Friday, April 8, 2011

204. Kjee Cuba Ubat Alternatif







Letih sangat lepas balik dari Kpg Sesapan Batu Rembau petang tadi. Masa balik, kami singgah kat Semenyih beli durian. Pastu singgah pulak Kajang untuk makan Mi Bandung Muar yang famous kat situ.

Kjee dan Nadia memang hantu durian. Tapi apabila Unclepali tak suka makan, minat kami pun tetiba menjadi kurang.

Tapi bila dah dua kali pergi Beranang dan tengok jer satu gerai tepi jalan kat situ yang cam happening jer, tadi kami singgahlah. Murahlah berbanding dengan durian yang kami beli kat Sri Rampai minggu lepas. Paling mahal rm10 sekilo. Kat Sri Rampai sampai rm25 sekilo. Unclepali beli ari tu yang rm15.

Oklah Kjee bukan nak merapu pasal durian tapi perubatan secara alternatif. Kjee pernah cuba berubat secara homeopathy di sebuah klinik di Selayang. Doktor tu scan penyakit kita guna komputer. Lama jugaklah Kjee ulang alik ke klinik tu. Tapi, sayangnya, tak der apa2 perbezaan.

Kemudian Kjee berubat lak kat sinseh. Habis beribu jugaklah. Siap berbekam,  urut dan jugak akupuntur. Sakit lutut Kjee tak jugak baik2.

Selain itu, Unclepali bawak balik kampung dan mak mertua bawak jumpa seorang ustazah kat situ. Tak ada perubahan jugak.

Akhirnya, Kjee give up. Layan jer lah sakit lutut. Nak buat camner kan? Ada teman lama hadiahkan kerusi roda yang buatkan hidup Kjee kembali ceria.

Tapi Unclepali tak pernah give up urut tapak kaki Kjee ala reflexology. Reflexology cara Unclepali. Dia browse internet dan belajar guna Kjee sebagai eksperimen. Kekadang Kjee sedih, kekadang malu. Mana tidaknya. Patut kita yang mengurut suami tapi terbalik kot. Tapi dia kata dia suka buat.

Kjee rasa hampir 6 tahun Unclepali urut Kjee. Pernah mula2 dulu kami pergi ke tukang urut orang buta di Jalan Ampang. Sekali urut Rm30. Tetapi oleh kerana tempat urut tu tingkat atas satu bangunan kedai, susah untuk Kjee memanjat tangga. So Unclepali ambilalih dan urut Kjee.

Kjee tidak menolak kemungkinan hasil urutan itu buatkan lutut dan kaki Kjee semakin kuat sejak akhir2 ini. Dalam rumah pun sekarang Kjee dah kurang guna tongkat. Tapi jalan taklah laju sangat. Kalau nak cuci pinggan kena duduk di kerusi. Kalau tidak, pinggang rasa cam nak putus. Tapi biasanya kerja2 itu dibuat Unclepali atau Nadia.

Kjee memasak sambil duduk. Unclepali sediakan dapur khas yang parasnya sama dengan Kjee ketika duduk.

Sejak Isnin lepas, Kjee pergi pulak kepada Haji Zubir Suliman di Kpg Sesapan Batu Rembau, Beranang. Mula2 dia bagi dua jenis ubat yang berbentuk kapsul. Ubat itu untuk meredakan semput. Kjee bagitau dia kekadang susah nak bernafas. Rupa2nya terlalu banyak lendir dalam dada. So mula2 dia suruh redakan dulu semput.

Ubat satu satu dulu, katanya.  Khamis datang lagi, pesan Hj Zubir. Hj Zubir tak letak harga. Berapa suka bagilah, kata dia. Masuk jer ke dalam kereta masa nak balik, Kjee terus telan ubat yang diberi.

Sampai rumah Kjee kena gastrik teruk! Nadia ingatkan yang Kjee tak boleh makan ubat jenis kapsul sebab 'kelonsong' ubat itu bergeseran dengan luka dalam usus Kjee. Itu yang diberitahu oleh seorang sinseh yang Kjee pergi dulu. Dia suruh keluarkan serbuk dari kapsul, bancuh air dan minum.

Kjee pun buatlah seperti yang disarankan sinseh itu. Terus baik gastrik Kjee. Alhmdullilah.

Tiga hari setelah Kjee makan ubat Hj Zubir termasuk sejenis teh herba yang dikatakan boleh 'ringankan' sikit badan Kjee, pagi tadi Kjee dah boleh jalan tegak. Heran jugak kan. Selalu Kjee jalan membongkok macam nenek kebayan.

Unclepali perasan tapi dia tak berani tegur. Apabila Kjee beritahu dia, dia senyum. Nampak sangat dia happy sebab ada perubahan. Katanya, mudah2an berubat kali ini mendapat berkat Allah Swt.

