William dan Kate di hari pertunangan - ehsan google |
Mendiang Diana bersama Wlliam dan Harry - Ehsan google |
sama cantik sama padan - ehsan google |
Diana yang disayangi seluruh rakyat Britain - ehsan google |
Camilla wanita yang hancurkan hati Diana - ehsan google |
She was the world's most loved princess. Seorang gadis ayu yang cukup bergaya. Setiap fesyen rambut dan pakaiannya menjadi ikutan semua. Ketika itu, semua nak fesyen rambut Lady Di. Dresses dia terutama sekali sehelai suit polka dot berwarna cokelat menjadi kegemaran gadis2 di seluruh pelusuk dunia.
Kemudian apabila Diana bercerai dengan Charles dan kemudiannya menjadi kekasih Doddie anak jutawan Arab Al Fayed, semua mengharapkan kedua2nya berkahwin. Dan semua wanita Islam di seluruh dunia mengharapkan perkahwinan itu bakal menjadikan Diana seorang wanita Islam.
Sayang seribu kali sayang belum sempat mereka mengumumkan hari mereka akan disatukan sebagai suami isteri, Diana dan Doddie, mati dalam satu kemalangan tragis di Paris. Banyak spekualsi mengenai kematian itu. Ada yang kata ia sengaja dirancang oleh keluarga diRaja British kerana mereka tidak mahu bonda kepada seorang bakal Raja England, memeluk agama Islam. Wallahualam.
Esok 29 April, Prince William dan Catherine Middleton a.k.a Kate, akan menjadi suami isteri dalam satu istiadat gilang gemilang. Pihak Istana Buckingham merahsiakan perbelanjaan perkahwinan William-Kate. Perkahwinan Charles-Diana dulu dikatakan menelanja belanja 18-juta pounds. Perbelanjaan perkahwinan William-Kate tidak digembar gemburkan kerana Britain kini sedang mengalami kedudukan ekonomi yang tidak begitu stabil.
Sudah empat hari berturut2, Astro Channel menyiarkan kisah2 menuju perkahwinan penuh bersejarah itu. Masih menjadi tanda tanya siapa yang bakal menjadi Raja England selepas Queen Elizabeth. Charles dikatakan tidak layak kerana The Church Of England tidak mengiktiraf perceraian apatah lagi setelah perceraian, bakal Raja berkahwin dengan seorang janda.
Charles tidak mengejutkan rakyat Britain apabila dia berkahwin dengan Camilla Parker Bowles, janda kepada salah seorang pengawal peribadi Charles. Camilla kemudian membawa gelaran Duchess Of Cornwall. Ketika hidupnya, Diana adalah Duchess of Wales, suatu gelaran yang lebih besar.
Mengikut sejarah, King George 6, yang juga ayahnda Queen Elizabeth, sepatutnya tidak mewarisi takhta Raja England tapi dek kerana abangnya memilih untuk berkahwin dengan seorang janda, maka dia menyerahkan takhta itu kepada King George ke-6. Jadi, apakah Charles juga terpaksa melakukan yang sama?
Jika itu berlaku, maka perkahwinan William dan Kate esok akan melakar sejarah perkahwinan bakal Raja England di milinieum baru.
Esok kira-kira pukul 1 tengah hari waktu Malaysia, mereka akan walk down the aisle di WestMinster Abbey untuk disatukan sebagai suami isteri.
Lelakinya cukup kacak dengan senyuman ibunya sementara si gadis, seorang wanita kebanyakkan yang 6 bulan lebih tua daripadanya. Kate dan Williams bertemu dan menyemai kasih ketika belajar di Universiti yang sama. Pernah break off selama tiga bulan. Tetapi jodoh mereka kuat dan itu akan ditentukan esok.
assalamualaikum kakjee - ramai nak pi 'kenduri kahwin' hari ni ;-) dulu2 mak mala suka potong rambut kami ala-ala Lady Diana
ReplyDeletew/pun lady D meninggal waktu saya kecik2 lagi...tapi lagenda dia akan di ingat sampai bila2...
ReplyDeletemy ex-boyfriend nak kahwin daa....huhuhu....
ReplyDelete