Thursday, April 7, 2011

203. Sumber Inspirasiku

Salam semua. Hari ni ada mood lak nak masukkan entry pepagi buta ni. Tetiba jer Kjee rasa dapat inspirasi. Nak menulis ni mesti kena dapat inspirasi barulah boleh menulis.

Tiga bulan dulu masa nak bukak blog ini, selain daripada sumber inspirasi daripada Unclepali, Kjee sebenarnya kagum dengan beberapa blog yang Kjee dok follow dalam diam. Antaranya Dapur Tanpa Sempadan klik sini, blog MamaFami's Spice n Splendour klik sini dan a few bloggers politik cam rbf dan Papagomo.

Pompuan tetap pompuan. So ruangan masakan lah jadi perhatian lebih pada Kjee. Habis tu takkan nak follow blog fesyen. Nak berfesyen apa lak kalau bodi dah macam tong boreh! Kat FB pun Kjee galaklah post resipi2 dalam Notes Kjee.

Tapi bila tengok blog Che Mat Gebu dan MamaFaMi, terus teruja. Tapi Kjee tahu kemampuan Kjee takat mana. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan nak diduga. Kjee tak nak jadi bahan ketawa orang kelak kalau nak tunjuk terer memasak sedangkan pengalaman baru sedepa.

Mungkin nasib Kjee baik sebab ramai dah tahu Kjee ni penulis...bekas wartawan. So tak lah susah dia orang nak follow blog Kjee ni. Unclepali paling seronok bila Kjee menulis kat blog. Dia antara follower yang setia. Dia nasihatkan Kjee hati2 ketika menulis sebab dia tahu tulisan Kjee nanti 'tiada sempadan'. Dia kenal sangat cara orang rumah dia ni yang kalau tak kontrol, bahaya!! Hehehe.

Tapi Kjee menulis laju sangat sampai tak terkejar dia membacanya. Tetapi banyak mana pun pengalaman Kjee setelah hidup berabad2 lamanya ini, boleh kering gak idea. Especially, sambil menulis, kena memasak dan juga kena kerja. Ada kerja ada gaji. Kerja Kjee kalau korang masih tak tahu adalah menulis skrip.

Tapi sejak dua menjak ni, badan dah kurang stamina, otak pun jadi lemah. Buat apa serba tak kena. Mengadap skrip dua jam, tolak tepi sebab ada jer yang tak kena. Kejap gastrik, kejap migraine kejap semput. Ini semua tanda2 I'm over the Hill...rumah dah kata pergi kot.

Kekadang malu Kjee nak mengadu kat Unclepali bila Kjee sakit. Boleh dikata hari2 ada jer sakit. Lutut dah lama tak sakit sangat. Dah boleh laju sikit jalan walaupun tetap naik wheelchair kalau dibawak Unclepali dan Nadia ke shopping compleks dan sebagainya.

Isnin lepas Kjee ke Kampung Sesapan Rembau sebab ada orang rekemen tentang kehebatan Haji Zubir mengubat penyakit aneh. Unclepali bawak Kjee ke sana. Tak pernahlah Kjee tengok cara pengubatan yang begitu simple.

Masuk jer ke dalam rumah Haji Zubir, dia tengah mengurut seorang makcik yang lumpuh. Sekarang dah boleh gerak2kan badan dia. Siap menyanyi lagi Haji tu (bukan menjampi hehehe) lagu2 cinta. Khabarnya dia gemar berkaraoke.

Haji Zubir bagi Kjee ubat untuk legakan semput Kjee dulu. Kjee bukan asthma tapi ada banyak lendir dalam paru2 sampai susah nak bernafas. Dah 3 hari Kjee makan ubat dia. Alhamdullilah ada nampak perbezaan. Sepatutnya pergi lagi hari ini tapi ubat ada lagi. Entahlah tengoklah kejap lagi kalau Unclepali nak pergi.

Pak Haji tu kata kalau datang lain hari nanti nak ubat lutut supaya boleh jalan semula! Dah dua tahun Kjee tak boleh jalan...kalau setakat dari bilik tidur ke dapur yang jauhnya sekangkang kera je bolehlah. Kalau Kjee dah boleh jalan nanti, akan Kjee war war kepada semua yang berpenyakit untuk jumpa pak haji ni. Insya Allah.

