Tuesday, April 12, 2011

214. Bubur Butir Nangka Yang Tak Der Nangka

Kenapa agaknya bubur ni dipanggil Bubur Butir Nangka? Kjee tak ada jawapannya. Langsung tak ada kena mengena dengan buah, isi ataupun rasanya. Tapi orang kata namanya itu, kita pun ikut je lah.

Ini antara bubur favourite kjee. Dulu sewaktu mengandung Nadia, kalau teringin nak makan walaupun dah pukul dua pagi, kjee tetap bangun dan ke dapur menyediakannya.

Pelik tapi benar. begitulah perangai orang mengandung kan? Mungkin dah ramai tahu buat bubur ni tapi takkan semua kot. Mest ada satu dua orang yang tak tahu.

So yang tak tahu, silai tengok resipi kat bawah ni. Mungkin ada idea untuk minum petang.

BAHAN2NYA:

4 cawan tepung pulut
3 cawan santan pekat
gula ikut citarasa
sedikit garam
pewarna
daun pandan.

CARANYA:

Tepung pulut dicampur secubit garam dan diayak ke dalam bekas. Kemudian bubuhlah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan. Bagilah tiga bahagian. Warnakan ikut suka.

Masak air setengah periuk. Bila air sudah hendak mendidih, mulakan dengan satu warna dulu. ambil sedikit atau sebesar guli kaca, bulatkan dan leperkan. Terus campak perlahan2 ke dalam air panas tadi. Guna api sederhana sahaja. Apabila mula timbul, keluarkan dengan menggunakan sudip yang berlubang2 dan masukkan ke dalam satu bekas yang diisi dengan air sejuk (air paip). Ulang membuatnya sampai habis semua doh. keluarkan dan masukkan dalam bekas air sejuk tadi.

Masukkan santan, gula dan sedikit garam ke dalam periuk bersama daun pandan yang telah disimpul. Biarkan santan mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan. Kemudian masukkan semua pulut tadi yang telah ditoskan airnya. kacau perlahan2, selama kira-kira 7 minit, rasa dan tutup api. alihkan periuk dari dapur. itu jer. minum petang yang simple dan murah belanja. selamat mencuba.

(BUTIR NANGKA YANG TELAH DIREBUS, DIMASUKKAN KE DALAM BEKAS MENGANDUNGI AIR BIASA SUPAYA IA TIDAK MELEKAT ANTARA SATU SAMA LAIN)


15 comments:

  1. assalamualaikum kakjee - mala antara tak pernah makan bubur ni. apatah lagi nak buat. kalau sebelah utara suka bubur chacha. kalau chinese style bebola tepung pulut ni dihidang dgn air gula. namanya "tang yuen"

    ReplyDelete
  2. tang yuen yg ada kacang tanah tumbuk dalam tepung tu yer? sedap

    ReplyDelete
  3. haáh ada juga yang plain. instant punya pun ada jual yg frozen kat supermarket. selalunya putih & pink

    ReplyDelete
  4. kak jee.. maklong pernah makan bubur biji nangka yang plain.. org banjar sebut "wadi kipeng" rasanya.. jawa sebut "bubur candil"..
    dah bertahun2 tak makan ni.. kena cuba buat nampak gayanya..
    thanks bagi idea ni..

    ReplyDelete
  5. Kak Jee...bubur ceria ...seceria orgnya...

    ReplyDelete
  6. cantiknya bubur butir nangka ni...meriah dan ceria warnanya....nak semangkuk...terliur je tngk..

    ReplyDelete
  7. huhuhuh..kak jee..kalu kat terengganu dowang buat bujur...mcm butir buah nagka r..tu pasal kot dowang panggil camtuh..huhuhu

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum Kak Jee,
    I'm one of your silent readers...hari-hari mesti baca blog Kak Jee...tak pernah miss...
    Saya orang Kelantan dan saya sependapat dengan missalongwani...kat belah pantai timur memang dibuat bujur bentuknya dan berwarna hijau lembut...dan kalau macam yang Kak Jee buat tu, kami panggil bubur Puteri Mandi...bahan-bahan sama cuma ditambah kelapa parut (yg putih je)...saya kalau bulan puasa mesti buat sbb peberet hubby... ;-)

    ReplyDelete
  9. Kalau di rumah mentua saya..sume anak cuc dia panggil nih bubur cetot..apa yg cetot tuh taktau laa..hehe

    ReplyDelete
  10. pernah beli kat bazar ramadan,tapi ala2 dah nak basi gitu,pas ni bole lah buat sendiri ye,modal pun x byk,thanks kak jee,,,

    ReplyDelete
  11. kitaorg buat resepi ni dekat asrama.. saje nk mencuba..masing2 excited nak buat.. ;)
    puasa ni boleh la buat dekat rumah..
    thanks kak jee tuk resepi ni..

    ReplyDelete
  12. salam...kak jee, saja nak bagitahu, saya kenal 5 orang kakak2, semua dah jadik kakak angkat, ada tukang masak, tauke kantin, tauke cafe, warung.... semua nama Gee & Jee... hehehe ..yang lain2.. macam mana.. :P peace

    ReplyDelete
  13. kjee...nama dier butir nangka sebab rupa dier bulat2 macam biji nangka.... ada setengah orang tak panggil biji..diorang panggil butir... mak mertua saya buat letak keledek... tapi mak cuma pakai perasa pandan...(daun pandan blend dan amik air nyer) ... sangat sedap....tapi bila buat sendiri.. asik tak lulus jer..
    -elly-

    ReplyDelete
  14. saya pun pernah makan bubur ni masa kecik2 arwah mak saya buat..tp panggil telur belukang..sedap..rindu plak..

    -nama saya pun elly-

    ReplyDelete