Bab buat kuih, Kjee ni memang tak reti. Kalau masak lauk pauk tu, bolehlah kelentong lagi. So korang jangan ketawa tengok Talam Cempedak Kjee hari ni. Ada hati jugak nak bubuhkan resipinya yer. Hehehe.
Apapun, rasanya sedap. Nadia puji. Yalah kalau dia tak puji sapa lagi nak puji kan? Asalnya anak buatlah talam durian macam Puan Nieza kita yang duduk nun jauh di Finland. Tapi semalam ada lak sapa ntah kata cempedak yang jiran Kjee bagi boleh jugak buat talam.
Kalau korang nak tahu kenapa kuih talam Kjee pucat, sebenarnya Kjee jenuh cari pewarna dalam pantry tapi tak jumpa. Pastu Kjee guna susu segar rendah lemak untuk resipi ni. Sihat sikit kan. Rasa tak lari. Cuma kalau guna santan, lebih lemak kot.
Ini kali pertama Kjee buat talam. Jap lagi lepas gi dinner nak gi cari durian pulak. Esok boleh buat talam durian dan tempoyak. Cadang nak beli satu bakul. Murah sikit kan.
Resipi untuk Talam ni, Kjee copy paste dari Puan Nieza sini yang dapat resipi Talam durian dari Chef Hanieliza, kalau Kjee tak silap.Tapi Kjee derhaka (actually tak suka guna this word) dan bubuh cempedak. Sorry yer tuan punya resipi.
TALAM CEMPEDAK
Bahan Lapisan Bawah
1 cawan Durian [di lecek] (Kjee guna cempedak)
1/2 cawan gula pasir (Kjee guna gula perang)
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair (Kjee guna susu segar rendah lemak)
secubit garam
sedikit pewarna kuning (Kjee tak gua sebab tak jumpa)
CARA
1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau sapukan minyak sekiranya tiada daun pisang. (Kjee guna loyak empat segi 7x7)
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang. (Kjee masuk semua dalam blender termasuk cempedak)
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.
BAHAN ATAS
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat (KJee guna susu segar rendah lemak)
2 s/b tepung jagung (nieza tambah)
1 s/k garam
CARA
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan
terliurnya tengok talam cempedak tu kak jee....
ReplyDeleterajinnya kak G..nak rasa boleh..
ReplyDeletewah.. xpernah lak dengar talam cempedak.. talam jagung pernah lah.. hehe :)
ReplyDeleteAssalamualaikum kakjee.
ReplyDeleteKak Long pun tak pernah tengok juga. Nampaknya lepas ni bolehlah cuba bila ada cempedak.