Konsert malam ini ia sememang tidak layak dipanggil konsert! Lebih layak jika dipanggil sessi karaoke bersama pelajar2 Akademi Fantasia! Mujurlah ini adalah sessi AF terakhir. Akan tiada lagi buat selama2nya!!! Yahooo!!
Seharusnya Ogy Ahmad Daud diangkat sebagai Pengetua bukan Juri Profesyenal untuk Konsert Akademi Fantasia. Mungkin ada yang akan menempelak dengan mengatakan siapa Ogy untuk jadi Pengetua. Malah Juri pun dia tak layak sebab apakah selama ini dia telah membuktikan kehebatannya sebagai penyanyi?!
Tetapi bila korang renung kembali, apakah jurulatih2 sukan se antero dunia semuanya pernah hebat bermain dalam sukan masing2 hingga layak ditabalkan sebagai coach. Begitu juga dengan Simon Cowell dan juga Randy Jackson, bukanlah penyanyi yang hebat. Tapi pembabitan mereka sebagai produser dalam industri hiburan, membuatkan mereka layak menjadi juri.
Hah begitu juga dengan Fauziah Ahmad Daud. Kjee pernah menjadi kawan rapatnya satu ketika dulu. Sanggup melakukan segala2nya bersama. Malah, hampir2 Kjee kena tembak semata2 kerana seorang anak seni bernama Fauziah Ahmad Daud. Tapi itu dulu. Sekarang jarak hubungan antara kami sungguh jauh. Jadi, jangan ingat apa yang Kjee tulis mengenai Ogy berdasarkan kepada persahabatan yang telah kami jalinkan selama ini!
Walaupun bukan seorang recording artiste yang berjaya, namun mungkin tidak ramai yang tahu Fauziah Ahmad Daud adalah seorang penghibur yang hebat. Korang tentu tidak pernah menyaksikan dinner shows nya. Suara sahaja tidak boleh menjaminkan kehebatan seorang penghibur. Ramai penyanyi terkenal tanahair tidak boleh menjadi penghibur yang hebat.
Selain itu, Ogy juga seorang pelakon yang hebat. Sudah banyak award dimenanginya. Satu ketika dulu, ditahun 80an, setiap filemnya mendapat sambutan box office!
Oleh kerana itu, Ogy layak mengeluarkan apa yang terbuku dihatinya ketika dia mengulas persembahan setiap pelajar AF. Ogy tidak ada western interest. Pelajar2 AF itu layak menjadi anak2 dia. Dan Kjee yakin, nasihat yang dilemparkannya itu lebih bersifat nasihat seorang ibu kepada anak. Bukanlah macam ada juri Antarabangsa yang berhati2 dalam memilih kata2 untuk dilemparkan kerana menjalinkan hubungan sulit dengan peserta di luar!
Ogy yang Kjee kenal seorang wanita yang sangat ikhlas. Dia tidak tahu bermuka2. What You See Is What You Get. Wajahnya mencerminkan hatinya. Walaupun dengan sahabat karib sekali pun, tiada istilah menjaga hati. Kalau dia rasa dia betul, dia belasah saja. Dan itulah jugak yang menjarakkan hubungan antara Kjee dengan dia.
Apapun, walaupun dua tahun lalu, Kjee pernah kecil hati dengan Ogy atas satu peristiwa yang Kjee langsung tidak duga akan dimarahi, namun Kjee tidak pernah memusuhinya secara profesyenal. Kjee percaya Credit Should Be Given When Due. Kalau Kjee rasa Ogy betul dan bagus, misalnya, ketika memberikan kritikan yang pedas dan bernas, Kjee sokong Ogy.
Sedih Kjee bila ada yang boo Fauziah Ahmad Daud ketika dia memberi kritikan. Merekalah yang EMO bukan Ogy. Kalau Ogy tidak menjalankan tugasnya secara adil dan saksama, Kjee yakin ASTRO tidak akan mengundang lagi Ogy menjadi pengkritik. Tetapi dia masih dipilih untuk kesekian kalinya!
bersama buah hatinya Siti Aishah |
Habis nak buat macam mana? Sekali lagi Kjee ulang apabila melihat Ogy, What You See Is What You Get. Ogy tak pandai menyembunyikan rasa hatinya.Dia nak sembur, dia sembur sahaja. Sesiapa sahaja, walaupun orang paling dekat dengannya. This you've got to believe!!!
Go Ogy Go!!! Agaknya memang mereka yang bernama Fauziah, tulus dan ikhlas menyampaikan apa jua yang mereka ingin sampaikan walaupun The Truth Hurts!!!
