tangan cantik tak semesti masak sedap - foto cik google |
Masa itu Kjee dengar, dalam hati kata camner nak bagi sedap air tangan aku ni? Risau sangat sebab mak kan garang. Kalau tak sedap, mahu benjol kepala kan apabila periuk belanga terbang melayang layang, kata Anita Sarawak.
Bila dah tua barulah tahu apa maknanya air tangan. Actually sedap ke tidak makanan tak der kena mengena dengan tangan tau. Ia semua kena mengena dengan tekak kita sendiri. Apa pulak kena mengena air tangan dengan tekak?
Hah itulah, korang tak cukup ilmu lagi. Eh maaf, Kjee kan suka merapu. Sebenarnya, ada kena mengena air tangan dengan tekak. Kalau kita masak, kita kena rasa, betul tak? Kalau kita rasa sedap, baru kita happy. Tapi selagi tekak kita tak bagi lampu hijau, selagi itulah kita tambah garam, tambah cuka, tambah aji naik motor atau tambah lada.
Amacam? Korang rasa apa yang Kjee cakap betul tak? Banyak cakap macam Abby Fana kan?
Tapi Kjee rasa apa yang Kjee kata ni betul. Sepatutnya tak leh lagi guna istilah air tangan. Guna istilah TANYA SAMA LU PUNYA TEKAK...bukan macam M Nasir yang Tanya Sama Itu Hud Hud!
Masa meniaga dulu, ada Kjee dengar customer kata kalau dia dengar orang cerita pasal air tangan, terus loya tekak dia nak makan. Buatnya orang tu masak tak cuci bersih2 tangan dia! Kurang sambal punya customer! Tapi The Customer Is Always Right, so Kjee taklah baling periuk belanga kat dia. Hehehe.
Ni pulak pasal satu chef yang terkenal seantero Malaya. Tak payah lah sebut nama dia. Tak pasal2 nanti kena saman lak. Kami sekeluarga memang minat kat chef ni. Pandai dia masak kata arwah mak.
air tangan baby pun sedap tau. -foto cik google |
Walalahualam. Kalau abang Kjee tipu sebab nak amik hati mak, tak tahulah Kjee. Tapi mak ni cepat kata..ooo air tangan dia tak sedap rupanya!
So dari hari ni, korang janganlah susah hati kalau ada orang cerita pasal air tangan. Kalau korang rasa apa yang korang masak dah cukup sedap, okaylah tu. Especially kalau suami dan anak2 makan berpinggan2 sampai tak ingat dunia.
So yang selalu puji2 Kjee kata Kjee pandai masak sebab korang tengok gambor yang Kjee tayang tu lawa, janganlah percaya 100%. Gambar kekadang boleh tipu!
Apa hal lah Kjee melalut ni? Bila skrip nak siap camni? Itulah bahananya kalau tengah buat skrip komidi. Cakap pun macam kartun jer. Kahkahkah!
Tumpang lalu...Don'T Follow!!! Hehehehe
Ha ha ha...tergelak cek sensorang baca artikel Kak Jee ni....betul dan setuju sangat ngan pendapat Kak Jee....betul la tu....
ReplyDeleteAir tangan ....air tekak....kalau rasa tak sedap bukanla silap air tangan namanya...cuma tekak kurang bijak merasa masa memasak....betul kan Kak Jee...:-)
haha...lain kali klu masak xberapa nk sedap jgn cuba2 nk salahkan air tangan.cuba check tekak.mst ada mslh kt situ.
ReplyDeletekak jee...tak leh ubah peribahasa tu...mak ida pun selalu guna ungkapan tu...
ReplyDeleteair tangan tu pada ida umpama juadah yg dihasilkan dari tangan kita sendiri...kan orang lama pernah berkata...kalau nak ikat suami dan anak-anak, ikat perutnya dulu...lebih kurang camtulah agaknya...hehe...
senyum sorang2 baca celoteh k.jee..mmg betul seronok rasanya bila suami n anak2 makan berpingan2 hasil dr air tangan kita..masa tu rasa aku la chef yg paling hebat di alam fana ini hehe
ReplyDeletekjee.......nak masak ape arini nor tak de rancangan man outstesen lagipun arini takde mood kang taksedap lak masak...kalu takde mood genti taksedap bukan tangan yang salah hati je yg kata malas ...jadi masak pun ikut dan je..norasmah
ReplyDeletesokong - TANYA SAMA LU PUNYA TEKAK...hihi...
ReplyDelete