Johan dan Zizan bangkit setelah dikritik 'sampai biru' oleh Mamat Khalid minggu lepas. Nabil pulak pulak sambung kisah minggu lepas. Tapi yang paling syok Kjee perhatikan gelagat hos, AC Mizal (eh dah dapat title Dato ke blum lagi mamat ni?).
Kalau ya pun suka sangat pada si Amir tu, tak payahlah nak cuba pengaruh juri mahupun mereka yang mengundi. Ini bukan kali pertama AC jadi hos rancangan yang memerlukan orang mengundi kan? Kenapa masa hoskan AF dulu dia tak buat cam tu. Atau dia ada buat tapi Kjee tak tahu sebab tak tengok.
Actually malam ini Kjee memang tak minat langsung nak ulas minggu kedua pertandingan Maharaja Lawak. Tapi agaknya kerana jiwa memberontak masa jadi wartawan dulu terbawak2 hingga ke sekarang, maka Kjee pun tulislah.
Tak tahulah samada tulisan ini yang terakhir untuk rancangan itu. Maybe yes maybe no. Tapi Unclepali dah kata, tak payah langgan Mustika. Tengok kat You Tube jer nanti. So camner nak komen kalau tak tengok.
Okay back to si AC Mizal tadi. Kalaulah Jump (Ahmad Idham) tak tegur dia tadi, Kjee rasa dia masih meleret2 'puja' pelawak kenit tadi. Maaflah...pada Kjee, Amir tak layak disenaraikan dalam pertandingan ini sebab dari zaman Raja lawak lagi, dia memang langsung tidak menarik perhatian Kjee.
Astro patut buat homework, buat post mortem sebelum menyenaraikan peserta untuk rancangan ML ini. Ini adalah satu rancangan yang cukup bagus ideanya. Cukup berat untuk pemenangnya memikul anugerah Maharaja Lawak. Rancangan serta pemenangnya bakal mengukir sejarah!
Rancangan Raja Lawak sudah ada 5 siri sebelum ini. Kenapa tidak boleh guna budi bicara sendiri pilih yang terbaik antara yang baik? Tak semestinya kalau seseorang itu berjaya masuk ke final dia sudah dianggap baik. Mungkin kerana ketika itu, rezeki dia di situ.
Macam2 boleh jadi. Famili sanggup gadai kebun, gadai tanah untuk hantar sms walaupun bakat peserta tak seberapa. Tidak boleh juga kita tolak kemungkinan ada yang guna khidmat halus. Ishhh mati aku lepas ni!!
So, jangan tetapkan rancangan ML hanya untuk final contestants sahaja. Itu, tidak adil. Mereka yang buat planning untuk wujudkan ML patut sudah tahu siapa yang harus bertanding. Siapa yang bakatnya genuine atau tulen!
Bagaimanapun, untuk pertandingan pusingan kedua tadi, Kjee kurang bersetuju dengan Mamat Khalid dan juga Ahmad Idham yang puji melambung2 Johan dan Zizan serta kumpulan Jambu. Pada Kjee, itu bukan stand up comic yang sebenar. Mereka adalah pelakon lawak. Lawak mereka macam berlakon pentas atau drama/filem.
Apa yang dilakukan oleh Nabil adalah stand up comic yang sebenar. Begitu juga dengan Man ataupun Jihan dan juga Alex. Memang tidak dinafikan persembahan Man dan Jihan serta Alex out malam ini. Man mungkin tertekan kerana minggu lepas dia telah menunjukkan sesuatu yang baik dan mendapat pujian.
Cukuplah setakat ini. Yang menyerlah malam ini ialah Johan dan Zizan, Kumpulan Jambu, Sepah, R2, Balas dan Nabil. Kjee rasa kelima2 ini ada can hirup udara final. Yang lain tu, kalau dalam bahasa surat khabar hanya penyendal!
Dan yang pasti, Kjee tak akan tonton final melainkan Astro ubah siarannya ke Astro Ria! Tapi kalau tak tengokpun, tak rugilah!
I pun rasa tk nk langgan Mustika, rasanya bila undian ML kurang, astro br nk buat ulangan di astro ria ke prima kot.
ReplyDeletebetol2...tak tengok tak rugi pon...
ReplyDeletekak jee.. betul tu, ada banyak 'penyendal' je.. hehe.. kite pun dah nampak sapa bole gi final..
ReplyDeletebetol2 x rugi pun klau x melanggan..dah la kena bayar pas 2 nk sambung blik kena bayar juga....mmg cekik darah btol ASTRO ni..utk anak2 pulak lagi la melalaikan 24jam nk ngadap TV.cita katun dari celik mata sampai la nak tido...selalu berebut remote tv ngan anak2...tapi ada juga cita yg bagus2...
ReplyDeletex akan tambah chanel lg kt astro...astro mmg cekik darah..x de ke rugi nya x nonton ML tu..
ReplyDeleteSokong sgt ngan pendapat Kak Jee...cek pun baru tgk semlm....memang ada yang tak layak pun join dlm Maharaja Lawak tu....besar title tu....Maharaja la katakan....Nabil...R2 ...best...
ReplyDeleteNak tgk pas ni kene langgan Mustika...duit lagi oooooo....hu hu...berbaloi2 ke....
bagi yang takde mustika takkan nak langgan kerana semata2 nak tengok ML...buatlah nanti ke pinal wai..xn3 and mostpullly amir peserta penyendal berbaloi ke kita nak bayar bil dengan cerita yg d ulang 32 hari....bak kata nabil lu pikirla sendiri...tengok semlam pun dah membosankan terutama pada pengacara ac...over the acting ....adeke kita nak bayar bosan kita ...tak berbaloi..norasmah
ReplyDeleteAlaaa...ishh, tebiat buruk saya...tak menonton benda2 macam ni..huhu, tu pasal kalau jadi blogger tulis2 ni..aku memang out teruss...blogger masak je ok skit kan..terus terbayang ruginya bayar astro tapi tak tengok...hmmmm..
ReplyDelete