Tak tahulah camner Kjee boleh teruja apabila kawan Kjee, Aja (Atchinaa Kashmir), yang Kjee kenal masa meniaga dulu syorkan Kjee pergi berubat kat Sesapan Rembau ni. Ini first time Kjee berubat cara kampung. Maklumlah selepas gi spital dan nampak sendiri X-Ray lutut Kjee, Kjee dah maleh nak layan ubat cara tradisonal. Ubat lutut Kjee cuma operation. Dan Kjee percaya cakap doktor.

Oklay itu jer yang Kjee nak tulis kali ni. Hari ni nak happy2. Semalam seharian menangis. Hari ni dah rasa okay. Mungkin semalam adik bongsu Kjee dalam kesakitan sebab itu Kjee 'boleh rasa' dari jauh. Hati Kjee kata hari ni dia dah okay sikit. Kalau korang tak tau apa yang Kjee maksudkan, bacalah Entry 200 berjudul Salahkah Ibu mengandung?

Hmmm tetiba rasa cam nak pergi Sesapan Rembau lak. Hah nak gi cari satu kedai antik yang CMG cakap hari tu. Masa first time pergi tak sempat. Masa tu mood Unclepali kureng so tak berani bukak mulut suruh ke sana ke mari.

8 comments:

  1. Assalamualaikum kak jee....salam perkenalan dari cek....cuma org2 biasa ...tak sepopular kak jee...setiap org ada kelebihannya....kak Jee akan tetap hebat jadi seorang penulis....dan akan tetap hebat dari dapo kak Jee....cek follow kak Jee dah....:-)

    ReplyDelete
  2. Salam, KakJee, patut dah lama tak nmpk KakJee berlakon. Lepas tau dr Hasue psl blog kakJee ni teruslah terjah ke sini. Salam Perkenalan ya, KakJee, dari kaca tv dulu kakJee tak kenal sy, sy kenal KakJee, di alam maya ni harapnya sy dpt lebih mngenali kakJee, kami skeluarga amat mminati lakonan KakJee, smoga Kak Jee dpt bjalan semula nt, insyaAllah... Amin.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum K.Jee,,nnti blh la syer detail & alamat HJ Zubir tuh yer,,sbb nak cuba jg rawat sakit my parent tuh..lgpun sesapan rembau dah dokek ngn kg den dah tuh..Sharing is caring yer kak..semoga akk cepat sembuh hendaknya :)TQ

    ReplyDelete
  4. Assalam Kak Jee, dulu2 lagi dengar berita Kak Jee tak sihat. Mak mertua saya pun mcm tu juga, seminggu sekali jumpa pakar sb lutut bermasalah. Nak buat mcmna, umur meningkat ni mcm2 penyakit, sabar ye...Kak Jee tak cuba Hi-Goat?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum K.Jee,moga2 k.Jee terus sembuh dan sihat ceria la dari sakit2 tu dan diberi ruang selalu untuk menulis di blog nih...Ummi pun selalu lalu lalang sejak CMG perkenalkan yg K.Jee wartawan ni dah ada blog...hehehe... Bagus jugak k.Jee bg info ttg Haji Zubir tu, mana tau ramai yang nak berubat dgn dia kan...hehehe

    ReplyDelete
  6. salam kjee ..sumber inspirasi yang khusus takde tapi bila jumpa kjee nor suka jadikan kjee idola coz kjee kuat semangat ..tentang sakit lutut tu takmau komen sebab nor pun sakit lutut nor nak try juga ubat hj zubir tu sebab sebelum ni nor ade berubat juga dgn tokwan ni tapi tak menjadi walaupun ade yg sembuh pulih ...agaknya nor yg tak bersungguh tapi bab nak ajak man p tempat2 macam kjee kata ni ok dok angin tak baik pun dia ikut ragam nor..beruntungnya dapat lakicamni...tapi nor bukan queenqontrol..norasmah

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum k.Jee, semoga k.Jee lekas sembuh.. aminnn...
    satu lagi, kita link blog akak kat blog kita yer? (thanks in advance) senang2 round la kat blog kita yg tak berapa best tu ye

    ReplyDelete