Tuesday, May 3, 2011
Home »
kisah2 close to my heart
» 299. Tika Suami Terlebih Emo!
299. Tika Suami Terlebih Emo!
Bagaimanakah cara melayan perangai suami yang tetiba2 emo tidak tentu pasal, tanya Puan M dalam email panjang lebar kepada Kjee. Nak katakan suaminya yang awal 40-an sedang menuju menopause (putus haid hehehe), Men No Pause, tulisnya yang buat Kjee senyum lebar.
Ya betul...Men No Pause tapi apabila sudah meningkat usia 40-an, cekadaknya memang melemaskan. Walaupun ramai wanita yang buat derk sahaja sebab malas nak layan kerenah suami yang berperangai sedemikian, ada juga yang stress.
Pada pengamatan Kjee, lelaki apabila tiba usia melewati 40-an, perubahan horman membuatkan mereka tidak tahu cara mengawal perasaan. Kerana itulah ada yang kata kalau selepas usia 40 tahun, lelaki yang 'nakal', yang kaki togok, yang pemarah bertukar menjadi sebaliknya, itulah petanda mereka akan berterusan menjadi baik hingga ke hujung nyawanya.
TETAPI seandainya apa yang berlaku sebaliknya, korang bersiap sedialah. Kjee pernah jumpa lelaki yang tidak pernah hisap rokok mahupun teguk air setan ataupun gila clubbing di usia mudanya. Tetapi sebaik melewati usia 40-an, semua berubah!
Bagaimana hendak atasinya masalah suaminya yang 'meroyan' tak tentu pasal? Layan isteri macam layan anak2 sedaranya. Puan M seorang ibu tunggal dan mengahwini suaminya, seorang teruna lebih 10 tahun lalu. Masa mula2 kahwin memang suaminya baik sangat walaupun dengan anak2 sedaranya, main tengking herdik.
"Saya sedih sekarang di matanya saya macam anak2 sedaranya. Sebaik sahaja saya bukak mulut untuk bertanya pasal perbelanjaan, dia akan menjadi defensive. Dia gunakan suara tinggi supaya saya tidak boleh cakap lebih2, kata Puan M.
Suaminya, kata Puan M, tidak pernah mahu ambil tahu mengenai kewangan rumahtangga mereka. Dia tidak tahu berapa yang terpaksa dikeluarkan setiap bulan untuk bayar sewa rumah, bil api air, telefon, duit kereta dan sebagainya.
Dulu, kalau dapat duit dari kerja2 part time yang dilakukannya, adalah dihulurkan kepada Puan M. Walaupun tidak pernah mencukupi, tapi Puan M tidak pernah merungut. Tetapi sejak akhirnya ini senyap. Tiada lagi apa2 yang dihulurkannya sejak berbulan2 lamanya.
Semuanya ditanggung oleh Puan M yang pandai mencari rezeki membuat kerja yang mendatangkan pendapatan hanya cukup makan sahaja. Kekadang tergelincir jugak pendapatan tapi suaminya tidak pernah mau tahu!
Jika tidak kerana anak2 yang masih bersekolah, Puan M berkata dia rasa seperti mahu bunuh diri!
Astghafirullahalazmin. Janganlah niat seperti itu. Allah SWT melaknat umatnya mengambil nyawanya. Ada macam2 cara penyelesaian. Setiap masalah individu tidak sama. Jadi seorang individu lain tidak boleh memberikan pandangan kecuali nasihat.
Di saat dan tika seseorang itu cukup tertekan, dia perlukan bahu untuk menangis. Yang mendengar harus membiarkan dia menangis sepuas2nya. Kemudian barulah beri nasihat. Berat mata memandang, perit telinga mendengar, lagi berat bahu yang memikulnya.
Kalau sudah merasakan tiada jalan penyelesaian, mintaklah pandangan mereka yang lebih arif.
