remy dan tiz laku giler. foto: ceritartis.blogspot |
Kjee ingat lagi masa kegawatan ekonomi tahun 1997. Serik betul bila ingat zaman itu. Masa itu, kira industri drama dan filem hampir lumpuh. Ramai anak seni tak de job. Dan bercambahlah banyak gerai2 artis jual makanan sekitar Kuala Lumpur.
Ada artis seperti arwah Hani Mohsin dan Halim Othman yang tengah top mana itu (sekadar menyebut beberapa nama), 'sewakan' nama mereka kepada orang lain untuk buat bisnes.
Kjee masa tu taklah meniaga sebab nama Kjee bukanlah tersenarai sebagai artis terkenal. So teman2 artis yang anjurkan foodcourt atau artis corner tak pelawa pun Kjee. Kesian kan Kjee.
Lisa juga antara yg sibuk. foto: mstar |
Tapi tahun lepas yang dikatakan gawat tidak boleh kalahkan gawat tahun 1997. Tahun lepas Kjee dengar jugak anak2 seni merungut tak banyak job. Tapi dalam tak banyak job, Kjee tengok shooting masih berjalan.
Tapi tahun ini Kjee tengok shooting rancak giler. Ada pengarah yang mengadu pada Kjee, pelakon semua sibuk. Stesyen TV nak nama pelakon yang top saja tapi yang top semua sibuk.
Kjee yang dah lama pencen menulis skrip pun sibuk balik macam zaman sebelum gawat 1997. Kalau boleh diputar balik zaman sebelum gawat 1997 dulu, Kjee tak akan boros dan 'buang duit' macam air. Bila tiba ekonomi gawat, tetiba income zero zero! Rasa nak matilah.
Bayangkan dah biasa pegang duit puluh ribu sebulan. Tiba2 nak dapat RM10 sehri pun tak der. Masa itulah rasa macam nak masuk balik perut emak!
Tapi Kjee rasa kegawatan ekonomi 1997 bukan sahaja menyedarkan Kjee tetapi ramai anak seni lain. Depan mata Kjee, Kjee nampak kereta mereka kena tarik, tuan rumah halau sebab tak bayar sewa dan macam2 lagi.
Jadi sekarang ni, apabila tawaran datang bertimbun2 untuk buat skrip, Kjee antara hendak dengan tidak menolak. Kalau tolak, bimbang terputus lagi rezeki. Tapi kalau diterima, camner kalau tak dapat tunaikan amanah orang.
Setakat ini Kjee dah tolak empat job. Bahaya tu. Selepas ini kalau dapat lagi job, Kjee akan bagi senarai kerja Kjee kot. Kalau prooduser boleh tunggu, Kjee terima. Kalau tidak, Kjee bukan tolak tapi tak dapat terima.
Itu jer Kjee nak cerita malam ni. Rajin pulak hari ni Kjee menulis kan? Habis tu dah boring sebab sangkut idea buat skrip. Kalau korang tengok Kjee senyap jer maknanya, idea menulis skrip tengah laju. Tapi kalau Kjee ada jer kat blog ke FB, pepafamlah sendiri.
Korang ingat senang ke nak buat skrip?!!
salam k.jee
ReplyDeletetngk cite tv2 mlm ni,norish karman jd org kg tp masak kt dapor makeupnya 5 inci,siap ada awning.tk sesuai sangat...sapelah pengarahnya..
Assalamualaikum...
ReplyDeleteTak pe kjee rezeki datang dari Allah. Buat sekadar yang termampu sahaja. Rasanya di dunia tak perlu le kita tamak haloba kerana kita juga yang akan rugi.
setuju ngan kata kak sam tu..k jee rajin2 la menulis yea sbb saya bkl jd follower yg setia :)
ReplyDeleteermm .. saya sekadar nak mengingatkan diri sendiri dan juga hamba-hamba yang lain .. bila kita buat sesuatu jangan sampai membelakangkan agama. Baik dalam mencari rezeki mahupun dalam ' menghabiskan' rezeki .. ingatlah saham kita ada dalam setiap perlakuan dan perbuatan kita ..
ReplyDelete