Sunday, April 24, 2011

255. Ini bukan merapu pagi Ahad

Setiap pagi, sebaik sahaja online, Kjee akan pandang sepintas lalu blog Kjee dan juga wall Kjee di FB. Kalau mood elok, terus bagi salam di FB, kalau tidak, rutin Kjee setiap pagi adalah untuk melayari akhbar2 online. Yang menjadi pilihan Kjee ialah Utusan Malaysia, The Star, Kosmo dan Metro.

Selagi tak baca 'paper' selagi itu, Kjee susah nak mulakan hari. Kjee tak faham kenapa masih ramai yang tidak baca paper. Termasuk anak dara Kjee sendiri walaupun dah berbuih2 Kjee menasihati. Awak tu student IPT. Apa gunanya kalau bijak akademik tetapi tidak tahu apa yang berlaku sekeliling kita. Nasihat ibarat mencurah air di daun keladi.

Kjee mula baca paper sejak sekolah lagi. Masa itu, bapak bawak balik paper dari offis setiap petang,  kerana dia tidak mampu (dengan gajinya yang kecil), melanggan akhbar untuk keluarganya. Tetapi dia tahu nilai dalam akhbar yang harus diketahui anak2nya.

Maka sejak itu membaca akhbar sudah menjadi rutin buat Kjee. Percayalah tanpa membaca akhbar setiap pagi, Kjee rasa hidup Kjee tidak sempurna. Tidak sangka rupa2nya habit membaca akhbar telah membawa Kjee ke alam surat perkhabaran yang lebih luas lagi.

Kjee masih ingat sewaktu menghadiri temuduga sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times pada tahun 1974. Tarikhnya 10 April. Kjee ditemuduga oleh Samad Ismail, seorang wartawan tersohor. Dia tanya Kjee, apa rutin awak setiap pagi. Kjee kata, sebaik sahaja bangun dari tidur, Kjee akan membaca akhbar.

Pak Samad tahu itu jawapan cliche seorang budak yang baru hendak menjadi wartawan. Nak ambil hati orang surat khabar yang sedang interview dia. Kemudian Pak Samad tanya apa yang Kjee baca. Dan Kjee bagitaulah apa yang Kjee telah baca pagi itu.

Kjee berjaya dalam interview itu. Kjee berjaya kerana Kjee pun pandai jugak kelentong. Pagi interview itu, Kjee tak sempat nak baca paper sebab terlalu excited hendak pergi interview di sebuah akhbar yang cukup besar. Akhbar orang putih.

Tapi malam sebelumnya, Kjee telah menonton berita di TV. Masa itu berita hanya disiarkan di RTM. Belum ada TV3. Nasib baiklah otak muda ketika itu mudah menyerap apa yang kita lihat dan dengar. Kebiasaannya, kalau TV keluarkan sesuatu berita itu, akhbar akan menyiarkan benda yang sama keesokkan harinya.

Tidaklah Kjee ketahui samada perbuatan Kjee itu suatu 'penipuan' atau 'kelentongan'. Atau apakah itu jugak sesuatu yang cerdik dan bijaksana? Only God Knows.

Kemudian setelah menjadi wartawan, sudah pastilah hidup Kjee sentiasa dikeliling berita. Ibarat makan berita, tidur berita, main berita dan segala2nya berita.

Sekarang ini Kjee sudah tidak melanggan sebarang akhbar lagi sebab Kjee berasakan lebih mudah membaca akhbar dengan menggunakan jari. Unclepali hanya beli akhbar di hari Ahad. Banyak rencana2 menarik di hari Ahad. Akhbar hari Ahad kami baca dari pagi sampai ketika hendak melelapkan mata. Begitulah banyak rencana menarik.

Apakah bezanya membaca akhbar dengan melayari akhbar secara online? Banyak bezanya. Mula2 dulu Kjee kekok. Kjee berasakan lebih puas memegang akhbar dan menyelaknya lampir demi lampir daripada menekan jari jemari di keyboard. Kepuasannya lain. Tanyalah semua pembaca akhbar yang hardcore.

