Thursday, April 21, 2011

243. Apabila Anak nak Exam...

Nadia at 3.

masa dapat gaji pertama (RM5) kerana jadi pelakon tambahan

Apa yang boleh kita lakukan, melainkan memanjatkan doa agar anak2 kita lulus dengan cemerlang.. Itulah yang hadir dalam pemikiran setiap ibu (dan ayah) apabila tiba musim exam anak2.

Bagi Kjee, apa yang lebih penting selain daripada mendoa dia mendapat keuputusan cemerlang ialah Nadia diberi ketenangan menghadapi detik2 hendak masuk bilik peperiksaan. Kalau fikiran dia tidak tenang, bagaimana dia hendak menjawab soalan?

Sebelum melangkah kaki keluar rumah, Kjee akan memeluknya sambil membisikkan di telinganya supaya 'Keep Your Cool'. Kjee tahu ini sesuatu yang sukar untuk dilakukan Nadia kerana dia memang manusia jenis cepat panik.

Kjee risau betul apabila untuk exam sem lepas, dia balik rumah dengan wajah yang muram. Kjee tanya kenapa? Ada masalah? Dia kata dia okay cuma dia risau seorang kawan dia yang tidak menjawab satu muka surat soalan kerana tidak perasan. Yang sedih, kata Nadia, semua soalan itu bagi kawannya itu cukup mudah. Dia memang menunggu soalan seperti itu!

Di Bukit Tinggi. Nadia was 12
Ibu mana yang tidak risau kalau anak pulang dengan cerita seperti itu. Sejak Nadia kecik lagi, berbuih2 mulut Kjee memberikan nasihat. Kalau dah habis jawab, semak balik. Bukan semak sekali tapi berkali2 sampai tamat masa peperiksaan! Manalah tahu ada soalan tertinggal!!

Tetapi Children Are Children. Otak mereka tak sepanjang orang dewasa. Sebab itulah sebagai ibu, kita seharusnya sentiasa mengingatkan mereka. Kekadang Kjee sampai keluarkan kata: "Memang mulut Mama bising asyik nasihatkan Nadia, tapi itu semua untuk kebaikan Nadia!". Macam itu jugaklah mulut arwah mak dulu. Tapi Kjee ni kan degil. So apa yang jadi, sendiri mau tanggunglah.

Oleh kerana Kjee dah melalui segala kemanisan dan kepahitan dalam hidup, maka Kjee tak nak Nadia lalui itu semua. maklumlah Kjee kan graduate dari University Of Life!! Ingat senang ke nak graduate dari University itu!!

Bukan nak riak tapi Kjee bangga, Nadia sikit pun tak ikut perangai Kjee ketika Kjee seusia dengannya. Hanya sikap mengelabah Kjee jer yang dia warisi. Alhamdulillah!!

Berbalik kepada cerita pasal entry ni. Nadia akan duduki final exam untuk sem 3, Isnin depan . Walaupun sejak masuk kolej dan universiti, keputusan peperiksaannya tidak pernah mengecewakan Kjee dan  Unclepali (malah kami bangga sangat2), namun sifat Nadia yang cukup Kjee puji ialah dia sentiasa pastikan dia low profile walaupun pernah beberapa kali dapat result 4 flat atau setiap sem dapat Dean's List!

Sebagai ibu, memanglah kita tak malu bagitau kawan2 yang anak kita lulus cemerlang. Nadia sebenarnya tak suka. Katanya, perjalanan untuk dia mendapat segulung ijazah masih jauh. Ada lagi dua tahun!

Masa dapat Diploma
Tapi Kjee yang tidak pernah melalui jalan yang dilalui Nadia, cukup teruja. Bayangkan anak yang kita didik dari sebesar satu tapak tangan, pandai memilih jalan hidup yang boleh menjamin masa depannya. Tak macam mama dia yang lebih pentingkan mencari duit daripada mengejar ilmu.,

Itu dulu.  If I can turun back the clock, Kjee pasti akan ikut cakap mentor Kjee, Tan Sri Samad Ismail (arwah) untuk masuk ITM amik kursus Mass Comm. Masa itu, dah seronok pegang duit..dah seronok jadi wartwan sampai pandai membelakangkan nasihat mentor!

Mujurlah Nadia anak yang dengar kata. Kalau tengok dia belajar, rasa macam tak percaya. Nak kata dia nerd (ulat buku), taklah jugak. Tapi kalau dia tengah ulangkaji kat rumah, cara dia fokus terhadap pelajarannya, Kjee pun naik takut. Dengan telinganya disumbat ear phones (dengar soft muzik dia kata), apa terjadi di sekelilingnya, sudah tidak dia nampak lagi.

gambar semalam
Seboleh mungkin Kjee cuba berada di sisinya ketika dia ulangkaji setiap malam. Kekadanag sampai pukul dua atau tiga pagi. Teringat Kjee masa Kjee nak ambil exam MCE dulu. Arwah mak akan turut hang around sampai jauh malam. Kemudian dia akan buatkan satu mug Milo untuk Kjee. Sedap hati masa ulangkaji tengok mak buat cam tu.

