Thursday, April 28, 2011

282. Ikan Kukus elok untuk diet



Sejak akhir2 ni Nadia dah mula ligat diet balik. Maklumlah beberapa bulan yang lepas dia gila sangat buat roti sampaikan badan pun bagaikan ditambah yeast. So Kjee buatkanlah dia ikan kukus, taufoo kukus dan sayur2an yang hanya guna sikit minyak, rebus atau masak air.

Kjee tak pasti samada korang pernah makan ikan tongsan. Isi ikan ini putih dan elok untuk kesihatan malah dikatakan mengandungi lemak ikan Omega 3 yang cukup tinggi. Omega? Telor Omega elok tapi jam Omega? Ohhh jam tu mahallll sangat2. Kalau hilang mahu susah nak tidur malam. Hehehe melalut pulak.

Okalah berbalik kepada ikan tongsan. Ikan ni sangat disukai oleh orang Cina. Memanglah kalau benda2 yang elok untuk kesihatan, kaum Cina memang pandai. Orang Melayu main baham ikut suka tekak. Sebijik macam Kjee. Hehehe.

Hari itu ketika pergi ke Sri Ternak di Selayang, Kjee jumpa ikan ni. Kjee beli seekor. Ikan ni agak besar. Kepalanyanya sedap masak sup bubuh sawi jeruk atau sawi asin.

Kjee dan Nadia cukup suka kalau ikan tongsan ni dikukus. Unclepali kurang sikit sebab dia ni kalau ikan memilih sikit. Hanya suka ikan selar kuning, ikan cekik leher dan pelaling.

Okaylah, kita tengok resipi ikan steam ini. Boleh guna apa jer ikan. Ikan bawal putih, siakap, kerapu dan ikan merah. Ikan yang isi dia warna putih jer tau. Yang warna2 pelangi tak pernah terai lagi.

Ini cara kukus ikan cara mudah. Ada orang bubuh jeruk limau ataupun asam boi. terserahlah ikit suka dan citarasa masing2.

BAHANNYA:

1 potong ikan tongsan
2 inci halia tua 
2 ulas bawang putih
kicap cair atau sos ikan/nampla
serbuk lada hitam (Kjee guna aji shio Blackpepper)
daun ketumbar
daun bawang
cili merah (hiasan)
minyak bijan

CARA:

1. Ikan dibersihkan dan diperap seketika dengan air asam Jawa untuk hilangkan hanyirnya.
2. Lepas itu dicuci bersih dan dilumur dengan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk halus. Perapkan kira2 ½ jam dalam peti ais.
3.Panaskan air dalam periuk kukusan.
4. Keluarkan ikan dari peti ais dan tuangkan kicap cair. Sukatannya ikut suka masing2. Kalau nak masin, bubuhlah lebih sedikit. Tapi Kjee bubuh dalam dua atau tiga sudu besar sahaja.
5. Taburkan serbuk lada hitam. Kalau guna Ajishio pepper kena hati2 sebab ia sangat masin. Boleh kurangkan sos ikan atau kicap cair.
6. Kemudian kukus selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak. Pastikan air dalam kukusan cukup mendidik ketika mengkukus.
7. Setelah cukup masak, keluarkan dan titiskan sedikit minyak bijan. Taburkan daun bawang dan daun ketumbar serta cili merah yang telah dihiris halus sebagai hiasan.

Sedap dimakan ketika panas. Siapkan jugak cili api yang telah dibubuh sos ikan atau kicap cair. Sedap!


11 comments:

  1. bila masuk sini banyak tips yg saya dpt...kalau 1 hari tak jengah dapur kakjee mmg tak sah...

    ingat saya sorang jer giler buat roti...anak kakjee pun sama rupanya...mmg seronok bila roti yg kita buat gebu dan naik cantik..

    ReplyDelete
  2. Hari tu hubby sy mancing dpt gak ikn tongsan.. bapak ea bosar...setengah grg stgah g kukus buat hr lain-lain... mmg sedap ikan ni tapi susah nk kena kt mata pancing... kt pasarrrr je yg sonang kono..hehe !!

    http://ummi-ieraakmal.blogspot.com/2011/03/jangan-korang-tak-tahu-ikan-pun-pandai.html

    ReplyDelete
  3. kak jee..mas suka menu kukus ni..tapi mas sorang jerk yg suka kat rumah ni...
    itu yg jarang buat..he.he..
    sedappnya tengok ikan kukus tu...

    ReplyDelete
  4. ikan tongsan ni ikan ape yer?

    *lap2 air liur..*

    ReplyDelete
  5. ikan tongsan tu ikan air tawar. orang panggil ikan cina pun ada. isi dia putih. sedap kukus dan goreng buat sambal.

    ReplyDelete
  6. tengahari tadi nor buat talapia kukus punya le sedap masam manis masin pedas2 makan panas2 dengan nasi panas alih2 dia kata goreng ikan ni sedap...eee geramnya tadi tanya nak kukus tak 'ok' je....susah sikit bab ikan nak goreng garing2 je lain tak jalan....nor

    ReplyDelete
  7. ikan wajib yang cik suami saya beli kat Pasar Kelang ..Jenuh nak siang ikan ni. Antara ikan yg murah, baru beberapa ringgit sekilo. kalau kepala nya ija book buat kari ... sedaaapp.
    Isinya selalu goreng berlado. hmm ni boleh try ni.. Masak Stim...

    ReplyDelete
  8. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa..ikan tongsaaaannnn! Mmg leh pengsaaann makan...hehee...bagus, berkhasiat kan k.Jee...tp kita makan masa kecik2 dulu selalu la..abah beli..kita ngap jek..now dah lupa rasanya dan x tau la boleh lalu ke tekak ke tak..hehehe

    ReplyDelete
  9. Aslmkm Jee, ikan tongsan sama dgn ikan talapia merah ke?

    ReplyDelete