Thursday, April 14, 2011

218. Tabiatku Yang DiBawa ke Tua




Orang pompuan, sibuk camner pun ke dapur suatu kemestian. Walaupun tak der sapa yang paksa tapi ke dapur itu, seakan satu tugasan yang dilakukan dengan penuh rela. Memasak ini kalau tak rela, takkan menjadi!

Tak percaya cubalah. Kalau kita masuk dapur dengan muka masam cam cuka, lauk pauk jadi tak sedap. Famili makan mesti ada jer compalin.

Tapi kalau kita masuk dapur dapur senyum manis dan tangan lambai melambai cam Usop Wilcha, makanan yang simple pun boleh jadi sedap hingga menjilat jari dan pinggan.

Kjee ni memang banyak pantang nenek moyang. Anak dan suami Kjee dah faham. If I start my day on a sour note....wehh dah cakap omputih lak. Kalau Kjee mulakan hari dengan muka yang masam, sepanjang hari, hidup Kjee akan jadi kelamkabut! Betul gua cakap lu.

Samalah cam anak kecik. Arwah mak pesan, sebaik sahaja anak kecik itu bukak mata, orang yang pertama yang perlu mata dia lihat ialah ibunya. Kalau tidak, dia akan meragam sepanjang hari. Buat apa pun serba tak kena.

Sebab itu masa anak2 Kjee kecik, seboleh mungkin Kjee akan tunggu mereka ketika bangun tidur. Masa dia oranag kecik2 dulu, Kjee kerja dan terpaksa keluar rumah awal, tetapi Kjee tetap akan duduk tepi katil mereka, usap2 telinga, geletek kaki sampai mereka bangun. Kalau mereka senyum, lega rasa hati untuk pergi kerja. Bab lain, maid amik alih.

Tabiat ini dibawa hingga ke tua. Janganlah mulakan hari Kjee dengan masalah. Kekadang suami dan anak2 tak faham. Bangun pagi jer, Kjee mesti senyum. Kalau start masam, ko siap.

Kita semua ada masalah masing2. Yaa lah akan ada pulak yang kata, Kjee ni biar betul, takkan bangun jer nak sengih sana sengih sini macam kerang busuk. Nanti orang ingat kita ni species Hantu Mak Limah.

Tidaklah sengih macam kerang busuk. Maksud Kjee, bila kita bangun, selain terus mengucap syukur ke hadrat Allah swt kerana kita masih mampu bernafas sepanjang hari ini. Kita harus semaikan nawaitu yang positif.

Contohnya. Hari ini mudah2an segala apa yang aku rancang aku akan dapat. Kalau tak dapat maknanya Allah swt belum nak bagi lagi. Mungkin Dia bagi esok. Janganlah bangun jer merungut cam ni. Hai entah apalah nasib aku hari ini...suwey lagi cam semalam ker? Hah mcam tu boleh jadi suwey 200%!

So, follow lah cam Kjee. Ada duit ke tak der duit ker, sakit ke sihat ker, Kjee tak kisah. Kjee syukur kerana Kjee tahu, every dark cloud has a silver lining (oppps omputih lagi). Langit Tak Selalu Cerah Tapi Tak Pernah Mendung Selama2nya melainkan kita tinggal di Khutub Utara!

Eh sebenarnya Kjee nak bubuh entry resipi tadi. Kenapa jadik cerita lain lak? Tak per lah. Tadi lunch Kjee masak gulai lemak Podeh Rebung dengan Daging, Steamed Soft taufoo dan Unclepali goreng Ikang Pelaling. Pastu untuk dessert Kjee makan bubur kacang merah buat dua hari lepas tapi masih elok sebab simpan dalam peti ais.

Senyum sokmo tau. Malam ni malam Jumaat. hehehe

10 comments:

  1. setuju ngan kak jee...
    mas pun macam tu...mesti bangun dengan bersemangat dan ceria...
    klu tak..satu hari memang asyik tak kene jer....
    tiap masalah ada jalan penyelesaiannya..
    jadi tak yah stress sangat....
    cian anak2 dan suami...
    kita sendiri pun rasa tak seronok kan...

    wahh..terliur mas tengok menu lunch kak jee ni...sedapppp...

    ReplyDelete
  2. kak Jee, saya ni dah duk dkt ngan kutub utara dah ni kak..hehe tapi memang betul la apa yg kak jee ckp tu kalau mood tak bagus masuk dapur buat keja apa semua tak jadi abis terlupa semua...haha suka dgr kak jee celoteh ni...terus jadi lapar nengok menu akak ni..hehe

    ReplyDelete
  3. Setuju 200% dengan Kjee. How we start the day, that's how the whole day will be. Kita kan, kalau bangun pagi macam ceria semacam, jawabnya memacamlah yang dapat kita buat hari tu. Tapi kalau bangun je rasa nak tidur balik, alamatnya lemau sepanjang hari! Pas tu kan Kjee, lagi satu, kalau fon kita start ringing in the morning, gamaknya malam kenalah charge battery tu sebab asyiklah berdering. Gamaknya, telefon pun ada 'penyakit' yang sama! Hehehe...

    Hari ni kita cerdik sket. Masuk rumah Kjee bila perut dah kenyang. So agak kurang sket perit deraan tu..

    ReplyDelete
  4. hahhhhhhhhhh .... kak jee dah ' kembali bersiaran ' ... sukerrnya . Saya nie species payah bgn pagi .. dan bila bgn mcm mamafami cakap lerr ... asyik terasa nak tidur balik. Aduhhhhh .. memang terseksa betul. Patutle .. bila bgn tu .. lemau seluruh badan .. mood pun masam jerrrr . saya minat masak tapi .. macam datang bulan jer .. once in a blue moon !!!

    ReplyDelete
  5. betul... betul.. betul... saya sokong 100%... tapi yg paling betul sekali menu kak jee nampak sangat menyelerakan... adoi... berkeroncong terus terusan perut ni...

    ReplyDelete
  6. baca cerita kak jee.. maklong sengeh sampai ketelinga.. rasa lucu pulak.. dalam sibuk2 sempat jugak kak jee bersiaran kat sini..

    papepun menu kak jee membuatkan maklong terliur.. tu yang masak daging jugak petang tadi.. hehe..

    ReplyDelete
  7. nampak sedap lauk2 tu..macam gambar promosi makanan kat tempat2 mewah la pulak!

    ReplyDelete
  8. betul tu mulakan hari dgn senyuman..If you see a friend without a smile; give him one of yours :)

    ReplyDelete
  9. betul kakjee..skrg saya ajar anak2 pulak bangun kena senyum,jangan nangis,jgn masam2,nnt muka tak cantik..:)

    ReplyDelete
  10. kjee nor tinggal berdua je dgn man jadi setiap hari ada atau tidak masalah atau susah hati nor kena senyum ..bukan paksa ini ikhlas coz nor takmau dia tertanya2 kenapa nor nak dia sama senyum dan pegi keje dengan tenang walaupun nor susahati....dan nor akan tersenyum walaupun marah susahati atau ape saje supaya orang taktahu...dan takkan tahu...norasmah

    ReplyDelete