Sunday, May 1, 2011

293. Nadia's First Cake..guna Olive Oil!





 Nadia tidak suka makan cake apatah lagi yang berasaskan cokelat. Dia takut gemuk. Tapi apabila Kjee buat Kek Cokelat tanpa telur baru2 ni, dia jamah sikit. Pastu terus suka. Tapi taklah fanatik cam mama dengan papa dia.

Selama ini Nadia hanya buat roti. Tapi petang tadi, Kjee dengar dia kelentang kelentung kat dapur. Kjee jerit tanya buat apa? Dia kata biarlah rahsia. Setelah masuk oven baru dia tersengih kata buat eggless choc cake. Dia teruja nak buat sebab cake ini tidak guna butter dan telor. Minyak pun guna minyak canola yang boleh dikategorikan sebagai minyak sihat.

Bila kek dia dah siap, dia baru bagitau yang dia bubuh Olive Oil! Kalau dia bagitau sebelum buat agaknya mau Kjee menjerit kata tak boleh. Bukan sebab minyak tu mahal tapi ada ker orang buat kek guna minyak zaiton? Tapi Nadia dah eksperimen dan hasilnya sedap!

Mulanya Nadia buat selapis. Tapi kek pertama dia terkoyak sikit sebab keluar oven dia terus keluarkan dari cake tin. Geram punya pasal, dia buat satu lagi. Kemudian tanya Kjee nak bubuh apa untuk sandwichkan kek itu. Kjee kata bancuhlan cream cheese. Berkerut dahi dia. Cream cheese? Tak fattening ke? Bubuhlah sikit jer.

So dia pun buatlah. Kemudian disapu cream cheese yang telah dicampur butter nipis2 atas satu kek dan dilapiskan dua. Jadilah tinggi sikit kek itu. Kemudian dia dust (ayak) icing sugar atas kek. Hmmm cantik juga hasil tangan Nadia. Siap dia potong kek jadi bentuk heart!

Inilah rupa kek tanpa cokelat pertama Nadia.

Resipi lihat sini cuma Nadia guna minyak Zaiton (Olive Oil). Dia juga tidak bubuh cokelat chips.
Pandai dia ubah ikut citarasa dia. Hehehe


Related Posts:

  • WALNUT BROWNIES CITARASAKU Bukan tak boleh beli. Berlambak orang jual. Boleh pilih ikut citarasa. Tetapi Kjee buat sebab nak adjust ikut citarasa. Maklumlah kalau beli, depa buat macam ada lori gula terbalik depan rumah. Mokcik yang kena hadk… Read More
  • 269. Kek Choc Tanpa Telor Wah best betullah kek cokelat tanpa telor ni. Mula2 Kjee was2 gak nak buat cos mana ada orang buat kek tanpa telor di zaman Kjee dulu. Hebatnya orang sekarang yer. Kebetulan Isnin (esok) birthday Unclepali. Dia memang ha… Read More
  • KEK BELANG RESIPI ARWAH BONDA Kali pertama buat hari tu, Kjee hanya 55% puas. Nampak memang cantik tapi Kjee rasa Kjee ada buat silap somewhere along the way dan kek itu tidak 'naik' sepatutnya. Ala-ala bantat sikitlah. UnclePali kata okay… Read More
  • CHIFFON CAKE       Terus terang Kjee bagitau yang Kjee memang hopeless bab buat kek. Kek yang simple simple pun kekadang jadi kekadang tidak.      Kek yang paling sukar dalam hidup Kjee yang telah… Read More
  • KEK ZEBRA IMBAU KENANGAN BERSAMA BONDA Melihat Kek Zebra yang terhasil ni tadi, Kjee cukup sebak. Ianya kek favorite arwah Bonda. Tak kesahlah hari perayaan atau tidak, Bonda akan buat kek ini. Kekadang jadi cantik, kekadang tak jadi lorek-lorek y… Read More

6 comments:

  1. wahhh rajinnya Nadia...kreatif tu buat cake yg healthy lagi..tq sharing kak Jee.

    ReplyDelete
  2. rajinnyer Nadia ;p Sy jugak yg malas buat kek sejak dua menjak ni hehehehe

    ReplyDelete
  3. Kjee,
    untung ada anak yang rajin mencuba.kreatif tu...hehehehe kalau sedap guna olive oil lagi berbaloi tapi mahalnya minyak tu yg tak sanggup.berbaloi juga yer Kjee..

    ReplyDelete
  4. hubby N memng selalu buat kek pakai olive oil kjee.mula2 suspen gak N..hehehee

    ReplyDelete
  5. baru hari ni dapat masuk blog kau sejak bali dari jb banyak sangat yang dibuat. lagipun kat area tpg ni internet kejap ada kejap tak ada ini disebabkan kerja kerja pemasangan cable UNIFI, harap harap awal tahun depan daptlah masuk UNIFI.

    ReplyDelete