Sekarang ini banyak sekali restoren Chinese Muslim tumbuh sekitar Kuala Lumpur dan kawasan berhampirannya seperti Shah Alam. Dulu, bukan main susah lagi nak makanan makanan Cina yang halal.
Yang mula2 bukak kalau tak silap Kjee ialah Mohd Chan Abdullah, dengan ikuti oleh Hui Hui (sekarang dah tutup), Cheng Ho, Haji Shahrin Low, De Templar dan Pak Ya. Semua kedai2 ini Kjee dah try keduali Cheng Ho. Tetapi Kjee tak boleh komen yang mana sedap sebab Kjee pernah makan makanan Cina yang lebih sedap daripada kedai2 tersebut.
Masa jadi wartawan dulu, kalau ada majlis di malam hari, kebanyakkan hotel bertaraf 5 bintang menghidangkan makanan Cina. Dari situlah Kjee belajar makan makanan Cina.
Kemudian apabila susah nak cari restoren yang jual makanan Cina yang halal, Kjee pun belajarlah masak makanan Cina dari buku2 dan juga kengkawan Cina.Sekarang bolehlah masak sikit2 makanan Cina.
Sejak tahun lepas apabila mula muncul restoren Cina Islam, barulah Kjee mula makan makanan Cina Islam. Dua tahun lepas, ada satu restoren Cina Islam yang betul2 authentic. Restoren itu dimiliki oleh satu keluarga Cina Islam dari Negeri China. Restoren mereka berhampiran Restoren Cheng Ho milik Amy Search di Wangsa Walk..
Kjee ke sana secara kebetulan. Masa itu ingatkan nak pergi Cheng Ho tetapi ternampak pulak restoren itu. Kjee belum pernah lagi jumpa masakan Cina di Malaysia yang sama dengan apa yang mereka hidangkan. Sayangnya setelah tak sampai 5 bulan restoren itu tutup. Khabarnya, tukang masaknya yang dibawa masuk dari negara China, terpaksa pulang.
Kjee belum pernah lagi masuk restoren Cheng Ho. Kjee tak tau kenapa tapi entahlah, rasa macam tak minat jer. Kalau Kjee ada rasa macam itu, maknanya makanannya pasti tidak menepati citarasa Kjee.
Gambar2 yang Kjee siarkan sini semua dari Mohd Chan Abdullah. Tapi kalau disuruh pilih antara banyak2 restoren Cina Muslim yang pernah Kjee pergi, Kjee pilih De Templar di sisi highway MRR2 menuju ke Gombak.
De Templar dimiliki oleh seorang wanita Melayu. Tukang masaknya berbangsa Cina. Makanan situ sedap dan harganya pun boleh tahan mahal berbanding dengan restoren Cina Muslim lain.
Tak tahu mana perginya gambar2 dari De templar dan restoren Cina Muslim lain. So kali ini, korang jamulah mata dengan gambar2 makanan di Mohd Chan Abdullah. Mereka mempunya rangkaian restoren di seluruh Kuala Lumpur. Kjee pergi yang berhampiran rumah Kjee iaitu di Taman Melawati dan juga berhampiran Carrefour Wangsa Maju.
sapa kat dah tutup? Baru je Kjee lalu situ jam 10 mlm tadi. |
rugi rasenya dulu ada seorang acik ni dah arwah dia kawin melayu tapi pelat melayucina pandei masak masakan cina memang sedap tapi masa tu nor budak lagi tak hairan nak belajo pun...mak abah nenek kita orang le memang cina yang betul2 turun dari tongkang cina zaman bijihbesi d pahang pun nor tak teringin nak belajo masak sekarang ni nikmati masakan cina bila ade dinner d hotel je padan muko kau dulu ada peluang tak mau belajo ....norasmah
ReplyDeleterugi rugilah kan?
ReplyDeletekjee, restoren de templer tu dah tutup la kak...