So the moral of the story, masa anak2 sedang sibuk belajar untuk exam, di tengah2 malam, korbankanlah sikit tidur kita. Selain itu, panjatkan doa agar mereka tenang ketika masuk ke bilik peperiksaan. Yang lain semua kerja Allah Swt.

13 comments:

  1. Kak Gee sebijik muka anak kak gee ngan kak jee.. comel cam ibu dier

    ReplyDelete
  2. saya pula species kalau belajar .. mesti nak sendirian. Kalau ada yang ' nampak' especially mak dan ayah ( alfatihah utk arwah ayah )maka terus terbantut !! saya akan buat benda lain .. baca majalah ke .. melukis ke .. tak tau kenapa. saya rasa MALU bila ' kerajinan' dan ' usaha saya belajar ' di lihat mereka. sebab tu saya study lewat malam .. tiada gangguan bunyi dan tiada yang melihat. Kalau tengah leka study, tetiba mak atau arwah ayah bangun gi kencing ke .. hahhh .. kelam kabut saya ' mengemas '. he he .. kalau di tegur or di tanya .. ' buat apa ? tak tidur lagi .. ? " atau di suruh tidur sebab dah lewat malam .. maka saya jadi ' gelabah biawak ' dan ' terkedu '. Pelik kannn ... itu lah KELEMAHAN saya. Apapun alhamdulillah .. saya berjaya dalam pelajaran.

    ReplyDelete
  3. Kak jee i agreed 100% with what you wrote today.Melihat anak-anak melalui liku-liku kehidupan yang kita tak merasainya rasa begitu terujakan.My anak pun menduduki exam untuk semester 5(Degree),dan tak pernah miss dean's list,memang kita banggakan kak jee.bangga yang teramat ditambah dengan melihat dia bertungkus lumus belajar untuk capai apa yang dia nak kita betul betul berdoa agar dia akan cemerlang dalam apa jua yang dia lakukan.Good luck to Nadia ya.

    ReplyDelete
  4. good luck untuk nadia dan kak jee juga..
    semuga nadia akan lulus dengan cemerlang untuk sem 3 ni.. anak maklong pulak ditahun 3 sem 5..
    samalah perasaan kita sebagai ibu kan kak jee..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, kakG punya Nadia seorang anak yg mendengar kata, semoga Nadia berjaya di dlm exam dan kehidupan seterusnya. Tahniah kakG kerana berjaya mendidik Nadia sehingga berjaya ke tahap yg boleh membanggakan hati seorang ibu..

    ReplyDelete
  6. kjee tak de sape yang bersekolah d rumah ....anakmenantu buat pjj pun dok ja...uh tak nampak mereka belajo...tetapi selalu nasihatkan belajo elok2 jangan sia2kan peluang kedua ni....norasmah

    ReplyDelete
  7. salam k jee! singgah dari dapur k ummi kuantan.
    tengok lama-lama baru tingat k jee ni dulu berlakon waktu saya kecik2 dulu! suker suker!

    sayu tengok gambar k jee dgn doter. terserlah aura kasih sayang dari kedua2nya!

    ReplyDelete
  8. salam...kita memang bangga bila ank brjaya.. ..mcm ank saye bila trpilih mewakili univrsti dlm prtukarn pelajr ke Cina...pesan jgn heboh2..baru abis buat degree sdg mohon keje...minggu depan ank ke3 final ezam utk diploma.ank lelaki saya baru dpt result SPM..ketegori cmrlng juga..bila kita brcrita ngan kengkawan..de pesan jgn heboh2 lg... perasaan bangga berkobar2 nk brcrita...sebagai ibu peranan kita mmg pnting..klau tiada keuzuran setiap kali ank exam saya brpuasa mnta prkara yg baik2 utk ank2...shida sidek..

    ReplyDelete
  9. memang kak....bukan fasal nk exam jer...wat homework pun berteman kadang sampai kul 11 12 mlm....anak sy skul tiap hr sampai kul 6.15pm...manaxnye wat homewrk sampai memalam...nk ngaji lg mlm tu...sian kat anak..tu yg sama2 ngan diorang...tp bila diorang g skul...sy lelap la sejam 2..hihihi...

    ReplyDelete
  10. salam kak Jee , lama tak tengok kak Jee berlakon

    ReplyDelete
  11. Salam Ramadhan,

    Mendidik untuk pendidikan anak ni perlukan kesabaran tapi yang pokoknya anak mesti belajar ulangkaji, buat nota bila balik dari sekolah, kemudian bagi dia jawab contoh-contog soalan ikut topik / subjek, buat 3 kali seminggu.

    Masa saya nak exam SPM tu mak saya selalu bangun tidur pkl 2 pagi- masa tu saya tengah study, buatkan air kopi dan buatkan roti. Berkat sokongan dengan doa ibulah saya lulus peperiksaan SPM dengan baik.

    ReplyDelete