Kjee baru jer lepas urut dengan Unclepali lagi tadi. Masa jumpa Hj Zubir, dia tak urut Kjee. Dia cuma periksa nadi dan pegang tulang belakang Kjee. Dia kata sakit tulang belakang yang buatkan lutut Kjee jugak sakit. Tempat2 sakit belakang yang selalu Kjee komplain kat Unclepali ditekan2nya. Memang kat situlah yang sakit!

Kjee tak mahulah seronok sangat dan nampak seperti riak pulak kan. Lagipun, baru empat hari makan ubat Hj Zubir. Cara berubat dia macam main2 jer. Tanya ada apa2 pantang, dia kata mestilah ada. Pantang tengok...pastu dia ketawa berdekah2.

Masa Kjee pergi tadi ada seorang makcik dalam kereta yang baru keluar dari hospital sebab kena sakit jantung. Hj Zubir masuk dalam kereta dan urut makcik tu.

Kjee akan amalkan segala ubat2 yang diberikan Hj Zubir. Manalah tahu Kjee dah bertemu 'jodoh' untuk berubat dan seterusnya baik seperti sediakala. Rindu rasanya nak buat semua kerja di rumah tanpa mengharapkan suami atau anak.

Pohon doa dari adik2 dan kakak semua ya. Insya Allah. Amin.

ALAMAT HJ ZUBIR SULIMAN
KPG SESAPAN BATU REMBAU
SEMENYIH 

Sorry..dua gambar jer sempat amik semalam. Lain kali pergi, Kjee amik gambar luar rumah supaya senang mereka yang nak mencarinya nanti.

14 comments:

  1. Salam kak jie
    Sy nk tahu jugak la address Tn Haji Zubir tu.
    Ramai kenalan yg alami masalah serupa kjie.
    Tq

    Catt

    ReplyDelete
  2. Hj Zubir @Zabir Suliman, Kpg Sesapan Batu Rembau, Beranang. Masuk je jalan tu (kalau dari semenyih sebelah kiri), nampak Pusat Kesihatan. Jalan terus, pastu kira2 5 minit nampak rumah dia. tanya orang situ semua tahu. Dia ada hari Isnin sampai Khamis jam 10 pagi hingga 4 ptg. Sedekah ikhlas jer.

    ReplyDelete
  3. nak pegi ..nak cuba cara haji zubir plak tertarik gak dgn ceta ni...nor

    ReplyDelete
  4. maklong doakan.. semuga kjee cepat sembuh..
    dapat menjalani semula kehidupan seperti yang kjee inginkan.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. salam pagi Jumaat barakah utk kak jee...Mudah2an kak jee sihat sediakala..Yelah kan ubat ni kalau dah kena jodoh kita insya allahh baru ngam. Bonda saya pun tak sihat kak, dia bertongkat, tapi dia masih boleh berjalan cuma dalam jarak dekat2 saja. Bonda mengalami masalah gris kering pada tulang dipinggang, jadi kalau berjalan kan, dia akan bergeseran...sakit!...

    ReplyDelete
  6. Moga Kjee sembuh dan menjlani kehidupan spt biasa....ingin juga cuba tapiu jauh la kjee..H.Zubir tu bole x berubat dari jauh...

    ReplyDelete
  7. terima kasih semua atass doa kalian. Doa itu seemua antara 'penyembuh' penyakit Kjee, insya allah.
    CMG, Kjee pun masalah yang serupa seperti bonda awak berkaitan sakit lutut tu. Tak nak cuba ke pergi Haji Zubir? Ikhtiarlah.
    Rawatan Hj Zubir bukan rawatan seperti rawatan batin. perlu makan ubat so Kjee rasa tiada rawatan jarak jauh.

    ReplyDelete
  8. Amin, semoga inilah jodoh berubat kakJee..

    ReplyDelete
  9. tiap penyakit tu ada ubatnya, mungkin ini ubat yang dicari cari selama ini. moga berhasil dan cepat sembuh. Amin

    ReplyDelete
  10. semoga kjee cepat sembuh.saya nak cuba utk emk saya la...thx kjee...tak sia2 saya follow blog and fb kjee.byk info yg saya dpt dr blog ni.memasak pun saya dah byk resepi nk follow :)

    ReplyDelete
  11. assalamualaium kak Jee..saya tinggal kat semenyeh tak pernah pulak dgn HJ Zubir ni kak..saya bawak mak saya ada masaalah saraf berubat jauh di gombak sana
    ..dan kak semlm ada sorg kawan bg tau ada aunty sebelah umah dia dulu jln pakai tongkat sekarang tak lagi..akak tau ubatnye ialah original kolegen : caranya sisik ikan merah di rebus mnggunakan slow cooke sehingga bertukar mjd jelly..dia makan selama 3 bulan now lutut dia dah ok..kuatiti semua saya tak tau tu je yg dia cakap..
    kak ..hj zubir tu boleh berubat semuajenis sakit ke? esok saya cuba bw mak saya :)

    ReplyDelete
  12. cubalah jumpa hj zubir. insya allah dengana izinNya.

    ReplyDelete
  13. salam cemana kak jee skrg.. oke tak perubatan hj zabir ni..

    ReplyDelete