"Saya lebih suka kalau dia yang buat keputusan keluar rumah dan meninggalkan saya daripada menyiksa saya begini. Saban hari saya terpaksa berdepan dengan wajahnya yang 'monyok'. Saya tidak tahu apa masalah dia. Nak dikatakan ada orang ketiga, tak payahlah tunjuk muka depan saya. Pergilah. Saya tidak menghalang.
"Saya hidup penuh derita sejak kecil lagi... Tidak mendapat kasih sayang yang sepatutnya dari ibu dan ayah. Tetapi saya redha. Ingatkan apabila ada keluarga sendiri, hidup saya bahagia. Saya tidak menyesal berkahwin dengan dia..tapi saya malu dengan anak2 saya yang pernah menghalang perkahwinan ini dulu.
"Anak2 saya seakan dapat 'baca' yang hidup saya akan menderita kerana dia yakin bapa tirinya tidak akan menjadi seorang suami yang dapat membahagiakan saya dengan pendapatannya yang tidak menentu. Tetapi saya memohon ke hadrat Allah SWT agar membuka pintu hatinya supaya menjadi seorang suami yang baik.
"Namun apa yang dikatakan oleh anak saya dulu, walaupun ketika itu dia belum baligh, ada kebenarannya. Saya rasa seandainya berlaku apa2 antara saya dengan suami ini, saya taubat tidak akan kahwin lagi. Cukuplah setakat ini. Itulah doa saya tiap kali solat," tulis Puan M.
Kjee tidak dapat membendung airmata membaca email beliau. Kjee dapat bayangkan penderitaannya. Di akhir emailnya, Puan M berkata dia mengharapkan suami yang dapat memberikannya makan dan tempat perlindungan yang sempurna. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Dia yang terpaksa bekerja keras membanting tulang empat kerat mencari rezeki supaya dapurnya sentiasa berasap dan ada rumah untuk berlindung.
"Saya bukan mahu seorang suami yang kaya. Cukuplah bagi saya makan dan tempat tinggal. Anak2 saya biar saya yang tanggung!"
Sabarlah. Tepuk dada tanya selera. What Else Can I Say!!
wah panjangnyeee...
ReplyDeletehee kakjee follow kite... tenkiu..;)
sedih baca Kjee.... nice entry nie Kjee untuk menjadi panduan hidup
ReplyDeletedoakan yg baik baik untuk suami supaya dia berubah dan menjadi suami yang soleh..insyaAllah dia berubah kita juga yang untung, jangan sesekali doa yang tak elok untuk diri sendiri dan org lain..rugi !!
ReplyDeletesedikit sebanyak maklong pernah rasa apa yang puan M rasa, masa baru kawin untuk kali ke2.. sebab suami maklong garangnya ya rabbi.. oleh kerana maklong masa tu takut kena tengking herdik.. bila nak tegur apa2 yang maklong tak puas hati..
ReplyDeletemula2 maklong akan cakap lembut masa duk berdua.. muka suami memang akan moyoklah..
puas cakap lembut tak ada perubahan.. maklong tulis surat.. bilhikmahlah
puji2 dulu.. bahasa jiwang2 sikit.. hehe pastu tulis apa yang kita tak puas hati..
jangan sekali gus.. pengsan pulak suami tu..
disamping tu banyakkan berdoa.. hati2 kita semua ni kan milik Allah..
Alhamdulillah.. setelah bertahun jugak usaha maklong membuahkan hasil.. umur 40an menjadikan suami maklong lebih lembut dan tak segarang dulu.. kadang2 suara maklong pulak yang lebih tinggi.. oopps..!!
huu.. sedihnya kjee.. lantas teringat kat bekas suami saya
ReplyDeletejee cerita ni macam aku pernah dengar je tapi biarlah rahsia, betul kata kau kalau muda-muda dulu suami kita nakal orangnya insyaallah bila masuk 40thun dia akan berubah, itulah jadi pada aku dulu SB tersangatlah nakal tapi sekarang pergi mana-mana pun dia nak bawak aku sampai outstation pun dia ajak aku, kadang2 kesian kat afiq sbb selalu kena tinggal.
ReplyDelete