Tetapi di zaman yang serba canggih ini, kita kenalah ikut jugak peredaran masa. Lama2 akan menjadi biasa. Samalah macam kita selalu hantar kad Hari Raya setiap kali musim Raya. Mula2 dulu rasa kekok bila dapat e-kad. Rasa macam tidak dihargai. Tetapi alah bisa, tegal biasa.

The moral of my entry kali ini, luangkan sedikit masa setiap hari untuk membaca akhbar. Semaikannya di minda anak2 kita pentingnya untuk ada general knowledge. Besarkanlah mereka sebagai manusia yang sentiasa mahu tahu perkembangan hidup di luar kepompong zon selesa iaitu rumah sendiri. Ajak mereka menonton berita setiap malam, Insya Allah tak sia2 usaha korang.

Okay Kjee dah selesai baca akhbar online, sekarang nak masuk dapur siapakan bekfas penghuni rumah Kjee yang dikasihi.

Beita dibawah ini ingin Kjee kongsi bersama anda. Kjee copy paste dari Kosmo Online. Nak tau seterusnya, belilah akhbar Kosmo Ahad, hari ini.

Usah layan lelaki Afrika di Facebook

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia terutama wanita dinasihatkan supaya menolak permintaan daripada mana-mana lelaki Afrika yang mahu berkenalan menerusi laman sosial Facebook bagi mengelak diperdaya menjadi 'keldai dadah'.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara setakat 31 Mac lepas, seramai 833 orang adalah bersabit kes dadah.
"Mereka terdiri daripada 675 lelaki dan 158 wanita yang ada antaranya terpedaya menjadi keldai dadah selepas berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya warga Afrika menerusi laman sosial itu.
"Facebook itu tidak ada masalah. Tetapi jika disalahgunakan boleh jadi musuh ketat. Saya minta kalau ada lelaki Afrika ingin berkenalan dalam Facebook, block (halang) sahaja," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga Wisma Putra di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

4 comments:

  1. salam perkenalan ...lelaki afrika di facebook ke diluar ke tetap tak boleh percaya kan kak jie...

    ReplyDelete
  2. very true puan bee. menyusahkan aje. patut dilrang terus masuk malaysia. tapi spt biasa, kerajaan kita baik.

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah...untung juga saya bertugas di syarikat akhbar, paper dapat free,english and bahasa, lunch time boleh baca, tak habis sambung balik rumah, Metro antara paper yang anak2 saya suka baca :)

    ReplyDelete
  4. Salam kak Jee. Saya pun macam Kak Jee. Mewarisi ayah saya. Cuma saya seorang saja dalam keluarga. Ayah dulu cuma beli Utusan Melayu. Dia tak akan bagi saya sentuh selagi dia belum baca walaupun masa tu dia dok buat benda lain. Lucunya, bila dia baca, dia tertidur maka dengan terhendap-hendap macam pencuri, saya pelan-pelan tarik paper yag selalunya mesti terlekat bawah tangan atau kaki dia atau badan dia. Dia terjaga dan saya pun pura-pura tak ada apa-apa, terus keluar dan tak jadi ambillah suratkabar tu. Saya kena tunggu sampai dia selesai baca, baru saya boleh baca walaupun dia tidur. Frustnya saya time tu.

    Itulah kenangan manis saya dengan ayah. Kerana Utusan melayu, saya jadi anaknya yang terpandai baca jawi. Perangainya saya ikut tapi saya tak la macam ayah. kalau saya beli paper, kalau anak-anak nak baca, saya nak buat kerja lain, saya benarkan anak-anak baca dulu dan sekarang ni kan ke ada 2,3 part suratkabar tu. Boleh la sama-sama baca. masih lagi belum biasa dengan online. InsyaAllah, nanti-nanti lah.

    ReplyDelete