(THNX FENDI AMAN FOR THE PICTURES)
Bersama Fendi Aman, peminat setianya di Spore yang memiliki lebih 200 gambar Ogy di FB nya. |
kak.. time kaseh sebab baca blog saya yerk... terharunye pelakon terkenal tanah air baca blog saya... hehe... ni saya wat entry pasal akk siket... harap akak sudi baca yerk :)
ReplyDeletePELAKON PON BACA BLOG AKU?????
artis pun manusia biasa, taufiq.
ReplyDeleteYes, tul tu Kak Jee, bagus sekali tulisan Kak Jee tentang Kak Ogy... What u see & what u get.... U go Kak Ogy!
ReplyDeleteSiapa kata Fauziah Ahmad Daud tidak berbakat dan tidak layak menjadi juri. Lihat sahaja lagu yang pernah dinyanyikan olehnya seperti Riwayat Petani, Bila Bunga-bunga Berguguran, Wajah Rahsia Hati (popular). Beliau juga pernah berduet dengan Ebby Saiful dalam lagu bertajuk Rela Menanti. Lakonan Kak Ogy Ahmad Daud juga pada eranya adalah antara yang terbaik sekali sehingga mampu meninggalkan kesan kepada para penonton. Semua orang boleh menyanyi dan berlakon tapi tak semua orang boleh menyanyi dan berlakon dengan perasaan. :)
ReplyDeleteyer saya sokong kak ogy kerana dia berani mengkritik...itulah baru dinamakn pengkritik...saya tak suka bila jadi pengkritik tp hanya memuji...buat bagus ker tak bagus dpt pujian jer...lama2 pelajar pun naik lemak...
ReplyDeletesokong kjee......bagus ogy buat lagi.. norasmah
ReplyDeletebagus laa ada pengkritik yang telus n direct to the point..takde laa putaq2 sana jer motif nk dsampaikan x kesampaian..takut peminat pelajar tu boo dier kann..adlin aman ramli pun best gak..
ReplyDeleteerr..fauziah latif pun fauziah gak kak..tp masih tak berani sangat cam ogy n kjee kot..hihi
haa semalam tengok ramai yg BOO ogy ahmad daud tu , tapi memang perserta AF kali nih teruk2 pun
ReplyDeleteOrang suka menerima pujian....tapi bila ditegur sesuatu yang kurang amat payah nak menerimanya...
ReplyDeleteLumrah alam....tapi harus ingat....nak jadi yang terbaik bukan mudah...org lain nampak ape yang kurang.....Kak Oqy tidak hipokrit....kritikannya pedas tapi ikhlas.....
ermm .. saya akui OGY pelakon yang berlakon penuh perasaan tapi dia ni selalunya OVERACTING. Cuba tengok FAUZIAH NAWI .. pelakon yang REAL .. tapi lakonannya tak mempamerkan OVERACTING pun. Itulah bezanya PENGHAYATAN WATAK yang berjaya di pamerkan oleh FAUZIAH NAWI tetapi tidak oleh OGY. Sebagai penyanyi pula, suaranya sekadar BOLEH lerr saja. Itupun kalau kena dengan rentak lagunya. Tapi macam FAUZIAH LATIF juga... suara OGY sekarang dah pancit. Tak cayer .. cuba lihat atau dengar nyanyian duetnya dengan JAMAL baru-baru ini. Dulu sedap di dengar ..sekarang memang jelas terdengar tarikan nafasnya. Dan bila dengar duet JAMAL dan SARAH .. memang mendayu habis. Sedap !!! Pasal mengkritik ni .. as MUSLIM walaupun pendapat atau kata-kata kita BETUL sangat .. janganlah sampai orang yang di dengar TERGURIS PERASAAN. Kritiklah secara berhemah. Ikhlas macam mana pun niat kita dalam menegur dan mengkritik ni .. eloklah beringat ... kita ni orang MELAYU ISLAM. Kita mengkritik dengan niat baik sekalipun, jangan ingat orang yang dikritik itu tidak punya perasaan. Cuba letakkan diri kita di tempat orang itu, sanggupkah kita MENDENGAR dan REDHA serta IKHLAS menerima kritikan yang pedas ???
ReplyDeleteogy saya suker..btol ckp kjee dia jenis jujur n ikhlas x suke ckp suke dia ckp..lau x suke nasib ko lh kne hentam yer ..
ReplyDeleteOwh tidak....sy sbg generasi baru kurang berkenan dgn lakonan Fauziah Nawi. Kdg2 lakonannya stereotype. I prefer Kak Ogy dan Erma Fatima. Diorg berlakon berkesan, mengarah pun boleh. Fauziah Nawi mengarah ikut kepala sendiri; hasilnya tengok cerita Zaiton Sameon (sorry sy ikut perasaan sikit). Malah lakonan terbaik mgkn patut diberi pd Azean Irdawaty; she's briliiant in her acting. Klaau pelakon skrg nie, the best will go to Sharifah Amani la. Maaf sekali lgi, ini hanya pndgn sy sahaja....
ReplyDelete