Monday, April 25, 2011

269. Kek Choc Tanpa Telor



Wah best betullah kek cokelat tanpa telor ni. Mula2 Kjee was2 gak nak buat cos mana ada orang buat kek tanpa telor di zaman Kjee dulu. Hebatnya orang sekarang yer.

Kebetulan Isnin (esok) birthday Unclepali. Dia memang hantu cokelat. Pagi tadi Kjee dah plan nak derhaka. Nak bubuh almonds dan chocolate chips. Tup tup bila ke klinik tadi, doktor cakap Unclepali kena stop makan kekacang. Aduh, kesiannya dia. Habislah hobi dia mengunyah pistachio, gajus dan yang sewaktu dengannya.

So kek ini hanya ditambah chocolate chips. Oh ya lupa lak..Kjee tambah juga ½ sudu teh nescafe sebab kat umah tak de choc emulco. Moist giler. Lembab2 manja gitu.

Kjee amik resipi ni dari Dayang Jack sini sebab tadi Kjee intai blog CMG ada rasa pelik sikit sebab dia tak bubuh sukatan koko di dalamnya. Sekarang CMG dah edit balik dan bubuh. Hehehe belum tua macam Kjee CMG tu dah boleh jadi pelupa. Gurau jer CMG.

Terima kasih Dayang Jack for a superb eggless choc cake recipe.

Tapi kan, resipi yang dia bagi itu cukup untuk penghuni rumah yang tak ramai macam Kjee ni. Kalau ramai kenalah buat dua atau tiga adunan baru umpphh.

Kjee ni tak pandai hias kek cam orang lain so Jee ayak jer icing sugar supaya nampak ler tak legam sangat. Ini boleh jadi Kek Negro tau hehehe.

Jom kita tengok resipi ini.


Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco (Kjee guna nescafe)
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung (Kjee guna Canola)
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon (Kjee guna apple cider)
  • segenggam choc chips (optional)
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


    16 comments:

    1. aslmkm kak..slm ukhuwah dri dil di bumi pasir...:-) sdp kn kek cklt tnpa tlr ni?dil pun ada buat.....nyum nyum....

      ReplyDelete
    2. nak cuba buat adunan d atas cukup le untuk kami berd2 senang bahan nya boli buat bila2 walaupun takde tolo....kjee memang kita yang tak gaot pun kalu makan kekacang pun akan terasa sakit2 kaki....norasmah

      ReplyDelete
    3. sedapnya kek tu kak Jee...cantik si hitam manis..:)

      ReplyDelete
    4. laparnye tgh2 mlm ni tgk kek tu...=P
      yg kaler putih atas kek tu ape?

      oh, jemput buat review kat blog saya...tq~

      ReplyDelete
    5. kita serupa lah kak jee..
      maklong pun buat kek ni juga.. cuma, maklong punya kurang menjadi..

      ReplyDelete
    6. Salam kak jee...haha, sori terlupa serbuk koko dlm resipi kat DTS, malam tadi dah edit balik...saya type tergesa2 masa nak Ipoh kelmarin, pstt..akak mana tua, cuma tua sikit, kannn...terima kasih sudi mencuba yea kak jee...

      ReplyDelete
    7. nak cuba buat ni hari ni...saturday baked brownies 1 tray licin over the weekend eaten by raihanah; so kena stock up dengan comfort food lagi lah!

      ReplyDelete
    8. Semalam pun buat choco cake jugak...tapi guna telor nyer... nanti kena try jugak resepi ni...

      ReplyDelete
    9. mas suka kek coklat ni...
      memang sangat sedapppp...
      lembut dan lembab jerk kan kak jee....
      selamat hari jadi untuk Unclepali,
      moga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah sentiasa..
      moga diberi kesihatan yang baik dan murah rezeki selalu....

      ReplyDelete
    10. si hitam manis dah sampai ke dapur kjee ya..moist kan?
      Happy birthday buat unclepali..
      nanti mesti ada post khas untuk unclepali kan kjee.?sama2 kita tunggu...
      (apa la hadiah kjee utk unclepali tu ya)hehehe

      ReplyDelete
    11. Salam Kjee,
      saya bukan nak citer pasal kek tapi nak sentuh citer makan kekacang. Memang pun terlebih makan kekacang antara punca Gout.. suami saya pun penggemar makan kekacang...akibatnya dia diserang Gout..Alhamdulillah...sekarang dah kurang..Moralnya makanlah apa sahaja asalkan jangan berlebihan... Jaga makanan jaga kesihatan.. :-)

      ReplyDelete
    12. salam kak jee...minta share resepi ye

      ReplyDelete
    13. Selysuhana MohamedMay 2, 2011 at 10:34 AM

      Nak Tanye, puas saya cari Serbuk Koko Cap Kijang ni..hmm, kat mana ada jual ye??

      ReplyDelete
    14. Salam kak Jee, nnt saya nak try tau

      ReplyDelete
    15. nak cuba resipi ni mlm ni... harap2 menjadi.....

      ReplyDelete