Monday, May 2, 2011

JJCM - Kalau gemar itik - duck rice & duck steak

Duck Rice RM5
Isi daging itik
Duck Steak RM15














































Chicken Chop dengan Sweet lemon Sauce Rm12.

 Tak ramai orang gemor makan daging itik. Ada yang kata liat, ada yang kata loya. Dan yang tak pernah makan pun suka kata tak sedap. Sebab? Kawan2 yang tak suka daging itik kata, tak sedap

Kjee dan Nadia ni cukup adventurous bab makan. Walaupun orang kata tak sedap, Kjee dan Nadia akan cuba dulu. Kalau tekak sendiri dah kata tak boleh terima, barulah kami bagi komen.

Cuma setakat ini Kjee dan Nadia tak berani makan daging arnab. Bukan kerana tak sedap tapi kerana tak sampai hati! Maklumlah, pada kami arnab adalah haiwan peliharaan macam kucing. So...sendiri mau ingatlah!

Apapun, semalam, sekembalinya dari Fraser's Hill dalam hujan lebat, Kjee suruh drive terus drive ke Papa Z Nasi Ayam (sekarang Papa Z Western). Kat sana memang famous nasi ayamnya. Kelebihannya adalah pada nasinya. Boleh makan nasi sahaja. Selain itu, mereka juga ada jual tomyam.


Sampai sana, Kami terkejut sebab ambience kedai dah lain. Tangga nak masuk dalam kedai pun dah ubah suai. Dulu Kjee selalu hampir terpelecuk apabila hendak melangkah masuk kedai itu. Kerusi meja pun cantik, ala Bistro.

Apabila sudah duduk baru sedar yang kedai tu dah tak jual tomyam. Tak per lah. Boleh makan nasi ayam. Lagipun dah lama lah tak pergi situ. Kemudian waiter hulur menu. Isyyy menu western. Mata Nadia bersinar2 tengok ada Duck Steak!

Nadia memang pantang sekali nampak menu itik. Kjee order nasi itik, Unclepali nasi ayam dan Nadia order Duck Steak.

Nasi untuk Duck Rice memang seperti dulu. Sedap sangat rasanya. Dan portion itiknya agak banyak dengan harga RM5. Tapi faham2lah yer, daging itik liat tak sama dengan isi ayam. Tapi memang sedap. Kalau dah suka, semua nya sedap jerlah kan!

Lama jugak nak tunggu Duck Steak Nadia. Tetapi apabila sampai, wajah Nadia berseri2 apabila dia memotong sedikit daging itik tadi. Belum makan dah tahu sedap kata Nadia. Duck Steak tadi didatangkan dengan sos blackpepper walaupun Nadia mintak Mushroom sauce. Tapi tak apalah. Memang sedap dengan iringan sayur seperti carrot, peas dan mushroom. Plus baked potato.

Nak kena pergi lagi dalam masa terdekat sebab tak puas kongsi makan Duck Steak tadi. Harga Duck Steak cuma RM15. Berbaloi dengan portion yang hidangkan.

Nak tahu mana Papa Z Nasi Ayam? Letaknya seberang jalan dari Stesyen LRT Taman Melati bukan Melawati tau...MELATI. Oh ya Taman Melawati mana ada stesyen lrt!

Papa Z dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 2 pagi. Makanan Western (termasuk Duck Steak) hanya bermula dari jam 6 petang.

Bil kami malam tadi RM26.50. Satu pinggan duck rice, 1 pinggan chicken rice dan 1 pinggan Duck Steak dengan dua gelas air je sebab Nadia ni pelik sikit. Dia boleh makan tanpa minum air.

8 comments:

  1. murahnya untuk 3 orang makan.

    ReplyDelete
  2. kak jee...mas ngan suami suka sangat itik...
    sedappkan...
    terliur betoi tengok gambar tu...
    sedappnya..

    ReplyDelete
  3. wah sedap tuh..nak try la..kat mana restoran tu kak??

    ReplyDelete
  4. K.Jee,thanks sy baru jerr balik dr makan kat situ ..mmg best steak itik!!!

    ReplyDelete
  5. ermmm .. saya tak pernah makan DUCK STEAK. teringin nak mencuba. Dah panjang lah nampaknya senarai tempat makan yang saya berangan nak pergi ni !!! Tak tau mana satu nak di dahulukan. Thanks for sharing the info. Saya pun macam KJ dan NADIA, suka try out menu yang diperkatakan or di war-warkan. Selagi tak try .. kita tak tau tekak kita boleh terima ke tak. Tekak kita tak sama macam tekak orang kan .. kan.. kan.. !!! Oh yerr .. saya pun macam Nadia .. boleh makan tanpa minum air ... !!! Setengah jam kemudian baru minum.

    ReplyDelete
  6. slm kjee pengalaman pertama mkn itik jiran saya bg dye mmg suke mkn itik n dye bg sye semangkuk kari itik..rasenye sedap sgt so dri ary 2 la sye jd peminat..itik yg sedap...

    ReplyDelete
  7. saya tak suka itik...boleh mkn tp mcm loya tekak ni...kambing pun mcm tu.. tp, berita baik utk hb saya sbb dia suka sgt itik nih...

    ReplyDelete