Sunday, May 8, 2011

314. dapurkakjee.com dah sihat!

antara rakan wartawan dan PR di zaman Kjee

tiga wartawan yang terkenal laser! Saodah, Saadah & me
Alhamdullilah blog Kjee yang diserang demam kora2 dua hari lepas, dah pulih seperti sediakala. Terima kasih semua sebab masih setia bersama dapurkakjee.com.

Kjee rasa korang mesti hairan kenapa Kjee seronok sangat apabila melihat Panca Indera carry story (entry) Kjee mengenai harapan Ogy Ahmad Daud untuk AF9.

Ketika mendapat pesanan ringkas dari Tengku Khalidah Tengku Bidin, pengarang hiburan Mingguan Malaysia (yang Kjee kenali sebagai Along), Khamis lalu, Kjee terkejut kerana tidak sangka akan mendapat penghormatan sedemikian rupa!

Maunya tak terkejut. Kjee berasal dari akhbar Berita Harian bukan Utusan Malaysia. Sekurang2nya kalau hendak diberi penghormatan sedmikian, seharusnya datang dari akhbar yang pernah Kjee bernaung! Agaknya, mereka di Berita Harian tidak merasakan apa yang Kjee sumbang sebagai seorang blogger, ada nilai atau news value.

Apapun, sewaktu Kjee ke majlis perkahwinan anak saudara suami Kjee di Serendah tadi, Kjee dapat panggilan telefon dari Ogy Ahmad Daud. Kjee telah hantar message kepada beliau supaya membaca Mingguan Malaysia hari ini.

Ogy terkejut apabila menelefon Kjee dan diberitahu cerita yang keluar ada kaitan dengan dirinya. Dan Kjee cukup bangga apabila Ogy berkata :" hanya wartawan macam Fauziah Samad saja yang tahu nak buat cerita macam ni...budak2 baru (wartawan) hanya seronok cari artis baru."

Thanks Ogy kerana kata2 yang membuatkan Kjee lebih bersemangat untuk menulis. Tak kisahlah kalau tulisan Kjee hanya mendapat perhatian mereka yang melayari internet atau rajin blogwalking. Yang penting, usaha Kjee kini sudah mula mendapat perhatian.

Ya dulu Kjee memang seorang wartawan hiburan yang laser...samalah laser macam Fauziah Ahmad Daud. Apa aku suka, aku tulis. Kau buat elok, aku tulis elok. Kau buat onar, siap kau!!!

Tetapi keadaan sekarang sudah banyak berbeza. Semakin Kjee tua, semakin malas nak cari pasal dengan artis2 baru yang khabarnya bukan main lagi lagaknya. Malah, ada antara kawan2 Kjee, wartawan senior yang bekerja dalam media arus perdana, sudah berkira2 untuk pencen awal.

"Tak sanggup saya Kjee nak melayan cekadak mereka. Dia orang rasa nama yang mereka telah cipta, adalah lesen agung untuk melakukan sesuka hati mereka!"

Kjee senyum dengar rintihan rakan2 Kjee yang dulunya junior Kjee dalam bidang kewartawanan. Sekarang mereka sudah jadi senior dan pegang jawatan tertinggi dalam bidang mereka.

Dulu mana ada artis berani dengan Kjee dan geng Kjee. Kami begitu setia. Sorang kena, semua pakat boikot. Artis sekarang terlalu manja. Harap wartawan tulis yang baik sahaja. Yang tak baik, wartawan kena tutup mata, tutup mulut dan pekakkan telinga...atau sweep under the carpet.

Nasihat Kjee kepada mereka yang sudah lemas dengan sebilangan besar artis yang banyak songeh, cepatlah rancang jalan keluar. Jangan sampai ada yang kena sakit jantung, darah tinggi atau stress melampau. Good Luck!

7 comments:

  1. Hidup Kak Jee..Hee...Ya seharusnya yg benar itulah perlu disiarkan..Peminat mahukan cerita yg benar..

    ReplyDelete
  2. salam kjee
    saya antara orang yang di kira bertuah kerana dapat mengenali kjee dari sudut blog..walau kita jauh tapi terasa dekat..itulah kelebihan kita dalam berblogging...rakan2 di sini cukup ramai kalau kita rajin keep in touch..keep up the good work kjee..terima kaseh kerana selalu update blog dengan cerita2 terkini...

    nak komen pasal artis2 terkini saya tak pandai hanya melalui kjee lah kita2 di luar ni dapat mengetahui cerita2 yang sebenarnya....:)

    ReplyDelete
  3. caya la kak.. dah jadik dapurkakjee.com

    padan le 2-3 ari ni cam ada yang tak kena je bila klik tang bloglist.. ingatkan akak dah privatekan blog ni.. risau sungguh..

    apa pun tahniah buat akak.. walaupun dah pencen jadi wartawan.. tapi tulisan akak tetapp meletops!


    selamat hari ibu...

    ReplyDelete
  4. Syabas Kak Jee & wartawan2 lama... juga artis2 lama.... Hebat!

    ReplyDelete
  5. Wah, kelaz Kak Jee & wartawan2 lama... hebat! .. Juga artis2 lama... kelaz!

    ReplyDelete
  6. Happy Mother's Day kak Jee....

    Happy2 selalu bersama family tercinta...:)

    ReplyDelete
  7. sejujurnya aku rasa apa yang pacaindera keluarkan pada hari ahad lepas adalah satu penghormatan keatas kau jee, eh aku nak tanya yang pakai cermin mata sebelah kau tu norbaya musa kan.

    ReplyDelete