bersama Hjh Siti Rokian, ibu mertuaku |
Walaupun Kjee sudah tiada ibu, namun Ibu Mertua adalah tempat Kjee mengadu kasih dan untuk memohon doa. Pernah banyak kali Kjee mohon ibu mertua buat solat hajat dan tahajud ketika Kjee bermasalah. Walaupun ibu mertua menasihatkan Kjee supaya lakukannya sendiri, namun Kjee yakin doa yang turut dilakukan bersama oleh ibu mertua, akan turut memberi impak.
Teringat Kjee cerita seorang ibu ini. Kjee tak tahulah samada hendak menggelarkannya ibu malang. Beliau sebenarnya, masih panjang umur walaupun terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang mengakibatkan dia lumpuh hampir ¾ badannya. Kejadian itu berlaku hampir 24 tahun lalu ketika anak2nya masih kecil. Anak yang bongsu berusia 50 hari.
Kini 24 tahun kemudian, kerana kecekalannya hendak mengubah nasibnya, Puan S (ditinggalkan suami tanpa talaq), gigih membesarkan empat orang anaknya sehinggakan dua masuk universiti. Membesarkan anak dilakukan bersama ibunya, walaupun ketika itu dia hanya terbaring.
Kerana tidak mahu menagih simpati sahaja dari keluarga dan jiran sekeliling, Puan S, terus tanam semangat berdikari. Dan kini, sudah boleh berjalan (secara mengheret tubuhnya) walaupun separuh badannya (kaki dan tangan) menjadi kejang atau keras, mungkin kerana 'terputus banyak urat' sewaktu kemalangan.
Kecekalan Puan S ini seharusnya mendapat paparan media. Begitu cekalnya beliau setiap hari mengisut ke dapur menyiapkan makanan, mengemas rumah dan kini rajin berkebun di sekeliling rumahnya. Nasib beliau mungkin baik kerana mempunyai pendapatan tetap kira2 RM1,500 sebulan daripada kebun sawit yang dimilikinya ketika belum kemalangan.
Berciuman sebelum berlepas ke Mekah Ramadhan tahun lalu |
Puan S yang Kjee kenali ini bukan saja seorang yang cekal tetapi manusia yang cukup degil dan keras hati. Kalau tidak, masakan dia boleh bangkit untuk meneruskan hidup tanpa meratap nasibnya. Dia hanya berkomunikasi melalui pen dan sehelas kertas kerana tidak mampu lagi mengeluarkan suara.
Kalau dia marah, kemarahannya hanya ditenyehkan di kertas. Yang membacanya pasti tahu betapa bisanya apa yang ditenyehkan itu. Dan jika dia gembira, boleh kedengaran bunyi parau yang hanya boleh dikenali mereka yang dekat dengannya.
Kjee teringin sekali hendak calonkan beliau untuk dinobatkan sebagai Ibu Mithali. Selain membesarkan empat orang anak, beliau juga seorang penulis sambilan yang banyak menghasilkan karya2 sastera untuk akhbar2 tempatan. Malah dia juga dalam keadaan kurang upaya pernah mengikut kursus penulisan yang dianjurkan oleh DBP. Dia turut menulis novel. Novel pertamanya masih dalam simpanannya. Harapannya untuk melihat novelnya dicetak.
Selain itu, beliau juga seorang pelukis yang cukup berbakat. Banyak lukisan2nya yang dihasilkan dlam bentuk oil panting, digantung di dinding2 rumah separuh batu, separuh kayunya!
Kjee tidak dapat bayangkan kalau Kjee di tempatnya. Kjee yang dibesarkan dengan segala kesenangan anak bandar, tidak mungkin menjadi secekal Puan S.
Kjee belum pernah cuba untuk memohon agar cerita dan kisah hidup Puan S ini Kjee tulis. Kjee was was samada dia akan membenarkannya. Tetapi seandainya beliau memberi izin berserta gambarnya sekali, Kjee yakin kisahnya akan membuka mata ramai wanita di luar sana yang seringkali mengharapkan bantuan sekiranya ditimpa musibah.
Melihat Puan S duduk di kerusi sambil menjalankan kewajipannya terhadap Allah SWT, ingin rasanya Kjee tanya, apa doa yang sering dilontarkan buat diri dan anak2nya. Hanya Allah SWT yang tahu.
Assalamualaikum k.Jee..terima kasih atas entry ini...bagus buat ingatan dan pengajaran kpd kita...semoga kita sentiasa dekat dgn ibu kerana syurga terletak di bawah telapak kakinya..huhuu..Ummi pun berasa beruntung kerana masih mempunyai ibu tetapi x berkesempatan kenal dengan ibu mertua yg pergi dulu seblm perkahwinan kami...huhuuu
ReplyDeletemuka kak jee..ngan mak mertua sama je...
ReplyDelete