kenyang... hehehe...
ReplyDeleteOh ya Kjee, kalau Kjee ada masa, silalah ambil award kat my blog ye.
http://mamafami.blogspot.com/2011/04/cutie-strawberry-rolls.html
kak jee..
ReplyDeletesaya pun ada masa masak nasi goreng juga kalau kat peti sejuk tu dah 'kering' ataupun ada banyak sangat kerja nak kena settle (office saya kat rumah)
n kadang2 cik abang pun suruh masak nasi goreng untuk dinner.. TAPI.. siap dengan telur dadar.. kailan ikan masin.. sup tulang siam style.. sesekali dia nak makan style kat kedai pulak..
so.. takde istilah malasnya.. hehhehe.. kalau malas.. nasi goreng pun tak nampak bayang.. kedai je laa.... kann..
~ nana ~
potong timun cam tu bila buat pecal ade wak ajar masa zaman sekolah dulu...la ni makan nasi goreng suka suruh man buat dia buat simple tapi sedap...tapi dia suka kata nor bagi alasan sebab malas ...norasmah
ReplyDeletesuami yang mencontohi nabi muhammad saw tidak akan komplen masakan isterinya. kalau suka makan, kalau tak suka, tolak dengan cara yang baik...insha Allah barakah
ReplyDelete