Sejak muncul banyak kopitiam kat Kuala Lumpur ni, Kjee pasti ramai dah ada pilihan mana nak pilih. Kopitiam maknanya kedai kopi tapi kenapa harganya tak sama macam harga kedai kopi apek? Apakah kerana ambience (suasana dalam kedai) atau banyak sangat extras berbanding dengan kedai kopi apek yang gelap dan suram? Entahlah.

Pastu roti bakar dia. Biasa kat kedai kopi apek, roti kahwin (roti bakar bubuh butter dan kaya) cuma RM1.20. Tapi kat kopitiam sampai tiga atau empat ringgit!
Tapi orang tetap pergi. Sebab apa? Status beb! Dulu kat Taman Melawati ada Bangi Kopitiam yang dikatakan dimiliki oleh Kid Search. Ada yang kata guna jer nama Kid jer. Wallahualam.
Masa mula2 bukak dulu, punyalah ramai penduduk Taman Melawati dan dari kawasan lain yang sewaktu dengannya memenuhi setiap ruang Bangi Kopitiam. Kjee pergi dua kali jer. Eh tiga kali. Kali ketiga Kjee pergi sebab Seniman buat majlis penyerahan sumbangan untuk artis kurang upaya di situ.

Nak pergi ke Old Town White Coffee, Kjee dah serik pulak. Tiap kali pergi ke OWC kat Rampai Business park, Kjee order toast yang bila sampai ke meja dah sejuk! Pantang nenek moyanglah kalau makanan yang sepatutnya dihantar ke meja kita panas, jadi sejuk. So, goodbye OWC.
Kemudian Kjee discover pulak Pak Li Kopitiam kat Danau Kota. Dulu Kjee pernah tengok restoren ini kat Bukit Rahman Putra. Kjee lalu jer depan restoren tu tapi tak singgah. Hanya selepas Pak Li bukak di Danau Kota barulah Kjee jadi pelanggan tetap.
Dalam banyak2 Kopitiam, Kjee rasa makanan di Pak Li paling sedap. Macam2 ada. Nasi lemak sedap, Lontong sedap (sekarang dah tak der), toast dia sedap, air pun sedap! Hah sikit punya promo. Satu lagi, dia punya nasi ayam lemon pun kelas. Hanya bubur nasi dia ada kureng sikit. Atau apakah Kjee ni cerewet sikit. Kalau makan bubur nasi, buburnya mesti betul2 hancur dan halus.


GAMBAR DIATAS SEMUA DARI PAK LI KOPITIAM, DANAU KOTA
kak jee..memang nampak sangat sedap menu2 tu...
ReplyDeletemas tak pernah try lagi makan kat pak li kopitiam ni..boleh try nanti..
ala kak jee...betul la yg kak jee cakapkan...
klu dah tak sedappp...cakap la tak sedapp kan..buat pe menipu..kalau sedappp..kita cakap sedap sebab boleh dikongsi ngan orang lain...
nasi lemak dia nampak sedap betulll...
ReplyDeletememang sedap. sambal dia kaw kaw. pastu siap ada serunding ikan! kjee rasa tukan masak dia orang kita lah.
ReplyDeleteBangi Kopitiam Setiawangsa pun dah lengang ... tunggu hari kot :-)
ReplyDeleteamboi kak jee..byk nya mamam..jeles la hehe..mesti sedap kan..nyum-nyum ^_^
ReplyDeletek jee, kalau dah makan lepas tu tulis itu sedap, itu kurang sedap, itu lagsung tak sedap, barulah boleh dikatakan mengulas secara ikhlas.
ReplyDeletejangan sampai semua benda kerja sedap, sempoi, cukup rasa macam si Qi cakap dalam JJCM sekarang. failed.
lagipun, k jee menulis bukan dibayar oleh sesiapa kan.. just be urself.
mala, sesiapa yang pernah makan kat BK yang boleh komen pasal makanan dia. I reserve mine!
ReplyDeletenampak sedap ya makanan2 tu, sudah tentu berbaloi dgn harganya kan kakG?
ReplyDeleteKita jadi pengkritik makanan sbab itu hak kita sebagai pelanggan, sedap pun kita beritau dan yg tak sedap apatah lagi kan? kalau saya, saya rasa sepatutnya saya ucapkan terima kasih pada org sperti kakG yg rajin jalan2 cari makan dan berkongsi dgn kita apa yg sedap mana yg tak sedap.. dgn cara itu secara tidak langsung menjadikan ia sebagai panduan so that bila kita nak gi makan kita tau mana yg sedap mana yg tidak kan kakG?
.
Wahh kjee rajin jln2 cari mkn.. syukurlah akk smkin sihat skrg...:)
ReplyDeletesaya dan suami pun selalu lepak kat pak Li..makanan dia reasonable dan portion dia pun banyak..sedap lak tu..
ReplyDeletekopitiam lain saya tak masuk sebab tak da tanda halal...was was gak..
Kjee, sue nak share sikit pasal Bangi Kopitiam caw Sg. Buluh. Kopitiam ni punya setup bukan main la grand, siap ada props beca lagi. Sebab dah nampak mcm best lagi pulak masa tu orang kata koptiam tu kid search punya, sue & hubby pun try la makan kat situ. Ternyata indah kedai dari makanan, kami order koetiaw sup, yg sampai koetiaw ngan air sejuk kosong. Koetiaw tu dah la x dak rasa, sup dia pulak sejuk..aduhai. Teruk betul makanan kat situ.
ReplyDeletehehehe suhaiza. itulah jugak pengalaman kjee. maleh nk cakap sebab kid kata dia punya. rupa2nya bukan. kawan kjee pernah nak bukak BK. dia kata bukan kid punya tapi orang cina! mahal giler nak dapat lesen franchaise BK. pastu mesti uruskan restoren itu sepenuh masa. tak boleh serahkan pada pekerja! terus kawan kjee tak jadi!
ReplyDeleteDulu mmg suke gi kopitiam tapi sejak 2menjak byk sgt cite ttg keraguan dr segi pekerja, masakan, peti sejuk n bagai2 dlmi peyediaan mknan halal skrg mmg seboleh2nya x kan masuk kopitiam lagi. Yg pastinya Kedai melayu pun masih berlambak....
ReplyDeletebestnyer makanan...hihi...x kesah berapa rege...kalau sedap, org x komplen la...
ReplyDeleteye la kjee..pak li kopitiam memang best..price die memang reasonable!!
ReplyDelete