ReplyDeletesuka makan kat restoren haji shahrin low kat atas bukit antarabangsa tu. klu makan kat cawangan dia kat seri gombak tak sedap langsung.
ReplyDeletebaca kisah makan kat kg bharu tu terkenang masa kecik..bila gaji abah suka bawak makan satay kat situ tapi tak pernah jumpa soto tu..nanti nak cubalah..terima kasih yer puan
cantik je butter prawn dia.. mesti sedap2 kan..;)
ReplyDeletesalam kjee..saya pernah mkn di rest.Chan Abdullah kt wangsa maju dkt deretan dgn kedai kain gulatis..tp tak menepati citarasa lah jee..kedai pak ya pun dh cuba...mknan nye ade yg ok dan x berape ok..madam Lim di jaya jusco Au2 pun ok gak...cubalah kesitu plk..
ReplyDeleterestoran hj shahrin low tu best...stp cawangan mskn lain2...suka pegi sana sbb kalau ada hj shahrin dpt diskaun kwn2(dia kwn mak)..hehehe...
ReplyDeleteKak Jeeeeeeeeeeeee....tu dia tengok food semua tuh...adeeehhh...telan air liur berkali2 taauu..tengok butter prawn punya serdak2 cantik gitu...huk alaaaa....nnt nak kena pi cari la restoran nih bila pi KL...hehehhee..you take care k.Jee, muaaahhh!
ReplyDeletekalau Ummidtg kl, bagitau lah. restoren mohd chan ni sepelaung jer dari rumah Kjee.
ReplyDeletekjeeeeeeeeeeee...saya pernah makan seafood yam in the basket tu..memang sedap..masih terasa2 lagi kat anak tekak ni hah..restoran ni kat mana ya kjee?..
ReplyDeletealaaaahai terliur dah den ni hah kjeee oi..
Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)
ReplyDeletekak jee..mas pun suka masakan cina ni...sedappp..
ReplyDeletekak jee dah makan yerk kat restauren mohd chan tu...
ok tak ...
mas memang ada rancangan nak try makan kat sana....
Salam kenal kak jee.I and family suka makanan cina because my hubby cina.Yam basket is my faavourite.hari tu pergi kat Rest Chan abdullah s.Alam.tapi agak mengecewakan la....jengok dapur kita ya kak jee..sinaranmenu.blogspot.com
ReplyDeletek jee,
ReplyDeletechun pernah ke raub, ada restoran cina muslim kat sana. sampai sekrang dok teringat butter prawn nya. kalau sesat-sesat lalu sana, pi la try
buat pengetahuan semua, Kjee tak kata makanan di Mohd Chan sedap tau. Kalau 5 bintang, Kjee bagi 3 sahaja. Tapi pilihan makanan ada banyak. Cuma Kjee tak suka ala carte dia...mereka menggunakan banyak sangat minyak kalau kita order mi goreng dan yang sewaktu dengannya.
ReplyDeletesapa kata Restoren De Templar dah tutup. De Templar masih bukak. Baru tadi kul 10 mlm kjee lalu situ dan amik gambar kedai dia. De Templar ini dekat highway MRR2. Yang dah tutup tu dalam hutan Templar Park kot. hehehe
ReplyDeleteade satu lg restoren cina muslim kjee patut cuba, owner melayu, tukang masak melayu
ReplyDeletewww.fb.me/mkcmsp
Cuba try ketam masak telur masin or ayam masak telur masin. Sedap wooo
ReplyDeleteKjee kalau ke Senawang, Seremban cubalah ke restoren kami.. Masakan khas Cina Muslim.. sebaris dengan Hospital Salam
ReplyDeleteNurulhuda
Entri yang menarik...pernah singgah ke Restoran Adam Lai?
ReplyDeleteOhh Restoran Adam Lai ada di Sri Gombak. Dekat tu. Insya Allah nanti Kjee singgah.
ReplyDelete