Wednesday, April 20, 2011

240. KD dengan bangganya mengaku....

KJEE COPY PASTE DARI KOSMO ON LINE

 Kris Dayanti mengaku hamil 4 bulan


KRIS Dayanti dan Raul pada majlis pernikahan mereka di Jakarta pada 20 Mac lalu.



JAKARTA – Penyanyi Kris Dayanti akhirnya mengaku dia telah hamil empat bulan dan terpaksa menerima hakikat itu biarpun dilempar dengan pelbagai kecaman oleh masyarakat Indonesia kerana mengandung anak luar nikah.
Mahu atau tidak, Kris, 36, dan suaminya, Raul Lemos, 40-an, menerima berita itu dengan rasa tanggungjawab selepas menyedari kesilapan mereka sebelum berkahwin.
“Kami sudah dewasa. Kami menerima berita ini (kehamilan) dengan rasa tanggungjawab,’’ jelas Kris yang kini berada di Bali bersama suaminya.
Kris bernikah dengan usahawan dari Timor Leste itu pada 20 Mac lalu.
Dalam teks khidmat pesanan ringkas (SMS), Kris memberitahu Kosmo!, dia pada mulanya tidak berniat menghebahkan secara terbuka berita kehamilan itu kerana ia perkara sensitif.
Namun Kris berpendapat, adalah lebih baik dia sendiri mengesahkan perkara itu daripada membiarkan ia keluar dari mulut orang lain.
“Benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul cerita yang tidak betul seperti saya melakukan abortion (gugurkan kandungan) pula,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

12 comments:

  1. tak sabar tul tgu lpas kahwin..hmmm

    ReplyDelete
  2. Ya Allah apa nak jadi dah dengan dunia sekarang ni. Takut sangat.

    ReplyDelete
  3. segala galanya ketentuan ALLAH tetapi ingat ada orang ketiga d antara kita...norasmah

    ReplyDelete
  4. Pelik betul mereka ni..I think mereka dh tau awal2,tu yang nikah coz takut diambil tindakan ke atas mereka..Licik and pathetic!

    ReplyDelete
  5. Menghalalkan yang haram....
    cam tak rasa bersalah je...Dunia akhir zaman...

    ReplyDelete
  6. mcm org x ada agama...

    ReplyDelete
  7. tk tgk rumah dia...rancangan cinta juga kuya,...ader plihara anjing plak tu...

    ReplyDelete
  8. macam x percaya je penyanyi pujaan ku ini buat camni..tp redha je la,,dah tertulis camtu nak buat camne :(

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Kjee,

    Subhanallah,membuka aib sendiri...asal dia bahgia sudah...dulu minat juga dengan krisdayanti ni.

    ReplyDelete
  10. ermmm .. apalah nak heran dengan gelagat dan tingkah laku artis Indon ni. Bab agama ni .. mereka ada ' pemahaman ' sendiri. Undang-undang mereka berkaitan agama pun macam ' ringan '.. tak seperti di Aceh. Dulu penyanyi JAMAL MIRDAD ( muslim ) nikah pelakon LYDIA KANDAU ( Kristian ) .. tanpa Lydia memeluk Islam. Anak-anak .. yahhh terpulang kepada mereka .. agama apa menjadi pilihan. So tak perlu kita kecoh-kecoh hal ini. Artis dan rakyat Malaysia beragama Islam pun .. ramai juga yang buat perkara bertentangan agama Islam ..cuma tak berani dan tak rasa bangga nak war-warkan je.

    ReplyDelete